MEMALUKAN SEORANG BERGELAR USTAZ MENIPU!
Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.
Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat.
Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.
Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.
Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.
Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.
Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden - http://novandri.blogspot.com/2012/02/terbaru-bukti-cctv-kes-khalwat-ustaz.html.
P/s: memalukan, lelaki berlatar belakang pengajian agama. Pu3 kenal 2 kakaknya yang bergelar ustazah di sabah. Sentiasa mengajar murid utk tidak berbohong gagal mengawal adik mereka yg jd pembohong besar demi menyelamatkan diri dari pelakuan sumbang yg dilakukannya! Astagfirullah!
HORMATI SENTIMEN
Pu3 hormati hak artis ini meletakkan tatoo pada badan dia. Badan dia kan , bukan badan orang lain. Tetapi nak melawa pun, berpada-padalah. Tak semestinya pada kita ia hanya hiasan cantik akan menjadi cantik di mata orang lain. Minat sangat tulisan2 unik nipun, belajarlah menjadi bijak untuk mengetahui erti perkataan yang menjadi pilihan kita. Jangan main tangkap muat hanya ia look cantik!
Pihak Hak Asasi ni macam pisang goreng panas. Pandang2lah siapa yang dibela tu. Dah individu yang tak memahami perkara sensertif boleh menyebabkan perasaan tersinggung amat sangat pun masih nak fight? Kenapa tak balun individu yang menghina negaranya sendiri hanya kerana nak jadi perdana menteri? Hak asasi rakyat malaysia yang tidak mahu nama negara diburukkan. Hak juga kan.. Kenapa tak diperjuangkan. Senyap je? Takat artis bodoh piang, tak mempunyai pengetahuan menghormati sentimen, nak dibela. Korang sekali bangang giler!
Pu3 sokong tindakan pembatalan konsert itu! Terima kasihlah the star sebab terlepas pandang tatoo yang menempel kt dada artis tu. Kalu tak, rakyat Malaysia tak tahu kebodohan artis tersebut.
Pu3 peduli apa konsert tu bakal dibuat malam ni. Sendiri mau ingatlah. Lain kali berhati-hati kalau nak konsert cari makan tu dapat dijalankan seperti yang dirancang!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
TUA TAK BERMAKNA MATANG AKAL
Al kisah manusia yang tinggal beberapa bulan nak pencen peringkat pertama. Sengaja tak nak ambil pencen maksima. Maklumlah mau menceburkan diri dalam dunia biz sambil-sambil jadikan platformnya sebagai politikus
Memegang jawatan, atas lantikan. Tak bermakna, lantikan itu menaikkan saham diri konon diri betul belaka. Suatu ketika dahulu, bermati-matian memaki orang yang memilih jalan berjuang haluan kiri. Kata inilah manusia lupa diri, tak tau erti bersyukur. Kini apa yang dikatakannya telah dilakukannya sendiri. Dalam memegang jawatan, tapi berkempen menentang. Kalau tak suka, sila letak jawatan. Jangan nak kempen ikut bos, tapi jawatan yang disandang masih mahu dipegang.
Pu3 nak tegur, nama lagi sebagai setiausaha. Dah tak reti nak datang. Sendirilah bertindak tak datang. Tak perlu sembunyikan jemputan ahli yang lain sebagai boikot. Mereka bukan budak kecil nak sembunyilkan info. Zaman sekrang, surat itu hanya pelaksanaan rasmi, tetapi teknologi maklumat, sms boleh sampai kepada penerima.
Bayangkan, hari ini, pu3 datang ke mesyuarat untuk pelaksanaan program besar bay zon. Semua bahagian menghantar wakil. Malangnya 1 bahagian ini, seorang sahaja hadir tetapi hadir kerana maklumat dari rakannya yang menghubunginya tengahari tadi. Surat yang telah diedar oleh urusetia langsung tidak sampai ke tangan sepatutnya. Kerja siapa yang menyekat, tidak lain tidak bukan setiausaha tersebutlah.
Pu3 berbual dengan rakan pu3, kata kawan pu3, setiausaha itu dah tua, tapi perangai tak sesuai dengan jawatannya. Pu3 jawab je, tua tak bermakna matang akal. Ramai perangai macam ni, tapi dialah manusia paling teruk!
Nasihat pu3, kalau dah tak nak menjalankan tugas. Keluar je dari parti, jawatan sekrang, lepaskan. Habis cerita. Ahli di bawah, bukan semua bodoh piang nak ikut bos kata semua. Ada yang lebih bijak menilai. Politik tapuk-tapuk ni, dah habis tempoh. Orang dah boleh daptkan info walau kita sembunyikan. Sendiri je kena ingat. Pesanan, kata tahu hukum agama. Dosa pahala semua pegang. Takkan part amanah boleh terlupa dosa?
Sendiri mau ingatlah pakcik.
MUFLIS HARTA vs MUFLIS AMALAN
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?"
Sahabat-sahabat baginda menjawab : "Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda."
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka."
(Hadis Riwayat Muslim dan Turmizi)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
MANGSA RADIASI PERTAMA DI KUANTAN.. BADRULAMIN BAHAROM!
Kesan radiasi tersebut membuatkan badrul amin terlupa di mana dewan kuliah motivasi sehingga tanpa sedar membawa pesertanya masuk ke bilik pribadinya. Ingatannya semakin susut, sepatutnya kuliah motivasi ini dibuat selepas isyak, keletihan mencari lokasi dewan kuliah membuatkannya terlambat dan terpaksalah dilakukan kuliah tersebut di biliknya sendiri
Kehadiran suami dan jabatan Agama islam Pahang sebenarnya ke biliknya, bukan untuk lakukan serbuan, tetatpi sokongan mereka yang sangat meminati ceramah badrulAmin ini. Memandangkan pasangan suami isteri ini mempunyai masalah rumahtangga.
Hahahhahaha.. Kasihan sungguh badrulamin ni, dahler jadi mangsa pertama radiasi, lupa pula wanita yang berada dalam biliknya.. Bukan isterinya. Maklumlah, berlaku kesusutan daya ingatan.
Elok juga peserta himpunan hijau 2.0 ini dapatkan rawatan segera. Takut2 nanti jadi pula watak Zombie kampung pisang kerana kesan radiasi yang dikhuatiri oleh fauziah MP Kuantan.
KENA CEKUP
Tahniahlah kepimpinan PKR n PAS dengan penangkapan badrul Amin bersama isteri orang. Yang mahal tu, penangkapan itu dilakukan bersama suami pasangan Badrul Amin! Wahhhh! Cayalah! Nak kata apa selepas ni, mereka telah diperangkap oleh orang UMNO? Dah tau segala tindak tanduk diri menjadi perhatian, yang mengundang bencana tu apa sal? Sendiri buat sendiri tanggunglah. Berani buat, kenalah bertanggungjawab kan.
"Ini semua adalah satu Konspirasi Jahat UMNO untuk menjatuhkan karier saya dalam politik. ...." Konspirasi jahat konon! Kalau dah suami boleh buat laporan jab agama Islam untuk bersama buat penangkapan, jelas sangat pasangan ini bukan sekali tu je dah bergurau asmara dalam bilik berdua-duaan. Kalau plan nak menjatuhkan dia, baik sangat suami nak meminjamkan isteri sebagai umpan nafsu.. Ish2 bahaya sungguh! Yang isteri nak mengalahkan kedudukan wan azizah ker yang jahatpun ikut je perintah suami? Badrul aminpun satu, bergelar ustaz tapi kawalan nafsu lost habis. Senangnyer masuk perangkap kalau benar ini satu konspirasi! Kena ajak terus nak? Hahahahahah banyaklah alasan nak buat! Kalau dah buat salah mengaku jeler, tak payah nak copy n paste perangai big bos PKR tu.
Atau genetik penyokong anwar Ibrahim sudah ditetapkan acuannya. Sebiji dan serupa punya spesies. Dah ada si PENGAMPUN dan si PENGHALAL dosa.. So no worry buat dosa berulang kali, SYURGA di pintu bos PAS.
Himpunan PR kat Kuantan dah jadi Pesta @ fiesta berpasangan untuk yang suka hiburan free bini orang. Mana2 suami yang isterinya asyik buat tour PR ni, elok jadilah bodyguard. Takut2 si hidung belang PR dok plan nak berhimpun dengan isteri anda
SALAM JUMAAT
Rasullillah s.a.w. bersabda," Jagalah lisanmu, kecuali untuk berkata baik, sebab dengan demikian itu engkau dapat mengalahkan godaan syaitan ".
{ HR : Thabrani dan Ibnu Hibban
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SEKALI LAGI SALAHKAN MEDIA?
Tekaan dan andaian SANDIWARA nik aziz juga terbukti benar kerana selepas berjumpa Anwar perkara ini terus SUCI dan DiMURNIKAN. Dengan erti kata lain. CASE CLOSED! Anwar sendiri menyatakan bahawa nik aziz terima faham penjelasannya tetapi enggan pula bertemu wartawan. Banyak kuat woooo gam yang dipasang oleh Anwar sehingga mulut nik Aziz sekali lagi terkunci.
Kalau betul media UMNO tak lapor berita lengkap, saman lah pula. Kenyataan yang tertulis dalam Wall street journal tidak salah? Ertinya benarlah kan? Kalau berani sila tunjukkan selebihnya mana artikel yang tidak didedahkan oleh media UMNO. ( Rasanya media UMNO ni sahlah media Arus Perdana)
Kenapa tak nak saman WSJ? Anwar sepatutnya saman juga kerana membiarkan artikel tersebut didedahkan sebahagian sahaja. WSJ apa pula komen dengan kenyataan Anwar? Ia masih tidak menjawab persoalan, benarkah memberi perlindungan keselamatan israel adalah kenyataan Anwar? Kenapa Anwar tidak berani membuat pengakuan penafian ataupun mengsahkannya. Ini satu strategi LARI Anwar.
Tak sudah-sudah asyik baling batu tangan sembunyi. Si KECUT Anwar sentiasa CABUT SERIBU menyembunyikan NAJIS di tangannya.
STRATEGI SAMA, UBAH TOPIK!
| twitter pelakon terhebat dengan pertuduhan walau xder bukti dakwaannya |
Melatah sungguh Anwar ni, dia penuh yakin menuduh budak umno melakukan, betulkah. Dah nampak orangnya, ada saksi, kenapa setakat bising kat twitter sahaja. Walau kawasan tersebut kawasan menteri dalam negeri sekalipun, jenayah tetap perlu ditangkap. Kot budak2 pkr juga tengah high fly. Terasa ada orang nk ceroboh masuk kereta Anwar, depa baling batu nak halau penceroboh. Walhal halunasi mereka sahaja.
| cermin pecah dibaling objek keras. |
Dah tau diri dah kena benci bebenor oleh orang ramai, lantik pengawal 'ayam mati' apasal? Kereta bospun tak reti nak dijaga keselamatannya sampai boleh dirosakkan. Sendiri cuai, berkokok heboh sekampung. Nak berceramah burukkan BN ada masa pula. Soalan pengakuan melindungi keselamatan israel sampai la ni membisu seribu bahasa. Takkan BRAINSTORM mati akal nak cari jalan penyelesaian? Hehehehe
Pu3 dah agakpun, anwar senagaj nak lari dari buat pengakuan. Dia sengaja merekakan cerita untuk mengalihkan perhatian. Maaflah anwar bin Ibrahim. Masa lakonan hebatmu sudah tak mendatangkan apa2 reaksi dah oleh penonton. Tak laku dan tak jalan dah!
PBIK LANCARKAN KEMPEN 1,000 TANDATANGAN AGAR HARI NUZUL AL-QURAN DIBERI CUTI DI WILAYAH PERSEKUTUAN
| kempen 1,000 tandatangan oleh PBIK mencadangkan Datuk Raja Nong Chik menteri Wilayah Persekutuan untuk Isytihar cuti sempena Nuzul Al_quran setiap tahun (sumber: sahabat Cyber) |
| Pengerusi PBIK memberi penerangan tujuan kempen itu dilakukan (sumber: sahabat Cyber) |
| Pengerusi PBIK memulakan menandatangi ruang khas yang disediakan (sumber: sahabat cyber) |
| inilah ruangan yang perlu ditandatang oleh orang ramai sebagai tanda sokongan kempen (sumber: sahabat Cyber) |
| jemaah Jumaat mulai tampil memberikan sokongan mereka (sumber: sahabat cyber) |
| menanti gilirang salah seorang jemaah masjid yang awal datang, tertarik melihat tandatangan (sumber: sahabat cyber) |
| penyokong kempen bukan sahaja di kalangan warga emas, malahan belia juga tampil menyokong (sumber: sahabat Cyber) |
| Pengerusi PBIK setia memberi galakan (sumber: sahabat Cyber) |
.................................................................
الســـــــلام علـــيـكم ورØÙ€Ù€Ù€Ù…ت اللـــــه وبر كـــــاته
KEMPEN 1,000 TANDATANGAN
Pertubuhan Belia Islam Kepong (PBIK) Mencadangkan Kepada Kerajaan Melalui YB Senator Datuk Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin,Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Agar Hari Nuzul Al-Quran Diberikan CUTI UMUM Bagi Wilayah Persekutuan Sempena Bulan Ramadhan Al-Mubarak.....
Mohon para sahabat mendoakan akan kejayaan program ini......آمِÙŠّÙ†ْ... آمِÙŠّÙ†ْ آمِّÙŠْÙ†َ ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ
..................................................................
| masa masih panjang, jemaah masjid semakin ramai hadir, singgah dan memberi sokongan (sumber: sahabat Cyber) |
| berbual memberi penerangan. kepimpinan mesra rakyat ditunjukkan oleh pengerusi PBIK (sumber: sahabat Cyber) |
| belia terus mengisi borang nama serta tandatangan sebagai susulan selepas menandatangi poster sokongan (sumber: sahabat Cyber) |
| tak menang tangan .. sibuk memastikan kemudahan sedia ada unutk yang hadir (sumber: sahabat cyber) |
| tidak ketinggalan. bilal masjid turut memberi sokongan (sumber: sahabat Cyber) |
| Jawatankuasa PBIK tidak berat tulang membantu memberi khidmat mereka (sumber: sahabat Cyber) |
| Pengerusi dan jawatankuasa PBIK (sumber: sahabat cyber) |
| Pu3 doakan semoga kempen sahabat pu3 ini berjaya |
KATA DUA NIK AZIZ BERSIFAT KEKAL TK KALI INI?
Tik tok tik tok! Masa terus berlalu... Agak-agak.. Ketegasan Nik aziz adakah akan bertahan lama? Bukan pu3 meragui keikhlasan pejuang ini, tetapi rekod dah membuktikan bahawa nik aziz tidak memiliki ketegasan yang kekal. Ia akan berubah. Contohnya je kes YB elly @ elizabert Wong.
Menurut MT UMNO datuk Idris haron menyatakan keraguannya dengan ketegasan nik aziz. Beranggapan ia sebagai sandiwara meradakan kemarahan umat Islam termasuk Penyokong PAS. Hehehehehhe..
Kita tunggu je tp pu3 memang sangat meraguinya.
SUARA VETO PAS SUDAH BERGEMA
PENJELASAN TERBUKA!!!! Itulah kata dua Mursidul Am PAS mendesak King of Drama membuat kenyataan.
Ini kali, tok nik tunjukkan suara VETO nya. So apa lagi, mana2 admire, peminat, buah hati anwar Ibrahim ni, pujuk-pujuklah dia buat kenyataan. Jika Nafi terbuka. Langsungkan sahaja layangan SAMAN ke atas Wall Street Journal! Ada Berani?
BRAINSTORM UNTUK JAWAPAN??
semasa berhadapan desakan OMEGA, tak pula perlu brainstorm untk membuat kenyataan akbar. Siap buat di halaman rumah pula tu sehingga wan azizah terlupa membawa keluar jam OMEGA yang dikatakan ada padanya.
Mengapa untuk kenyataan sokongan keselamatan Israel ini, anwar hilang taringnya. Hilang kepetahannya memberi soalan sebagai jawapan, acap kali apabila menerima soalan ketika ditemuramah? Terkunci mulut! Pu3 terhidu sesuatu... Anwar serba salah nak mengaku atau nak menafikannya! Mengaku, sah batu, lembing, peluru , telur busuk dilempar kepadanya oleh yang membenci Israel. Buat penafian pula, tak pasal2 peluru nuklear israel tepat pada mulutnya!
Ini kalilah! Sengsara woooo si Anwar bersama barisan pemikirnya nak membuat skrip playsafe. Sampai bila dia mau bertapuk-tapuk mau melarikan diri! Hehehehhehe.. Keluar sudah loghat sabah pu3! Baru terima nota kekasih, belum lagi hadiah dari buah hati, sudah panik seluruh organisasi anwar!!!!!
SEPATAH DUA DESAKAN PAS UNTUK ANWAR DARI PAS!!!!
KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan
tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram
Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan
gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan
rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak
penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis. Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS) 13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H
Sumber drpd : Ashwad.
Sender: syedkadir@pas.org.my kpd media.
Jangan kata pu3 buat cerita dan ini spin dari BN pula. Kalau nak percaya rujuk alamat yang pu3 masukkan sekali. Kali ini anwar nak kata apa. Takat kata FITNAH je setiap kali mengelak nak menjawab, kali ini Anwar perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Tak perlulah dayus sangat asyik nak melarikan diri sahaja dengan tindakan yang sendiri lakukan. Takkan nak kata semasa buat kenyataan tu, diri dalam keadaan tidak sedar diri?
Eh? Tidak sedar diri tu bermaksud apa ya? Dibagi ubat ? @ mabuk? Mabuk sebab apa? Pu3 berhak nak andaikan macam-macam kerana pu3 tahu, anwar bin Ibrahim seorang pelakon yang terhebat di alam maya ni, tiada pelakon terkenal antarabangsa mampu menandinginya. Siapa yang pernah menjadi orang dekatnya pasti mengakui kata-kata pu3 ini.
Sekarang. Jawab jangan tak jawab! Kenyataan media menafikan dan saman wall street journal! @ memang itulah kenyataan sebenarnya!
PENJENAYAH LARIPUN BUDAK PAKATAN NAK BELA? APA KELAS AKAL ANAK IKAN nI?!
![]() |
| kenyataan bangang seorang peguam ANAK IKAN PR (sumber: blog Armand) |
| baca kenyataan mereka ini (sumber blog armand pju) |
Kalau peguam PKR non-muslim tu, pu3 taklah kisah sangat. Depa memang tak faham kedudukan MULIA junjungan nabi Muhammad saw. Ni yang Islam pun bangang apa sal pula? Itulah namanya dasar mentaliti anak-anak ikan yang kemaruk nak menempatkan nama mereka supaya dipandang atasan Pakatan.
Nak kata bodoh sangat dah status sah pendidikan dan pengikhtirafan akademik sebagai pengamal perundangan. Tapi akal tu tak terletak pada kedudukan taraf dengan status mereka. Pu3 sangat simpati dengan kekurangan akal mereka ni. KASIHAN.
Wahai anak-anak ikan, nak jadi hero ni, sedar-sedarlah diri. Siapa yang nak dibela, siapa yang nak dilindungi. Penjenayah yang dikehendakipun korang nak pertahankan. Korang ingat Malaysia ni negara pusat pengumpulan jenayahker. Pu3 fahamlah korang ni berkiblatkan Israel, so penghinaan atas junjungan Rasulullah saw itu tk menjadi hal untuk korang.
Tapi kami yang sangat cintakan negara, agama dan bangsa ni, tak akan biarkan hasrat korang tercapai!
HARAM HUKUMNYA SOKONG ISRAEL
| KEBERANIAN mungkin memakan dirinya walaupun kenyataannya benar? |
kenyataan penuh dari Hadi Awang :
Bumi Palestin dimuliakan sejarahnya oleh Nabi Ibrahim A.S. Bapa kepada para nabi selepasnya yang diiktiraf oleh semua penganut agama samawi. Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan daripada zuriatnya yang dihantar ke Makkah, yang dianugerah Allah kepada Ibrahim A.S. kerana jasa perjuangannya yang besar menentang syirik dan zalim oleh kuasa terbesar dunia dizamanya iaitu kerajaan Babylon yang diperintah oleh Raja Namrud.
Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam, selepas Makkah yang dibuka oleh Ibrahim A.S. dan Madinah tempat Hijrah Rasulullah S.A.W. Palestin dimuliakan kerana ramainya para Rasul dilahirkan di situ dan berpijak di atasnya kaki para anbiya' dan banyak darah para syuhada daripada kalangan Nabi dan ulama, kerana dibunuh oleh bangsa yahudi dengan zalimnya , menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga hari Qiamat. Allah juga manjadikan kiblat pertama bagi umat Islam dibumi Palestin. Di sini juga tampat berakhirnya Isra' dan bermulanya Mikraj Rasulullah S.A.W. ketika dijemput menjadi tetamu Allah. Maka yang layak memakmurkan Palastin ialah mereka yang beriman dan budiman.
Agama Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin dan tidak melarang penganut Yahudi dan Kristian melakukan ibadat mengikut agama mereka dan mengunjungi tempat suci mereka. Sejarah membuktikan hanya pemimpin Islam sahaja dapat menunaikan amanah memakmurkan bumi Palestin dengan memberi hak yang adil kepada semua.
Ps: kasihan juga presiden PAS ni, rasa2nya jawatankuasa dia nak sokong tak kenyataan pribadi dia ni. @ dia bakal menerima kesan sama seperti dt dr Hassan Ali. Disingkir secara tidak terhormat. Pu3 akan tungggggguuuuuu
"HIDUP KAMI SUSAH SEBAB BN TAK PANDAI MEMERINTAH." BERFB TAK SUSAH pula!
| perjuangan demi apa sebenarnya. kata susah boleh pula lepak2 menganyam ketupat (gambar hiasan) |
Kalau nak kutuk BN pun, tengok-tengoklah posisi sendiri. Pu3 nak tergelak bunyi status macam tu. Lagi buat gelak baca komen " Saya ni budak kampung, hidup melarat" uik? Melarat kebendanya, boleh pula buka laman sosial. Hahahahaha memang melucukan. Lain kali kalau nak mengarutpun, tengok-tengoklah keadaan.
Apapun pu3 semakin masa berlalu, semakin nampk mengarutnya pengarut pakatan ni. Saja memeriahkan suasana alam cyber. Nmpk bebanor tk matangnya.
Pu3 bangga pada pembangunan sepanjang Malaysia diterajui BN. Kalau Malaysia tak maju, pu3 nak onlinepun susah. Si pengarut tukang cerita karutpun susah nak buat karut. Heheheh I'm love UMNO
DUNIA OH MACAM2 SAJA
| Sejadah berdiri menghadap kiblat? |
| percaya dgn kuasa Allah tetapi ini sgt meragukan!! |
Hari pertama ya, pu3 bertasbah, berselawat , berzikir melihat gambar yang pu3 terima dari rakan pu3. Terpesona melihat KUASA pada sejadah tersebut. 2 hari selepas itu keluar lagi cerita sejadah berdiri klu tk silap 15 helai dalam buletin utama. Uik? Banyaknya! Biar betul? Ramai sungguh berdiri melihatnya. Hati pu3 mulai mempertikaikan kesahehan sejadah berdiri ini. Betulkah ia berdiri sendiri atau ada NOTTY saja bentukkan ia supaya menarik perhatian. Dan cerita itu berhenti begitu sahaja.
| sejadah biasanya senang digubah kerana strukturnya yg agak keras |
Malam ni, peristiwa sama berlaku. Hmmmm... Pernh dah cuba susun sejadah dan bentukkannya.. Sememangnya ia blh dibentuk. Jiwa pu3 mempertikaikan kesahihan sejadah berdiri ini. Bukan menolak kuasa Allah. Maha Kuasa Allah dari perkara lemah. Ciptaan Allah sangat Hebat. Gerak naluri pu3 lebih percaya bahawa sejadah berdiri itu adalah perbuatan orang NOTTY yang sengaja timbulkan cerita untuk mendapat perhatian.
| perhatikan lipatan itu |
| 2006/2007 pernah heboh 2 cerita sama. sangat meragukan |
MEDIA FITNAH DIA SOKONG ISRAEL? KALAU BERANI, BUAT PC NAFIKAN! ADA BERANI?
| Dia tak akan berani punya buat kenyataan tak menyokong ISRAEL (sumber: twitter) |
PM? DAH UMUM JADI PM BEFORE PRU? Hehehehehe....
| ini real twitter tau xder edit2 ambik |
JENIS ONG2 GEDIDIK NI PERLU BERHATI2 DENGANNYA
| berebut hanya kerana sebiji bola (gambar hiasan) |
1. Mereka sememangnya spesies dua alam. Tak dapt tempat je sah terjunlah pergi lupak baru dengan harapan dapat takungan air BAEK PUNYA!
2. TEROMPET mereka ni memang nyaring bunyinya. Almaklumlah dah isi xder dalamnya, ditiup, dekat telinga sah sakit. Tak pasal2 pekak. Dengan siulan mereka ni, siapa yang tak berawas, sah kelabu mata dek pening
3. PENCURI! Mereka adalah yang sentiasa mencari peluang unutk mendapatkan sesuatu dalam posisi mereka. Mengharap ada habuan walau memotong leher mangsa! Jika peluang gagal diperolehi, mereka akan TERJUN cari rumah lain.
4. RADIO LAMA. Harapkan bunyi je besar tapi tak boleh difaham langsung. NOISE lebih banyak dari mesej yang nak disampaikan. Maklumat yang sepatutnya diberi, biasanya mereka sembunyikan untuk kepentingan diri. Akan Melenting apabila maklumat sebenar sampai melalui CHANNEL lain.
Pu3 cuma nak katakan, jika berkawan dengan mereka ini, berhati-hatilah sebab mereka inilah gelar tambah sebagai BIAWAK.
Macam gambar bola sepak, 1 perlawanan dan perjuangan. Tapi boleh pula ambil peluang menghentam unutk dapatkan sebiji bola dengan apa cara sekalipun.
YOU MAKE RAKYAT SO CONFUSE!
| Anak ikan berusaha dengan keuoayaan maksima tetapi tidak tahu mereka hanya dipergunakan (gambar hiasan) |
TAK LUNTUR DEK KRITIK
| sumber sahabat cyber |
| sumber: sahabat cyber |
| Penyayangnya dia. memang layak memegang jawatan di kementerian sekarang (sumber: sahbat ctber) |
| abadikan kenangan bersama kakitangan wad bersalin Hospital Kuala Lumpur (sumber : sahabat cyber) |
PBIK PROGRAM ZIARAH MESRA DI HOSPITAL KUALA LUMPUR SEMPENA MAULIDUR RASUL
| ketibaan Dato Sharizat Abd Jalil bersama Pengerusi PBIK di perkarangan Hospital Kuala Lumpur dengan memakai pakaian tema biru. (Sumbe: sahabat cyber) |
| Tambah kapsyen |
Kali ini, sempena sambutan Maulidur Rasul, Pertubuhan Belia Islam Kepong (PBIK) sebuah badan NGO belia telah melakukan suatu kejutan dengan meraihkannya dengan pendekatan yang berbeza. Lazimnya umat Islam berarak menyambutnya, namun kali ini, bersama skuad sayang wanita, PBIK telah menganjurkan lawatan ke wad bersalin Hospital kuala lumpur. Bertemu saudara baru dilahirkan yang merupakan Bayi Maulidur Rasul.
Pengerusi PBIK bersama jawatankuasanya serta Pergerakan Pemuda UMNO Kepong berpendapat, Bayi yang dilahirkan pada hari kebesaran Islam, kelahiran junjungan Nabi Muhammad saw sewajarnya diberi keraian yang sama seperti bayi-bayi lain yang dilahirkan pada musim perayaan yang lain. Malahan satu keistimewaan mereka kerana mereka dilahirkan bersamaan tarikh kelahiran baginda Rasulullah saw.
| Tambah kapsyen |
Dalam masa yang sama, kunjungan ini mendekatkan lagi kepimpinan bersama masyarakat seiring dengan sambungan Maulidur Rasul pada tahun ini, Persefahaman Asas Perpaduan Ummah sangat mendekati slogan 1 Malaysia. Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.
| Pengerusi PBIK ditemubual oleh wartawan al-Hijrah diiringi jawatankuasanya (sumber sahabat cber) |
Program lawatan ke wad bersalin ini disertai ketua pergerakan wanita UMNO Malaysia , Dato Shahrizat Abd Jalil, yang sudi meluangkan masa bermesra dengan kakitangan wad bersalin dan ibu-ibu bersama bayi-bayi mereka. Seramai 9 orang bayi dilahirkan pada hari kebesaran Islam ini. Semoga mereka ini menjadi kepimpinan yang mempunyai akhlak sahsiah seperti mana Junjungan Nabi kita Rasulullah saw.
| Tambah kapsyen |
