Followers

Namewee & Afdlin Shauki Cari "KICK" for UNDILAH! 投票啦! 黃明志

laknat namewee... video ni nmpk sgt dia menyokong PR. kenapa masih ada buta menyertainya. pu3 menilai mamat banawee ni tk boleh diberi peluamg kerana ia memggunakan kesenian sebgai landasan kempen PR menggunakan subsidi kerajaan BN!


Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=H0d49H-KVng&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

UNDILAH TRAILER

what for 16hb sept? masih tak terbacaker mana haluan budak namawee ini?

Check out this video on YouTube:

http://www.youtube.com/watch?v=JhlyvlstcM8&feature=youtube_gdata_player


Sent from my iPad

PENYAKIT MAT SABU DAH MENJANGKITI LIM Guan Eng

Mendengar pernyataan LGE dalam berita td.. Apa yang pu3 fikirkan hanya seperkara. Alahai, nmpknya bertambahlah seorang lagi kepimpinan PR mengalami penyakit "lupa"

Bukan penyakit sebenarnya. Penyakit nak melarikan diri. Asyik layan lidah semasa berkata, terlepas apa yang sepatutnya tak diluahkan. Dah jadi isu, ramai yang marah, takut saham jatuh merundum. Mulakan pasang strategi utk mengelak. Cara paling mudah adalah " buat-buat lupa"

Xper, dia nk guna mahkamah utk dptkan sedutan ucapan dia. Dipersilakan. Selepas itu sila lakukan permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat johor. Jgan nk melarikan diri atau cover2

Agaknya inilah pepatah kata "lidah bercabang" huhuhu pu3 semakin jijik ngan kepimpinan PR ini!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

APA PAnDAnGAN ANDA TEntANG .... Hudud?

Kedudukan masyarakat majmuk di Malaysia amat berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w.
Pada zaman Rasulullah s.a.w, sungguhpun masyarakatnya majmuk tetapi ia lebih kepada majmuk kekabilahan, bangsa, budaya dan adat resam.

Manakala dari segi agama hampir sebahagian besarnya beragama wahyu sama ada Islam, Kristian atau Yahudi yang hukum dalam Injil dan Taurat mereka hampir sama malah kadang-kadang jauh lebih berat dari Islam.
Dalam kedudukan inilah Islam memberi pilihan sama ada untuk mengikut hukum hudud Islam atau hukuman agama mereka.

Ini jauh berbeza dengan Malaysia.
Di mana masyarakat majmuk agamanya tidak bersandarkan agama wahyu.

Oleh kerana majmuknya bukan agama wahyu, Pas membuat ketetapan kepada bukan Islam memilih undang-undang sivil atau hudud.

Dengan kata lain, Pas memberi peluang kepada bukan Islam memilih undang-undang yang lebih ringan dari Islam.
Ini berbeza dengan zaman Rasulullah di mana undang-undang Islam lebih ringan atau setara dengan agama wahyu yang lain.

http://www.isuhot.com/?p=1730

Menurut GEmpur habis

"Kita perlu ingat didalam negara ini, berdasarkan Artikel 74 dan Jadual 9 Senarai II Perlembagaan Persekutuan, perkara berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal Islam adalah bidangkuasa Kerajaan Negeri, bukan Kerajaan Persekutuan. Pd sy, kalau betul kerajaan PAS Kelantan ikhlas nak laksanakan hudud, mereka sepatutnya dah laksanakan di Kelantan.....halangan dr kerajaan persekutuan sepatutnya bukan isunya kerana kuasa berkaitan agama Islam terletak di atas kerajaan negeri....kalau setakat modal air liur saja, itu hanya akan dilihat sebagai retorik dan modal utk pilihanraya...apa kata Kelantan laksanakan la dahulu undang2 hudud ini dan buktikan kepada kerajaan pusat keberkesanan perlaksanaan hukum itu...."

Pu3 cuma nak ulas, mula2 punya menyala-nyala siap menghina umno kata takut terima hudud .. Sekrang ni senyap umpama api disiram pasir. Barapun xder dah! Cuma penyokong dan cyber trooper Pr je tgh melatah dan mengarut.

Sekali lagi pu3 umpamakan ct pr umpama monyet yg ketawa sakan sbb jangka mereka akan menang! Wakakakak sekali terjah dek angry bird lintang pukang terssembam!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

CERITA PENYOKONG PR SETELaH MPPP TOLAK HUDUD

Pu3 petik kenyataan seorang menggelar dirinya "kelab bekas ahli Umno"
------------------------------------------------
Adam Gonzalez Full
Akhirnya Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) membuat keputusan TIADA HUKUM HUDUD ,TIADA NEGARA ISLAM ,TIADA KEPENTINGAN BUMIPUTRA.... semuanya mcm ikut cakap DAP.. Bodoh!! selama ini org islam kena tipu dgn DAP je..

Kelab Bekas Ahli Umno
selagi Umno/BN memerintah selagi itulah hudud xkan dilaksanakan....buktinya 54 tahun Umno berhukum dgn undang2 penjajah kafir laknatulah tp mengaku negara islam....kikikikiki
----------------------------------------------
Kasihankan. Terkejut kot! Mereka adalah sebahagian yang sedang mencari cara menolak umno dengan mempersalahkan umno kenapa hudud xdapat dilaksanakan.

Mereka mempersalahkan PM dSP najib yang menolak hudud. Pu3 dok cari kalau2 pu3 yg terlepas pandg pengumuman PM menolakan tersebu. Tetapi jwpannya "null" ataupun tidak. Heheheheh saja cari pasallah tu sebab xder idea dh nk komen, tp tangan juga gatal sangat nk hentam umno.

Nasihat pu3, merapu dan melalutlah sebnayak mungkin dalam FB tapi biarlah lagik dan releven. Jgn setakat buat lawak. Badut sarkaspun tgok meraung xdpt pilih sebagai pelapis. Agak2 bob loqmanpun terkedu sbb xtau nk komen apa.

Pu3 pinjam kenyataan "layar delima"

Dan senang2 nak tuduh org lain kafir.. itu buat umat Islam jadi huru-hara.. kalau taknak kena maki jgn maki org lain dgn kata2 kesat mahupun kata2 laknat.. itu bukan cara Islam.. pas wajib tarik balik amanat hadi dan semua ahli pas harus mengaku dan minta maaf pada org UMNO termasuk yang telah meninggal dunia.. itu adalah bala yang paling besar dan ancaman terhadap bala ini akan buat Malaysia jadi mcm Palestin dan negara Islam lain yg sehingga kini telah dipermainkan sahaja oleh puak kafir.. dan umat Islam masih tak nampak lagi ker..??

Pandai2lah korang jwab di padang masyar nanti yer! Fikirkanlah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERI PELUANGKAH LAGI BUDAK NAMAWEE NI?!

pu3 nampak budak banawee ni tak boleh diberi peluang. jika jiwanya sebagai seorang anak seni, kritikal dari penulis Utusan mengkitik filemnya itu sebagai satu cabaran buatnya untuk membuktikan bahawa dia sudah insaf .

Tetapi lagaknya bagai dia sahaja terbaik , melakukan tindakan yang serupa, menjadikan lagu sebagai agenda menghina orang lain, pu3 tidak menilai dia layak diberi pengikhtirafan sebagai salah seoranf penyumbang kesenian di negara ini. sudah seharusnya budak ini diberi pembelajaran dia sebagai apa selaku anak Malaysia. teknologi digital telah disalahgunakan olehnya untuk menghina individu. pu3 tidak melihat penulis itu salah melakukan ulasan terhadap kritkannya, namawee perlu dikritik. ini baru peringkat permulaan,

sila baca artikel ini, pu3 petik dari blog sungairapat online menarik untuk dibaca

THURSDAY, SEPTEMBER 29, 2011
Namewee Serang Utusan Malaysia Kerana Kritik Nasi lemak Babinya
8:50 AM SUNGAI RAPAT ONLINE NO COMMENTS

Namewee buat hal lagi setelah Utusan kritik filem sampahnya nasi lemak babi.

Kali ini dia mengutuk akhbar Utusan Malaysia melalui video klip selama 2 minit 43 saat yang dimuat naik ke laman Youtube bermula semalam.

Video klip berkenaan diberi tajuk Namewee FxxK Utusan dan setakat ini, hampir 15,000 hits diperoleh video berkenaan.

Marah Namewee kali ini dikatakan berpunca daripada sebuah rencana dalam Utusan Malaysia yang bertajuk Bukan Nasi Lemak 2.0, soalnya Namewee…

Rencana tersebut menzahirkan pandangan penulisnya yang tidak senang dengan sikap Namewee yang cuba menjadi hero 1Malaysia melalui filem Nasi Lemak 2.0 arahannya setelah beberapa kali bertindak menghina orang Melayu dan agama Islam sebelum ini.

Dalam rencana berkenaan, penulisnya berkata; Jika diberi tiket percuma pun, saya tidak mahu menonton filem ini.

Tidak seperti kelaziman di mana Namewee akan menyanyi lagu rap untuk meluahkan marahnya, dia kali ini hanya berkata-kata dengan menggunakan bahasa Melayu pasar dan perkataan-perkataan lucah.

Namewee kelihatan sangat marah apabila penulis berkenaan memberitahu tidak mahu menonton filemnya.

Padanya, penulis berkenaan harus menonton dahulu filem tersebut dan kemudian baru menulis pandangannya.

Wartawan Utusan Malaysia berkenaan pula dalam rencananya berkata, Namewee sudah terlalu banyak mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia sebelum ini.

"Tentu kita belum dapat melupakan lagi, pemuda yang berasal dari Johor ini pernah dengan lagu Negarakuku, memperlekeh negara dan menghina wanita Islam bertudung dan azan subuh.

"Selepas itu, dia atau nama sebenarnya Wee Meng Chee buat hal lagi dengan menghina TNB dan dalam lagu bertajuk Kawanku menghina Melayu dengan lirik 'Melayu Balik Hutan Jadi Sakai'.

"Dan ada lagi, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dan Kementerian Pelajaran dengan perkataan-perkataan lucah," katanya dalam rencananya itu.

Bagi penulis berkenaan, siapa Namewee untuk bercakap mengenai perpaduan antara kaum.

"Alahai, dia pula bercakap pasal 1Malaysia. Adakah anak muda ini sedar, bukankah perpaduan di negara ini dipupuk dengan cara kita menghormati setiap kaum yang ada.

"Bukan dengan menghina dan memperlekehkan sesuatu kaum dan negaranya seperti yang disiarkan di YouTube," katanya.

Bagi wartawan Utusan Malaysia, kalau mahu bercerita mengenai filem yang mengambarkan aspirasi semua rakyat, maka filem Estet arahan Mamat Khalid lebih hebat dan berkesan.

Filem Nasi Lemak 2.0 dibintangi beberapa artis dan pelakon popular tempatan seperti Afdlin Shauki, Datuk David Arumugam dan Adibah Noor.
Posted in:
Anda mungkin juga meminati:
Najib Lebih Memilih Hospital Dalam negeri berbanding Anwar
Video pendedahan Datuk Eskay tentang Anwar
Hadi Akui PAS kekurangan undi Melayu sejak sertai pakatan
Ops Piramid...RM50 juta dibelanjakan untuk bawa balik ...

renung-renungkan. ramai lagi potensi seni boleh dibantu, tidak perlu untuk benawee ini. sekali ini. sudah memadai, no more 2nd chance! masa dia menerima pembelajaran!

Sent from my iPad

SUDAH DIJANGKA!! HUDUD HANYA GURAUAN PR

Pu3 tidak terkejut dengan penolakan pelaksanaan hudud. Majlis Pimpinan pakatan Pembangkang (MPPP) menolak cadangan Pas. Mahu melaksanakan hukum hudud kerana tidak menepati dasar bersama dan agenda buku jingga. Pengumuman ini dibuat oleh siapa lagi king of drama lewat malam semalam. PR hormati pendirian Pas tetapi dalam masa yang sama menerima pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

Kali ini apa ulasan penyokong dan cyber trooper PR dalam pengumuman ini, Nasution Su PKR akan tuding jari kt siapa pula kali ini. Nak kata media arus perdana punya pasal hudud xmampu dilaksanakan? Mustapha Ali nak ulas apa pula berkenaan penolakan pelaksanaan hudud yg dilaungkan oleh mursidul Am pas? Hmmm.. Nmpknya bunyi fatwa nik aziz semakin tenggelam dalam PR. Petanda sudah tiba masanya nik aziz berundur. Kira seperti semboyan dah tu. Fikirkanlah ..

Hari ini umumkan lain. Dah tu esok lusa suka hati tarik balik. Nampk sangat ketidaksamaan dalam perjuangan. Dalam masa sama nak cari kaedah menuduh punca ketidaksamaan itu pihak BN! Pirahhhh! Ini nk jadi pemerintah?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

HUDUD GIMIK POLITIK???

Ada rakan pu3 kata pengisytiharaan nik aziz untuk melaksanakan hudud ni sebagai gimik politik. gimik yang bagaimana ya?

Jom kita renungkan. Pu3 hanya mengetahui pengisytiharaan hudud ni 10 tahun yg lepas. Tetapi mengikut penjelasan rakan pu3 yang senior kata, ia sudah 20 tahun. Agaknya semenjak kelantan ditadbir oleh PAS ler jawabnya ya.

Mungkin betul pengisytiharaan itulah sebenarnya gimik kerana ia hanya diumumkan apabila tiba masa pilihanraya umum. Lebih kurang 5 tahun sekali. Setelah pilihanraya umum selesai, cerita hududpun ditidurkan semula.

Ia mungkin jadikan gimik politik kotor pembangkang yang menunding jari kepada BN konon memperbesarkan isu ini. Betulker BN yanh membesar-besarkan cerita hudud ini? Apa cerita kes dalaman PR yg jelasnya DAP kerat mati menolak pelaksanaan hudud , ia mengatakan ianya tiada dalam perncapaian hasil perbincgan yag dizahirkan dalam "buku jingga"

MCA melatah seketika apabila sebiji bunyi macam DAP berkehendak keluar BN jika umno menyokong hudud. Gimik jugalah agaknya. Mereka tak faham. Sebenarnya, sebab itu tangkas menendang.

Masih ada yang tidak faham? Sebelum pu3 menulis ini, pu3 sudah buat posting untuk pemahaman hUDUd. Baca di sini: http://apakata.blogspot.com/2011/09/persoalan-sebanyak-mana-pas-tahu-hudud.html?m=1

Pu3 rasa depa ni umpama main game "angry bird" main langgar je brrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PERSOALAN, SEBANYAK MANA PAS TAHU HUDUD ITU???

Pas kata umno menolak hudud. Hukum menolak hukum hudud samalah menolak hukum yg sudah menjadi ketetapan Allah. Persoalan pu3 sejak bila umno menolak hudud? Mereka sendiri nmpk sgt tidak memahami hudu yg bagaiman pas perjuangkan. Ikut sahaja!!

Untuk menjawap kata puak pas hudud tiada didalam quran dibawah ini saya sertakan bukti bahawa puak pas memang tidak memahami hukum hudud :-

Definisi yang dapat dipetik dari penulisan mereka mengenai hudud ialah ; Hukum-hukum yang tertentu yang ditentukan oleh Allah sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai Hak Allah yang dikenakan ke atas pe...salah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang tertentu yang digolongkan di dalam jenayah Hudud, iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:

- Zina
- Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat saksi
- Minum Arak
- Mencuri
- Hirabah ( Perusuh / ganggu keamanan )
- Murtad
- Baghy (Bughah – Pemberontakan)

Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan ( hukuman ) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat . ( al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221 ).Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan ( dimaafkan ) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:
Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk .
( al-Quran, al-Isra : 32 )
Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan .
( al-Quran, an-Nur : 2 )
Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya :
Ambillah dari aku ! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka ( perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati .
( Muslim, Sahih : hlm. 188 )
Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri ( taghrib ) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin ( muhsan ), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.
Pengharaman Tuduhan Zina ( Qazaf ) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka ( yang menuduh itu )lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina ( Qazaf ) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.
Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya meminum khamar ( arak ), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan ( kejayaan ) .
( al-Quran, al-Maidah : 90 )
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul ( sebat )seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan ( Muslim, Sahih : hlm. 214 ) dan Umar menurutnya.
Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya ( sebagai ) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah .
( al-Quran, al-Maidah : 38 )
Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan kemudian.
Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan ( hirabah ), Firman Allah yang bermaksud :
Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar .
( al-Quran, al-Maidah : 33 )
Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima ( agama itu ) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi .
( al-Quran, al-Imran : 35 )
Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat .
( al-Quran, al-Baqarah : 217 )
Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku ( Muhammad ) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga ( orang ) iaitu penzina yang telah berkahwin ( muhsan ), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya ( murtad ).
( Muslim, Sahih : hlm. 164 )
Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah .
( al-Quran, al-Hujurat : 9 )
Inilah sumber perundangan yang utama ( dari al-Quran dan al-Sunnah ) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud, di mana tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, untuk memilih atau meminda di dalam hukumannya.

Sekrg pu3 cabar ada tk yang berani kata penerangan pu3 td adalah palsu?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BUKAN KAEDAH ITU UnTUK TUNJUK PR BAIK SANGATTT!!!!

Bro Ayim rakan pu3 mengemukakan. Soalan dalam FB :
Satu pertanyaan: Tidak dinafikan rasuah berlaku dalam UMNO atau mana-mana parti termasuk pembangkang. Tetapi apabila UMNO mengambil tindakan ke atas mana-mana pemimpin yg terlibat dlm rasuah atau salah-laku lain, pembangkang mengambil kesempatan utk memburukkan UMNO, bkn memuji UMNO kerana mengambil tindakan...Manakala bila pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pemimpin pembangkang, itu semua dianggap fitnah atau tindakan politik...Apa komen anda semua?

Ini jwapan pu3 :
Mmg betullah tu. Tindakan mengenakan tindakan terhgadap kesalahan rasuah, pembangkang melihatnya sebagai peluang mengaibkan umno dengan tujuan meraih sokongan. Ntah punyalah xberkualitinya pembangkang di negara mnalaysia ni. Yg gila publisiti tp pu3 xmenafikan masih ada jugalah kepimpinan bukan BN mempunyai kualiti. Mereka melakukan teguran utk pembaikan pentadbiran negara

Pembangkang terlalu taksub berkehendak menjatuhkan umno kerana mereka melihat umno sebuah parti yg perlu disingkirkan sebelum impian mereka memerintah negara terlaksana. Mereka melihat umno sebenarnya masih relevan menjadi tunggak pemerintah negara. Dengan kehadiran umno dalam BN, rakyat menilai tiada perikatan yang jauh lebih cemerlang dalam pengurusan negara.

Pu3 tidak nafikan ada juga warga umno sifatnya seiras dengan kegelojohan kepimpinan pembangkang namun pu3 hormatkan mereka kerana mereka setia pada umno dan masih mampu mengawal nafsu dari menguasai diri mereka sepenuhnya. Peratus warga sedemikian masih sgt minima dan bukan penyebab umno perlu dilupuskan dr bumi tercinta ini. Fikirkanlah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ee si kucing kata: Nik Ajis Derhaka terhadap kenyataan ketuanya Presiden PAS Hadi Awang yang menolak hudud.. hanya 0.0001% dalam Al Quran..

Pada pendapat Ee bahawa Nik Ajis telah menderhaka terhadap kenyataan ketuanya Presiden PAS Hadi Awang yang menolak hudud..dan mengatakan bahawa hanya 0.0001% kisah hudud yang ada dalam Al Quran..Beliau yang juga Presiden yang dipilih oleh semua ahli PAS dalam muktamar mereka baru-baru ini menolak penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara Islam.Ee juga berpendapat jika seorang ketua atau presiden seperti Hadi awang yang telah mengeluarkan apa yang tersirat secara terbuka sepatutnya sebagai orang bawahan Nik Ajis dan pengikutnya tidak lagi boleh mengungkit perkara yang telah diputuskan dalam muktamar mereka..Itu kurang ajar dan tidak bertamadun..Pada hemat Ee pengikut seperti inilah yang biasanya akan membawa rebah dan patut disingkirkan secepat mungkin takut menjadi barah dalam daging..

Dalam soal hudud yang tidak pernah terlaksana sejak lebih 20 tahun yang lalu dan diungkit kembali oleh Ulama' Pikon Nik Ajis pada Ee ini satu pengkianatan Nik Ajis terhadap ketuanya Hadi awang dan partinya.Pada Ee sikap begini menampakan bahawa PAS seperti sebuah parti yang tidak pernah jujur dalam satu2 perjuangannya dan seolah-olah sesumpah yang akan bertukar warna mengikut keadaan sekelilingnya.Pada Ee sikap yang semakin kebudakan Ulama' Pikon Nik Ajis begitu merbahaya dan boleh merosakkan parti.Kerana sikap Ulama' Pikon yang tidak faham apa yang dikatakan maka para penyokongnya juga seolah mendapat penyakit yang sama.

Ee ingin bawa kesah satu perbualannya berkisar tentang undang-undang Islam(UUI) antara penyokong Ulama' PAS Pikon dan seorang Pengamal dan Pakar Perundangan Islam.. Seperti biasa, penyokong PAS berapi-api bertegang leher mengatakan negara Malaysia ini tidak Islam kerana tak menjalankan hudud.Dalam pertengkaran itu penyokong PAS bertanya kepada Pengamal dan Pakar Perundangan, mana hudud UMNO?..

Pengamal dan Pakar Perundangan yang tahu akan kebodohan dan kebebalan penyokong PAS dengan mudah menghuraikan Yang beria-ia nak buat hudud tu PAS, kenapa UMNO dipersalahkan bila hudud Pas tak jalan? Hudud pun bukan segala-galanya dalam UUI. Malah Hadi awang sendiri telah mengatakan hudud itu hanya 0.0001% dari UUI. Penyokong Pas itu terdiam.

Ee difahamkan bahawa Pengamal Perundangan terus menghuraikan tentang segala undang-undang UUI itu termasuk juga akidah, akhlak, syariat, muamalat, jenayah dan lain-lain. Menjalankan cabang-cabang penting dalam UUI itu juga adalah tuntutan Islam dan mesti dihormati. Janganlah terlalu taksub dengan hudud hinggakan kamu biadap terhadap cabang UUI yang lain.

Semua sedia maklum akan setiap penyokong PAS yang degil dan penuh ketaksuban begitu juga yang sedang berdebat dengan Pengamal dan Pakar Perundangan ini..dia masih tidak berpuas hati. Didakwanya, kerajaan memperlekehkan hudud.Pengamal dan Pakar Perundangan menerangkan bahawa hudud yang dicanang Hadi Awang itu bukannya hudud sebenar, malah hudud Kelantan bercanggah dengan hudud Terengganu walaupun ketua perangka kedua-dua hudud Pas itu adalah Hadi awang sendiri. Kerajaan tidak pernah menolak hukum Allah, namun perlaksanaannya mestilah pada masa dan keadaan yang sesuai seperti yang sering dijelaskan oleh pemimpin UMNO.

Jika kamu, penyokong Pas menganggap dengan kerajaan tidak menjalankan hudud dianggap memperlekehkan agama, apa pula hukumnya dengan orang Pas yang memperlekehkan perlaksanaan lain-lain cabang dalam UUI?.. Bukankah cabang-cabang lain dalam UUI itu sama penting, malah ada lebih penting dari hudud dan mesti juga dijalankan, seperti perbankan Islam, membasmi kemiskinan, memastikan rakyat mendapat ilmu, memeri bantuan kepada ibu tunggal, anak yatim, golongan istimewa dan lain-lain? ..Tidakkah kamu takut dengan Allah sehingga sewenang-wenangnya memperlekehkan agama Allah seperti yang dilakukan Nik Aziz?..

Pengamal dan Pakar Perundangan seterusnya mengatakan bahawa perbuatan PAS menidakkan usaha kerajaan untuk melaksanakan lain-lain cabang dalam UUI itu jelas membuktikan PAS memperlekeh sunnah Nabi. Penyokong PAS itu mula marah dan cuba memperkecilkan peranan lain-lain cabang dalam UUI. Dikatanya terdapat darjat yang berbeza antara hudud dan muamalat, akidah dan lain-lain.Pengamal dan Pakar Perundangan hanya tersenyum dan menghentikan perbualan kerana di masa itu dia tahu penyokong PAS yang terlalu taksub itu sedang cuba bermati-matian untuk menang debat walaupun terdapat kemungkinan gelincir akidah penyokong PAS itu.

Dalam soal ini Pengamal dan Pakar perundangan Islam itu membacakan sepotong hadis yang di riwayatkan oleh Muslim 6/23 yang bermaksud :

"Akan ada selepas peninggalanku nanti pemimpin yang kamu mengenalinya dan mengingkari kejahatannya,maka barang siapa mengingkari kejahatannya (bermakna) dia telah terlepas diri...dan sesiapa yang membenci kejahatannya dia telah selamat,akan tetapi orang yang meredhai kejahatannya akan mengikuti kejahatannya"."Apakah tidak kita perangi mereka dengan pedang (wahai Rasulullah).Baginda menjawab :Jangan! selagi mereka mendirikan solat dikalangan kamu"

Pengamal dan Pakar Perundangan juga menegaskan bahawa Allah menyuruh kita mentaati setiap pemerintah bukan menentang pemerintah.Begitu juga Nabi saw menyuruh kita mentaati pemerintah bukan menentang pemerintah seperti yang dipinta oleh Junjungan Besar kita Nabi saw..

Pengamal dan Pakar Perundangan berkata lagi ingatlah Rasulullah menghalang kita dari menentang pemerintah yang banyak melakukan kejahatan selagi ia masih lagi taat dan masih lagi melakukan solat.Di dalam hadis-hadis Nabi yang telah di riwayatkan oleh para sahabatnya begitu menegaskan agar kita mentaati pemerintah tidak ada satu pun hadis Nabi yang menyuruh kita menentang pemerintah. Oleh itu ikutilah apa yang telah dianjurkan oleh Nabi kita dan fahamilah hakikat yang tersurat mahu pun yang tersirat..

Pengamal dan Pakar Perundangan menasihatkan kepada semua yang menyokong PAS dan juga rakyat Malaysia agar jangan mengikut hasutan mereka yang tamak untuk berkuasa atau mereka yang dengki kianat kerana Allah telah mengurniakan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakinya antara hambaNya. Begitu Pengamal dan Pakar Perundangan juga menerangkan bahawa para ulama' salaf telah berpendapat bahawa sesebuah negara dinamakan negara Islam , selagi masih ada panggilan untuk solat (azan) dan didirikan solat dengan cara terang-terangan serta penduduknya sentiasa mendirikan solat dengan bebas (aman).

(Cuba lihat dalam Iktiqad Aimmatu Ahlu hadis,P.50).Negara ini umat Islamnya bebas untuk melakukan ibadat dimana saja tanpa rasa takut atau terancam.Begitu juga setiap waktu di masjid-masjid,surau dan di dalam tv mahu pun di corong-corong radio sentia bergema suara azan memanggil ummat Islam untuk melakukan ibadat solat hanya mereka yang ingkar tidak mahu bersolat.Ini adalah bukti bahawa negara ini negara Islam.Begitu juga negara ini telah pun diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam terbaik dunia.Negara kita begitu makmur rakyatnya berbilang kaum dan pelbagai agamanya dan tiada paksaan dalam menganut agama di negara ini.Mereka bebas dalam melakukan kegiatan agama mereka tanpa perlu takut inilah yang dikatakan kerajaan Islam yang adil kepada semua kaum.

Ee ingin berpesan pada diri dan juga kepada semua rakyat negara yang tercinta ini..Ingatlah sesiapa yang Ingkar akan perintah Allah dan RasulNya adalah terdiri mereka yang didalam kerugian dan menzalimi diri mereka sendiri.Sesungguh nya segala perintah Allah dan RasulNya di dalam Al Quran dan Hadis adalah benar janganlah kita mempertikaikannya atau kita memutar belitkannya semata kerana duniawi atau pun semata kerana untuk mendapatkan kuasa...Fikirkanlah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

ISU HUDUD KEPIMPINAN PR DIARAH KUNCI MULUT???

Ini bukan kali pertama pu3 dengar kepimpinan pr diminta tutup mulut. Sebelum ini kes gereja. Semua exco selangor xblh buka cerita. Kini kepimpinan pr diarah kunci mulut hal hudud

Apa lagi nak kunci mulut. Terang2 masing2 dah suarakan pandangan mereka terhadap usul tersebut. Nik aziz dh komen banyak. Nasution dah tuding jadi. Dap dah jelas ugut dan menolak hal hudud. Anwar ibrahim..lpssssttttttt" sokong belakang2 . Biasalah dh org biasa main belakng. Hehheheheheh

Ketua pemuda dap kata, hal hudud xder dlm perundingan semasa penyeragaman dan pembentukan buku 'jingga' tu jelas menampakkan. Ke mana arahnya keputusan 28hb kelak.

1 bahtera banyak nakhoda. Itu yg berlaku dalam PR. Pusing2 bahtera arah yg sama. Petanda. Selamat jalanler jwbnya.

Pu3 menyeru rakan2 masih 50-50 nak pangkah mana. Korg ceptler sedar. Apa lg ni dilemahkan dir. Oangkah je BN. Habis citer!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TAK SUDAH-SUDAH NASUTION TUDING PIHAK LAIN UNTUK COVER

Pelik? Bagi pu3 xder peliknya perangai SU agong PKR ni. Sememangnya dia sejak azali akan menggunakan taktik lamanya. Ada isu yang dikeluarkan walau ia berpunca dari PR n dia dengan tangkas akan menuding mengatakan isu ini berpunca dari pihak lain

Siapa pihak itu? UMNO, BN, UTUSAN, RTM, TV3 .. Pendek kata media arus perdana akan dituding konon pihak itu yang merumitkan keadaan.

Soalan pu3 isu hudud ini, umnoker yang buka cerita? Gaduh2 dalam PR kerana xbersetuju dengan pengumuman hudud itu UMNO ker yang cetuskan? Kenapa MB kedah menolak pelaksanaan hudud dalam pentadbirannya sedangkan dia adalah kepimpinan PAS?

Nasution terlupa agaknya PAS ini umpama umno pada matanya kerana dia bukan ahli pas, pkr. (Pening kerana runsing) sebab tu jarinya dan mulutnya lancar sangat menyebut dalam PC di hadapan media. Lantak awaklah nasution, lepas ni jangan sangka media akan bersahabat.

Terlupaka saudara, anwar sendiri diclair senyap di kelantan menyokong hudud secara pribadi. Dia adalah kepimpinan pkr. Utk PC cukup2ler umumkan hal ini akan diperbincgkan secara mendalam 28hb kelak. Tak perlulah timbulkan cerita nk mempersalahkan pihak lain hanya untuk menutup masalah dalam pakatan cetusan kepimpinan dalam PR itu sendiri! Fikirkanlah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PANDANGAN: APABILA ANWAR UMUMKAN SOKONG HUDUD WALAUPUN PRIBADI IA AKAN....

Pu3 membaca salah seorang menulis pandangan beliau terhadap tindakan king of drama mengumumkan sokongannya terhadap hudud di kelantan walaupun ianya sokongan pribadi.. Kesannya.. Sila baca di bawah ya

"Margaret Justice": 25hb September 8.42 pagi

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan telah menjadi titik tolak keretakan dalam hubungan parti komponen Pakatan Rakyat.

Meskipun pemimpin komponen Pakatan Rakyat menyatakan hubungan mereka biasa seperti sedia kala, penentangan terhadap pelaksanaan hudud oleh dua pemimpin tertinggi DAP – pengerusi DAP Karpal Singh dan pemimpin veteran Lim Kit Siang tidak boleh dipandang enteng.

Anwar sebagai seorang tokoh politik dan ketua Pakatan Rakyat tidak mempunyai keistimewaan untuk memberikan pandangan peribadi.

Sokongan beliau terhadap hudud di Kelantan boleh ditafsir sebagai hala tuju Pakatan meskipun beliau berkata ia adalah pandangan peribadi

Yang lebih memudaratkan Pakatan Rakyat kini adalah pandangan Anwar ini telah memulakan semula polemik hudud.

Skuad berani mati

Tercetusnya pertentangan pandangan ini sama ertinya dengan mengetuai misi skuad berani mati.

Ini kerana Umno memperoleh gol percuma untuk mendapatkan kembali undi bukan Melayu yang mereka hilang dalam pilihan raya umum ke 13.

Nik Aziz juga perlu mengambil iktibar bahawa kemenangan PAS di kerusi campuran adalah hasil daripada penolakan masyarakat bukan Islam terhadap tindak tanduk BN sebelum tahun 2008.

Pilihan untuk berpisah daripada ikatan PAS – DAP – DAP sudah tentu bukan pilihan jika mahukan mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan seterusnya.

Pemahaman terhadap Islam berlaku ekoran kontroversi yang ditimbulkan oleh wakil rakyat bukan Islam PKR dan DAP seperti dalam penggunaan hadis.

Memberi pemahaman

Justeru itu PAS sepatutnya berusaha memberikan pemahaman berkenaan Islam terlebih dahulu sebelum bercadang untuk melaksanakan hudud.

Konsep hudud juga perlu dijelaskan kerana ramai ahli masyarakat Melayu – Islam turut gelisah dengan perkembangan ini.

Pada pandangan saya apa yang lebih menakjubkan adalah kedua – dua Nik Aziz dan Anwar Ibrahim terjebak dalam polemik hudud ini meskipun mereka berdua adalah tokoh politik yang bukannya setahun jagung.

Anwar mempunyai pengalaman politik 29 tahun manakala Nik Aziz berada di dalam dunia politik selama 44 tahun.

Justeru itu, masyarakat umum sering tertanya apakah begitu senang sekali untuk mengumpan ahli politik veteran untuk mengambil tindakan yang mungkin melambangkan permulaan sebuah pengakhiran bagi gabungan Pakatan Rakyat?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TiBA MUSIM PAS KELUARKAN SENJATA KARAT UNTUK TARIK PERHATIAN.

Dalam Islam, tanda tanda kiamat tiba akan ditunjukkan satu persatu untuk memperingatkan umat manusia bersedia menghadapinya. Salah satunya apabila matahari terbit sebelah barat dan tenggelam sebelah timur.

Kepercayaan buddha pula, ada musimnya. Termasuk musim perayaan kuih bulan. Maka banyaknya produk produk kuih bulan di pasaran. Musim raya aidil fitri ataupun aidil adha. Dua juadah wajib dimiliki dalam rumah. Lemang dan ketupak. Rencahnyala rendang!

PAS pun ada musimnya tau mengeluarkan senjata karatnya. Setiap 4 - 5 tahun sekali. Apabila dirasakannya musim pilihanraya menjelang tiba. Keluarlah laungan mewujudkan pelaksanaan hukum hudud untuk mengelirukan masyarakat malaysia. Rasanya semasa pu3 masih sekolah lagi... Klu tak silap tahun 1990-1991, musim hudud ni heboh diperkataan konon hendak dilaksanakan. Pu3 bertanya dengan ustaz yg mengajar pu3 syariah islamiah berkenaan hal ini dan mengatakan hudud adalah hukum dalam Islam yang wajib kita terima

Kekwan pu3 yang bukan Islam sangat trauma kerana apa yang mereka tahu.. Hudud ini adalah hukum potong tangan bagi yang mencuri, rejam bagi yang berzina. Tu je. Mana2 kekwn yang nakal. Mereka kata pula, hukum hudud ini adalah peluang akan datang untuk mereka mudah berpoligami. Chewwwaaah!  н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅=D н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅  lantak koranglah, pu3 berpegang dengan kepercayaan bahawa hukum dalam islam itu indah. Sangat lengkap cuma ia songsang jika penerimaan punya agendanya sendiri

10 tahun berlalu. Pu3 masih tertanya2 kenapa pAS hanya mengeluarkan laungan itu pada musim pilihanraya. Dan kini untuk kali ketiganya, sekali lagi pas melaungkannya. Tanda2 pilihanraya umum sudah hampir. Hmmmm... Pu3 letakkan ni sebagai senjata karat menanti patah!

Kenapa? Betulkah pAS mengotakan laungannya sedangkan pas sendiri sudah dirantai oleh DAP ?! Langkah mayat aku jika mahu jadikan Malaysia negara islam! Tahun ni pas dalm himpunannya telah menukarkan perjuangan negara Islam kepada perjuangan negara kebajikan pula. Sah desakan kepimpinan dAp punya kerja. Toksah nak kata pemimpin pkr tak membantu. Memang tak membantu langsung .. Kenapa? Pemimpin pkrpun perjuangan mereka memperjuangkan keadilan bagi kehidupan yang songsang.
Pas bukan tak tahu, umno tak dapat meletakkan hudud sebagai suatu kuasa undang2 memandangkan mijoriti tak melebihi 2/3. Tetapi kalau pas berkehendak bebenor, biar pu3 refreash ingatan. Bulan april lepas, YAB PM DSP najib di terengganu telah menawarkan pAS menyertai BN. Tetapi apa respond pas?  н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅=D н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅  null! Xder sebagai balasannya pengumuman negara kebajikan diisytiharkan! Pada pandangan pu3 PAS tak ikhlas memperjuangkan hudud sebagai agenda utama mereka. Ia hanya sebagai langkah menyelamatkan kepercayaan penyokong pas yang kini berbelah bagi. Janji tak dilaksana. Serambi mekah (kelantan) lebih kurang macam las vages malaysia... Cuma xder kasino rasmi je. Kes songsang berleluasa... Fikirkanlah...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ee si kucing cerita lagi :Rakyat tidak mudah Terpedaya atau terpengaruh dengan fatwa2 yang dikeluarkan itu kerana ia adalah fatwa politik sahaja

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz berkata, sekiranya pemimpin yang dipilih itu gagal menyempurnakan amanah yang diberikan kepadanya bermakna dia sudah melakukan satu dosa.

"Pemimpin lompat parti itu boleh dianggap mengkhianati amanah rakyat. Kalau mereka tidak amanah kepada seorang, maka dia tanggung dosa seorang saja, tetapi jika mereka tidak amanah kepada rakyat, bermakna mereka berdosa kepada semua rakyat yang memilihnya dalam pilihan raya.

"Rakyat harap pada kita buat dasar parti, tiba-tiba kita lompat parti. Erti kita tolak kehendak pengundi. Kalau (jumlah) pengundi 10,000, di akhirat bertanggungjawab kepada 10,000 (undi itu)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, semalam.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz berkata, pemimpin yang 'melompat' dari parti lain untuk menyertai PAS dianggap sebagai sebagai kembali kepada hakikat asal perjuangan politik menurut Islam.

"Orang Melayu yang kembali kepada PAS, bermakna dia kembali kepada asal kerana mereka berasa bersalah berada dalam kerajaan yang mengamalkan dasar sekular yang mengasingkan antara politik dengan agama,"katanya.

Beliau turut menyifatkan masalah lompat parti yang berlaku dalam kalangan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai masalah dalaman parti itu dan berlaku di luar dugaan.

SinarHarian

Pada Ee inilah Ular dalam Semak uang sering menjulurkan lidahnya yang bercabang bersedia untuk mematuk sesiapa yang melintas dihadapannya..Nik Ajis Ulama' Sasau memanipulasi soal dosa dan juga pahala di dalam membuat kenyataan.Apa yang keluar dari mulut hapak ulama' politik tua sasau ini ialah berkenaan soal lompat parti.

Sasaunya Ulama' tua ini.."sesiapa yang lompat parti" untuk menyertai Pas adalah merupakan satu tindakan terpuji dan juga diibaratkan sebagai kembali kepada asal perjuangan Islam. Begitu juga dengan orang melayu yang masuk ke dalam parti tersebut, ianya dianggap balik kepada Islam dan pemimpin yang "melompat" ke parti lain. Nik Aziz menyifatkan mereka ini sebagai telah melakukan satu dosa.

Pada Ee sikap double standart Nik Ajis begitu tebal..Sehingga tidak dapat membezakan antara duniawi dan akhirat.. Jika berpolitik dicampur adukkan dengan penggunaan agama maka akan timbullah masalah begini.Jika dendam masih menebal dalam dada maka segala kata hanya mengikut bisikan nafsu hasutan syaitan Iblis yang membawa perpecahan pada umat Islam negara ini.

Pada Ee dengan menyatakan bahawa PAS itu sebagai sebuah parti yang lebih Islam dari parti melayu lain, secara tak langsung Nik Ajis berbohong kepada dirinya sendiri dan juga kepada pencacai jemaah Pas yang taksub kepadanya.Yang nyatanya bahawa Pas tak jauh bezanya daripada parti politik lain yang bermatlamatkan untuk meraih undi dan juga mengimpikan kuasa pemerintahan.Bezanya hanya PAS yang mempunyai Nik Ajis yang sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat membahagiakan nafsu serakahnya untuk berkuasa walau hakikatnya dunia dah kata pergi..kubur melambai-lambai tetapi diri tuanya masih mengaku muda maka dengan cara angkuh menafikankannya.. individu seperti Nik Aziz tanpa segan silu telah memanipulasi Islam sebagai alat untuk kepentingan peribadinya di dalam politik.

Nik Ajis " DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,"

Ee masih ingat lagi sewaktu akhbar Denmark, Jyllands-Posten menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dulu, Eetidak dengar atau baca samada seorang pun ulama' yang menjustifikasikan tindakan akhbar Denmark itu atas dasar'JAHIL ISLAM'. Semua bersepakat dalam mengecam dan memprotes tindakan biadap itu.

Malahan PAS sendiri kutuk betul akhbar Denmark itu. Ketua Penerangan Pemuda PAS, Hanipa Maiden berkata;

"Menghina Nabi Muhammad bermakna menghina Islam itu sendiri. Ini satu perkara yang biadap, dan kerajaan Denmark harus bertanggungjawab ke atas rakyatnya"

Ee ingin bertanya pada PAS apakah DAP boleh hina Islam kerana mereka jahil,kenapa pula Akhbar Denmark tidak boleh?..Hehehe..pada Ee inilah ulama'2 PAS lidah bercabang?..langsung tidak ada pendirian..hari ini kata begini besuk pula kata begitu..Macam juga dulu kata UMNO berkawan dengan MCA dan MIC haram..yang hairannya bila PAS bersetongkol dengan DAP tidak pula haram..nampak benar pembelitnya PAS ni..hehehe..

Ee rasa dalam isu melaksanakan hudud di Kelantan semuanya salah Nik Ajis sebab semasa nak bersetongkol dengan Pakatan Rakyat dulu Nik Ajis sendiri yang setuju untuk tidak mengungkit soal ini lagi..Lagi pun dalam muktamar PAS baru-baru ini beliau juga telah bersetuju untuk mengugurkan slogan negara Islam dan hudud sebaliknya slogan Negara Berkebajikan pula yang perlu diperjuangkan..Inilah yang dikatakan pikun tua..dah nyanyok..cukup-cukuplah tuu...

Pada pandangan Ee Nik Ajis sekali lagi cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang mengetahui apa sahaja termasuk membabitkan perkara dosa dan pahala serta balasan bakal diterima ketika di akhirat nanti.Ini menunjukkan Nik Ajis cuba memberitahu orang ramai bahawa beliau mempunyai kedudukan tinggi dan mungkin melebihi kedudukan Nabi berikutan kemampuannya mengetahui balasan bakal diterima oleh setiap manusia selepas mati.

Apa yang Ee pelajari dari kalangan ahli agama dan bijak pandai menyatakan bahawa Nabi sendiri tidak dapat menentukan apakah balasan bakal diterima oleh umatnya di akhirat, kecuali memgingatkan umatnya supaya mereka beramal dan mengikut segala perintah Allah supaya mendapat balasan di syurga.Manakala bagi mereka yang ingkar serta melanggar perintah Allah, ia akan di tempatkan di dalam neraka,pada Ee ini berbanding dengan Nik Ajis yang menyatakan bahawa segala usaha yang dilakukan oleh UMNO adalah sia- sia kerana tidak mendapat balasan baik kerana apa yang dilakukan itu melanggar syariat Islam.

Pada Ee apa yang dilakukan oleh Nik Ajis itu sebenarnya bukanlah suatu yang baru kerana sebelum ini beliau pernah mengeluarkan pelbagai fatwa mengelirukan hanya untuk memancing undi di musim pilihan raya.Sejak daru dulu lagi, Nik Ajis akan mengatakan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO semuanya tidak mengikut syariat, semua perkara membabitkan UMNO, semuanya berdosa, tetapi jika Pas buat perkara yang sama boleh pula, ikut syariat dan tidak berdosa..nyanyuk,pikun agaknya Nik Ajis ni..

Ee rasakan lah ni eloklah Nik Ajis letakkan semua jawatan dalam parti dan tumpukan saki baki kehidupan untuk alam baqa'. Kalau dah kata-kata itu sering tersasul dan terlupa, adalah lebih baik beliau memikirkan satu tarikh untuk meletakkan jawatan agar boleh di buat satu peralihan dalam PAS.Ee dapat rasakan bahawa rakyat sudah mengetahui dengan apa yang dilakukan Nik Ajis dan rakyat tidak mudah terpedaya atau terpengaruh dengan fatwa-fatwa yang dikeluarkan itu kerana ia adalah fatwa politik sahaja.Fikirkanlah!..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

EE SI KUCING KATA MUNAFIKNYA PEMiMPIN PAS

nilah kemunafikan pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya hanya sebagai boneka DAP.

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Selasa menafikan kerajaan negeri menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.

"Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

"Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,"katanya pada sidang media, di sini.

Azizan juga berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.
UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung namun permohonan merekaditolak.
"Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu," katanya.

UUM TERPAKSA BAYAR LEBIH UNTUK CUKAI TANAH

SINTOK, 19 April 2011 - Universiti Utara Malaysia (UUM) terpaksa mengeluarkan peruntukan besar bagi membayar cukai tanah apabila kerajaan negeri sekarang tidak mempertimbangkan permohonan rayuan mengurangkan cukai tanah yang dibuat oleh pihak pengurusan UUM.

UUM hanya membayar RM100,000 di bawah kerajaan negeri sebelum ini bermula pada 2006 hingga 2008. Tetapi mulai 2009, UUM terpaksa membayar sehingga RM1,744,357.00 untuk bayaran cukai tanah.

UUM telah membuat rayuan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang baru sebanyak dua kali pada tahun 2009 dan tiga kali pada tahun 2010. Namun begitu, rayuan tersebut tidak dilayan.

Pada tahun 2009, UUM telah merayu melalui surat yang dihantar kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah pada 29 April 2009 dan sekali lagi rayuan dihantar terus kepada Menteri Besar Kedah sendiri pada 10 Jun 2009 tetapi dukacita rayuan tersebut tidak dilayan.

Pada tahun 2010, UUM sekali lagi mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan juga kepada Pentadbir Tanah Kubang Pasu pada 19 September 2010 dan 22 Disember 2010. Namun begitu, rayuan UUM masih tidak dilayan.

Naib Canselor UUM, Prof Dato' Dr Mohamed Mustafa Ishak pernah berbincang perkara ini dengan Menteri Besar Kedah sendiri di Pejabat Menteri Besar Kedah pada 25 Julai 2010 dan merayu supaya Kerajaan Negeri dapat memberi pertimbangan. Namun keputusannya tetap mendukacitakan.

UUM bukanlah sebuah institusi pengajian tinggi yang berorientasi keuntungan, sebaliknya memainkan peranan penting membangunkan modal insan demi menjayakan agenda pembangunan negara.

Berdasarkan jumlah cukai tanah yang dibayar oleh UUM mulai 2009 hingga kini, maka jumlah yang dibayar oleh UUM ialah 10 kali ganda daripada jumlah cukai yang dibayar oleh UUM sebelum ini.

Justeru, adalah wajar Kerajaan Negeri Kedah tidak mengenakan cukai tanah yang tinggi kepada UUM seperti mana yang pernah dinikmati oleh UUM sebelum 2008.

Tanah seluas 1,061 hektar milik UUM itu yang dikenakan cukai bukanlah semua telah dibangunkan oleh UUM. Sebaliknya terdapat 100 hektar lagi masih belum dibangunkan tetapi kadar cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak mengambil kira mengenai perkara ini.

UUM juga telah membelanjakan bajet yang besar yang diperolehi daripada Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi untuk menampung keperluan pengajian tinggi negara. Perbelanjaaan ini sudah tentu memberi kesan yang positif dari segi limpahan ekonomi kepada negeri Kedah.

Sepatutnya Kerajaan Negeri Kedah menghargai usaha ini dan boleh membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh UUM melalui pengurangan cukai tanah yang boleh disalurkan kepada aktiviti penyelidikan, penerbitan dan pelbagai aktiviti pembangunan akademik di Universiti ini.

Prof Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Disediakan oleh :
Unit Media, Unit Korporat Komunikasi,
Jabatan Canselori
Universiti Utara Malaysia
Tarikh : 19 April 2011

GAGAL SEDIA BEKALAN AIR YANG CUKUP

SINTOK, 19 April 2011 - Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri Kedah gagal menyediakan bekalan air yang mencukupi kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) walaupun semua kemudahan infrastruktur sudah disediakan oleh pihak universiti.

Ini diakui oleh Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009 yang menyatakan bahawa pengeluaran di Loji Rawatan Air Pelubang, dekat Jitra telah mencapai tahap maksima dan tidak mampu menampung permintaan bekalan air termasuk di kawasan UUM dan sekitarnya.

Selain itu, masalah ini juga disebabkan Pihak Berkuasa Bekalan Air Negeri Kedah dan kini Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd yang merupakan Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kedah tidak membuat perancangan yang teliti untuk menyediakan bekalan air yang mencukupi untuk menampung keperluan warga kampus UUM.

Oleh itu, kenyataan Menteri Besar Kedah yang menyarankan UUM mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengajian Tinggi supaya menaik taraf infrastruktur bekalan air adalah tidak tepat kerana masalah sekarang bukanlah dari segi infrastruktur tetapi masalah yang sebenar ialah bekalan air yang tidak mencukupi.

Dakwaan mengatakan bahawa masalah bekalan air yang dialami oleh warga UUM perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi juga tidak tepat kerana bekalan air merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri.

Persoalan di sini ialah UUM memerlukan bekalan air sebanyak 12 juta liter air sehari dan kita hanya dapat bekalan air dalam anggaran 9 juta liter air sahaja sehari. Untuk menampung kekurangan tersebut, UUM terpaksa menyewa lori untuk mengangkut air dan perbelanjaan untuk tujuan ini mencecah purata lebih kurang RM80 ribu sebulan.

Bekalan air dari Loji di Pelubang, di Jitra hanya mampu menyediakan bekalan air sebanyak 15 juta liter air sehari dan ia bukan disalurkan khusus kepada UUM sebaliknya disalurkan kepada pelbagai kawasan pertumbuhan Kepala Batas, Jitra, Tanah Merah, Changlun, Kodiang, Bukit Kayu Hitam dan kawasan sekitar.

Permintaan bekalan air bagi Daerah Kubang Pasu khususnya Kawasan seperti tersebut di atas telah mengalami peningkatan dan ini diakui sendiri oleh pihak Pengarah Jabatan Bekalan Air Negeri Kedah dalam suratnya kepada UUM bertarikh 24 Ogos 2009.

Ini bermakna bekalan air memang tidak cukup untuk menampung keperluan penduduk khususnya warga UUM dan ia merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk menyelesaikannya dan bukanlah masalah infrastruktur di UUM seperti yang disebut oleh Menteri Besar Kedah.

Kalau infrastruktur ditingkatkan sekali pun tetapi air yang dibekalkan tidak cukup, maka masalah kekurangan bekalan air yang dihadapi oleh UUM masih juga tidak dapat diselesaikan.

Soal ke mana bekalan air UUM digunakan bukan isu tetapi isunya ialah bekalan air kepada UUM tak cukup.

Oleh itu, UUM mencadangkan Kerajaan Negeri membuat perancangan rapi mengenai penyediaan bekalan air kepada Universiti ini dan sekitarnya untuk tempoh jangka panjang antara 20 hingga 30 tahun dari sekarang.

Prof Dato' Dr. Mohamed Mustafa Ishak
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia.

Disediakan oleh :
Unit Media, Unit Korporat Komunikasi,
Jabatan Canselori
Universiti Utara Malaysia
Tarikh : 19 April 2011

Pada Ee inilah padahnya yang diterima oleh rakyat Negeri Kedah.. janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negeri Kedah.. Maka tertunailah segala janji-janji mereka setelah dapat menguasai Kedah.Pada Ee janji kebajikan yang dilaungkan oleh Pakatan Rakyat selama ini hanya palsu bohong dan dusta hanya sekadar untuk pancing undi.Inilah kemunafikan pemimpin-pemimpin PAS yang sebenarnya hanya sebagai boneka DAP.Memalukan dan memualkan sepatutnya mereka bantu anak negeri sebaliknya menyusahkan.

Pada pendapat Ee penipuan dan pengkhianatan Pas tidak akan berhenti jika tiada apa-apa tindakan, Rakyat dapat lihat bagaimana Pas mengkhianati Umat Islam yang menjadi Anggota Polis dan Tentera apabila Pemimpin "Melayu Islam Penipu Rakyat menjulang Chin Peng (PKM) mebagai "wira" mereka PAS dan PKR..Apa tah lagi mereka begitu berani mendakwa bahawa kominis yang menyerang Bukit Kepong adalah Wira Sebenar Negara.Inilah Penipu dan Kemunafikan yang begitu telus dalam PAS.

Ee berpendapat bahawa Politik dan Ekonomi Kafir DAP lebih "Islam" daripada PAS, DAP yang Kafir tidak Memaki hamun, Memfitnah dan Memusuhi Kaum yang Sebangsa dan Seagama(kafir) dengan mereka DAP di dalam BN berbanding PAS yang suka Memaki hamun, memfitnah dan Memusuhi UMNO yang sama Agama Islam dan Berbangsa Melayu.

Ee juga berpendapat bahawa Pemimpin PAS akan Memusnahkan ekonomi Umat Islam kerana pemimpin PAS telah hidup selesa dengan Gaji YB yang lumayan, Ekonomi Melayu Islam akan di serahkan pemimpin PAS pada Kafir DAP Laknatullah, Pemimpin PAS telah nampak "Undi" kafir harbi lebih Berharga daripada Undi Umat Islam Melayu sebagaimana PRU12 dan PRK selepasnya.

Kadang-kadang Ee rasa nak tergelak bila Pemimpin Pas menghasut dan Memfitnah pula Kerajaan, berlaku kebencian dari kalangan Ahli PAS yang bangang pada Kakitangan Awam (Pekerja Kerajaan) bahawa Kerja Kerajaan sumber pendapatannya adalah Haram tetapi yang hairannya YB2 PAS sendiri menelan Gaji dan pendapatan mereka dari mana?.. Hehehe.. Sama juga mungkin Rakyat perlu Iktikad bahawa hasil cukai Judi dan Arak ialah untuk Membayar Gaji YB2 PAS dan Ahli PAS yang menjadi Kakitangan Kerajaan..Mereka boleh makan tapi rakyat miskin tidak boleh sebab haram..pada mereka saja yang tidak haram..hehehe...

Ee berpendapat Kalau mereka PAS nak memperjuangkan Islam, perkara itu sangat dialu - alukan. Buat betul - betul dengan hati yang iklas dan jangan jadi munafik. Jangan menipu rakyat dengan mengeluarkan dakyah - dakyah songsang dan memperkudakan agama semata untuk menarik undi Melayu Islam dalam masa yang sama mereka begitu mendukung DAP Laknatullah sehingga sanggup mengangkat kominis yang tidak beragama menjadi wira mereka.

Ee berpendapat bahawa berkemungkinan Haji Hadi sudah dapat membayangkan bahawa Kepimpinan Ulama sudah berkubur dan tidak lagi relevan dalam PAS begitu juga sokongan kaum Melayu semakin meluncur turun.Dan mulai sedar bahawa perjuangan mereka untuk menyebarkan syariat Islam hanya menjadi retorik sahaja semata - mata.Ee tak hairan kenapa dalam Pemilihan Parti PAS baru-baru ini, dalam ucaptama Presiden PAS, Haji Hadi mengubah dasar perjuangan mereka kepada Negara Kebajikan dan kini mereka beralih pula mendukung Mat Sabu dalam menghidupkan dan mengangkat kominis menjadi wira dengan harapan masyarakat Cina akan mengundi mereka pada PRU 13 kelak.

Ee ingin bertanya apakah perangai orang2 PAS begitu rendah sehingga sanggup menipu semata untuk menjadi hero dalam membantu PAS mengecapi kemenangan dalam PRK mahupun PRU ?..Sebagai buktinya dalam PRK tidak berapa lama dulu suami calon PAS Cikgu Mala sanggup tipu MC bagi membantu isterinya berkempen.Apakah ini Islam yang diajar oleh Para ustaz2,Pemimpin2 PAS kepada para penyokong mereka?..Pada Ee ini sangat memalukan begitu rendah martabat iman para pemimpin PAS..Agaknyalah betul seperti pepatah Melayu Bapak borek anak rintik...Jika Gurunya kencing berdiri maka anak muridnya kencing berlari..hehehehe..

Yang membuatkan Ee rasa nak ketawa guling-guling bila nik ajis baru2 ni nak teruskan bab hudud..cabar DAP keluar jika tak mahu sokong..tup2 Lim Guan Eng DAP Laknatullah kata tak boleh buat hudud sebab dalam buku jingga tidak ada agendanya.. Hehehe..apalah pehak pembangkang dajal ni..bagilah orang tua ganyut tu bernafas sikit..baru cakap sikit dah kena tengking..nak undur malu tak undur kena sergah..Apa boleh buat jika DAP rakan sekongkol tak mahu..buat apa terhegeh-hegeh..hidung tak mancung pipi tersorong-sorong..minta cerai talak tiga je lah...hehehehe..Pada Ee inilah putar belit PAS sejak lebih 20 tahun yang lalu..Pada Ee segala kata nik Ajis semata untuk meraih simpati rakyat saja setelah terlepas kata menyanjung kominis sebagai wira negara..hehehe..Kalau bab menghasut rakyat dan memecah belahkan rakyat ini satu kepakaran bagi PAS buktinya peristiwa hitam 13 Mei..Sejarah tidak menipu.. yang menipu sejarah hanya orang-orang seperti Mat Sabu je..hehehe..

Ni..lagi bendulnya Zizan MB Kedah akui terpaksa dengar kata sekutunya DAP sebelum melaksanakan sesuatu perkara termasuk melibatkan syiar Islam..Hehehe..sampaikan nak beribadat dalam bulan puasa pun tak mahu karaoke pun terpaksa minta simpati DAP..hehehe..inilah terlebih cakapnya pemimpin PAS dulu sebelum dapat nak laksana itu..nak laksana ini..rupanya lebih borak je..

Ee berpendapat bahawa pehak Pembangkang ni belum lagi berkuasa semuanya mahu diubah,belum lagi ke Putra Jaya baru memasang angan-angan mulalah slogan "sama rata sama rasa"..maksudnya menukarkan "ketuanan Melayu"..Pehak pembangkang sering bercakap angkuh bahawa kaedah merekalah yang paling berkesan tapi hakikatnya cara yang tidak pernah diuji..hanya borak saja..segala kata2 pembangkang hanya menjadikan masyarakat berpecah belah..Sekejap angkat kominis sebagai Wira Negara..sekejap nak ubah jalur gemilang..Kalau dah tak ada isu sengaja mencari isu untuk menutup segala kelemahan mereka..Tak dapat selesai mula tuduh UMNO..inilah "Pembangkang Dajjal Namanya.." Sikap Haprak macam nilah yang menjadikan rakyat dan negara akan kucar kacir..Fikirkanlah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Menunggu

Bosan gak menunggu nk mulakan penerbangan. Tengah tunggu penerbangan balik ke sabah. Mata dee tenungler mana fligt yg bakal dee naiki ni. Mcm belum sampai je hehehehheheh

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Eeeeee.. EE SI KUCING KATA BARU BELAJAR AGAMA PAS DAH NGAKU "USTAZ"??

Dalam PAS baru sehari dua bercakap pasal agama je dah 'diPanggil Ustaz'..Hehehe..

Pu3 nk bercerita semula hari ni, ee sikucing cerita, keperasanan orang orang dalam PAS ni.

Pada Ee rakyat negara ini memang sudah faham akan hal PAS dari dahulu memang tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam dan Hukum Hudud.Sebenarnya PAS bukanlah mengajar pengikutnya pengetahuan agama sebaliknya mengajar berpolitik cara PAS dengan mengunakan agama untuk menentang pemimpin sedangkan dalam Al Quran mahupun hadis menyuruh kita mentaati pemimpin.Politik cara PAS penuh dengan maki hamun,menghentam,memfitnah,memecah belahkan kaum dan banyak perkara-perkara buruk yang diajarnya kepada para pengikut taksubnya.

PAS tidak boleh hendak salahkan UMNO kerana kegagalan PAS sendiri mempertahankan Hudud di hdapan DAP dan PKR.Pada pendapat Ee perkara yang paling memalukan apabila Haji Hadi menipu rakyat Malaysia bahawa DAP telah menerima hukum Hudud... Tetapi dinafikan sendiri oleh Karpal Singah dan mengugut pula untuk keluar dari Pakatan Rakyat.

Apa nak jadi jika hadapan DAP pun tidak mampu untuk berhadapan mengenai Hudud dan Negara Islam secara tegas inikan pula hendak memerintah negara.Pada Ee ini menunjukan bahawa PAS sebenarnya hanya menjadi perkakas kepada DAP untuk mencipta perluang mereka menakluki negara ini cara memperkudakan PAS secara tidak langsung.

Ee berpendapat takkanlah pemimpin seperti ini dapat diharap untuk melindungi kedaulatan agama Islam... Walaupun PAS sentiasa memusuhi UMNO tetapi UMNO sebaliknya sentiasa bersikap terbuka untuk menerima PAS.. dengan mengadakan muzakarah dan sebaliknya... begitulah ikhlasnya UMNO untuk bersama pemimpin Melayu dan Islam PAS bagi
membincangkan kepentingan bersama..

Ee ingin membawa kembali akan dakwaan Nik Ajis bahawa Allah mencarut dan samseng adalah jauh terpesong dari ajaran Islam. Ini kerana Allah Ta'ala adalah Tuhan yang Maha Agung dan Maha Sempurna. Allah adalah Tuhan sekalian alam dan tidak sama dengan apa jua makhluk ciptaanNya dari segi sifat ataupun sikap.Ee unjurkan kepada semua agar merujuk kepada sifat 20 Allah dan bandingkannya dengan dakwaan pemimpin PAS Nik Ajis yang jelas memesongkan.

1. Wudud: Ertinya ada maka mustahilnya adam (tiada).

2. Qidam: Ertinya sedia ada maka mustahilnya huduth (baharu).

3. Baqo': Ertinya kekal maka mustahilnya fana (binasa).

4. Mukhalafatu-Lil-Hawadith: Ertinya menyalahi dengan yang baharu. Maka Allah Ta'ala berlainan dari segala-galanya dari segi zat sifat atau perbuatan. Maka mustahilnya ialah Mumatha lah-Lil-Hawadith iaitu menyerupai dengan segala yang baharu.

5. Qiyamuhu Binafsih: Ertinya berdiri dengan sendiri tanpa pertolongan sesiapa. Maka mustahilnya iatlah Ihtiyaj Li Ghairih iaitu berkehendakkan kepada yang lain.

6. Wahdanniyah: Ertinya Esa atau tunggal pada sifat dan perbuatanNya. Maka mustahilnya ialah Ta'adul iaitu berbilang atau banyak.

7. Qudrat: Ertinya berkuasa. Maka mustahilnya ajazun iaitu lemah.

8. Iradat: Ertinya berkehendak iaitu sesuatu berlaku dengan hanya dengan izin Allah Ta'ala. Maka mustahilnya ialah karahah iaitu terpaksa.

9. Ilmu: Ertinya Maha Mengetahui maka mustahilnya ialah jahil.

10. Hayat: Ertinya hidup maka mustahilnya mantun iaitu mati.

11. Sama': Ertinya Maha Mendengar. Maka mustahilnya a-samun iaitu pekak.

12. Bashar: Ertinya Maha Melihat. Maka mustahilnya a'ma iaitu buta.

13. Qalam: Ertinya Maha Berkata-kata. Maka mustahilnya abkamun iaitu bisu.

14. Kaunuhu Qodiran: Ertinya Maha Berkuasa (dalilnya sama seperti Qudrat) maka mustahilnya lemah.

15. Kaunuhu Muridan: Ertinya berkemahuan sendiri (dalilnya sama seperti Iradat) maka mustahilnya terpaksa.

16. Kaunuhu Alimun: Ertinya Maha Mengetahui (dalilnya sama seperti Ilmu) maka mustahilnya jahil.

17. Kaunuhu Haiyyun: Ertinya Maha Hidup (dalilnya sama seperti Hayat) maka mustahilnya mati.

18. Kaunuhu Sami'un: Ertinya Maha Mendengar (dalilnya sama seperti Sama') maka mustahilnya pekak.

19. Kaunuhu Bashiran: Ertinya Maha Melihat (dalilnya sama seperti Bashar) maka mustahilnya buta.

20. Kaunuhu Mutakaliman: Ertinya Maha Berkata-kata (dalilnya sama seperti Kalam) maka mustahilnya bisu.

Pada Ee ini sangat jauh dari fatwa Nik ajis yang begitu jelas menyesatkan jika kitya fahami dan perhalusi berdasarkan sifat-sifat 20 Allah di atas, maka terbuktilah bahawa sifat Allah adalah berlainan dari sifat-sifat manusia dan makhluk ciptaanNya.Hanya Nik Ajis yang mendapat wahyu dari Iblis dan Syaitan yang sanggup mengatakan Allah Tuhannya mencarut dan menghalalkan pengikut-pengikutnya mencarut,memaki hamun,memfitnah dan ini sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Ee nasihatkan kepada yang ingin betul-betul mempelajari tentang ilmu agama Islam sebenarnya, eloklah mencari seorang ulama yang tidak berkepentingan politik kerana Nik Ajis dan lain-lain pemimpin PAS hanya menggunakan agama Islam yang suci murni untuk kepentingan diri dan politik sempit mereka.Pada Ee jika nak berpolitik..politiklah cara betul..dan jika nak berlajar pasal agama carilah guru agama yang bertauliah..bukan apa takut disesatkan..maklumlah dalam PAS baru sehari dua bercakap pasal agama je dah 'diPanggil Ustaz'..Hehehe..

Ee berpendapat kenyataan Presiden PAS Haji Hadi Awang menyamakan peristiwa Bukit Kepong dengan peristiwa Rasulullah SAW berdepan dengan kafir Qurish Mekah begitu pendek akalnya dan menandakan keimanannya telah berjaya dicuri oleh syaitan Iblis. Rasulullah saw yang berimankan tauhid bertembung dengan Arab Jahiliah yang sama sama sekali menentang agama Allah.Sebaliknya kominis yang menyerang Bukit Kepong adalah orang Cina kafir dan orang-orang polis adalah terdiri dari orang Islam dan sama kalimahnya dengan Haji Hadi awang.

Pada Ee ini bermakna Hadi Awang ingkar dan menderhaka kepada Nabi saw ini bersesuaian dengan sabda Nabi saw yang bermaksud Dari Abu Bakrah katanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila dua orang Muslim berkelahi dengan menggunakan pedang (senjata) masing-masing, maka pembunuh dan yang dibunuh kedua-duanya akan masuk neraka." (Sahih Muslim).Ini sesama muslim.. apa tah lagi kominis petualang negara purata semuanya Cina kafir laknatullah hanya seorang dua orang Melayu yang menjadi tali barut kominis apakah kelayakan Hadi awang mengeluarkan fatwa menyamakan peristiwa Bukit Kepong dengan Rasulullah saw berhadapan dengan kafir?..

Ee bagi satu lagi hadis yang wajar menjadi peringatan kepada umat Islam khususnya kalangan pemimpin dan mereka yang berpengaruh dalam menentukan dasar sesebuah negara dan masyarakat.

Dari Amir bin Saad, dari bapanya, katanya: "Pada suatu hari Rasulullah datang dari daerah berbukit. Ketika sampai di Masjid Bani Mu'awiyah baginda solat dua rakaat. Kami solat bersama baginda. Beaginda kemudian berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Selepas berdoa, baginda berpaling kepada kami dan bersabda ''Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenan dua perkara dan menolak satu perkara.
''Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti kaum Nabi Nuh), permohonanku itu diperkenankan juga. Aku mohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan." (Sahih Muslim).

Apa yang Ee pelajari dan fahami selama inilah sebenarnya punca krisis yang melanda banyak negara Islam pada hari ini. Allah tidak akan memberikan pertolongan kepada umat Islam jika mereka bermusuh, apatah lagi berbunuhan sesama sendiri.PAS sebaliknya bermusuhan dengan orang2 UMNO yang sama kiblatnya.

Ee ingin mengajak semua merenungi apa yang terjadi dan ingatkah lagi akan Tsunami pada tahun 2004. Yang paling teruk dimusnah ombak besar ialah Acheh, di mana pembunuhan sesama Islam berleluasa kerana tuntutan pemisahan GAM daripada pemerintahan Jakarta.Masih tidak sedarkah lagi..

Ee ingin tegaskan bahawa Islam adalah agama yang memimpin, bukannya dipimpin. Tetapi kini umat Islam tidak lagi melayakkan diri mereka untuk memimpin kerana mereka tidak lagi mematuhi perintah Allah dan Rasulullah. Mereka berperang sesama sendiri.Ee ingatkan kepada umat Islam Malaysia perlu berwaspada dengan masalah permusuhan politik sesama kita yang nampaknya semakin memburuk, sehingga menguntungkan musuh-musuh Islam terutama DAP Laknatullah.

Ee ingin mengingatkan kepada rakyat terutama bangsa Melayu Islam jangan sampai kita kehilangan taraf masyarakat beriman yang akan menerima kemurkaan Allah dan tidak lagi mendapat rahmat-Nya!..Bersatulah!..dalam 1 Malaysia demi Agama,Bangsa dan Negara..Janganlah ikutkan saja bisikan dajjal-dajjal pembangkang terutama dari PAS dan PKR yang jelas begitu kemaruk nak berkuasa sehingga sanggup mengadai maruah agama dan bangsa..Fikirkanlah.

Contoh seorang xder berpendidikan n profesion pun sebelum ini tk ada kaitan agama. Sekarang bukan lagi ustaz... Ulamak sekali. .. Tgok pict di atas

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UMNO MEnGHARGAI PERJuANGAN

Peristiwa penyerangan bukit kepong, meninggalkan kesan sejarah negara ma titik nostalgia hitam buat keluarga pejuang yang terbunuh ketika mempertahankan Balai polis bukit kepong dari dikuasai komunis ketika itu.

Hari ni UMNO telah menzahirkan penghargaan pengorbanan tersebut dengan memberikan pengikhtirafan kepada pewaris pejuang, dengan menganugerahkan jasa dikenang yang disampaikan sendiri oleh presiden umnO yang juga perdana menteri Malaysia YAB dS najib razak di dewan merdeka PWTC. Sempena rumah terbuka 3 sayap UMNO.

Pu3 sedang menunggu bila pula mat sabu menyampai penganugerahan kepada keluarga komunis yang menyerang bukit kepong? Agaknya sesudah menemai anwar kot.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

EE SI KUCING KATA UMNO DAH LAMA TAHU BACA QURAN!!! PAS BARU NAK....

UMNO dan Penyokongnya memahami dan melaksanakan isi Quran sejak 1946 berbeza PAS dan Penyokongnya Terangkak-rangkak memahaminya.

Menarik! Tertarik! Fantastik. Kali ni ee si kucing dah bercerita lagi bahawa PAS terlupa seperkara! Jom baca!

Pada Ee tiada yang baru daripada Nik Ajis setiap kali berceramah mahu pun mentarbiah pengikut Samdolnya kecuali mengulangi taktik lama untuk memastikan mereka (pengikut samdol) hanya tahu angguk dan geleng saja, Islam itu PAS.. PAS itu adalah Islam tidak bercerai dan terus melekat dalam benak kepala para pengikutnya..

Ucapan bertali arus para pemimpin PAS untuk memancing undi kepada calon PAS ibarat memberi undi untuk kemenangan Islam.. PAS adalah perjuangan Islam di negara ini.. PAS tidak boleh ditentang selagi ada rasa kasih sayang kepada Islam..dan sebagainya.. telah berulang-ulang kali disebut oleh para pemimpin PAS.Ee berpendapat setiap ucapan mereka langsung tidak memberi makna untuk perjuangan Islam itu sendiri.Mereka hanya tahu borak melaksanakan jauh sekali.Setiapkata pemimpin PAS berdolak dalih dan mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka perjuangkan..Pada Ee sekejap mereka berjuang untuk penubuhan negara Islam..sekejap hudud..sekejap Negara berkebajikan..sekejap mengangkat kominis sebagai Wira dan menyokong DAP untuk menukar Jalur Gemilang bila berkuasa kelak..Pelik Ee rasakan..retorik dan penuh kemunafikan..

Ee masih ingat bagaimana Nik Ajis mengatakan bahawa menolak PAS adalah perbuatan jahiliyyah semasa PRK Tenang satu ketika dulu..Benarkah menolak PAS perbuatan jahiliyyah???..Apa yang Ee pelajari dan fahami selama ini tiada sebarang dalil yang menunjukkan menolak PAS atau kelompok berpakaian agama daripada imamah sebagai menolak Islam.Apa yang Ee pelajari bahawa Islam bukan kepada pemimpin bahkan Islam bukanlah pada lisan semata-mata. Islam itu wujud dalam lisan, tasydiq dan amal. Memberi undi kepada mana-mana parti politik demokrasi rom dan individu-individu politik demokrasi rom, tidak tergolong langsung di dalam amal kerana ia tidak disyariatkan oleh Islam, sebaliknya yang disyariatkan adalah amal yang diperintah dan meninggalkan larangan Allah Taala seperti yang terkandung di dalam al Quran dan sunnah Nabi-Nya.

Ee berpandangan bahawa Nik Ajis seorang pendusta agama dan mengunakan agama sebagai jalan pintas untuk kepentingan politik peribadinya, dengan mudah dapat menggelapkan mata golongan jahil dan golongan yang mencari jalan pintas untuk ke syurga yang penuh kekeliruan untuk menyokong PAS.

Semua sedia maklum bahawa gila kuasa politik Mursyidul Am Pas, NikAjis Nik Mat kini setanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau semakin berani mengeluarkan 'fatwa demi fatwa' semata-mata untuk kepentingan parti.Pada pandangan Ee perbezaan antara Nik Ajis dengan Anwar hanyalah Nik Aziz 'melacurkan' agama untuk memuaskan nafsu politik, manakala Anwar melacurkan politik bagi memuaskan nafsu serakahnya..Inilah pemimpin yang sanggup melakukan apa sahaja demi dendam dan kerakusan kuasa.

Pada Ee kekaraman bahtera PAS dalam memperjuangkan Negara Islam dan hudud adalah disebabkan kelemahan akal yang sihat akibat terlebih dosa memporak perandakan rakyat negara ini dengan segala retorik dan kemunafikan pemimpin taraf ulama' PAS dengan segala fatwa basi yang membuatkan sesiapa yang main makan saja sakit perut.Ini dapat dilihat bagaiman mereka menipu rakyat dengan pelbagai dakyah mengatakan kerajaan UMNO kafir dan sebagainya.Begitu juga fatwa mengatakan berkerjasama dengan bukan Islam untuk mentadbir negara adalah haram.. Kini segala 'Fatwa Basi ' itu terpaksa pemimpin munafik PAS telan sendiri sehingga terpaksa berulang alik masuk tandas akibat sakit perut.Inilah akibatnya terlebih borak dan terlebih mengata..

Pada pendapat Ee apa akan jadi kepada mereka (Penyokong Taksub) yang selama sudah berkurun lamanya percaya bahawa bahtera yang mereka naiki itu ialah bahtera menuju ke arah penubuhan sebuah Negara Islam adalah tidak benar. Di dalam al Quran tiada Negara Islam kata nakhoda bahtera Hadi Awang yang kini bersiap-siap untuk menaiki roket ke Negara Berkebajikan...Inilah kemunafikan pemimpin2 PAS..

Ee masih ingat dan masih segar dalam lipatan kepala bagaimana munafiknya Hadi Awang selaku nakhoda kapal karam sebelum belayar dengan mengakibatkan mereka (penyokong ada yang terbunuh,cedera dan anak Isteri yang menjadi yatim piatu dan Isteri yang menjadi balu)..

Nakhoda Hadi Awang mengeluarkan amanatnya...1981

'Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'..

Ee ingin bertanya bagaimana dengan mereka yang terpedaya dengan laungan amanat Hadi dan terkorban di dalam proses untuk menubuhkan Negara Islam yang bertahun-tahun menjadi intipati perjuangan PAS?.Ee ingin bertanya lagi bagaimana dengan Allahyarham Ibrahim Libya dan korban Memali?..Ee berpendapat tidakkah PAS hari ini harus memohon maaf kepada anak cucuk korban Memali kerana telah memperdayakan mereka tentang Negara Islam?..

Ee ingin bertanya lagi bagaimana dengan hubungan kekeluargaan yang terputus dan adik beradik, suami dan isteri, ayah dan anak yang tidak bertegur sapa sehingga ke akhir hayat mereka kerana dakyah 'penubuhan Negara Islam PAS'?.

Ee rasa hari ini PAS tidak perlu membazirkan masa menjelaskan apa itu Negara Berkebajikan yang ditiru secara bulat-bulat dari UMNO. Kita semua tahu, Negara Berkebajikan ialah aqidah baru PAS supaya mereka tidak perlu melangkah mayat Karpal Singh yang sentiasa menentang sekeras-kerasnya penubuhannya.Akibat kecut perut dan mendengar bisikan syaitan yang menjadi sahabat mereka maka hamlau-hamlau PAS sanggup berdusta dan menjadi munafik asalkan dapat restu dari suami kesayangannya DAP.Dengan ini Ee ingin menyaranan agar PAS menggugurkan perkataan Islam dari nama parti tersebut adalah sangat tepat.Pada pendapat Ee jika di dalam al Quran tidak menyebut Negara Islam, sudah tentu Parti Islam juga tidak terdapat di dalam al Quran..

Ee dapat rasakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO dan penyokong UMNO lebih memahami akan segala isi Al Quran dan talah melaksanakannya sejak dari 1946 sehingga Negara Malaysia diistiraf sebagai salah sebuah negara Islam yang terbaik di dunia berbanding para Pemimpin PAS dan Penyokongnya yang baru tahap TASKI yang terangkak-rangkak memahaminya pada tahun 2011..Fikirkanlah..Marilah kita bersatu menyokong 1 Malaysia agar kehidupan kita,agama kita,anak cucu cicit jenerasi kita dan negara kita mendapat kejayaan yang cermelang serta terbela nasibnya..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

EE SI KUCING KATA: TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI PAS......

Tidak Mustahil kelak Penyokong Islam PAS akan berebut untuk mengusung keranda LKS dan lainnya..Kerana KeTaatan mereka..

Kali ini pur kongsikan pula cerita ee si kucing tentang ketaksuban penyokong PAS. Jom baca :

Terlalu kerap Ee melihat penyokong-penyokong PAS mengibarkan bendera DAP setiap kali PRK mahu pun PRU diadakan. PAS memalukan orang melayu,PAS memalukan Islam. PAS meletakkan martabat orang melayu di tahap yang rendah semata-mata untuk memancing undi orang Cina. Begini caranya jika PAS memerintah, kita akan menjadi hamba kepada kepimpinan DAP..

Bukan saja Ee malah rakyat negara ini tahu bahawa para pemimpin dan penyokong PAS sering mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuan politik mereka.Inilah muka sebenar PAS yang sanggup melakukan apa saja asalkan mereka mendapat keuntungan.Dari mengunakan agama dengan memutar belitkan hadis mahu pun Al Quran mereka sanggup menghalalkan apa saja asalkan dapat memberi manfaat kepada mereka.

Anak2 kecil yang tidak faham apa benda mereka gunakan untuk memuaskan nafsu serakah untuk berkuasa.Mereka bukan saja mendera kanak2 berpanas di bawah sinar matahari malah mereka mendera secara tidak langsung untuk mengalas bendera Parti PAS dan juga menggalas bendera DAP, sedangkan DAP tidak pernah sedikitpun membiarkan anak-anak kecil mereka terlibat dalam politik. Inilah kebodohan yang paling nyata puak PAS... DAP tidak perlu meraih sokongan melayu, kerana PAS akan berbuat apa sahaja untuk menyanjungi mereka biarpun yang bertanding adalah PAS.Alangkah kejinya perbuatan tidak beraklak para pemimpin mahupun penyokong PAS mengunakan kanak2 sebagai perisai demi politik sempit dan tidak bertamadun mereka.

Ee dapat rasakan bahawa para pemimpin dan penyokong PAS sanggup melakukan apa saja demi mengangkat DAP dan demi menunjukan bahawa mereka akan sentiasa taat kepada segala telunjuk DAP Laknatullah.Pada pendapat Ee adalah tidak mustahil pada suatu hari kelak para penyokong Islam PAS juga akan berebut untuk membawa keranda khalifah Lim dua beranak mahu pun para pemimpin DAP lainnya andai mereka ni mati.Ini semua mereka lakukan demi menunjukan kepada DAP bahawa PAS sanggup mengikut para pemimpin DAP dan menjunjung mereka sehingga ke Jirat mereka.Ini bersesuaian dengan mereka yang sanggup menghalalkan apa saja.Dan menerima apa saja yang difatwakan oleh pemimpin2 mereka terutama dari Nik Ajis mahu pun fatwa daripada pemimpin DAP yang menjadi idola mereka seperti Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng.Ee nasihatkan janganlah rosakan jenerasi akan datang dengan keegoan nak berkuasa sehingga maruah Agama dan Bangsa sanggup dipergadaikan..Fikirkanlah..

Pu3 pula membayangkan, jika mana2 kepimpinan PAS "pergi" ada tak kepimpinan DAP berebut2 menawarkan diri menyelenggara jenazah mereka ya?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAT SABU DITAHAN UNTUK DIAMBIL KETErANGAN

Wahhhhhh belum tiba esok , pu3 dah dapt berita penahanan mat sabu sejurus tiba di LTAPP. Untuk diambil keterangan di IPK pulau pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kali ini, apa respond mat sabu terhadap tindakan tersebut. Mungkin relax tetapi jiwa dah menggelabah semacam. tahniah. Pu3 rasa mat sabu dan semakin dekat dengan polis. Insiden kemalangan semasa himpunan bersih semakin mengikat mat sabu. Ada magnet begitui!

Ini bukan fitnah ya. Jelas klu tak percaya tanyalah petugas kt LTAPP. Xpun tanya je pengiring mat sabu tu

Ini petikan pu3 dapat juga. Baca jangan tak baca

"Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis

GEORGETOWN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub, berkata Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada jam 7.30 petang tadi dan dibawa ke IPK Pulau Pinang.
Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, tiba di IPK Pulau Pinang pada 8.30 malam dan dilihat meninggalkannya ibu pejabat polis itu pada 9.05 malam selepas keterangan beliau diambil.
Tengah hari tadi, Mat Sabu dilaporkan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di negeri ini bulan lalu."

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MAT SABU AKAN DIDAKWA

Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi... Ni bukan hati je terbakar, seluruh semangat membara selagi mat sabu tak dikenakan sebarang tindakan undang2 atas pengumumannya mengangkat darjat komunis sebagai pejuang negara.

Petang ni, pu3 lega membaca maklumat. Mohamad Sabu @ mat sabu akan didakwa di mahkamah Sesyen butterworth pada 21hb september 2011 mengikut seksyen 505, kanun keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. Wallllaaaaa..

Rasanya tentang lemparan bom petrol di rumahnya tu .. Sebagai peralihan cerita. Dgr cerita angin, pertuduhan ke arah umno lagilah. Adatlah, ada masalah kepada pemimpin PR.. Dh umno @ BN lak dituduh. Kotnyer pengikut PAS yg marah juga yg lakukan. Elok serahkan je siasatan kepada pihak berkuasa sebelum nak tuding jari tu.

Ps: lepas ni mat sabu nak bauat lagu apa pula. "Masihakah kau ingat " kot! Gambar kat atas tu pu3 ambik je dr salah seorg rakan. Sebiji kan  н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅=D н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅н̲̅e̲̅ 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

EE SI KUCING KATA PAS AKAL KANAK KANAK

Sekali lagi, pu3 kongsikan kata rakan pu3 ee si kucing. Pu3 sgt sukakan pandangannya dan kongsikannya dalam blog pu3. Jom baca

Pemimpin PAS berakal seperti Kanak2 TASKI yang diajar Membenci Kerajaan kini menipu Melayu untuk undi DAP..

Ee semakin berpendapat bahawa perjuangan parti PAS yang kononnya memperjuangkan sebuah negara Islam dan hukum hudud semakin kabur, apabila mereka terlalu taksub dengan agenda pakatan pembangkang.Ee juga berpendapat bahawa idealisme PAS dianggap sudah hilang arah kerana pemimpin itu tidak lagi melaungkan matlamat asal perjuangan parti itu.

Pada Ee pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terutama Nik Ajis,Hadi Awang dan Mat Sabu lebih cenderung mengikut rentak DAP yang ternyata bertentangan ideologi dan menyanggah sebarang usaha penubuhan negara Islam.Parti PAS kini dilihat sebagai sebuah parti yang tidak berpendirian kerana banyak bukti bahawa pemimpin tertinggi parti itu tidak konsisten menangani sesuatu isu malah lebih mengutamakan kepentingan politik mereka saja.

Ee berpendapat bahawa PAS perlu melupakan hasratnya untuk mengantikan UMNO sebagaimana slogannya tetapi apa yang terjadi akhir-akhir ini membuktikan bukan PAS yang ganti UMNO, sebaliknya DAP yang menggantikan PAS. Ee berpandangan bahawa PAS sudah jauh terlanjur dalam memperjuangkan yang Hak dan Bathil. Tiga tahun berlalu kita telah diperlihatkan akan beberapa siri keputusan PAS yang nampak sentiasa tunduk kepada arahan DAP. Mungkin istilah 'Dap Ganti Pas' sudah menampakkan kebenarannya'..

Ee mempunyai pandangan sendiri walau pun berbuih buih mulut pemimpin PAS mengatakan orang UMNO sesat, semakin banyak kesesatan mereka sendiri yang tersingkap. Walaupun mereka sanggup sembahyang hajat untuk menghancurkan orang UMNO, tetapi yang semakin menemui kehancuran adalah mereka sendiri.Ee dapat melihat sendiri setiap hari ada saja petunjuk yang Allah SWT tunjukan kepada rakyat negara ini akan tembelang busuk puak PAS ini.Inilah hakikat yang terpaksa diterima oleh pemimpin dan penyokong PAS bahawa PAS semakin jauh tersasar dari matlamat asal perjuangan mereka. Jika dulu mereka begitu lantang bermatian memperjuangkan penubuhan negara Islam dan hudud..angin tidak ada...ribut jauh sekali tiba-tiba saja mereka buang jauh-jauh perjuangan itu kini mereka berjuang pula penubuhan negara berkebajikan yang ditiru bulat-bulat dari UMNO dan memperjuangkan petualang kominis sebagai Wira Negara..Apa ke Jadahnya PAS berbuat begitu..jika tidak mengikut telunjuk parti Sekongkol mereka DAP Laknatullah..

Ee masih ingat tidak berapa lama dulu Puak PAS juga telah mengadakan sembahyang hajat kononnya untuk menyelamatkan Anwar Al Juburi yang teraniaya. Tetapi setelah Allah menunjukkan kebenarannya, puak ini masih lagi tidak mahu menerima kebenaran. Dan sekali sekali lagi mereka mengadakan sembahyang hajat dan bacaan yassin untuk Anwar.
Kita rakyat Malaysia mula melihat bahawa kesan bacaan yassin dikembalikan semula kepada mereka oleh Allah SWT, adakah mereka masih tidak mahu bertaubat dan menerima kebenaran?..Dan apa yang Ee nampak bahawa jiwa Anwar Al Juburi semakin hari semakin kacau jiwanya. Mungkin disebabkan dosa dosanya, mungkin juga disebabkan oleh kesan sembahyang hajat dan bacaan yassin.Jadi Ee nasihatkan agar pemimpin2 dan penyokong PAS bertaubatlah jangan jadikan diri sebagai tunggangan dan seperti kerbau atau lembu yang boleh ditarik hidung kesana kemari.

Apa yang Ee pelajari selama ini dan difahamkan bahawa sembahyang hajat dan bacaan yassin bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main. Sekiranya orang yang diminta supaya diberikan bala itu tidak bersalah, nescaya Allah s.w.t akan mengembalikan bala itu kepada si pemohon. Ingatlah Allah s.w.t itu Maha mengetahui setiap apa yang berlaku. Malah semua ini adalah ketentuanNya juga.Percayalah!..Masih segar dalam ingatan bagaimana Nik Ajis mendoakan bala kepada PM kita..tup2 Nik Ajis sendiri yang masuk hospital dan PM datang melawatnya dengan niat dan hati penuh suci iklas sebagai seorang pemimpin nombor satu negara tanpa mengambil hati walaupun orang yang dilawatnya telah mendoakannya bala..Inilah dia pemimpin yang paling layak diikuti penuh dengan budi pekerti yang tinggi...

Pada pendapat Ee pemimpin-pemimpin PAS ada yang mula hilang akal gara-gara parti itu gagal berdepan kontroversi pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang sudah berlarut sehingga kini.Semuanya berpunca kesilapan PAS yang awal-awal lagi enggan menyatakan pendirian terhadap tindakan JAIS yang memeriksa DUMC setelah menerima maklumat ada usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak terbabit.

Ee juga dimaklumkan oleh rakan baik yang dulu dalam PAS dan kini telah merangkak keluar meninggalkan PAS ..demi menjaga hati PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin PAS jelas mempolitikkan isu ini sejak awal-awal lagi dengan mengenepikan penjelasan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali.Ini semua dilakukan demi menjaga ikatan perkhawinan haram antara mereka dan menebus kembali apa yang tidak dipuas hatikan DAP dan PKR selama ini.

Ee difahamkan bahawa rancangan PAS bertemu JAIS dan DUMC bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden 3 Ogos itu juga telah gagal.Bila mereka hilang punca dan buntu dengan semua itu, pemimpin PAS baru menyatakan sokongan terhadap JAIS dan meminta jabatan itu bertindak jika ada bukti wujud usaha memurtadkan orang Islam. Inilah wajah sebenar PAS.Terus terang Ee katakan bahawa pendirian itu dianggap sudah terlewat kerana masyarakat mula nampak 'perjuangan sebenar PAS' yang bukan lagi mahu mempertahanakan dasar-dasar Islam tetapi memperjuangankan sekutu mereka PKR dan DAP.Untuk itulah Ee berpandangan bahawa PAS cuba mengalih isu ini dengan mengheret UMNO dan mendakwa menjadi dalang tindakan tersebut.Selain Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, kini Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyerang UMNO.Inilah fikiran kotor pemimpin PAS yang sentiasa mencari "Kambing Hitam" untuk menutup pekong mereka yang semakin membarah.

Ee berpendapat akhirnya PAS terpaksa menjilat ludah mereka semula apabila menganjurkan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa beberapa bulan lepas dalam usaha mereka untuk mendapatkan semula sokongan Melayu yang telah hilang. Sekaligus membuktikan bahawa PAS sebenarnya sentiasa mengikut telunjuk DAP. Dan sudah tentulah konvensyen tersebut adalah arahan DAP.

Nik Ajis dan beberapa orang pemimpin PAS yang sangat sombong apabila membicarakan tentang Melayu, akhirnya akur bahawa undi Melayu sangat penting kepada survival parti tersebut dalam arus politik negara. Kesombongan PAS sebelum ini ternyata telah memakan diri mereka sendiri. Nik Ajis sendiri terpaksa berbicara tentang Melayu, bertentangan dengan kata-katanya sebelum ini bahawa Melayu tidak penting sama sekali.Dan Nik Ajis sendiri malu untuk mengaku Melayu.

Ee dapat melihat bagaimana Presiden PAS, Hadi Awang pula terpaksa menutup malu dengan mengatakan perjuangan Melayu lebih bermakna dengan perjuangan Islam. Dan yang paling menarik ialah apabila beberapa orang pemimpin Cina yang sangat anti dengan Melayu tetapi berusaha berpura-pura menunjuk baik seperti Lim Guan Eng, cuba mengajar Melayu tentang nilai-nilai Islam.

Hanya dengan putar belit dan pembohongan kononnya PAS akan menjaga Melayu dan memberikan keutamaan kepada Melayu kerana Melayu adalah dominan di negara ini,pada pendapat Ee tidak dapat menutup kata-kata Nik Ajis sebelum ini. Kalau benarlah seperti yang dikatakan oleh Nikl Ajis, sekali lagi Nik Ajis menelan caci nistanya terhadap kebangsaan Melayu.

"Apa bezanya memberikan keutamaan kepada Melayu kerana Melayu itu dominan dan Melayu itu kaum terdahulu yang berada di Tanah Melayu dengan Ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh UMNO? "...

Pada pendapat Ee sebenarnya PAS sudah hampir memperolehi sokongan kekal Melayu apabila cerita tentang Kerajaan Perpaduan yang dikatakan dicadangkan oleh Abdul Hadi Awang, mula heboh diperkatakan. Namun sokongan Melayu kepada PAS terus menurun dan menjunam teruk sebaik Nik Ajis menjahanamkan prospek tersebut dengan keangkuhan dan kesombongannya.Pada Ee sokongan Melayu kepada PAS semakin menurun laju meluncur seperti bola yang dilemparkan di lereng bukit sebaik saja Hadi Awang pula menolak jauh penubuhan negara Islam dan hudud yang mereka perjuangkan sebelum ini dengan mengikut telunjuk DAP memperjuangkan pula Negara Berkebajikan yang ditiru bulat-bulat dari UMNO.Semakin kalut bila mereka pula berjuang bermatian mengangkat petualang Kominis sebagai Wira Negara.Ee semakin yakin bahawa Pemimpin2 PAS sebenarnya berfikiran singkat seperti budak- budak TASKI yang mereka ajar agar membenci kerajaan UMNO yang DAP Laknatullah gunakan untuk menipu orang-orang Melayu bagi memberi undi kepada Parti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.Fikirkanlah...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.