Followers

SELAMAT MENYAMBUT MERDEKA RAYA AIDIL FITRI 2011

PEWARIS ANAK BANGSA

2 MINGGU LEBIH RASANYA PU3 TIDAK MENULIS SEBARANG ARTIKEL DALAM BLOG NI. BUKAN BERHENTI TETAPI KOMITMENT PU3 DALAM KAWASAN LEBIH BANYAK DILUAR LINGKUNGAN UNTUK PU3 MENCAPAI LAPPY PU3 DAN UPDATE CERITA DAN PENGETAHUAN MAKLUMAT SEMASA.

SEBENARNYA BUKAN SAHAJA TERLIBAT DENGAN AKTIVITI KAWASAN SEMPENA BULAN MULIA INI SAHJA. KETUA PU3 MEMINTA PU3 TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA BLOG RASMI KAMI UNTUK MENGUPDATEKAN BERITA SEMASA AKTIVITI PU3 SABAH. MAKANYA PU3 TIDAK MAMPU MEMBAHAGI BANYAK FIKIRAN. INSYALLAH AKAN PU3 SAMBUNG SELEPAS RAYA INI

PU3 MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FIRTI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEK NEGARA TERCINTA MALAYSIA

CERITA JADI IKTIBAR DAN PENGETAhUAN bUAT KITA

Pu3 ingin kongsikan lg info dr sabahat di fb. Rosli. Thanks. Cerita ini sgt menarik dn perlu dikongsi bersama sahabat lain .Baca dan renung-renungkanlahhh....

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!....
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian.. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah .

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!

Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah.. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan! Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.

Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

1- Mengapa orang Islam sembah Kaabah

2-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

3-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

4-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

5-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-
kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -

Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu
menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.

Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang
berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.

Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis..... awak mengigau.... "

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya........ .".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu..

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya... Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam.. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan.. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.

Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat...

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita...... .. Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata.....saya bayangkan ayah dihadapan... saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama..... ...Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.. .

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.

Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung...... "

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu.. Kalau ini sikap pendakwah. Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam.....jatuh cinta...lalu dimurtadkan. .

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid... Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil
sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.

InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SOALAN INI PERLU DIJAWAB OLEH PR:SUMBER SAHABAT Warisan ksl

Pu3 dok pandg info yg boleh pu3 kongsikan utk bacaan rakan semua. Kali ini pu3 nk kongsikan soalan yg menarik, wajib dijawab oleh PR sebelm memerintah dan setelah memerintah di dlm berapa negeri. Sebgi renungan pd pr yg berangan2 nk memerintah malaysia tercinta ini.


Norazniza Abdul Karim created the doc: "soalan utk pr"
 

Warisan Ksl

bagaimana janji-janji seperti di bawah..pasal sebelum pru 13 kena tuntut dahulu janji pru12..

1.memberi bantuan rm75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri

2.memberi bantuan rm50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah

3.memberi bantuan kewangan kepada anank-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

4.membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

5.memberi elaun ibu tunggal yang layak

6.memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka

7.membantu setiap rakyat selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri

8.menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas

9.galakan kepada belia dan wanita muda berniaga-sewa minimum/membayar air dan elektrik dua tahun pertama10.mengurangkan cukai pintu kediaman 20% dan cukai premis komersial 10 %

11.menggantikan sistem rukun tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan

kemudian...

12.mengapakah dsai berjumpa dengan malcom hoelin????siapakah malcom hoelin????

13.siapakah penasihat dan lembaga pengarah imf pada sekitar tahun 1995 hingga 1997..beri latar belakang setiap orangbilakah kilang arak di selangor hendak ditutup selaras janji didalam pru12 dahulu

15.berapak jumlah kuil dan tokong yang telah dibina diselangor sejak pr memerintah

16.kuil mana yang telah dirobohkan pada era pr memerintah diselangor?

17.berapakah jumlah baki wang peninggalan kerajaan bn diselangor?

18.berapakah jumlah pendapatan dan perbelanjaan pengurusan negeri selangor

19.berapakah hasil sebenar cukai pasir diselangor

20.siapakh orang luar yang cuba menggangu mesyuarat cabang pkr yang mencetuskan huru hara seperti yang dimaksudkan oleh nasution..

21.siapakah kotapan

22.siapakah p.s jenapala

23.siapakh datuk mazlan hasan

24.siapakah b.rajendran

25.apa pendapat mengenai orang bukan islam mengucapakn ayat-ayat al-quran dan kemudian menterjemah ikut fahaman sendiri

26.berapakah jumlah dan stastitik pusat hiburan berlesen dan tidak berlesen dibawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pr?

27.berapakh jumlah dan statstitik kedai cyber internet berlesen dan tidak berlesen...berapakah yang menjalankan aktiviti judi cyber

28.tunjukkan bukti bahawa tuduhan tuan mengatakan bn yang mengarahkan tapak surau idirawang dimajukan

29.apa hubungan suaram dengan yayasan wolfberg

30.apa hubungan dsai dengan patric wolferiz...

31.apakah yang tuan maksudkan dengan ekonomi kapitalis...

32.apakah nama yayasan yang tuan tubuhkan....

33.berapakah jumlah pecahan ahli melayu,india dan cina di dalam pkr???

34.siapakh yang lebih berkuasa didalam pkr...ketua umum atau presiden pkr

35.adakah jawatan ketua umum ada dalam perlembagaan pkr...

36.siapakh yang mula-mula menggelar dsai sebagai al-juburi

37.siapakah yang membuka kisah liwat diparlimen pada tahun 1996 diparlimen

38.siapakah yang menghidupkan istilah koronisme,nepotisme dan favouritisme pada era 1997-1998??

39.apa pendapat tuan mengenai siu gambar bogel yb elizabeth wong

40.apa pandangan tuan mengenai isu yb ronie liu yangmengarahkan penguatkuasa mbsa pulangkan kembali arak yang dirampas di seven eleven shah alam...

41. berapakah lesen atau permit penjualan arak yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri yang dipimpin oleh PR????

42. KETUANAN RAKYAT MEMBERI MAKSUD RAKYAT LA TUAN..MAKA SAYA SEBASGI RAKYAT NAK SEMUA FREE JIKA PR MEMERINTAH..BOLEH BAGI CONFIRMATION PR SETUJU..DENGAN CADANGAN SAYA NI....

43. TUNJUKKAN FAKTA DAN DOKUMEN YANG SAHIH MENGENAI ISU KAPAL SELAM YANG TAK BOLEH MENYELAM YANG PEMBANGKANG TUDUH DAHULU..

44. TUNJUKKAN DOKUMEN DAN FAKTA SAHIH MENGENAI PEMBABITAN DATO SERI NAJIB MENGENAI KES ALTANTUYA...JAWAPAN MESTILAH BERFAKTA,DOKUMEN..PUKUL BERAPA,MASA DAN TEMPAT...BUKAN PERSEPSI...

45. TUNJUKAN BUKTI DAN DOKUMEN SERTA FAKTA BAHAWASANYA SISTEM PERUNDANGAN TIDAK ADIL..KERANA DIPENGARUHI OLEH KERAJAAN BN..JAWAP BUKAN PERSEPSI YE...

46. APAKAH PENDAPAT TUAN MENEGNAI PEMBERIAN 999 TAHUN GERAN TOL KEPADA BUKAN MELAYU DI PERAK KETIKA PEMERINTAHAN PR DIPERAK???

47. yAYASAN SELANGOR DIBAWAH PENTADBIRAN SIAPA YE..

48. APA NPENDAPAT TUAN MENGENAI WIKILEADS...

49. SIAPAKAH YANG MEMASANG CCTV DI BILIK MB SELANGOR???

50. DIMANAKAH BERADA PEMBANTU PERIBADI YB ELIZANETH WONG YANG MERAKAMKAN GAMBAR BERAHI YB ELI...

51. BAGAIMANAKAH PENDAPAT TUAN MENGENAI PENGAKUAN YB ZULKIFLI NORDIN MENGENAI PENIPUAN YANG DIBUAT OLEH DSAI...

52. APAKAH PENDAPAT TUAN MENGENAI CADANGAN MB SELANGOR PASANG CCTV DIPUSAT HIBURAN ATAU HARAMKAN LESEN PUSAT HIBURAN DISELANGOR????

53. BENARKAH DAKWAAN PEMBANGKANG BAHAWA FELDA BANGKRUP ???SILA KEMUKAKAN FAKTA….

54. BENARKAH DAKWAAN KICKDEFELLA DIBAYAR RM4 JUTA...KALAU TIPU..KENAPA TAK SAMAN KICKDEFELLA...

55. DARIMANAKAH PUNCA KEKAYAAN TAN SRI KHALID IBRAHIM DAN AZMIN ALI????

56. MODEL EKONOMI MANAKAH AKLAN DIPAKAI OLEH PR..JIKA BERJAYA MEMERINTAH MALAYSIA...

57. PR boleh beri jaminan tetap atau tidak jika memerintah malaysia...ekonomi akan bertambah berkembang..isu pengangguran tidak akan wujud..petrol tidak akan naik..semua orang akan bertambah kaya...

58. PR boleh beri jaminan atau tidak..rasuah tidak akan berlaku di dalam pentadbirannya nanti...

59. boleh beritahu saya perlembagaan DAP dengan lebih terperinci...

60. SIAPAKAH YANG BERJANJI DENGAN SULTAN SELANGOR UNTUK MENDAPAT ROYALTI PASIR SEBANYAK RM200 JUTA SETAHUN????

61. SIAPAKAH CHANDRA MUZAFFAR????KENAPA BELIAU KELUAR DARI PKR???

62.SIAPAKAH GOPALAKRISNAN..KENAPA DIA KELUAR DARI PKR…

63. SENARAIKAN STASTITIK SYARIKAT MELAYU,CINA DAN INDIA YANG MENDAPAT PROJEK DI MAJIS PERBANDARAN DI SELANGOR????

64. SENARAIKAN SYARIKAT KONSESI YAND DAPAT MENGOREK PASIR DI SELANGOR..

65. R BOLEH BERI JAMINAN BAHAWASANYA ALI BAPA TIDAK BERLAKU DI DALAM PENTADBIRAN PEMBERIAN PROJEK DI DALAM PENTADBIRAN PR???

66. .SIAPAKAH PADA TAHUN 1997 YANG SERING MENGATAKAN BAHAWASANYA BELIAU MEMPUNYAI BERKOTAK-KOTAK BUKTI YANG MENGATAKAN TUN MELAKUKAN RASUAH....MANA KOTAK TU SEKARANG NI...BILA NAK KELUARKAN...TAK SABAR NI...

67. berapakah jumlah aset dan wang tunai peninggalan kerajaan BN..sekarang berapakah perbelanjaan urus tadbir ngerri selangor dan berapa jumlah yang digunakan untuk pembangunan...kemanakah budget RM50B yang diwar-warkan oleh MB sEELANGOR PADA TAHUN LEPAS DIGUNAKAN.....

68. kenapa DSAI tidak menyaman YB zulkifli nordin apabila beliau mendedahkan penipuan yang dibuat oleh DSAI.......KALAU BENAR YB ZULKIFLI NORDIN MENIPU KENAPA TAK SAMAN????????

69. di manakah datangnya punca kekayaan MB Khalid Ibrahim,Azmin Ali,Kamarudin Jaafar,adik lelaki shamsidar dan ramai lagi...pink form oh pink for era 1994 hingga 1996.....

70. iapakah calon pkr sabah pada PRU12 DAHULU yang mengumumkan NKELUAR DARI iSLAM....

71. siapakah yang mnegelar mula-mula dalam ceramah al-juburi...siapa yang menggelar mufti perak dengan gelaran haram sani,peti buruk sani haramjadah sani,dan macam-macam lagi,siapa yang gelar maha firaun dalam ceramah dan macam-macam lagi

72. yb nizarudin ada cakap di dlam sidang dun perak kata-katanya macam ni:"tunjukkan kepada saya ada tak dalam perlembagaan pas yang menyatakan bahawa pas memperjuangkan kerajaan islam..."ADAKAH BELIAU MENIPU…

73. Anwar PERNAH MENJADI Pensyarah Pelawat di Universiti John Hopkin, US. Universiti Yahudi: Mengapa Anwar sanggup berkerja di situ?

74. apakah rundingan annapolis yang DSAI sokong dahulu....

75. apakah kaiTAN DSAI dengan NED dan CFR serta INSTITUT BROOKING....

76. siapakah christine tod,whitman,leon fuerth,philip gordon,robert hunter,john mclaugh...yang bersama-sama dengan DSAI dalam rundingan annapolis....sebutkan latar belakang mereka satu persatu..

77. KE MANAKAH perginya duit zakat firah yang di kutip oleh PAS selama ini.Bagaimana ianya di salurkan....boleh tunjukkan pengaliran wang tersebut????

P/s: sila jawab ya
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

MELAYU DIHINA DAP, MENJIJIKKAN! TAPI MASIH ADA MELAYU RELA

DAP Menghina & Perlekeh Perpaduan Melayu.

Cuba teliti artikel di atas yang disiarkan dalam Blog Lim Kit Siang.

DAP Jelas Hina JAIS Isu Serbuan Di DUMC Yang Disifatkan Ganas Ala Gestapo.

Haram jadah kat atas ni kata orang Melayu Islam begitu fobia tentang isu murtad. Malah menghina dan memperlekehkan perpaduan melayu.

Fobia tentang murtad? Umat Islam paranoid? Umat Islam gila babi pi serang gereja tak tentu pasal? Orang Islam tak reti hormat agama lain?

Selepas tu anda kena tengok rakaman video JAIS yang jelas tidak ada serbuan ganas ala gestapo seperti dakwaan liar parti kafir harbi DAP di atas. (klik link di bawah):

http://www.facebook.com/l/vAQAnUej7AQClHxHLqddrBXYZEz3Ff7WuAwVmgiYLm13YhA/www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=jZmGbg1_XcU

Video kat atas ni apa kejadahnya? Tu Melayu atas pentas mengaku dia murtad! Ada pegawai JAIS sergah? , ada JAIS serang atau pun serbu macam pengganas?

Hah! elok lah,yang khawarij pi maki JAIS dan Hasan Ali, tuan besar puak PAS si DAP pulak perlekehkan perpaduan umat Islam.

Dalam artikel blog Lim Kit Siang ternyata JELAS DAP begitu takutkan perpaduan umat Islam dinegara ini.DAP menghina ketuanan melayu,mereka tak mau melihat melayu Islam bersatu,jika melayu bersatu bangsa ini akan menjadi kuat. Kenapa DAP tak mau lihat melayu Islam bersatu?

DAP dah tunjukkan belang ultrakiasu chauvanis rasis mereka didalam isu murtad ini. Kenapa umat Islam masih berdiam diri? Kenapa umat Islam masih membungkam ketakutan?Kenapa tidak mahu bangkit nyatakan bantahan. Anda faham tak ini bukan isu politik,ini isu akidah tapi dah dipolitikkan oleh khawarij PAS dan seluruh haprak pakatan.

Asalkan untuk kalahkan Umno, khawarij PAS sanggup lakukan apa saja,mengadai agama,melacurkan nama Allah hatta akidah umat Islam sekali pun. Apa yang penting "UNDI LAH PAS"

Hari ini penghinaan terhadap Islam berlaku tanpa ada kecaman keras dari Parti Islam PAS kerana berlapikkan nama 'UMNO' di dalamnya. Bila dituduh UMNO maka DAP dengan bebas menghina Islam dan agensi Islam tanpa malu lagi.

Walaupun masih ada orang agama yang guna nama parti Islam yang jadi saaaangat bodoh kerana termakan janji manis DAP untuk rebut kuasa menuju Putrajaya hingga sanggup biar Islam dihina dan dipijak sesuka hati.

Tetapi DAP PKR dan PAS terlupa rakyat tidak sebodoh yang mereka sangka.-hakimi abdullah
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KETAHUI NUZUL AL-QURAN

NUZUL AL-QURAN

Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: "Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang... benar dan yang salah." (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira' tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: 'Nuzul' bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.'Al-Quran' pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1

Nama-Nama Lain:

Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: "Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri." (Surah al-Israa', ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: " dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar."(al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: "Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah, ayat 2)2

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: 'Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya."

Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
1.Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
2.Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
3.Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
Peringatan:
1.Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
2.Al-Quran tidak menjadi syifa' (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
3.Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
4.Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
5.Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

FADZIL NOOR: DAP TAKKAN TERIMA PERJUANGAN ISLAM SAMPAI MATI- SUMBER KAWAN

PEWARIS ANAK BANGSA

Pu3 teringat beberapa bulan lalu, rasanya tahun lalu kot, selps pu3 nyatakan bahawa karpal singh mengatakan "Langkah dahulu mayat aku kalau jadikan Malaysia negara Islam" seorang mamt menghentam pu3 degan menuduh pu3 saja buat cerita. serupa dgn org BN lain. saat itu rakan BN pu3 tampil menbantai mamat tu sehingga kini pu3 dh lupa lak nama dia, tp mmg dia dh xder dlm FB atau dia dh tukar nama kot

kini apa yang berlaku dahulu, membangkit ingatan pu3 apabila MB Selagor menggigil kalut minta maaf pada pihak gereja. kenapa? sebab dia hanyalah boneka yang ditarik tangan dan kaki utk bergerak. siapakah pemainnya. korang mesti tau punya.

ini pu3 meminjam artikel sahabat dari blog gelombang-rakyat.blogspot.com :


"DAP tidak berhak melarang perjuangan PAS untuk terus mengangkat dan memertabatkan Islam sebagai Dasar Perundangan. Apa yang mereka benci sangat dengan perundangan kita? Jikalau itu keputusan DAP, ianya tidak sama sekali mematahkan semangat Barisan Alternatif untuk terus bergerak ke depan."
 Itu komen bekas Presiden PAS, Arwah Fadzil Noor ketika menjawab wartawan selepas DAP mengambil keputusan untuk keluar dari gabungan Barisan Alternatif pada tahun 2001. Ini kerana DAP tidak berpuas hati dengan PAS yang disifatkan ekstrim Islam dalam melaksanakan perundangan Negara seperti menghadkan penjualan arak, menutup pusat2 perjudian dan mengurangkan pusat2 hiburan aka Kelab Malam. Dan yang lebih penting, melarang sama sekali sebarang jemputan orang Islam ke upacara2 Keagamaan selain dari Islam kerana mampu merosakkan pegangan akidah. Perkara2 ini yang dipersoalkan DAP yang terbaca beberapa dasar yang dibentangkan PAS di masa akan datang. Situasi pada ketika itu sama seperti hari namun, DAP selesa di dalam Pakatan Rakyat. Kenapa? PAS tunduk pada mereka. Malah siap dihantar rombongan memohon maaf dengan tindakan2 yang dilakukan seperti di atas. Begitu 'diplomasi' PAS hari ini.

Akibatnya, tiada lagi perundangan Islam. Yang dilihat perundangan mereka semakin sekular dan lebih ke arah sosialis. Di Kedah sahaja walaupun PAS mentadbir Negeri ini akan tetapi tetap tunduk pada DAP yang menentang usaha Kerajaan Negeri menutup Pusat2 Hiburan pada bulan Ramadhan. Walhal PAS mengetuai Pentadbiran Kerajaan Negeri ini. Ia kemudiannya disusuli di Selangor. Hasan Ali sebenarnya antara pemimpin yang membawa aspirasi dan daya tarikan perjuangan Fadzil Noor. Namun ianya tidak boleh digunapakai dan mesti dibuang terus kerana perjuangan itu tidak releven bagi PAS untuk turut merasa kenikmatan kuasa ke arah menakluki Kerajaan Pusat. Jadi, apa bezanya PAS dan UMNO? Hendak menentang rasuah, bukan sahaja gagal, akan tetapi Agama dipijak dan diperkecil2 kan. Kenyataan ini merupakan luahan bekas Vateran PAS Kedah yang bersama2 Fadzil Noor memperjuangkan PAS Kedah sekitar akhir 1970an.
p/s: pu3 bersyukur kerana pu3 berada dlm UMNO yang memperjuangkan bangsa agama dan negara walaupun pihak PR selalu membuat byk dongeng tk lawak.

ANDAI HIMPUNAN BERSIH TIDAK DIHALANG, MUNGKIN IA BERLARUTAN SEPERTI DI LONDON. CIRI2 SUDAH ADA

PEWARIS ANAK BANGSA
Pu3 ingin kongsikan gambar2 yang pu3 perolehi dari sahabat2 blogger , situasi rusuhan di London. Permulaan hanya himpunan aman dan kecil-kecilan tetapi beakhir dengan begitu dahyat. rasanya himpunan BERSIH 2.0 yang jelas nmpk berangnya dah ada potensi lebih dahsyat kot. Pu3 bersyukur. dan sekali lagi pu3 katakan pu3 MEMBANTAH DEMONTRASI JALANAN
nampakkan ciri2nya
rusuhan yang mendatangkan kemusnahan
kenderaan orang awam yang dimusnahkan, siapa yang perlu bertanggungjawab?

suasana rusuhan LONDON
premis yang musnah
bunga api indah tetapi yang ini?

apa ulasa nurul izzah? ulasan Ambiga? kepimpinan PR yang jelas bersekutu dalam himpunan BERSIH. tolong perjelaskan

APA YANG FUCKATAN BUAT, PAS GABUNG DENGAN DAP DAN PELIWAT TU NAMPAKNYA MENYIMPANG DARI TUNTUTAN AJARAN ISLAM:SUMBER KAWAN

PEWARIS ANAK BANGSA
OLEH: AMIR HAKIMI FB

Pengertian bughah Bughah mengikut istilah syara` adalah “ segolongan umat Islam yang melawan dan menderhaka terhadap Ulil Amri (imam) iaitu pemerintah atau kerajaan yang adil yang menjalankan hukum-hukum syariat Islam.’ (Kifayah al-Akhyar, jild 2 hal 122)

Bughah mengikut istilah ilmu tata negara adalah “perbuatan sekumpulan dan segolongan umat Islam yang memberontak untuk menentang dan menderhaka kepada ulil amri yang dinamakan jarimah siyasah( iaitu suatu kesalahan dalam politik)”.( Qanun Jinayah Syariyyah, hal 129)

Bughah Menurut al-Quran dan Sunnah

Bughah dalam pandangan Islam ada disentuh pada ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;

“Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). yes'> Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan”

Sementara al-Sunnah terdapat beberapa penjelasan terhadap perbuatan Bughah. Antaranya adalah seperti berikut;

1. Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; Sesiapa yang telah menghulurkan tangan dan hatinya (memberi bai`ah atau kesetiaan) kepada seseorang pemimpin, maka hendaklah dia mentaatinya selagi termampu. Sekiranya datang seorang lain yang cuba menentangnya (memerangi pemimpin yang dibai`ah itu) maka pancunglah kepala penentangnya itu”. Riwayat Muslim

2. Daripada Ibn Abbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya; Sesiapa yang melihat sesuatu perkara yang ia tidak sukai daripada ketuanya maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang berpisah daripada jamaah walaupun sejengkal lalu dia mati maka matinya adalah mati jahiliah”. yes'> Riwayat al-Bukhari dan Muslim

3. Daripada `Awf bin Malik al-Asja`i, beliau berkata yang bermaksud: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda; Sebaik-baik pemimpin kamu ialah yang kamu kasihi mereka dan mereka kasihi kamu, kamu memdoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kamu benci dan mereka bencikan kamu, kamu melaknat mereka dan mereka melaknat kamu. Kami berkata; Wahai Rasulullah s.a.w., bolehkah kami memerangi mereka? Baginda menjawab; Jangan selagi mereka bersembahyang bersama kamu kecuali orang yang diperintah oleh seorang pemimpin yang melakukan maksiat maka hendaklah dia membenci maksiat yang dilakukannya itu dan janganlah sekali-kali kamu mencabut ketaatan”. (Riwayat Muslim dan Ahmad)

4. Daripada Huzayfah bin al-Yaman r.a. berkata yang bermaksud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; Akan ada selepasku para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melakukan sunnahku. Akan ada di kalangan kamu pemimpin yang hatinya seperti hati syaitan dalam jasad manusia. Aku (Huzaifah) bertanya; Bagaimana harus aku lakukan jika aku sempat hidup dalam suasana itu ya Rasulullah. Jawab baginda; Kamu dengar dan taat walaupun dia menyebat kamu dan mengambil harta kamu, hendaklah kamu dengar dan taat. (Riwayat Muslim, al-Baihaqi dan lain-lain)

5. Daripada Ubadah bin al-Somit beliau berkata yang bermaksud; Kami telah membaiah Rasulullah s.a.w. untuk dengar dan taat dalam keadaan kami suka atau benci, kami senang atau susah, mengutamakan pemimpin daripada diri kami dan untuk tidak menentang pemimpin melainkan terdapat kekufuran yang jelas hukumnya dalam agama Allah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

6. Daripada Abu Zar bahawa Rasulullah s.a.w. berkata yang bermaksud; Wahai Abu Zar, bagaimanakah kamu sekiranya nanti kamu berada di bawah pemimpin yang tamak dan tidak membahagikan harta harta al-fai` ini?. Jawab Abu Zar; Demi Allah yang mengutuskan tuan dengan kebenaran, aku akan pikulkan pedang atas bahuku dan memeranginya sehingga aku bertemu tuan. Baginda pun bersabda; Mahukah jika aku tunjukkan kepadamu yang lebih baik daripada itu? Iaitu engkau bersabar sehingga engkau menemuiku. (Riwayat Imam Ahmad, dalam sanadnya terdapat perawi bernama Khalid bin Wahaban , Ibnu Hibban menthiqahkannya manakala Abu Hatim pula mengatakannya majhul)

Bughah Menurut Pandangan Ulamak

1. Imam Ghazali r.h. dalam kitabnya al-Iqtisad fi al-I`tiqad mengatakan”….persoalan-persoal
an ini membangkitkan pertentangan dan sesiapa yang dapat menghindarkan diri daripadanya lebih selamat daripada orang yang mencampuri atau terlibat dalamnya, meskipun pendirian yang diambilnya benar, apatah lagi jika memilih jalan yang salah…”

2. Ibn Abi al-`Iz pula berkata,…”adapun wali al-Amri berkemungkinan ia menyuruh supaya tidak taat kepada Allah S.W.T., ia tidak boleh ditaati melainkan dalam lingkungan taat kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya. Adapun kemestian taat kepada mereka (dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah S.W.T.) walaupun mereka zalim ialah kerana tidak mentaati mereka akan mengakibatkan kerosakan yang berganda-ganda melebihi yang dihasilkan daripada kezaliman mereka. Bahkan sabar terhadap kezaliman mereka mengkifaratkan dosa-dosa, menambahkan pahala. Allah S.W.T tidak menurunkan orang zalim ke atas kita melainkan kerana kerosakan perbuatan kita. Balasan adalah sesuai dengan amalan. Maka kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh beristighfar, bertaubat dan memperbaiki amalan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud;

“Atau setiap kali musibah menimpa kamu, sesungguhnya Ia telah menimpa kamu musibah yang seumpamanya. Kamu bertanya, dari manakah musibah ini. Katakanlah wahai Muhammad ia datang daripada diri kamu sendiri”.

Ali Imran ayat 165

Dan Allah S.W.T. berfirman yes'> yang bermaksud;

“Dan demikianlah Kami menempatkan orang zalim sebagai wali kepada orang zalim sepertinya, sebagai hasil kerja-kerja yang mereka lakukan”.
Al-An`am ayat 129

Apabila rakyat mahu membebaskan diri daripada kezaliman pemerintah mereka maka mereka hendaklah meninggalkan kezaliman yang sedang mereka lakukan”.(Syarh al-`Aqidati al-Tohawiyah, juz 2, hal. 542,)

3. Syeikh Muhammad bin Abdullah bin Sabil berkata, “…kesabaran ke atas kezaliman imam (pemerintah) selain daripada yang wajib dari segi syarak adalah lebih ringan mudharatnya daripada bangun menentangnya dan menggugurkan ketaatan daripada mereka. Ini kerana natijah terhadap penentangan terhadap mereka membawa kerosakan yang sangat besar. Kemungkinan bangun menentang mereka akan membawa fitnah yang berpanjangan dan merebak kemudharatannya yang membawa pertumpahan darah, mencabuli kehormatan, merampas harta benda dan lain-lain lagi kemudaratan yang banyak dan musibah yang besar ke atas negara dan rakyat”.( al-Adillatu al-Syar`iyyah fi Bayani Haqqi al-Raa`iyyah. Riyadh)

4. Budaya `isyan bukanlah budaya Islam, menurut ahli sunnah wal jamaah kerana ia adalah daripada sifat-sifat iblis. Jika berlaku kezaliman daripada pemerintah, apa yang mesti dilakukan ialah menjalankan gerakan mengislah rakyat supaya memperbaiki kerosakan yang mereka lakukan kerana kezaliman pemerintah itu adalah diutus oleh Allah S.W.T. sebagai balasan atas kerja-kerja jahat yang mereka lakukan. Apabila rakyat berjalan di atas landasan yang benar dan berada dalam keadaan yang diredhai oleh Allah S.W.T. maka Allah S.W.T. akan menarik balasannya dengan memilih dan melantik orang yang adil menjadi pemerintah mereka.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud;

“Sesungguhnya akan berlaku selepas zaman kamu kekecohan dan perkara-perkara yang tidak menyenangkan kamu. Sahabat-sahabat bertanya, apakah yang patut kami lakukan? Baginda bersabda, “kamu hendaklah menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kamu melaksanakannya dan memohon kepada Allah hak-hak yang diperuntukkan kepada kamu.”

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Al-Nawawi berkata, “hadith ini menggesa supaya mendengar dan taat walaupun orang yang memerintah itu zalim. Maka berilah hak ketaatan kepadanya dan jangan menentangnya dan jangan melucutkan jawatannya, bahkan hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menarik balik siksaan-Nya, berusaha menolak kejahatan dan menjalankan usaha islah”. (Syarh al-Nawawi li Sahih al-Muslim, juz 12, hlm. 232)

5. Sahl bin Abdullah al-Tastari berkata, “ … manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka membesarkan pemerintah dan ulama`. Jika mereka membesarkan kedua-dua institusi ini, Allah akan memperbaiki dunia dan akhirat mereka dan jika mereka merendahkan kedua-dua institusi ini, binasalah dunia dan akhirat mereka”. (al-Jami` li Ahkam al-Quran, juz 5 hal. 260)

Kesimpulan

Pemberontakan atau bughah merupakan suatu perbuatan yang sangat bercanggah dengan ajaran yang disarankan oleh Islam. Berdasarkan hadis serta pandangan para ulama, umat Islam digesa supaya mengelakkan diri daripada perbuatan bughah sebaliknya berusaha mewujud dan melindungi maslahat umum daripada perbuatan yang merosakan keharmonian hidup mereka. Perbuatan bughah dari sudut Islam adalah sama nilainya dengan kesalahan jenayah lain malah ia lebih merbahaya kerana ia akan mengheret masyarakat kepada kerosakan hidup secara lebih menyeluruh yang melibatkan orang lain yang tidak bersalah.

PANAS: Pemuda UMNO, PAS Pertahankan JAIS, AMK ???????

Isu GEREJA yang diserbu JAIS mendapat perhatian masyarakat Islam, NGO, badan2, persatuan2 pemuda UMNO termasuk Pemuda PAS telah menyuarakan tentangan mereka terhadap tindakan MB Selangor memohon maaf dengan kelam kabutnya, serupa dengan kegagapannya tersebut. tak fikir panjang langsung.

Pu3 membaca artikel Bro jinggo dan menyokong. Sila baca di sini :

Politik Harian: Pemuda UMNO, PAS Pertahankan JAIS, AMK Masih Terke...: "Setelah diasak bertubi-tubi, kritikan dari pemimpin dan NGO akhirnya Dewan Pemuda PAS pusat mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Sel..."

PEWARIS ANAK BANGSA

Politik Harian: Anwar Perlu Terima 5 Bekas Sahabat Baiknya Menjadi...

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diharap dapat menyahut cabaran lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedia menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwatnya dalam usaha mencari kebenaran dan keadilan kepada Ketua Umum PKR termasuk Saiful Bukhari Azlan.

Jika Anwar seorang pemimpin yang berani, kelima-lima individu berkenaan akan dipanggil untuk membantunya dalam mencari kebenaran khususnya dakwaaan yang diungkapkan oleh Anwar di serata ceruk negara bahawa beliau difitnah dan konprasi peringkat tertinggi dan sebagainya.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut. selanjutnya klik di bawah ini :
Politik Harian: Anwar Perlu Terima 5 Bekas Sahabat Baiknya Menjadi...: "Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diharap dapat menyahut cabaran lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sedia menawarkan diri untu..."

PEWARIS ANAK BANGSA

HISTORY OF ANWAR- PERLU KITA TAHU

PEWARIS ANAK BANGSA

The History of Dato Seri Anwar Ibrahim   SIAPAKAH PEMBIAYA DANA BERSIH...? DAN APAKAH KAITANNYA DENGAN PEMIMPIN UTAMA PEMBANGKANG NEGARA INI - AMBIGA DI KUDAKAN ATAU AMBIGA MEMPERKUDAKAN...? MARI KITA LIHAT PERANAN NED DAN IRC… FIKIRKAN DENGAN HATI YANG TERBUKA…!!!  

 Ada yang menyangkal bahawa Perjanjian atau kesefahaman "Annapolis Summit" tidak memberikan kesan apa-apa terhadap Palestin akan tetapi didalam satu artikelnya menyatakan bahawa Israel merupakan sebuah Kerajaan yang SAH selepas perjanjian tersebut dan mempunyai Kuasa Autonomi di dalam Wilayah tersebut :-   Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 27 November 2007 - Dan Anwar mewakili Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR), Ahli Kehormat International Crisis Group (ICJ), United States Middle East Project (USMEP).   ANWAR IBRAHIM telah menandatangani 'Surat Sokongan Deklarasi’ itu sebaris dengan JOHN EDWARD McLAUGHLIN - Bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI - Bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT - Bekas Pengarah NDI; JOHN MALOTT - Bekas Duta US; CHRISTOPHER PATTEN - Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS – Pengarah New America Foundation dan Lain-lain lagi.   Dengan persetujuan menurunkan tandatangan deklarasi itu, bermakna Anwar telah mengiktiraf kewujudan NEGARA ISRAEL sebagai sebuah Negara YAHUDI yang SAH.   Persoalan :- Adakah Penyokong PAS dan PKR menyokong sebuah Negara Israel yang SAH!! Jika YA mereka merupakan Tali Barut Israel dan Yahudi yang nyata di Malaysia.  

Peristiwa Penting :-
 1. “Jewish Political Studies Review” (Oktober 2006) - Peranan Anwar adalah tukang lapor kepada American Jewish Organizations (AJO) mengenai negara-negara Islam yang telah kritik regim Israel.

 2. Pada 1997 - Anwar melaporkan kepada AJO bahawa Dr Mahathir - Perdana Menteri Malaysia telah membantu Pihak Islam di Palestin serta mengkritik Rejim Israel - Pimpinan Netanyahu

3. Menurut Mike Billington, dalam mengulas buku tulisan Anwar, “The Asian Renaissance” (Kuala Lumpur: Times Books International 1996) lebih membela dasar-dasar penjajahan Barat ke atas Asia. Bermakna buku tulisan Anwar itu sendiri telah meletakkan dirinya sebagai Pro-Barat dan mengharapkan beliau dipilih Barat sebagai ‘Pemimpin Agung’ di rantau Asia.  

4. Malah menurut pengakuan bersumpah DATO’ ABDUL MURAD BIN KHALID - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Anwar telah mengarahkan beliau membelanjakan RM 38 Juta kepada Asia Pacific Policy Centre (APPC) dan USD 10 Million kepada Douglas H. Paal.  

5. Ketika WTC diserang pada 11 September 2001, Anwar dari penjara Sungai Buloh telah menulis Surat Peribadi kepada Wolfowitz mengutuk Sadam Hussein dan Iraq sebagai faktor serangan tersebut. Tulisan PETER J. BOYER, dalam artikelnya “THE BELIEVER” - “Three years later, just after the September 11th attacks, Ibrahim, still in a Malaysian Jail, wrote an impassioned essay condemning the attacks as an abomination and lamenting the Muslim World’s failure to address “The suffering inflicted on the Muslim masses in Iraq by its dictator as well as by sanctions”.  

6. Apabila Anwar ditangkap 1998 - Dua Tokoh Yahudi Parti Democrat, Presiden Clinton iaitu Al-Gore (ketika itu Naib Presiden Amerika) dan Madeline Albright (ketika itu Setiausaha Negara Amerika) menyokong KUAT Perjuangan “Reformasi” Anwar di Malaysia.  

7. Paul Wolfowitz telah catur Anwar sebagai Pensyarah Pelawat di John Hopkins & Georgetown University, Konsultan Bank Dunia dan Pengerusi Foundation For The Future.  

8. Anwar, Paul Martin dan James Wolfensohn sama-sama terlibat dalam “Managing Global Insecurity (MGI)” satu institusi yang berpengkalan di New York. Institusi ini mendapat dana Yahudi Amerika termasuk Madeline Charitable Trust, George Soros Foundation (Open Society Institute), Rockefeller Brothers Fund, Brookings Institution. Matlamat utama MGI adalah untuk mengenal pasti ‘Rakan Kongsi’ (Networking) dari pelbagai negara bagi memastikan Amerika sebagai Kuasa Unggul di Dunia.  

9. James Wolfensohn pula dianggap salah seorang Penaja Yahudi yang kaya dan terlibat dalam Key Player dalam politik Amerika. Beliau menjadi Board of Director Rockefeller Foundation, CBS, Bilderberg dan The Council on Foreign Relations (CFR). Badan-badan ini juga mempunyai kaitan rapat dengan penajaan Anwar.  

10. Pada 15 November 1998 - Albright selaku Setiausaha Negara telah datang ke Kuala Lumpur. Beliau menghambil kesempatan berjumpa secara peribadi dengan Dr Wan Azizah Wan Ismail (Isteri Anwar) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Wan Azizah meminta bantuan Albright supaya campur tangan di atas kes suaminya yang telah ditahan sejak September untuk perbicaraan Kes Rasuah dan Salah Laku Seks (Sodomi).  

11. Albright menulis surat kepada Wan Azizah menyatakan sokongan Washington terhadap Anwar. Tulisan Albright; “There are lots of things that Dr Mahathir [Malaysian Prime Minister] has done that I don’t think serve Malaysia well and are not within the spirit of how Asian countries are evolving. There are certain countries where people deserve better, Malaysia is one of them.  

Sumber Rujukan Maklumat :-
http://www.thewashingtonnote.c​om/archives/002540.php  http://www.mfa.gov.il/MFA/Hist​ory/Modern+History/Historic+Ev​ents/The+Annapolis+Conference+​27-Nov-2007.htm http://www.moonofalabama.org/2​007/04/wolfowitz_cia_l.html http://www.jcpa.org/JCPA/Templ​ates/ShowPage.asp?DRIT=3&DBID=​1&LNGID=1&TMID=111&FID=253&PID​=0&IID=1639&TTL=Malaysia%3A_An​ti-Semitism_without_Jews

http://bmena.state.gov/69104.h​tm http://www.jhu.edu/~gazette/20​05/04apr05/04deputy.html

http://www.larouchepub.com/eiw​/public/2005/2005_10-19/2005_1​0-19/2005-17/pdf/60-62_17_int.​pdf

http://www.nytimes.com/1998/11​/16/world/albright-visits-with​-wife-of-dissident-in-malaysia​.html
http://www.wsws.org/articles/2​000/sep2000/mal-s05.shtml http://www.anwaraidc.com/2010/​07/surat-anwar-ibrahim-kepada-​presiden-obama-tuntut-dana-dem​okrasi-timur-tengah.html

 Lagi Bukti DANA YAHUDI :-
http://carl-88.blogspot.com/20​09/04/anwar-kawal-akaun-rm3b-p​endedahan-bekas.html  
PENAJA RASMI SEGALA KEMUDHARATAN DAN PEMASALAHAN NEGARA……!!! Anwar Kawal Akaun RM3 Billions - Pendedahan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.  

INI BERERTI DALAM SETAHUN BELIAU MEMILIKI DIVIDEN (JUST KIRA 4%) LEBIH KURANG RM120,000,000 (SEJAK TAHUN 1990an)……!!!   KATAKAN LAH SEJAK TAHUN 1995 HINGGA SEKARANG (15 TAHUN) BELIAU MEMILIKI DIVIDEN SAHAJA RM1,800,000,000 (RM1.8 BILLIONS) (JIKA TAK DIBELANJAKAN DAN TIDAK DICAMPURKAN SEMULA DENGAN POKOK SIMPANAN RM3 BILLIONS - SETIAP TAHUN)……!!!   DALAM SEHARI (JIKA BELIAU HENDAK) BELIAU BERBELANJA RM333,333 (KESEMUA PERKIRAAN ANGGARAN).   APATAH LAGI JIKA SEKIRANYA DICAMPUR SETIAP TAHUN (ACCUMULATE)……!!!!!!   PERSOALANNYA DARI MANA DATANG NYA DANA TERSEBUT DAN SIAPA FUNDER KEPADA DANA TERSEBUT……!!!!!!   SEBAB JUMLAH WANG SEBANYAK INI DAPAT MENJATUH SERTA MENJAHANAMKAN SESEBUAH NEGARA DENGAN SEKELIP MATA SAHAJA……!!!!!!

http://aidc-fotopages.blogspot​.com/feeds/posts/default?order​by=updated  
Bermula dari tahun 1996 - Badan Pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) telah berkerjasama dengan sebuah Yayasan Amerika bernama Asia Pacific Policy Center (APPC) untuk melobi imej Anwar di Amerika.   Anwar telah membayar Puluhan Juta kepada Douglas Paal (Bekas Pengalisis Kanan CIA) Pemilik APPC untuk melobi imej Anwar dan APPC berjaya memujuk William Cohen dan Madeline Albright datang ke Malaysia menemui Anwar dalam program Asia Pasifik anjuran bersama IKD-APPC.  

1997 : Anwar dilantik sebagai Ahli Committee International Finance Corporation pada tahun 1997 oleh James Wolfensohn - Presiden Bank Dunia.  

1998 : Michel Camdessus - Pengarah IMF melawat Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur. Anwar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan World Bank dan International Monetary Fund (IMF).   Pada 1 April 1998 - Ketika Anwar dipecat dari UMNO, Al-Gore Naib Presiden Amerika Syarikat berucap dalam Majlis APEC di Kuala Lumpur, memuji RE-FO-MASI Rakyat Malaysia

1999 – Al-Gore (Naib Presiden Amerika), Paul Wolfowitz (Duta Amerika di Indonesia), William Cohen (Setiasaha Pertahanan Amerika) dan Sam Nunn (Senator Amerika di Georgia) melobi untuk membebaskan Anwar dari Penjara Malaysia.   Anwar Ibrahim selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh

2004 2004 : Paul Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) antara Orang Pertama melawat Anwar di Hospital Munich, Jerman.  
2005 : Anwar melawat Al-Gore di London yang ketika itu menjadi Pensyarah Pelawat di St Anthony's College, UK. Al-Gore telah melantik Anwar dalam Dua Badan Organisasi yang dikuasainya berpusat di London iaitu Generation Investment Management Group dan Account Ability.  

2005 : Anwar Ibrahim berbincang dengan Paul Wolfowitz, Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika di Pentagon - Pusat CIA Amerika Syarikat.  

2005 : William Cohen (Bekas Setiausaha Pertahanan Amerika), Anwar Ibrahim dan Wolfowitz (Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika) dalam satu perjumpaan di Hotel Washington, Amerika.   Anwar Ibrahim berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat (2005-2007) Paul Wolfowitz melantik Anwar sebagai Pensyarah Pelawat di John Hopkins University. Anwar telah melobi Paul Wolfowitz jawatan Presiden Bank Dunia kepada Media Antarabangsa mengunakan pengaruhnya.  

2005 : Paul Wolfowitz (Presiden Bank Dunia) melantik Anwar sebagai Konsultan Bank Dunia.

2006 : Paul Wolfowitz melantik Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future - sebuah Yayasan Amerika yang berfungsi untuk menyebarkan Demokrasi dan Liberalisasi di Timur Tengah. Foundation For The Future dibentuk oleh Teman Wanita Wolfowitz iaitu Shaha Ali Riza.  

2006 : Semasa Anwar menjadi Pengerusi Foundation For The Future, dia bekerja dibawah Shaha Ali Riza (Teman Wanita Paul Wolfowitz). Shaha Ali Riza pula bekerja di bawah seliaan Elizabeth Cheney - Principal Deputy Assistant Secretary of State Near Eastern Affair dan Coordinator for Broader Middle East and North Africa Initiatives (BREMA) - Jabatan Negara Amerika Syarikat. Elizabeth atau Liz adalah anak kepada Dick Cheney - Naib Presiden Amerika Syarikat yang merupakan kawan rapat Paul Wolfowitz.   Board of Directors Foundation For the Future @ US Department of State (Doha, Qatar) July 16,

2006:- Anwar Ibrahim - Pengurusi (Malaysia); Dr. Rahma Bourqia – Timbalan Pengerusi (Morocco); Abdul Rahman al Rashed (Saudi Arabia); Andreu Claret Serra (Spain); Bakhtiar Amin (Iraq); Burhan Ghalioun (Syria); Dr. Cornelio Sommaruga (Switzerland); Dr. Juhaina Sultan Al-Easa (Qatar); Ibrahim Kalin (Turkey); Jamil Mroue (Lebanon); Kamel Abu Jaber (Jordan); Laila al Hamad (Kuwait); Naguib Sawiris (Egypt); Sandra Day O’Connor (United States).   Godfather Anwar adalah Paul Wolfowitz merupakan antara tokoh yang paling disayangi oleh Presiden Bush. Selepas Wolfowitz menjalankan dasar-dasar Zionis semasa menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika, dia dilantik pula menjadi Presiden Bank Dunia.   Anwar Ibrahim sambung kontrak sebagai Pensyarah Ppelawat di Georgetown University di Jabatan Christian and Muslim Understanding (CMCU) di bawah seliaan John Esposito.  

2006 : Carl Gershman - Presiden National Endowment for Democracy (NED) melantik Anwar sebagai Panel Penasihat NED untuk menyebarkan Demokrasi dan Liberalisasi di seluruh Dunia Islam.  

2006 : Carl Gershman - Presiden NED memilih Anwar sebagai “Muslim Moderate” 2005, yang diberi anugerah melalui sebuah Yayasan di Amerika bernama CSID (Centre for Islam and Democracy) bertujuan sebagai pengiktirafan usaha-usaha memoderatkan Agama Islam dan melawan Pengganas Islam.  

2007 : Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Tokoh CIA menghantar surat kepada Presiden Bush menyokong usaha pengikrafan Israel sebagai sebuah Negara SAH dan Mahmoud Abbas sebagai Presiden boneka Israel.   Perjanjian yang diusahakan oleh Presiden Bush ini dinamakan “Annapolis Summit” gagal kerana mendapat tentangan hebat daripada majoriti penduduk Palestin dan negara-negara Islam termasuk Iran dan Syria.   Anwar Ibrahim menjadi Konsultan atau Orang Tengah (Pelobi) negara-negara Islam dengan Pentadbir Amerika Syarikat. Anwar menjaga Dua Negara yang menjadi tumpuan Amerika iaitu Turki dan Indonesia. Anwar sering berulang alik ke dua-dua negara ini untuk menyampaikan mesej-mesej Kerajaan Amerika.   Anwar Ibrahim - Proksi Amerika di Malaysia (2008 – Sehingga Sekarang)

2009 : Anwar berjumpa Madeline Albright - Penasihat Hillary Clinton - Setiausaha Negara Amerika di Doha, Qatar.   Dalam ucapan Anwar di Doha, dia memuji-muji kebijaksanaan Presiden Obama dan menawarkan diri untuk berkhidmat kepada Presiden Amerika itu.  

2009 : Anwar pergi berjumpa semula dengan Al-Gore di London. Tempat dan isi perbincangan dirahsiakan tetapi dipercayai ada kaitan dengan isu Kes Liwat dan usaha membodek Presiden Obama.  

2009 : Anwar Ibrahim dan “Muslim Moderate” mengutus surat kepada Presiden Obama supaya pentadbirannya memberi tumpuan kepada Demokrasi di Timur Tengah. Anwar dan “Muslim Moderate” menawarkan diri menjadi tenaga kerja kepada Presiden Obama. Anwar Ibrahim “Muslim Moderate”. Anwar Ibrahim dianugerah “Muslim Moderate” oleh CSID (The Center for The Study of Islam & Democracy), 2005 berpengkalan di Amerika Syarikat pada 2 Mac 2006.  

Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderate of The Year Award 2005" daripada CSID, di Amerika Syarikat.   Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED).   CSID sebuah organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh Agensi Amerika Syarikat yang bermotifkan Demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI.   Dr Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Carl Gershman (Presiden National Endowment for Democracy-NED, berbangsa Yahudi).   Anwar Ibrahim yang dianugerahi “Muslim Moderate 2005” sedang menerangkan kaedah-kaedah terbaik untuk menyebarkan fahaman Islam dan Demokrasi di Timur Tengah dalam Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006 sehingga sekarang.   Tajuk syarahan Anwar adalah "Democracy in the Muslim World - Priorities and Strategies". Selain Carl Gershman yang berbangsa Yahudi mendengar ceramah Anwar, pemikir-pemikir Amerika lain turut sama mendengar strategi-strategi yang telah dikemukakan untuk 'menawan' Timur Tengah itu.   Kebanyakan peserta terdiri daripada badan berpengaruh Amerika yang terlibat dengan projek Demokrasi iaitu dari USAID (United States Agency for International Development), NED (National Endowment for Democracy), NDI ( National Democratic Institute for International Affairs), IRI (International Republican Institute), RAND Corporation, Brookings Institutions dan lain-lain.  

 Sejarah CSID :-
Pengasas CSID 1999 - John Esposito, Ali Mazrui, Radwan Masmoudi dan Jamil Fayez. John Esposito adalah antara Pengasas awal dan pencetus idea penubuhan CSID pada tahun 1999.  
Pada awal penubuhan Ahli Lembaga Pengarah CSID terdiri daripada :
Ali A. Mazrui (Pengerusi);
John L. Esposito (Naib Pengerusi);
Sana Abed-Kotob; Abdulwahab Alkebsi;
Taha Jaber Alalwani (IIIT);
Laila Al-Marayati; Jamal Barzanji (IIIT);
Charles Butterworth; Louis Cantori;
John Entelis; Muqtedar Khan;
Radwan Masmoudi; Ali Memon;
Fathi Osman dan Tamara Sonn.

Manakala Ahli Jawatankuasa Eksekutif terdiri daripada Radwan A. Masmoudi (Pengarah Eksekutif); Ismail Obeidallah (Koodinator Program); Svend White (Setiausaha); Mahir Haroun (Bendahari) dan Maher Kharma (Koodinator Keahlian).  

Siapa dibelakang tabir CSID?  John Esposito - Dia juga merupakan Pengarah Center for Muslim and Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, Amerika.   Carl Gerhman - Seorang Yahudi yang memegang jawatan sebagai Pengarah NED (National Endowment for Democracy). Carl dan NED merupakan Penaja Utama yang membiayai keseluruhan program CSID.   Lorne Craner - Berbangsa Yahudi merupakan Presiden International Republican Institute (IRI), sebuah Organisasi Amerika yang terlibat dalam penyebaran Demokrasi khusus melalui Pilihanraya Negara Islam.   Andrew S. Natsios - Berbangsa Yahudi merupakan Pentadbir USAID (United States Agency for International Development).  

USAID adalah salah satu cabang Agensi CIA :-
Tugas Utama CSID adalah melahirkan TOKOH “Muslim Moderat” atau “Islam Liberal” yang terdiri daripada Ahli-ahli CSID yang dilantik di seluruh dunia:- Asma Afsaruddin (US); Hassan Razaqi (Iran); Merve Kavakci (Turki); Amina Rasul-Bernardo (Filipina); Anara Tabyshalieva (Kyrgyzstan); Saurjan T. Yakupov (Uzbekistan); Mahmoud Rashdan (Jordan); Muhammad Al-Habash (Syria).   Di Indonesia “Muslim Moderate” dikenali sebagai Kumpulan Islam Liberal. Meraka yang termasuk dalam golongan ini antaranya Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Nicholish Majdid, Musdah Mulia, Adi Sasono, Ahmad Syafii Ma'arif, Muhammad Amien Rais (1998 Reformasi Indonesia), Luthfi Assyaukanie, Ulil Abshar Abdalla dan ramai lagi.  

Siapa Pemenang “Muslim Moderate” Terkini? Abdolkarim Soroush “Muslim Moderate 2003”. Abdolkarim Soroush berasal dari Iran. Dia pernah mengajar di Universiti Tehran, Iran. Oleh kerana idea-idea Reformis Islam yang dibawanya bertentangan dengan Kepimpinan Ulama Iran, dia melarikan diri ke Amerika menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah Universiti iaitu Georgetown University, Harvard, Princeton, Yale dan Columbia. Di Iran Abdolkarim Soroush dikenali sebagai "Martin Luther" kerana idea "Reformasi Islam" yang memperjuangkan Demokrasi, Keadilan, Kebebasan dan Hak Asasi Manusia selaras dengan Acuan Barat. Martin Luther merupakan “Reformis Kristian” yang berjaya memecahkan Agama Kristian kepada beberapa cabang dan salah satu hasil usahanya terbentuklah “Kristian Protestan”. Pada tahun 2005 - Abdolkarim Soroush dinamakan 'The World's 100 Most Influential People' oleh Majalah Time.  

Saad Eddin “Muslim Moderate 2004”. Saad Ed Din berasal dari Mansoura, Mesir. Dia merupakan aktivis Hak Asasi dan Demokrasi di Mesir. Profesor Sosiologi di The American University - Cairo, dan merupakan Pengasas The Ibn Khaldun Center For Development Studies, Cairo dan The Arab Organization for Human Rights. Berkahwin dengan Barbara Lethem Ibrahim - Pengasas The Center For Civic Engagement and Philanthropy, Cairo. Dia juga merupakan Board of Advisors to The Project on Middle East Democracy. Di Mesir, dia terkenal sebagai Pejuang Hak Asasi, Demokrasi dan Kebebasan Agama Kumpulan Minoriti seperti Baha. Pada tahun 2000 - Dia telah dipenjara oleh Hosni Mubarak kerana dituduh menerima Wang Asing dari Kesatuan Eropah untuk memantau Pilihanraya Mesir. Dia dituduh mencemar imej Negara kerana terlibat dengan membekalkan maklumat kepada Negara Asing dan dipenjara selama tujuh tahun. Dia memperjuangkan Demokrasi dan Bergabung Tenaga dengan Kesatuan Demokrasi Antarabangsa (Tajaan Amerika). Dia juga turut menerima dana-dana antarabangsa (NED, IRI, USAID) yang berkaitan dengan Demokrasi terutamanya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 2006 - Dia menerima penghargaan dari “The Ion Ratiu Democracy Lecture Prize” di The Woodrow Wilson International Center for Scholars, yang sebelum ini, dia pernah menjadi Pensyarah Pelawat di situ.   Anwar Ibrahim “Muslim Moderate 2005”. Berasal dari Malaysia Anwar Ibrahim, US-Islamic World Forum (Doha, Qatar); 08 Mac 2009 15:35 Anwar Ibrahim US-Islamic World Forum (Doha, Qatar); pada 14 Februari 2009, anjuran The Brookings Institution dan Saban Center for Middle East Policy. Carlos E. PASCUAL (Moderator) — Naib Presiden dan Pengarah, Foreign Policy Studies, The Brookings Institution, United States Madeline Albright (Ahli Panel), seorang Yahudi - Bekas Setiausaha Negara Amerika. Sekarang menjadi Penasihat Hillary Clinton (Setiausaha Negara Amerika) dan dia merupakan Pengerusi NDI (The National Democratic Institute for International Affairs), Pengerusi The Pew Global Attitudes Project, dan Presiden The Truman Scholarship Foundation serta memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah The Aspen Institute.   Anwar Ibrahim (Ahli Panel). Dia adalah Penasihat Antarabangsa The Brookings Institution, Pensyarah Pelawat John Hopkin dan Georgetown University, Ahli Jemputan CFR (Council on Foreign Relations, Ketua De Facto PKR dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.   Barham Salih (Ahli Panel) adalah Ahli Politik Kurdish yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Iraq selepas Iraq diserang oleh Amerika Syarikat. Bermakna dia merupakan Timbalan Perdana Menteri Iraq yang dilantik oleh Amerika Syarikat selepas kejatuhan Presiden Saddam Hussein Abd Al-Majid Al-Tikriti (28 April 1937 – 30 December 2006). Dia juga pernah berkhidmat sebagai Jurucakap The Patriotic Union of Kurdistan (PUK) di Washington.   David Petraeus (Ahli Panel) adalah Komander Jeneral Amerika ke Iraq (2007-2008). Dia juga terlibat dalam serangan Amerika ke atas Iraq yang telah mengorbankan Ribuan Umat Islam sehingga Amerika berjaya menubuhkan Kerajaan Boneka di Negara itu serta merampas hasil Minyak & Emas Iraq.  

Kesemua Ahli Panel US-Islamic World Forum (Doha, Qatar) untuk Sesi Hari Pertama pada 14 Feb 2009 adalah terdiri daripada Madeline Albright, Anwar Ibrahim, Barham Salih dan David Petraeus. Hanya Barham Salih yang faham Bahasa Arab, Ahli Panel lain terpaksa mengguna alat penterjemah. Sebahagian Peserta Forum US-Islamic World Forum (Doha, Qatar) Madeline Albright dan David Petraeus.   Latar Belakang Penaja - The Brooking Intitution. Sebuah Badan Pemikir Amerika yang diasaskan oleh Robert Brookings. Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott - Bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika semasa Pemerintahan Presiden Bill Clinton. Penaja Utama institut ini adalah beberapa Yayasan Kewangan Yahudi yang terkemuka di Amerika iaitu John M. Olin Foundation, F. M. Kirby Foundation, Walton Family Foundation dan Smith Richardson Foundation.   Kemudian pada tahun 2002 - Seorang Ahli Korporat Yahudi terkemuka di Amerika telah menyuntik wang sebanyak USD13 Million kepada Brookings Institution untuk menjalankan Penyelidikan Khusus di Timur Tengah yang dinamakan The Saban Center for Middle East Policy.   The Saban Center for Middle East Policy - Sebuah Badan Penyelidikan The Brooking Institution yang ditaja oleh Tokoh Korporat Media Israel (Yahudi) yang menetap di Amerika bernama Haim Saban (Pengerusi Saban Capital Group @ Orang Yang Ke-104 Terkaya. Pengarah Saban Center bernama Martin Sean Indyk adalah Bekas Pentadbir Kerajaan Amerika dan Duta Amerika di Israel semasa Presiden Clinton (Democrat) yang Pro- Israel. Dia juga berbangsa Yahudi yang pernah terlibat aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee).   Ikhlas Daripada Pemerhati Politik & Penyelidik Kewangan - Azam Dato Mohd

RAMADHAN INI KETAHUILAH FADHILAT PUASA

PEWARIS ANAK BANGSA

Fadhilat Ramadhan

Hazrat Salman r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir dari bulan Sya'aban:

Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang terdapat di dalamnya satu malam ( Lailatul- Qadr ) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang mana Allah s.w.t. telah menjadikan puasa pada siang harinya sebagai satu amalan fardhu dan
berdiri pada malamnya ( bertarawih ) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seorang yang telah menunaikan satu fardhu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardhu di dalamnya adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardhu pada bulan-bulan lain.

Ia adalah bulan kesabaran di mana ganjaran kesabaran adalah syurga. Ia adalah bulan simpati. Ianya bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka ia merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya dan neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikitpun dari ganjaran pahalanya." Sahabat-sahabat r.a. lalu berkata, "Tidaklah setiap dari kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka." Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Allah s.w.t. memberikan pahala itu kepada sesiapa  yang memberikan walaupun sebiji tamar
atau seteguk air ataupun sesisipan susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka."

Ia adalah satu bulan yang bahagian awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kelepasan dari api neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah S.W.T. dan akan dilepaskan dari azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan ini empat perkara. Kamu meredhakan Tuhan kamu dengan dua perkara dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu memerlukannya. Ada pun dua perkara yang kamu dapat meredhakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada Tuhan selain Allah s.w.t. dan kamu memohon istighfar daripadaNya. Sementara dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukannya ialah memohon syurga dari Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.

Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah s.w.t. akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga.

(Hadis riwayat Ibnu Huzaimah dan Baihaqi)

PERLU BACA APA YANG PERLU KITA TAHU

PEWARIS ANAK BANGSA

Rencana di bawah ni bukan hasil tulisan pu3, tetapi pu3 akui, pu3 sangat menyukai pandangan saudara RAZZ AIME.... sebab itulah pu3 kongsikannya dalm blog pu3 ini untuk tujuan kekwn kena baca juga ya:

Murtad Satu Hal, Pakai Kopiah Tapi Sokong Murtad Satu Hal Lain.
Lepas satu satu yang terbongkar tentang kisah gereja haram di Damansara DUMC. Dikatakan haram sebab pembinaan gereja tersebut tidak mendapat kelulusan Majlis, yang diluluskan adalah dewan komuniti, bukannya gereja.

Tapi kita tak minat nak sentuh isu itu sangat, dengan separuh dari Exco Selangor dikuasai puak kristian dan Exco Islam yang ada pun (tolak 1) jenis menurut saja tanpa membantah, kelulusan untuk menukar sebuah pusat komuniti kepada sebuah gereja bukanlah satu masalah.

Yang lebih penting kesalahan yang berlaku dalam gereja tersebut pada hari kejadian.

Kesalahan yang berlaku dalam gereja haram DUMC bukannya perkara kecil tapi perkara besar. Kesalahan yang cuba dilanggar dalam gereja tersebut bukan undang-undang biasa tapi PERLEMBAGAAN. Apa yang lebih besar dari itu dalam konteks sebuah negara?

Kalau ikutkan darjah kesalahan, apa ’class’ JAIS yang datang serbu? Sepatutnya dalam isu sebesar ini pasukan khas polis seperti UTK atau VAT69 yang patut serbu gereja tersebut, kalau tidak komando darat, laut dan udara. Lepas serbu gereja, serbu pulak pejabat PAS Shah Alam.

Sebab apa?

Sebab yang nak murtadkan orang Islam ada dalam gereja, yang menyokong cubaan memurtadkan orang Islam ada di pejabat PAS Shah Alam. Dan kalau diikutkan, yang di dalam pejabat PAS Shah Alam tu lebih bahaya sebab mereka adalah orang yang sama-sama keluar masuk masjid, sembahyang macam kita semua. Atau lebih mudah faham, musuh dalam selimut.

Senada dengan gereja, PAS dakwa itu majlis makan malam. Walhal dengan segala aturcara, program yang diadakan (rujuk gambar), makan malam apa macam tu?

Jelas sangat PAS sokong cubaan nak memurtadkan orang Islam dalam gereja DUMC sebab tak sempat menunggu mana-mana pihak bagi penjelasan, JAIS baik, Hassan Ali baik, polis baik, mereka dah memihak kepada pihak gereja. Khalid Ibrahim lagi best, siap mintak maaf dengan pastor gereja tersebut dan kutuk JAIS dalam masa yang sama kerana konon ‘serbu’ gereja tersebut.

Yang dikatakan serbu itu pun bukan serbu pun. Lapuran dari medan mengatakan pegawai JAIS ketuk pintu gereja, kata kuncinya disitu ‘ketuk pintu’. Si bodoh mana dalam dunia ini yang dikatakan menyerbu tapi ketuk pintu dulu?

Itu bukan serbu dalam erti kata sebenar. Menceroboh pun bukan sebab polis ada disitu.

Memang betul pihak gereja ada bagi bantuan kepada orang susah dari dulu, itu kita akui, tapi kes yang di Damansara Utama ni berlaku dalam gereja, ulang balik, dalam gereja. Kalau ikhlas dan jujur nak bagi bantuan, diluar gereja apa masalah? Itu satu hal, siap ada nyanyi nyanyi memuja muji Isa Al Masih tu apahalnya pulak?

Puak Kristian ini tidak akan berhenti untuk mengembangkan agama mereka disini . Ketika awal 80-an, kemunculan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan Nasrani dalam industri hiburan kita begitiu menyerlah. Ada yang bertiga, ada yang solo, berkumpulan dan sebagainya. Dengan muka yang tampan bagi lelaki dan cantik bagi perempuan, mereka sebenarnya ejen penyebaran agama kristian melalui lagu-lagu merdu menusuk kalbu.

Kerajaan yang cepat menghidu kegiatan mereka telah mengambil tindakan awal sehingga menyebabkan sebahagian besar puak-puak ini melarikan diri ke Australia dan ada yang menjadi permaustutin disana. Kalau penulis sebutkan nama kumpulan ini dan lagu mereka, pasti ada yang tahu.

Sekarang, jalan lebih mudah sebab sudah ada orang Islam sendiri yang melindungi kegiatan mereka. Semua ini dan banyak lagi adalah bukti kenapa PAS perlu ditolak dalam erti kata yang sebenarnya.

PAS dah melebihi ruang lingkup yang dibenarkan dalam hal pendaftarannya, politik.- razz aimezz

setuju tak apa yang pu3 ulas sebelum ini. Menarik bukan. jadikan ia sebagai bacaan ringan yang bermaklumat sebagai renungan kita hari ini

PERBANDINGAN DS NAjIB vs ANWAR : KING OF DRAMA TU NULL

PEWARIS ANAK BANGSA
Ketaksuban penyokong Anwar terlalu sgt sehingga tak dapat pu3 bayangkan perkataan yang sangat sesuai untuk mereka. Apapun, jom kita buat perbandingan anwar dan YAN DS Najib yang tunjukkan kenapa pu3 pro kepada Najib :

BANDINGN YAB DS NAJIB VS ANWAR

Saharusnya diingat oleh semua rakyat, malah ianya harus dijadikan bahan sejarah negara ini, bahawa Najib Tun Abdul Razak adalah saorang pemimpin yang mula berkecimpung didalam politik tanahair semenjak beliau berumur dalam lingkungan 20han tahun. Jika di ambil kira saorang tokoh yang terjun ka arena politik tidak sama kridebelitinya dengan seorang tokoh yang sabelum terjun ka arena politik terlebih dahulu berjunak-jinak dengan pertubuhan sukarela.
Disinilah bezanya diantara Najib Tun Abdul Razak dengan Anwar Ibrahim. Kekuatan Najib bertingkah dari awal umurnya dalam politik amat jauh bezanya daripada Anwar Ibrahim yang mula bertingkah dalam politik yang mana umurnya telah meningkat hampir 40 tahun. Begitu pun meningkatnya Anwar Ibrahim dalam politik terpaksa ditonjol oleh Tun Dr Mahathir hasil daripada banyak bokti permainan kotornya dalam meniti laluannya hingga kajawatan tertinggi, Timbalan Perdana Menteri.
Berbezanya disini juga,laluan Najib, tiada siapa yang menarik dan menatang beliau untuk duduk ditakah sekarang. Najib membina laluan dengan ditonjol dan ditarik oleh penyokong-penyokong yang mana mereka itu adalah sebahgian besar daripada rakyat negara ini dan mereka adalah mereka adalah pemimpin rakyat dari peringkat muda hinggalah kahari ini mereka masih menjadi pemimpin rakyat. Mereka adalah teras-teras yang dipimpin Najib semenjak zaman muda beliau. Sebagai contoh, Najib pernah melatih mereka bersairingan dengan beliau sendiri dalam latihan servivel diri meredah hutan, memanjat lori, mendayung kolek sahingga mereka mencapai matlamat yang dituju.
SEINGAT AKU, ITULAH NAJIB TUN ABDUL RAZAK.... ANUAR IBRAHIM?, SEINGAT AKU, DIA SENTIASA TAKUT DIRINYA KECUNDANG. YANG DIA BERANI BAWA LARI DR WAN AZIZAN LARI KA THAILAND DAN KAWIN.

dah baca tak. so sekrg dh ada jawapan tak? Nasibler, bulan puasa ni, kebenaran tetap Akan tampil juga. Xblh lari punya

PENGAKAN RIDHUAN TEE MENGEJUTKAN DAN KITA PERLU TAHU. YA ALLAH!

PEWARIS ANAK BANGSA

PANAS ! Ustaz Ridhuan Tee dedahkan kisah benar tentang dakyah Kristian




oleh : Ridhuan Tee

Segelintir pihak Kristian hari ini menjadi semakin berani. Desakan, tuntutan dan ugutan dikemukakan kepada kerajaan, walaupun bilangannya kurang daripada 10 peratus.

Peluang keemasan ini dimanipulasikan sepenuhnya dalam keadaan umat Islam negara ini begitu tersepit dengan perpecahan yang melanda. Sebelum ini, mereka mendesak kerajaan menubuhkan kementerian hal ehwal bukan Islam. Tindakan ini begitu mencabar kesucian Islam dan mengundang bahaya kepada kedudukan agama Islam selaku agama majoriti dan agama persekutuan jika dibenarkan.

Kebetulan pula, seorang kawan baik saya berketurunan India, beragama Kristian, bersimpati dengan Islam, menelefon saya baru-baru ini. Beliau yang mengajar di salah sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur, mengadukan kepada saya mengenai seorang murid Melayu darjah satu yang diajar oleh guru tuisyen Kristian berbangsa Cina mengenai Kristian dan menghafal lagu-lagu Kristian. Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya. Ramai lagi sebenarnya yang menjadi mangsa, ini tidak termasuk yang masih belum dibuktikan. Hakikatnya, perancangan Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga gerakan dakwah mereka memang tidak dapat dinafikan. Ianya bermula sejak mereka di bangku sekolah. Berhati-hatilah dengan guru-guru dan paderi-paderi musang berbulu ayam ini. Mereka akan menggunakan segala platform yang ada, atas nama pertubuhan, kelas tuisyen dan apa jua ruang dan peluang. Tindakan mereka begitu jelas bercanggah dengan perlembagaan persekutuan. Apakah kita masih mahu terus berdiam diri dan bersangka baik?

Berita terbaru mengenai tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, di Petaling Jaya kerana terdapat bukti wujudnya percubaan memurtadkan umat Islam di negeri ini langsung tidak mengejutkan saya. Saya amat yakin perancangan jahat ini memang telah lama berlaku. Jika tidak percaya tanya exco Kristian dalam kerajaan negeri Selangor. Cuma dia pura-pura tidak tahu apabila ditanya. Begitu juga paderi-paderi yang terlibat. Ibarat lontar batu sembunyi tangan. Mereka akan cari seribu satu alasan untuk menunjukkan bahawa mereka tidak bersalah. Malangnya kita terlalu berlembut kerana takut undi lari dan kalah dalam pilihan raya. Sedangkan mereka begitu bersatu tanpa berbelah bahagi mempertahankan tindakan mereka.

Kita selalu bertindak menjaga kepentingan jangka pendek, melupakan kepentingan jangka panjang. Jika beginilah cara kita berpolitik, saya amat bimbang semakin ramai orang Melayu akan menjadi Kristian suatu masa nanti. Jangan perjudikan masa depan Islam, buruk padahnya. Gunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Lindungilah Islam sebelum terlambat.

Saya amat mengharapkan kita tidak akan tunduk kepada penafian mereka, seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka mesti disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Seksyen itu memperuntukan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan. Mereka yang disabitkan kesalahan itu boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Ikut saya, peruntukan ini terlalu ringan, undang-undang ini perlu dihalusi lagi untuk diberatkan lagi hukumannya.

Walaupun pihak Kristian menafikan tindakan mereka dengan mengatakan bahawa majlis makan malam diadakan dalam semangat 1Malaysia oleh Harapan Komuniti (NGO Kristian), bertujuan menawarkan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik dan memerlukan. Semua itu adalah alasan sahaja. Mereka mahu berselindung di sebalik kerja-kerja amal. Dua puluh tujuh tahun dahulu, ketika saya menganut agama Kristian, helah ini juga digunakan untuk mengKristian pelajar-pelajar di asrama. Saya tahu perancangan licik mereka.

Saya memohon kepada Duli-Duli Yang Maha Mulia Tuanku supaya campurtangan dan menjaga kesucian agama Islam daripada perancangan licik segelintir paderi-paderi Kristian ultra kiasu ini sebelum nasi menjadi bubur.

Jika kita mahu pastikan negara-negara Melayu Islam tidak tercemar lagi, seperti pencemaran yang telah mereka lakukan di Singapura dan Indonesia, tidak ada cara lain, selain bertindak tegas menggunakan peruntukan perlembagaan sedia ada. Jangan berlengah lagi. Tindakan perlu diambil terhadap golongan lempar batu sembunyi tangan.

Saya yakin ibu bapa murid tersebut tidak tahu menahu akan perkara tersebut. Jika ibu bapa murid tersebut tahupun, mereka tidak akan mensensasikan isu tersebut. Inilah sifat orang Melayu yang kadangkala meresahkan saya. Kepala sudah dipijak-pijak tetapi masih terus berlembut.

Berbeza sekali dengan sikap agresif ultra kiasu menangani iklan Ramadan TV8 yang dikatakan rasis. Bila hak mereka tercuit sedikit, heboh satu dunia seolah-olah negara bertuah ini begitu zalim terhadap mereka.Saya berulang kali menonton iklan tersebut melalui sebuah laman web. Saya tidak nampak di mana rasis sebagaimana yang didakwa. Tema sekadar menghormati agama sensitiviti umat Islam. Ia tidak ada kaitan sama ada iman kita lemah atau kuat. Takkan sekian lama hidup di negara bertuah ini masih tidak tahu atau tidak faham sensitiviti umat Islam? Apa erti agama Islam sebagai agama persekutuan jika tidak difahami dan dihormati.

Niat iklan tersebut adalah baik. Tetapi telah dimanupulasikan dan disensasikan. Beradab dan bersopan, adalah tuntutan semua agama. Menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara, adalah wajar terutama di bulan Ramadan. Adalah kurang adab jika kita makan di khalayak ketika umat Islam sedang berpuasa, atau sengaja memakai pakaian yang tidak senonoh, yang ditentang oleh semua agama.

Sama seperti mengunjungi majlis kematian orang bukan Islam. Adalah tidak manis jika umat Islam datang dengan pakaian berwarna merah. Saya yakin jika ada umat Islam datang dengan berbaju merah ketika majlis kematian, sudah tentu akan heboh 1Malaysia. Ini yang dikatakan bila kita lakukan sesuatu dikatakan rasis, tidak sensitif, tidak menghormati hak orang Islam.

Bila mereka yang melakukannya itu dikatakan sebagai hak. Ini bukan bermakna agama lain tidak perlu dihormati. Namun, oleh kerana agama Islam adalah agama majoriti dan agama rasmi pula, saya fikir tidak salah jika bukan Islam memberikan sedikit penghormatan. Memang secara peribadi tidak teruja langsung orang makan di depan saya atau mahu telanjang sekalipun ketika berpuasa, nak muntah ada, tetapi kita bercakap soal adab sopan dan sensitiviti.

Siapa yang akan mempertahankan kesucian agama Islam jika bukan kita. Janganlah menggantung harapan bahawa orang lain akan mempertahankan kita. Bila hak ita diambil itu dikatakan hak, bila hak mereka diambil, itu dikatakan rasis dan tidak adil. Licik sungguh politik dan strategi mereka. Apakah ini bukan ultra kiasu namanya? Apabila kerajaan melarang menggunakan nama Allah, menahan Al-Kitab (bible) dalam bahasa Melayu untuk diedarkan, maka berkokoklah mereka dengan mengatakan itu hak mereka. Namun, apabila kita melarang mereka menyebarkan agama Islam kepada orang Melayu kerana bertentangan dengan perlembagaan, maka mereka mencari seribu satu alasan untuk menjustifikasikan tindakan biadab ini.

Bila kita kemukakan bukti nanti, mereka akan canangkan kepada dunia, Malaysia tidak ada kebebasan beragama. Maka gagasan 1Malaysia akan dijadikan hujah untuk mempertahankan tindakan mereka. Malangnya sungguh gagasan ini, sengaja dimanipulasi untuk menghalalkan tindakan mereka. Akhirnya, kita salah, mereka yang betul.

Tidak kurang juga banyak iklan-iklan mengenai perlakuan negatif realiti orang melayu seperti merempit, menagih dadah dan pelbagai lagi, tetapi orang Melayu tidak pernah melompat seperti ultra kiasu ini. Bila kena pada mereka semuanya sensitif, namun bila kena pada kita sebagai umat Islam, mereka senyap sahaja dan kalangan mereka bertepuk tangan.
Pejuang Bangsa

IA BAKAL KEMBALI, PENGGODAM MENGGELAR "Anonymous" !!!!!

PEWARIS ANAK BANGSA

Sah, Kerajaan Malaysia sememangnay menjadi sasaran bagi dajal manusia yag ingin memusnahkan sistem negara. Pu3 membaca info ini melalui blog harian politik hari ini. Jom baca. :


Kumpulan penggodam "Anonymous", yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan pada bulan Jun lalu, kini kembali dengan mengancam untuk melancarkan serangan baru pada 24 Okt.

Matlamat masa ini yang didedahkan melalui klip video YouTube 5,25 minit adalah untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada 24 Okt, Anonymous akan mengondam semua pelayan penguatkuasaan undang-undang dan mana-mana laman web yang menyokong konsep 1Malaysia, menurut kata mereka melalu dalam satu video you tube.

"Selagi Perdana Menteri masih memerintah, kita tidak akan berhenti dengan serangan ini. Video Ini adalah amaran sahaja anda. Selamat datang ke Red Oktober 'anda "," tambah video yang disiarkan oleh pengguna yang dikenali sebagai 1917comrade.

Tindakan ini boleh menggugat keamanan negara, jika mereka berjaya melakukan misi tersebut, rahsia kerajaan akan didedahkan.

Kerajaan harus memperketatkan kawalan security laman web 1Malaysia dan kali ini jangan lepaskan "Anonymous" pengkhianat tersebut !

http://brojinggo.blogspot.com/2011/08/awas-hacker-kembali-akan-membuat.html