Followers

BULAN RAMADHAN BULAN MULIA, BULAN PERIBADATAN

PEWARIS ANAK BANGSA
Salam Ramadhan dari kami CT Puteri Team- Puteri Rang Bulan dan Siti Baiduri bersama ahli lain

Ramadān, terjemahan​ harfiah: " panas terik " ( biasa digelar " Ramadan Al-Mubarak​ " ) adalah merupakan bulan yang ke-9 dan bulan paling suci di dalam kalendar Islam. Seperti bulan Islam lain, bulan ini mempunyai 29 atau 30 hari. Pada bulan ini umat Islam ini diwajibkan​ berpuasa seperti yang termaktub dalam al-Qur'an yang bermaksud :

“ Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan​ al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan​-keteranga​n yang menjelaska​n petunjuk dan (menjelask​an) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiap​a di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu... ” surah Al-Baqarah​, ayat 185

Bulan Ramadan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan​ masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan​ dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat memperting​katkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati​ kesusahan hidup sebahagian​ manusia yang miskin papa.

P/S; Sepuluh jari kami hulurkan, semoga kemaafan dan persaudaraan diperingkatkan. Mungkin bulan Ramdhan ini sedikit kurang tumpuan pada penulisanmemandangkan pu3 bukan sahaj terikat dengan tugasan harian, juga terlibat dalam pelaksanaan program sepanjang bulan Ramadhan dan.. persediaan Majlis rumah terbuka UMNO bahagian dua kali tahun ini. Insyallah apapun, Pu3 akan berusaha untuk menulis untuk kita kongsi bersama. Salam Ramadhan

SIFU PENGANUT PENGKHIANAT BANGSA-ANWAR

PEWARIS ANAK BANGSA

pu3 suka apa yang sahabt pu3 postkan dalam group FB sebab itulah pu3 kongsikannya dalam blog ini, sebagai panduan kenapa perlu menentang KING OF DRAMA INI! :
Mctheory Croniez31hb Julai 9.53 pagi
JASA-JASA ANWAR KETIKA DALAM KERAJAAN SATU KETIKA DAHULU!!

Siapa yang mengajar rasuah di dalam UMNO? jawapannya Anwar. Siapa yang menwujudkan pengundi hantu? jawapannya Anwar. Siapa yang memenangi kerusi Timbalan presiden dengan mengunakan 'wang' semasa perhimpunan agong UMNO. Jawapannya Anwar. Siapa yang paling banyak kroni dan membahagikan segala projek dalam kerajaan satu ketika dahulu. Jawapannya Anwar. Siapa yang bawa lari duit negara rm1000 dan rm500 hingga duit kita susut nilainya. Jawapannya Anwar. Siapa yang nak guna duit IMF hingga menyebabkan hutang negara naik dan menyebabkan negara hampir digadai separuh kepada negara luar. Jawapannya juga Anwar dan Siapa yang angkat kroni duduk disetiap bahagian penting sektor kerajaan dalam konspirasi menjatuhkan Tun Dr M.. juga jawapannya ialah Anwar..

Pu3.. banyk gak dpt info apa yang berlaku dlm UMNO ini dalangnya dahulu adalah UMNO. kalau baik, pu3 bangga umumkannya masalahnya semua serba negatif. alahai. cuma pu3 tak mampu kongsikannya kerana pu3 masih mncari bukti jelas. xmaulah paparkan perkara yang masih di bawah ketidak sahihan info

KENALI SEJARAH DAP - SATU PENULISAN MENGAMPU TERHEBAT PERNAH DIBACA. SIAPAKAH PENULISNYA? SEORANG MELAYU YANG BUANG BANGSANYA!

PEWARIS ANAK BANGSA
Pu3 membaca tulisan seorang YANG JELAS MENGANGKAT DAP sebagai Parti yang terhebat. Gaya penulisan ini menunjukkan dia mestilah seorang Melayu. Pelik tul pu3 kenapa jadi seperti ini.  Pu3 sengaja kongsikan penulisan ini untuk tujuan kita tahu . Adakah kerana ketksuban ini, ada di kalangan Melayu Islam termasuk ahli PAS menyokong DAP. Sebagai renungan dan kesedaran. :

SEJARAH PENUBUHAN DAP"
Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang

“berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

Pada Ogos 1966, “Lidah Rasmi” Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.

Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland.

DAP bertanding dalam pilihan raya umumnya yang pertama pada 1969 dan memenangi 13 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri dengan memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang.

DAP mengalami pasang surut dalam pilihanraya-pilihanraya umum yang ditandingi dalam tempoh 42 tahun di antara 1969 dan 2008, daripada memenangi hanya 9 kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum 1995, hinggalah berjaya meraih 20 kerusi Parlimen dan 79 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihanraya umum 2008.

Dalam tempoh penuh pahit manis selama lebih empat dekad, DAP masih berdiri di baris depan perjuangan untuk merealisasikan prinsip demokrasi, keadilan, kesaksamaan dan sebuah Malaysia berbilang kaum, bahasa, budaya dan agama yang sentiasa bersatu.

Pemimpin, ahli dan penyokong DAP tidak mudah gentar atau tersentak apabila ramai di antara mereka terpaksa menghadapi cabaran demi cabaran kerana kepercayaan politik mereka. Ada di kalangan pemimpin parti yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, didakwa, disabit bersalah dan dipenjarakan di atas pelbagai tuduhan palsu dan dakwaan yang dirada-adakan, selain menjadi mangsa dalam pelbagai bentuk intimidasi oleh pemerintah.

DAP dalam tempoh 30 tahun pertama perjuangannya telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada perpecahan dan kehancuran dengan memecahkan acuan keras dasar pembinaan negara yang berdasarkan asimilasi dan bukannya integrasi.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) secara terbuka pada 1994 telah mengakui bahawa dasar pembinaan negara asimilasi yang mana ia cuba laksanakan pada asalnya, dengan pendekatan “satu bahasa, satu budaya” yang enggan mengiktiraf realiti negara yang berbilang kaum, bahasa, agama dan budaya, adalah tidak sesuai untuk sebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Ketegasan DAP yang konsisten dan tidak berputus asa dalam pendekatan integrasi dalam pembinaan negara bangsa telah berjaya dalam penentangannya ke atas sebarang dasar asmilasi.

Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bersepakat dengan Parti Islam SeMalaysia (Pas), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang menunjukkan kesombongan mereka dalam memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenang, hanya kerana mereka memperoleh majoriti Parlimen dua pertiga.

Malangnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku seterusnya, khasnya desakan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam – suatu idea yang dianggap tidak bersesuaian dengan sifat majmuk negara Malaysia yang dikecapi DAP – memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian.

DAP bagaimanapun tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama. Kerjasama DAP dengan tiga parti pembangkang lain adalah berdasarkan manifesto bersama BA “Ke Arah Sebuah Negara Malaysia Yang Adil” demi memusnahkan hegemoni politik BN dan menghancurkan rantai kongkongan yang membataskan hak dan kebebasan rakyat Malaysia yang menjejaskan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang baik.

Dia atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ianya dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam.

Namun demikian, cabaran terbesar bagi Malaysia terletak pada masa depan dan bukan masa silam – merealisasikan sebuah negara Malaysia untuk rakyat Malaysia di mana semua rakyat tanpa mengira kaum atau agama dapat menikmati keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan baik.

Dalam pilihanraya umum bulan Mac 2008, satu senario politik baru telah muncul di Malaysia di mana kongkongan BN ke atas majoriti dua per tiga di parlimen akhirnya dihapuskan. Kuasa di lima buah negeri bertukar tangan – Pulau Pinang yang kini dipimpin oleh seorang Ketua Menteri DAP, Perak, Selangor, Kedah dan Kelantan. Keputusan pilihanraya ini telah menyaksikan penubuhan Pakatan Rakyat oleh tiga parti pembangkang iaitu DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS – yang berjaya menguasai 82 dari 222 kerusi parlimen – demi merealisasikan negara Malaysia yang adil, bersatu-padu serta demokratik.

DAP akan terus berusaha dalam komitmen politiknya untuk mewujudkan sebuah Malaysia yang adil, saksama, demokratik dan bersatu-padu supaya negara kita mampu menghadapi cabaran-cabaran zaman teknologi maklumat dan globalisasi serta mengambil tempat yang sewajarnya dalam arena antarabangsa.

Berapa banyak bayaran yang penulis ini terima dengan mengangkat DAP? menghina BN? dia ni membesar kat mana sebenarnya? Luar negaranya sehingga dari perut ibunya sehingga dia mampu menulis begini langsung tiada jasa tertanam dalam setiap tisu badannya dan akalnya? inilah namanya seorang bangsa yang pengkhianat. Agaknya genatik King Of drama memang menglir dalam tubuhnya.

UNTUK APA WUJUDKAN FANPAGE SEBEGINI??

PEWARIS ANAK BANGSA

Bangun pagi, sebelum memulakan aktiviti harian pu3, mesti pu3 akan menjenguk membaca email pu3. pagi terakhir sebelum Insyallah esok akan bermulanya bulan Ramadhan.

wujud fan page ini menimbulkan kemusykilan? untuk apa dia bercadang sedemikian?

Apa yang pu3 baca menarik perhatian adalah kewujudan fanpage  : RAKYAT MALAYSIA MAHU PDRM BEBAS DARI KEMENTERIAN KESELAMATAN DALAM NEGERI (KDN) waaahhhh! apa punya page ni? bukan pu3 bencikannya tetapi untuk tujuan apa sebenarnya ia diwujudkan, menilai seberapa ramai rakyat Malaysia menyokong?  setakat pagi ini mula membuka page tersebut ada 3 "like" tetapi mungkin seseorang telah membatalkannya dan kini berbaki 2 "like"

Bukan tujuan pu3 mengkritik pembina fanpage tersebut, tetapi pu3 melihatnya sebagai salah satu cara memprotes dan berkehendak untuk melakukan sesuatu pengaruh yang kononnya selama ini, PDRM tiada kredibiliti sebagai penguatkuasa undang-undang keselamatan. Kata nk biar rakan FB memilih agaknya. macam2lah kaedah mereka ini. Pu3 akan pastikan ramai lagi sahabat pu3 menyedari dari menyertai fanpage ini. Naluri pu3 mengatakan ini muslihat penyokong PR. Plsssss.....!!!!!  Pu3 tak mengizinkannya kerana pu3 adalah  pewaris dari seorang abah yang pernah berkhidmat dalam PDRM. separuh kehidupan pu3 sebelum pu3 berdikari sekarang, membesar dalam suasana anak PDRM, tinggal di kawasan keluarga PDRM. korang nak menghina PDRM, bererti menghina pu3 juga.

Mesti ada kata, inipun nak kecoh. dah xder bahanker nak menghentam.? heheheh kekdg pu3 berperasaan sedemikian gak, tapi blog ini bukan bertujuan menhentam tetapi membuka minda dan mata  hati. selalu sangat berada dalam posisi kabur-kabur kata seorang pakcik tu, banyak sangat kabus.........

BELUM PUASA DAH JAMMED JALAN KE KOTA KINABALU

PEWARIS ANAK BANGSA
demam Ramadhan dah

Biasanya Pu3 akan melakukan tinjauan sebelum bermula bulan Ramadhan, pertengahan bulan Ramadhan dan sehari dua sebelum menjelang Bulan Syawal. Selepas mesyuarat semalam. sudah tetap bahawa pu3 bersama rakan pu3 diamanahkan untuk melakukan tugasan bahagian perhiasan pentas sempena rumah terbuka Bahagian tahun ini. sebelum ini separa hiasan kerana membantu wanita , tetapi kali ini totally atas nama pu3 untuk melakukannya. Keputusan dibuat setelah penilaian yang dilakukan oleh pu3 semasa sambuatan JUARA RAKYAT sebelum ini, perhiasan pentas yang tercantik sepanjangprogram itu dilaksanakan semasa pu3 yang handle tugasan tersebut. Ditambah pula sambutan raya sebelum ini kalau tak silap pu3 2009, pu3 juga yang laksanakannya. permintaan sekali lagi pu3. Alahai... terpana pu3 mendengar... sebab pu3 tgh sesak otak, nak create plak plan hiasnyang mesti dibentangkan semasa mesyuarat sekali lgi beserta  bajet. tema... kuning golden. Bukan kuning BERSIH ya heheheheheh

Apa lagi, pu3 bersama rakn pu3 hari ini memandu sejauh 144KM dr kawasan pu3 ke kota Kinabalu. Pu3 set biasanya sebelum puasa kenderaan akan berkurangan tetapi apa yang pu3 lalui har ini sebaliknya. perjalanan sehala yang kebiasaannya pu3 hanya habiskan 1 jam 35 minit hingga 2 jam tetapi hari ini mencecah 2 jam lebih. kerana terpaksa mengkori kenderaan yang beriringan sepanjang perjalanan.  Belum sampai ke pusat bandar Lagi!  terbayang di otak pu3, sempatkah pu3 survey DoorGift untuk tahun ini dan peralatan hiasan... bergerak jam 9 pagi pu3 sampai 11.50 pagi. Dah stress memandu.

Berbalik cerita.. kalau dikatakan masyarakat mengalami keperitan rentetan kenaikan barang, apa yang pu3 lalui hari ini, langsung tak menampkakkan kepayahan membeli. Dari Centre Point, wisma merdeka hinggalah KK Suria. penuh dengan pembeli. Metrojaya di KK Suria. hari biasa, lengang je .. boleh lagi pu3 merelaxkan diri kat sofa berdekatan eskelator, tetapi hari ini, kaum lelaki semua memenuhinya. Produk dan jenama yang dijual di metrojaya,, jangan kata tak eksklusif beb! hahahahah..  takat bawa rm200. sehelai blaus je pu3 boleh beli. tetapi hari ini, bakul, metrojaya di aman2 pu3 boleh nampak. sarat tangan mengangkat. Pu3 tak beli apa2 hari ini, sebab pu3 sekadar buat tinjauan untuk membuat pengiraan perbelanjaan. Mampu beli tuuuuuuu!

Pesanan pu3, janganlah keluarkan isu bahawa kerajaan telah membuat dosa besar kepada rakyat sehingga rakyat mengalami masalah ketidakstabilan kewangan. Sebab apa yang pu3 lihat di bandar Kota Kinabalu hari ini adalah sebaliknya. Membeli bela sakan!

GURAUAN SEMASA MESYUARAT PETANG TADI

PEWARIS ANAK BANGSA

Hari ini, pu3 sememangnya tak berpeluang mencari bahan untuk membuat penulisan. tetapi jiwa pu3 nak sangat mencoret. Pagi mesyuarat dan petang sekali lagi mesyuarat. Dah tanggungjawab namanya.

Semasa berbincang untuk membuat ketetapan jawatankuasa pengurusan meohon permit menggantung banner ucapan Selamat berpuasa, sempat pula rakan mesyuarat bergurau. Kena cepat bertindak hari ini kerana nampkanya PAS dan lebih awal membuat permohonan permit untuk kebenaran menggantung kain rentang ucapan tersebut. 

" PAS mesti lulus punya sebab makna PASS ni bukankah lulus." Pu3 tersenyum menahan ketawa sahaj mendengar ayat tersebut. Nak tergelak, tak manis pula dipandang.

Buat pu3 itu bukan bermakna ia sebagai sokongan melainkan kata-kata gurauan memandang PAS bukanlah sebuah parti yang boleh disanjung tinggi. maaf, pu3 tak mencaci tetapi ianya adalah hakikat

BERSIH LETAK BANYAK TUNTUTAN UNTUK PIHAK MEREKA. TETAPI....

PEWARIS ANAK BANGSA

Tergelak pu3 melihat karikatur ini. Apa yang rakan fahami dialog nya.?

hayati
Bersih takler membawa maksud bersih mengikut kamus pengertian. Merek a hanya memperjuangkan BERSIH mengikut agenda mereka semata, tetapi terlepas pandang bahawa mereka telah melanggari maksud sebenar bersih dengan meninggalkan perkara-perkara berikut:

1. Meninggalkan kekotoran kawasan berlaku himpunan
2. meninggalkan kerugian masyarakat kawasan
3. memberi kerugian kepada peniaga
4. mengotorkan imej rakyat malaysia yang suka keamanan
5. Menunjukkan perjuangan mereka sangat KOTOR.

pu3 melihat tuntutan yangmereka bawakan otu bukan lah misi sebenar perjuangan mereka melain berkehendak untuk mengganggu gugat perjalanan  peralihan mata dari kecemerlangan pentadbiran negara, mengalihkan rasa magnet masyarakat yang semakin sedar bahawa perjuangan PR tidak ADIL seperti yang mereka laungkan. Kaedah ini akan merencat dan melengahkan sedikit. yang jelas, tengoklah AMBIGA antara calon PR yang akan datang, siapa pemimpin PR yang bakal diganti? hehehehehe... sekarang AMBIGA tengah menjual saham tuuuuu

BOLA ITU BULAT. KITA TAK AKAN MENJANGKA KE MANA LARINYA

PEWARIS ANAK BANGSA

Sememangnya malam ini, pu3 juga antara yang kecewa kerana Harimau Malya tidak mampu lagi mara dalam perlawanan. Pu3 tak akan persalahkan pasukan dan menghina mereka atas kekalahan tersebut. Bola itu bulat, ditendang, digelecek, ia tak semestinya akan melayang ke arah sasaran yang dikehendaki si penendang

melayang bebola mengikut arah tap tk semestinya ia ke arah yang disasarkan
Pu3 berharap, setiap ahli dalam pasukan terbuka menerima pengalaman malam ini. Sesuatu yang perlu dilakukan . mereka perlu dikuatkan dengan kemantapan psikologi. Itulah yang paling jelas.

All the best Harimau Malaya. lakukan muhasabah diri untuk memperbaiki kelemahan. kekalahan malam ini tak bermakna pintu bola sepak Malaysia akan terkubur selama-lamanya.

ADA BERANI MAT SABU BUAT DAKWAAN KE ATAS PDRM KE MAHKAMAH???

PEWARIS ANAK BANGSA

saja pu3 letak pict ini. ni wajah mereka yang belajar agama tp tak
mengamalkannya
Kali ini, Mat Sabu dah tetap pendirian dengan mencanangkan bahawa dirinya mangsa dilanggar menggunkan WAJA PDRM . Comfirm dan sungguh yakinnya. Setakat canang je buat apa, buat penat orang dengar dan penat asyik minum akibat air liur asyik tersembur.

Kalau dah berkeyakinan sangat, kenapa tak failkan sahaja permophonan menyaman dan tindakan ke atas PDRM. Ada berani? kan ramaiiiiiiii  sangat sahabat seperjuangan yang statusnya peguam? Karpal singhnyer. ambiganyer dan sewatu dengannyer. mana jaminan jkata akan meyediakan peguam untuk membela mereka yang turut serta himpunan BERSIH ? kenapa tak tampil peguam-peguam yang dijanjikan membantu dengan percuma itu untuk menjadi peguam serta penasihat undang2 kes Mat Sabu ini?

Pu3 cabar Mat sabu, ada berani buat dakwaan. rakan2 boleh sampaikan padanya. nasibler Mat sabu ni xder twitter klu tak, sah pu3 cabar dah dier... heheheh dia ada twitter tk?

MELAYU DALAM DILEMA BESAR-TUN M

PEWARIS ANAK BANGSA

Jiwa Melayu sudah semakin hilang pada diri sesetengah orang Melayu. Pu3 katakannya untuk sesetengah ya, bukan keseluruhannya. Mereka yang hilang jiwa melayu ini adalah mereka yang mengejar perjuangan pribadi untuk mencapai cita-cita mereka walaupun perlu menyingkirkan apa yang mereka miliki iaitu Hak Kemalayuan mereka. Hal ini telah jelas digambarkan oleh mantan Perdana Menteri , Tun Mahathir . Bacalah petikan ini yang pu3 perolehi dari sahabat facebook yang perlu kita ketahuinya :

"Melayu Dalam Dilema Besar - DR M"
Orang Melayu hari ini berada dalam dilema besar apabila tidak lagi boleh bercakap mengenai kepentingan Melayu kerana akan dikatakan rasis.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, lebih malang lagi orang Melayu tidak mampu mempertahankan diri sendiri kerana lebih banyak mengalah dan mengundur diri kononnya dengan cara itu mudah untuk mendapatkan keamanan.

Malah katanya, sehingga pada satu tahap mereka tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air bagi orang Melayu.
Menurutnya, beliau sendiri menjadi sasaran kritikan termasuk oleh akhbar-akhbar bahasa ibunda walaupun apa yang dinyatakannya mengenai orang Melayu adalah benar.

“Kita selalunya malu alah kepada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.“Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Aspirasi, Mohd. Shahar Abdullah.Dr. Mahathir berkata, dilema yang dihadapi itu berpunca daripada sikap orang Melayu sendiri yang tidak menggunakan peluang yang ada untuk mencapai kemajuan.Beliau memberi contoh, sekiranya orang Melayu benar-benar menggunakan peluang daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB), kedudukan ekonomi mereka sebenarnya boleh melebihi 30 peratus seperti yang diperuntukkan.Tambahnya, orang Melayu juga terlalu mengikut nafsu sehingga ada yang sanggup memecahbelahkan kaum sendiri dan menggadai maruah bangsa semata-mata sikap tamak dan gila untuk berkuasa.

Keadaan itu kata beliau, menyebabkan orang Melayu menjadi lemah dan terpaksa bergantung kepada kaum minoriti walaupun pada hakikatnya Melayu merupakan kaum majoriti di negara ini.“Apabila orang Melayu mula bergantung kepada kaum minoriti, maka kita terpaksa menyerahkan apa yang sepatutnya menjadi hak orang Melayu. Inilah sebenarnya dilema kita,” katanya.

Dr. Mahathir menambah, sekiranya orang Melayu tidak sanggup menukar nilai hidup yang dipegang ketika ini, mereka tidak mungkin mencapai apa jua matlamat dan menjadi bangsa termundur di negara ini.Kerana itu kata beliau, untuk menjadi ‘tuan’ dalam erti kata sebenar, orang Melayu perlu menukar nilai hidup yang tidak sesuai dengan kemajuan, menguasai ilmu dan kemahiran serta berkuasa dari sudut ekonomi.- cikgu Aizudin
Jadikan renungan, di manakah perjuangan kita sebenarnya. biar pu3 perjelaskan siapa antara mereka yang sudah hilang jiwa melayu. Anwar bin Ibrahim antaranya dan konco-konconya.

TERDESAK SANGAT PENYOKONG PR SEKARANG YA

PEWARIS ANAK BANGSA

Dah makin terdesak orang-orang PR ini, kalau dahulu provok makian dan perkataan kesat sahaja yang mereka luahkan. Jika berdebat mereka suka keluarkan kata2 berbentuk penghinaan yang sepatutunya orang wars tak akan meluahkannya, sebarang cadangan pembangunan walupun ia sangat baik, mereka tetap membangkang

wajah penyerang YAB PM - sumbangan blogger
tetapi kini, sejak AMBIGA lepas tocangnya, perubahan semakin drastik. mereka sudah menjadi samseng yng dah kehabisan wang pertaruhan. mengamuk dan mula melakukan perbuatan jenayah dengan menyerang. Nampak sangat mereka terdesak.

WHY? hehehe senang je,:
1. Mereka sedar saham mereka jatuh menjunam, sedar 2008 bukanlah ukuran kononnya mereka kuat.

2. gagasan 1 Malaysia semakin menarik masyarakat yang sebelum ini menjauhkan diri dari kerajaan

3. mereka sedar kepimpinan BN tidak lagi membiarkan perbuatan mereka yang menghina, strategik mereka sudah tak makan oleh masyarakat

4. pemimpin yang mereka angkat , semakin tenggelam dengan kesnya yang songsang. peluang ke putrajaya semakin jauh Sungai Buluh semakin dekat.

nasibler. Pu3 kata, mereka sangat tidak berkualiti.

MISSED CALL 4 KALI, MESEJ ALAMAK KEBENDANYA NI

PEWARIS ANAK BANGSA

Nak tergelak pu3 membaca sms, sememangnya pu3 menanti sms jika ia sangat penting nk hubungi pu3. semalam 4 kali missed call tau tetapi buknb nk pu3 angkatpun panggilan tu sebab ia setakat buat missed call. no tu pu3 tak kenal. pu3 harap jika sahabat pu3, pasti dia akan sms memaklumkan hal ini. akhirnya penantian pu3 berakhir nak tau apa, sekali masuk sms, bahasa cina dahhhhh.. sejak bila pu3 ada sahabat yang menaip bahasa cina ni? hahahah tapi pu3 akan kongsikannya pada rakan.:

saja xmau cover no ni, sbb pu3 tak kenalpun. nasibler
sms pertama: xdpat diterjemahkan. hahahahah

sms kedua bermaksud : Hi!. Anda adalah pemilik gas untuk melakukannya sejuk! Asing untuk bekerja anda perlu meminta ia? Beliau yang diperolehi akan pergi ke kuching.

sms ketiga : Telefon tidak baik. Tenaga Atom Maklumat

maaflah kamus digital pu3 lemah sangat nk  mnterjemahkan. inilah yang pu3 terima semasa pu3 masukkan ayat2 yang pu3 terima dalam mesej pu3.

saja pu3 kongsikan pengalaman lucu ini. maaflah yer, bukan pu3 tk ingin layan call in @ sms. sbb seingat pu3 no yang dihubungi ini, jumlah sahabat pu3 , ramai yang tak tahu, hehehehehe.. so tu yg pu3 akan simpan no sahabat, agar memudahkan pu3 menjawan mahupun mambalas sms. klu sms begini. bagaimana nak jawabnya

sesiapa yang mahir dengan bahasa cina. boleh bantu pu3 terjemahkannya dengan tepat?

KARIKATUR MAT SABU KENA SINDIR SAMA MENGHINA ISLAM? MAT SABU SIMBOL ISLAM PAS KER? ADA MASKOT BARU UPANYA PAS

PEWARIS ANAK BANGSA

Bunyi Labu-Labi (nama kat FB)  ayat dia punya power. "SATU LAGI KARIKATUR MENGHINA ISLAM". Pu3 teruja untuk meneliti karikatur yang dipostkan oleh LABU LABI. pengalaman pu3 semasa belajar dahulu, heboh dengan karikatur menghina junjungan Rasulullah saw. so pu3 set perkara ini lebih kurang jugalah. walau line agak slow, pu3 nak juga tengok gambar itu.

UTUSAN. PU3 SUKA SANGAT  NI. DUSHHHH BATANG HIDUNG
Sekali tengok... hahhahahahaha.. ini jenaka sindir yang pu3 rasa sangat tepat panahannya kena pada batang hidung Mat Sabu. pertukaran statement. land rover lepas tu pajero dan setelah kantoi p waja plak. berubah2. pu3 bagi 10 bintang untuk pelukis ini kerana ia sememangnya terbaik. pu3 sukakannya. 

Andaian Pu3 ,sindiran sememangnya untuk Mat Sabu, tetapi pelukis takler menyebut nama Pak Sam tu. Cuma pu3 tak tahu sangat apa kaitan menyindir watak tersebut dikatakan menghina Islam? Sebab dia memakai kopiah? heheheh kopiah itu lambang si pemakai Islam ker? kalau begitu tengok pict ini pula:

ini nak komen apa pula?
Elly wong, memakai selendang. Dia Islamker?  Patutlah penyokong PR taksub sangat nak melindungi elly sebab dia juga pejuang Islam ler yer?

How about MP non-Muslim yang menggunakan hadis dalam berhujah? Itu dibenarkan kerana ia seorang Islam atau pejuang Islam. sebab itu masyarakat dok bising kerana ia diterima oleh orang awam Islam sebagai mempergunakan Islam. Tetapi tak pula penyokong tegar PAS bising. Sonyap je macm tangan depa kena potong. tak geti nak banth. Mulut kena stapler tu tak berbunyi. Kaki depa ken balut tu tak boleh bergerak. xper pakai plak wheelchair. lagi bersemangat. Sakit leher, pakai je pendakap leher. boleh gerak lagi tu.

kalau dah buta minda, macam tuler kejadinnya. huhuhuhuhu terlalu taksub dengn individu nipun masalah juga. Lainler ketaksuban kepada junjungan Rasulullah saw. yang itu sangat tinggi jiwanya. takat taksub Mat sabu dan anwar serta konco2nya ni,,, sungguh menyedihkan

NAK CLEAR NAMA KER TK NI? PAYAH BEBENORKER? FITNAH ATAU BENAR?

PEWARIS ANAK BANGSA

21 hari sudah berlalu, pu3 masih menanti peluang untuk bertanya kepada artis ini. Sori wardina pu3 kena umumkan siapa. cuma kawan pu3, pu3 masih berkehendak sembunyikannya terlebih dahulu. 5hb Julai, kawan pu3 telah menghantar BBM kepada pu3 untuk bertanyakan ada tak GTPu3 menulis apa2 tentang wardina kerana wardina telah mengadu kepadanya bahawa GTPu3 telah menulis sesuatu yang memalukannya. Pu3 sememangnya tak lagi menulis dalam Gtpu3 walaupun sebelum ini adalah 2 3 artikel pu3 sumbangkan ketika penulis sedang tak sihat.. sekarang pu3 hanya sekadar memandang, kerana pu3 akan fokuskan peranan pu3 kepada penulis blog pu3 sendiri.

ayat dikatakan yang telah dikirimkan oleh wardina kpd rakan pu3

dialog 2

dialog 3. 3 pict atas pu3 snap pada malam 5hb julai

hari ini, pu3 terpanggil untuk menanyakan bagaiman peluang pu3 kemukakan soalan direct kepada wardina. its simple. pu3 akan tanya kt twitter , biar open sebab pu3 nak dia buat pengakuan. so pu3 boleh simpan pengakuan tersebut dan sesiapa sahaja follower wardina juga membaca kenyataannya. senangkan, ia akan sedikit sebanyak menjernihkan sedikit warna keruh air muka .  Pu3 tawarkan kerana pu3 khuatir juga, kemungkinan benar Wardina dianiaya.

jawapan dari kawan pu3 hari ini 26hb julai
malangnya, apa yang pu3 dapat jawapan dr kawan pu3, dia bz dalam shooting. lerrrr... post twit ada plak masa, takkan jwb soalan pu3 kt twitter xder masa plak. bukankah serupa gak tu. bukan pu3 nak bersemukakun,. buang masa pu3, dari sabah nk p Kl bukan perbelanjaan yang sedikit beb. Baik pu3 simpan perbelanjaan itu untuk pu3 gunakan bagi menghadiri mesyuarat rasmi pu3. lagi elok.

persoalan terbayang dalam fikiran pu3
1. Jika wardina tertipu , dia seorang juruhebah. biasa menjadi juruacara. bererti dia seorang ahli komunikasi. prinsip dalam komunikasi, jika kita dijemput menghadiri sesuatu majlis, apa lagi perlu bercakap, bukankah kita perlu menyelidik, majlis jenis apa, siapa audien? siapa penganjur, di amana lokasi. keprluan yang bagaimana.- takkan hal mudah begini terlepas pandang?

ini selepas majlis bukan. kalau rasa tertipu , kan lbh elok leave je. kenapa
layan minum lepak lagi????????? - pict ni sumber blogger

2. kenapa dia suruh kawan pu3 tanya siapa penulis GTPU3? untuk apa? nak saman? kalau nak saman. saman sahajalah. tunjukkan bukti bahawa kenyataan oleh penulis GTPu3 itu fitnah semata. - maaf pu3 walau bawah cyber, tetapi hal begini pu3 kena jaga keselamatan rakan pu3 yang bertanggungjawab menulis. ia adalah amanah pu3 melindungi mereka sehingga mereka dibuktikan melakukan kesalahan.

3. Tawaran diberi untuk dia umumkan bahawa dia bukan PKR. penyokong kerajaan. Dia hanya perlu buat pengakuan sahaja. yang dia bukanlah seperti yang dituduh. Dia teraniaya.

4. Kalau teraniaya oleh PKR. Kenapa tak buat laporan ke polis sahaja bahawa dia telah ditipu oleh penganjur. kemukakan dakwa hal ini. kalau dahulu cepat je dia kenakan saman kerana wajahnya digunakan oleh sebuah syarikat perniagaan kerana menjadikan wajahnya iklan syarikat tanpa kebenaran, kenapa nak membersihkan tuduhan itu banyak pula alasannya.

fikirkanlah. pu3 tak tahu sama ada pu3 boleh terima apa lagi alasan seterusnya. pu3 hanya cadangkan. sila umumkan jika diri dipihak yang benar. jika benar GTPu3 melakukan kesalahan besar termasuk blogger lain,  dakwa je. habis cerita. GTPu3 akan membuat pengakuan bersalah secara terbuka jika benar telah melakukan kesalahan mengaibkan orang tak bersalah.

p/s: sori XXXXXX (xmau cakap tapi dia tahu siap)  21 hari terlalu lama untuk pu3 tunggu. pu3 tak tuduh apa2 ya, pu3 sekadar menyuarakan apa yang pu3 rasa. kalau marah.. pu3 masih ada salinan asal pict chat kita yang pu3 belum edit n nama masih clear kalau pu3 post kat sini.

DIA TIDAK PERNAH BERUBAH WALAU KAKITANGAN PERKHIDMATAN AWAM

PEWARIS ANAK BANGSA

Alahai kakak. 13 tahun lebih kurang kita saling mengenali antara 1 sama lain. Sama2 kursus, saat itu sayalah paling bungsu di kalangan penuntut kursus pengajian agama. Belum sedetikpun ketika itu terfikir akan menceburi dunia sekarang. Kakakku ketika itu sudah berhabis-habisan menyebarkan risalah, lencana2, rakaman video termasuk sesi ceramah oleh individu2 yang memperjuangkan "REFORMASI" almaklumlah masa tu remaja. Sangat seronok dengar cerita si kakak. N terdetik simpati dengan kesengsaraan king of drama kerana ditumbuk dalam lokap. masa tu pu3 jadikan dia sebagai sumber inspirasi untuk daptkan keputusan yang cemerlang. ( heheheh... sasaran tercapai, dapt cemerlang final exam yeahhhhh)

Kakak kepada ADUN pelabuhan klang ini masih tak berubah juga. Dia masih dengan posisinya. Malahan dalam menjalankan tugasnya sebagai pendidik agama kt sebuah kampung, sering diselitkan juga kempennya ke atas anak2 didik sekolah rendah. Malahan menurut maklum ibu anak2 di sekolah agama tersebut. Tahun lepas, kakak ni memberikan kad ucapan hari raya yang gambr dalamnya "Badrul hisham baharom bersama Anwar ibrahim" huhuhuhu nasib jumpa dalam seminar, kalau pu3 pergi ke kampung tersebut, sah pu3 minta sgt tgok kad ucapan tersebut.

Pu3 menyedari, kakak ni adalah seorg guru yg sangat prihatin dan dedikasi. Menjalankan tugasnya mendidik anak2 dlm pembelajaran agama seperti mana yg telah ditetapkan oleh jabatan. Tujuan pu3 bercerita ini, pu3 nk katakan, seorg yg jelas membangkang kerajaan yg ada skrg, kerajaan tidak menggunakanpun kuasa mereka membuang mereka. Berbeza dengan kerajaan negeri bwh PR. Beberapa sahabat pu3 , telah dipecat dr jawatn mrk kerana mereka bukan ahli PKR tetapi UMNO. Jelas dibuktikan si kakak ni menentang, tetapi ia msih penjawat awam. Masih kedudukan yang sama

Siapa zalim sebenarnya.

P/s: pu3 hormati kakak tersebut kerana dia seorg senior yg baik. Cuma kini dr segi perjuangan kami berbeza pandangan. Agaknya kakak nipun kecewa kerana mengharap pu3 menyertainya krn seblm menyertai umno, jelas pu3 bukanlah individu yg suka pd politik. Maaf. Masa berlalu mendewasakan pu3, pu3 yakin perjuangan pu3 dlm landasan sebenar krn pu3 tahu perjuangan PR bukanlah perjuangan utk rakyatpun.

MUNGKIN CADANGAN INI SESUAI UNTUK KREDIBILITI SPRM

PEWARIS ANAK BANGSA

Kematian Teo Beng Hock menjadi titik persoalan dalam pemeikiran pu3. Kenapa seorang yang mempunyai pendidikan tinggi merangkap setiausaha sulit yang biasa menerima tekanan boleh melakukan tindakan tersebut. Heheh jawapan nakal pu3 kerana kurang Iman . hmm dia bukan Muslimpun so erti iman tu adaker dlam pegangannya? Saja... jangan marah
Kemudian kematian Timbalan Pengarah Kastam pula . alahai ini kes apa pula. Bunuh diri jugakah ? dia seorang Muslim. Takkan dia setakat datang ke bangunan SPRM dan terus bunuh diri. Untuk apa? Kalau nak bunuh diri, kenapa memilih kawasan tersebut. Baik cari tempat yang lebih menjamin perjalanan bunuh diri lebih l;ancar ( nakal lagi.. jangan marah) Takkan nak mati balas dendam pula? Tapi bagaiman pula kalau kematiannya yang tragis itu bukan berpunca kehendaknya melainkan dorongan pihak ketiga?
Saja pu3 bangkitkan dua kes ini untuk kita renungi apa yang bakal pu3 katakan selepas ini. Cadangan sebenarnya. Jujur pu3 katakan, idea ini berlaku kerana pu3 pernah lalui disoalsiat sebagai saksi atas aduan manusia tak berguna hendak menjatuhkan orang lain. Nasib plak, pu3 boleh terlibat dalam usahanya hendak menjatuhkan individu tersebut.  Bulan puasa pula tu, nasib takler diheret ke pejabat SPRM , masa itu masih memegang nama BPR..
Cadangan pu3 untuk kebaikan SPRM juga, krebiliti mereka sedikit tercalar rentetan kedua kes ini. Untuk itu berikut adalah pandangan pu3:
1.       Ubah suai bilik siasatan dalam bangunan SPRM kerana kawasan dinding berkaca tetapi kalis suara keluar untuk memastikan tiada  berlaku situasi diluar kuasa pegawai yang menyiasat.- kos walau semasa pembinaan agak mahal tetapi tidaklah menghadapi pembaikan selalu seperti CCTV yang kekdang akan mengalami masalah teknikal.
2.       Saksi atau tertuduh yang dibawa ke pejabar SPRM, perlu membawa serta seorang saksi mata, bukan saksi telinga untuk memantau sepanjang perjalanan sesi soal siasat melalui dinding kaca. Jika dibebaskan atau selesi penyiasatan, saksi tersebut harus menandatangani dokumen bahawa saksi atau tertuduh telah diserahkan kepadanya. –SPRM akan terlepas dari sebarang pertuduhan jika berlaku insiden  selepas sesi soalsiasat selesai.
        3.       Penyiasatan hanya dilakukan dalam tempoh bekerja sahaja. 8 pagi -5 petang. Untuk jaminan  pegawai SPRM terlepas pertuduhan melakukan sesuatu yang mendatangkan musibah kepada saksi ataupun tertuduh. -  tugas mereka hanya menyiasat pertuduhan melibatkan jenayah rasuha bukannya kan membabitkan masalah ancaman keselamatan. Berbeza dengan anggota keselamatan seperti PDRM dan tentera.
cadangan yang paling mudah ini, walupun ada yang membacanya akan tergelak sakan, pu3 tak kisah. Tetapi ini adalah pandngan pu3 yang serba ringkas. Kekadang tindakan yang ringkas lebih mudah menjaga kredibiliti berbanding yang kononnya more canggih.

PERKARA YANG DILAKUKAN OLEH PAS: PERLU DIKETAHUI

PEWARIS ANAK BANGSA

Sebelum ini, Pu3 kongsikan sejarah mengapa PAS jumud terhadap UMNO. kemudiannya berkongsi juga penipuan yang dilakukan olh PAS Terengganu. Kali ini pu3 akan kongsikan pula penyelewengan keseluruhan oleh PAS: 60 Penyelewengan PAS.Baca ya:

Bila Al-Quran dan Hadis diputar-belitkan, bila Islam dieksploitasi dan dipolitikkan, bila fatwa disongsangkan, bila  Melayu sesama Melayu dilaga-lagakan, bila sesama Islam  dipecah-belahkan, bila kemungkaran disorok-sorokkan, bila  kebatilan diwar-warkan, bila tabung jihad diselewengkan,bi
diselewengkan, bila masjid, Pasti, Sekolah Pondok, universiti dan penuntut luar negara diperalatkan, bila Putrajaya dan Perlis hendak dilelongkan, dan akhirnya bila majoriti dua pertiga Barisan Nasional cuba dinafikan, Islamkah PAS sebenarnya?

1. TAA'SUB
PAS sebuah parti yang ekstrim dan taa’sub. Ia sentiasa bertindak dengan apa  jua cara untuk kepentingan politik sempit mereka, walaupun bercanggah dengan ajaran Islam. Mereka mengajar pengikutnya supaya menolak  pendapat orang lain, walaupun benar.

2. JUARA PERPECAHAN
PAS menjuarai perpecahan di kalangan umat Islam. Ini terbukti di dalam peristiwa-peristiwa yang berlaku seperti mendirikan sembahyang Jumaat berasingan, tidak mengiktiraf juru nikah kerajaan dan sebagainya.

3. MENTAFSIR AJARAN SESAT MENGIKUT SELERA POLITIK
PAS mentafsir ajaran Islam berdasarkan kehendak politik mereka.

4. AJARAN ISLAM SEBENAR DIKORBANKAN UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
Segala tindak tanduknya adalah untuk kepentingan kumpulan yang menyokong mereka sahaja. Contohnya seperti menyokong kenyataan Murshid mereka yang mengatakan mencarut itu harus. Penyokong PAS akur dengan kenyataan itu sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

5. SUKA BERMUSUH
PAS sebuah parti yang berminat dengan permusuhan sesama Islam untuk mencapai matlamat politik mereka.

6. MENANAM PERASAAN BENCI
PAS menanam perasaan benci di kalangan ahli dan penyokongnya terhadap orang lain seperti mengajar kanak-kanak menerusi Pusat Asuhan Kanak-kanak (TASKI) untuk membenci para pemimpin negara.

7. PENYALAHGUNAAN WANG DERMA
Penyelewengan PAS terhadap wang derma yang dikutip kerana tidak mempunyai rekod dan tidak memaklumkan ke mana wang tersebut dibelanjakan.

8. PENYELEWENGAN WANG AMANAH
Penyelewengan PAS terhadap wang ‘Darul-Mal’ yang berjumlah berjuta-juta ringgit tanpa dapat dikesan.

9. MEMBOHONGI JANJI
Perkampungan Islam yang ditaja oleh pemimpin PAS di Kampung Jabi, Besut tidak dilaksanakan sedangkan pungutan wang untuk tujuan tersebut telah  dilakukan.

10. JANJI KOSONG
PAS membuat janji kosong dalam pilihanraya untuk rakyat Kelantan.

11. KENYATAAN PALSU
Pemimpin-pemimpin PAS kerap kali membuat kenyataan palsu dan berbohong kepada rakyat khasnya penyokong-penyokong sendiri.

12. MAKSIAT DI KELANTAN
Kedai penjualan arak, judi dan pusat hiburan (maksiat) masih berleluasa di Kelantan.

13. BERMAIN DENGAN HUKUM HUDUD
Hukum Hudud PAS hingga kini tidak dilaksanakan di Kelantan.

14. PENYALAHGUNAAN PEMBALAKAN
Pembalakan di Kelantan disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin-pemimpin PAS.

15. CAKAP LAIN BUAT LAIN
Pemimpin-pemimpin PAS hidup mewah dengan terus memakai kereta mewah.

16. MEMPERTAHANKAN KEBATILAN
Mat Sabu dilaporkan berkhalwat dengan Norma di bilik No. 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan dan PAS mempertahankan perbuatan yang batil itu.

17. FATWA YANG MEROSAKKAN
Fatwa politik PAS telah menyebabkan berlakunya keruntuhan kepada institusi keluarga Islam di negara ini.

18. MENGHASUT
PAS menyuburkan perbuatan mengumpat.

19. MENJATUHKAN MARUAH MASYARAKAT ISLAM
PAS di Kelantan mengenepikan sensitiviti masyarakat Islam dengan tidak mengawal pembinaan Tokong Buddha yang dibuat begitu besar dan ini bercanggah dengan usaha peningkatan syiar Islam.

20. BAHASA LUCAH
Pemimpin PAS merestui penggunaan bahasa-bahasa lucah seperti yang digunakan dalam buku ‘Shit’.

21. PENYALAHGUNAAN PONDOK
PAS telah mengguna pondok-pondok sebagai pusat untuk menanam pengaruh ekstrim dan fanatik, menolak kebenaran yang diketengahkan oleh bukan golongan mereka.

22. MERACUNI FIKIRAN KANAK-KANAK
PAS mendirikan pusat Bimbingan Kanak-kanak di kawasan luar bandar dan melalui pusat ini kanak-kanak diracuni dengan pemikiran negatif terhadap Kerajaan.

23. MEROSAKKAN PEMIKIRAN PELAJAR
Mahasiswa dalam dan luar negeri ditanam bibit-bibit kebencian terhadap pemimpin Islam.

24. FITNAH TERHADAP KERAJAAN
Meracuni pemikiran mahasiswa Islam dengan menabur fitnah dan menanam rasa benci terhadap kerajaan.

25. ABAI TANGGUNGJAWAB
PAS mengabaikan tanggungjawab sosial dengan menunding jari mencari kesalahan orang lain.

26. MAHU TAPI MALU
PAS menolak sistem pendidikan negara tetapi sebaliknya mereka menggalakan anak-anak mereka untuk belajar di institut pengajian yang diusahakan oleh kerajaan.

27. TANAM KEBENCIAN ORANG RAMAI
Buku-buku yang diedarkan oleh PAS kepada orang ramai bertujuan untuk menanam sikap kebencian di kalangan pembaca terhadap kerajaan.

28. AKHBAR BERUNSUR FITNAH
Akhbar Harakah mencipta banyak cerita rekaan dan berita berunsur fitnah.

29. TEMPAT IBADAT DISALAHGUNAKAN
PAS menggunakan surau-surau/masjid-masjid dan khutbah untuk menimbulkan kebencian kepada kerajaan sedangkan mereka menikmati pelbagai kemudahan dan nikmat.

30. PENTINGKAN DIRI SENDIRI
PAS tidak menyokong Dasar Pembangunan Nasional yang dibincangkan dalam Dewan Rakyat tetapi mereka juga yang memperolehi banyak faedah daripadanya.

31. MENGHASUT RAKYAT
PAS memesongkan dan menghasut rakyat luar bandar supaya tidak melabur dalam ASB/ASN dan apa jua skim tajaan kerajaan sedangkan skim itulah yang boleh membantu kekuatan ekonomi masyarakat Islam di Malaysia.

32. HANYA PANDAI MENGKRITIK
PAS hanya mengkritik dasar ekonomi negara tanpa memberi sebarang pandangan/penyelesaian yang membina dan realistik.

33. TARAF HIDUP RAKYAT TIDAK BERUBAH
PAS memerintah negeri Kelantan, tanpa sebarang perancangan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembangunan negeri di tahap paling terbawah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN.

34. TIDAK IKHLAS
Tidak menunjukkan keihklasan dalam perbincangan sama ada di DUN/Parlimen.

35. TIDAK TETAP PENDIRIAN
Tidak konsisten dalam menangani isu-isu penting perjuangan. PAS adakala berpendapat boleh berkongsi dengan orang-orang kafir tetapi kadangkala pendapat mereka menjadi sebaliknya.

36. GOLONGAN YANG TIDAK BERNASIB BAIK DIKETEPIKAN
PAS mengenepikan usaha-usaha untuk menolong kumpulan yang tidak bernasib baik seperti mangsa dadah/penyakit sosial.

37. KEBAJIKAN TERBATAS
PAS menyempitkan saluran-saluran kebajikan untuk menambah kebaikan dan keyakinan orang-orang Islam bagi mendapat keredhaan Allah.

38. SEBAR FITNAH KEBURUKAN NEGARA
PAS tidak menanam rasa cinta kepada negara bahkan menyebarkan fitnah tentang keburukan negara sendiri lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar negara.

39. PERKARA-PERKARA KURAFAT TIDAK DIHAPUSKAN
PAS tidak memperjuangkan ke arah menghapuskan perkara-perkara bidaah/kurafat sedangkan ini merupakan satu tuntutan penting dalam Islam.

40. AMALAN DAN KEPERCAYAAN SESAT
PAS mencetuskan amalan dan kepercayaan yang menyesatkan seperti saranan yang mereka laung-laungkan iaitu siapa yang menyokong PAS, mereka akan memasuki syurga.

41. TIADA PERSEFAHAMAN
PAS membiarkan penyokongnya sembahyang Jumaat berasingan dari sembahyang Jumaat yang didirikan di masjid-masjid yang ditauliahkan oleh Kerajaan.

42. TIDAK SERIUS DALAM MELAKUKAN SESUATU
PAS tidak serius dalam usaha membanyakkan amalan maaruf dan mencegah mungkar seperti membiarkan penyokong-penyokongnya memaki hamun dan memboikot sesama Islam.

43. MENGKHIANATI AMANAH
PAS menyuruh orang lain menjalankan amanah sedangkan mereka sendiri mengkhianati amanah seperti menjanjikan penubuhan negara Islam sedangkan mereka tidak meletakkan calon dengan jumlah yang mencukupi untuk memerintah negara.

44. TIDAK MEMBERI KERJASAMA
PAS memandang rendah kepada Tabung Haji tidak memberi kerjasama dalam urusannya sedangkan Tabung Haji telah banyak berjasa menolong serta mengadakan kemudahan kepada jemaah haji Malaysia khasnya masyarakat minoriti muslim dari negara-negara lain.

45. TIDAK MENGHORMATI PERATURAN
PAS menggalakkan jemaah haji Malaysia menunaikan haji tanpa menghormati peraturan Kerajaan Arab Saudi.

46. JEMAAH HAJI TERTIPU
Pemimpin PAS menjanjikan bakal jemaah haji untuk menunaikan haji sedangkan mereka tidak berjaya menguruskan VISA dan akhirnya mereka terkandas.

47. GHAIRAH DEDAH KEBURUKAN SESAMA ISLAM
Islam menuntut supaya dilindungi keaiban orang-orang Islam tetapi PAS sangat ghairah mendedah dan mencerca sesama Islam.

48. KEGONCANGAN DALAM POLITIK
PAS selalu menyebut tentang perlunya melakukan kebaikan tetapi mereka sendiri membiarkan keadaan yang buruk berlaku di dalam parti mereka.

49. GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN DIABAIKAN
Islam menganjurkan supaya diberi perhatian kepada anak-anak yatim tetapi PAS tidak kelihatan berusaha untuk melindungi/menolong golongan tersebut.

50. MENGENEPIKAN KEWAJIPAN BERJIRAN
PAS mengabaikan kewajipan berjiran kepada mereka yang tidak sehaluan dengan mereka dalam politik, sedangkan kewajipan berjiran merupakan salah satu perkara yang sangat penting dituntut oleh Islam.

51. PENDIRIAN TIDAK JELAS
PAS tidak menunjukkan pendirian yang jelas terhadap rang undang-undang yang dibentangkan dalam sidang Parlimen/DUN sekalipun rang undang-undang itu bertujuan untuk membina masyarakat dalam menolong golongan yang lemah.

52. BEKERJASAMA DENGAN PARTI YANG TIDAK SEALIRAN
PAS bekerjasama dengan parti-parti yang tidak membela agama dan bangsa sendiri seperti DAP/PKR sedangkan parti-parti ini memandang rendah kepada usaha-usaha dan gerakan Islamiah serta perpaduan masyarakat Melayu.

53. PEMIMPIN TIDAK BERSOPAN
Pemimpin PAS tidak menunjukkan kesopanan dalam ucapan-ucapan kempen politik mereka.

54. PERUBAHAN DALAM PERJUANGAN
PAS di peringkat awal di zaman pimpinan Dr. Burhanuddin Hilmi kelihatan terlalu idealistik (khayalan) dan pada masa ini ia bertukar menjadi lebih agresif dan ekstrim.

55. MEMENTINGKAN SIMBOL
PAS hanya mementingkan simbol tanpa pengisian terhadap keperluan sebenar masyarakat Islam.

56. CAKAP TAK SERUPA BIKIN
PAS melarang wanita mengambil bahagian dalam majlis Tilawah atas dasar suara perempuan adalah aurat tetapi di sebaliknya mereka melantik senator perempuan mewakili Kerajaan PAS Kelantan untuk mengambil bahagian dalam perbahasan yang sudah pasti menggunakan suara.

57. PAS MELARANG PEREMPUAN BEKERJA
PAS melarang perempuan bekerja sekalipun Islam sendiri mengharuskannya.

58. TIDAK JAWAB/BERI SALAM PADA PARTI LAWAN
Penyokong-penyokong PAS diasuh untuk tidak menjawab/memberi salam kepada orang Islam dari parti lawan.

59. PENYALAHGUNAAN SIMBOL
PAS meletakkan simbol parti di tempat-tempat ibadah yang menyebabkan timbulnya rasa kekok di kalangan masyarakat Islam yang hendak menunaikan ibadat.

60. AHLI PAS YANG BUKAN ISLAM
PAS membenarkan bukan Islam menganggotai partinya, sedangkan ia menuduh UMNO menjadi kafir kerana bekerjasama dengan orang bukan Islam.

60 perkara ini pu3 perolehi dan dikongsikan oleh sahabat -AMAN DAMAI. dan pu3 terpanggil menggunakannya untuk posting kali ini. semoga perkara-perkara ini menjadi rujukan dan penilaian rakan semu. menyertai pas tak bermakna anda seorang pejuang Islamn. Masih banyak kaedah untuk kita sebagai orang Islam berjuang mempertahankan ksucian agama Islam berbanding menyertai kumpulan yang mempergunakan dan mempermainkan agama sebagai topeng misi jahat mereka. Renung-renungkan ya

DIALOG DALAM FB YANG SERONOK DIKONGSI

PEWARIS ANAK BANGSA

Semalam, pu3 berborak, kira boraklah dengan hamba Allah yang mengaku dirilah sebagai starring atau atau maksudnya kira Hero . Pu3 tak tahu mana heronya. ini adalah antara contoh yang sering pu3 lalui jika berbahas dengan mereka.  JOM Ikuti :

STARRINGOFBORNEO KHILAFAH: HIDUP RAKYAT SABAH!! KITA RAKYAT BORNEO!! BERHENTI MENJADI ALAT BAGI PIMPINAN ZALIM!! KEMBALIKANLAH HAK SEBENAR RAKYAT BORNEO!! EKONOMI KAMI KAYA TETAPI TELAH MENJADI HIDANGAN RAKSAKSA YANG SANGAT2 RAKUS!! PERBALAHAN BN DAN PR MENGABURI MATA RAKYAT SABAH!! LIHAT ANAK CUCU KITA KETURUNAN KITA SUDAH JADI APA?? KEPADA PENGAMPU TOLONGLAH RAKYAT SABAH JGN JADI PENCACAI SEHINGGA NAFAS KAMU TERHENTI.. SELAMATKANLAH KETURUNAN KAMU..

PU3: kamu dizalimikah? dizalimi dari segi apa tu?... bunyi pencacai ttu bukan bahasa kita bah di sabah. takat ko bawa bahasa2 dr semenanjung makian dr PR, bikin malu saja kalau ko mengaku ko pejuang rakyat sabah.

Starringofborneo Khilafah SEMUA RAKYAT SABAH DIZALIMI! HAK KAMI RAKYAT SABAH KAW INGAT 100% DI BAGI 5% JA UNTUK KAMI SABAH 95% PERSEN MALAYA!! DG KAW X SEDARKAH SABAH NI NEGERI KAYA.. KAU X SEDARKAH BERAPA BNYK RAKYAT SABAH TEPAKSA BEKERJA JADI KULI DI MALAYA TU!! KARNA EKONOMI DISNI X DPT MENAMPUNG TANGGUNGAN MEREKA! KAW HANYUT DI BUAI MIMPI KA NE OLEH PEMUDA2 UMNO DURJANA YG KAYA RAYA TU!! DIMANA HAK RAKYAT MISKIN!! DG HARGA MEKAP MU TU JA DA BOLEH TAMPUNG BELI LAUK ORG MISKIN! MCM KETUA KAMU JG BININYA APA BRG GUNA CINCIN24 JUTA GILAKAH DARI MANA TU DUIT DUIT BAP2NYA KA!! DUIT RAKYAT!! KAW X SEDAR KA KENAIKAN HARGA SEMUA NE!! AKU GUNA BAHASA PENCACAI SEBAB TU UNTUK KAMU PENGAMPU ORG SEMENANJUNG!! SAYA X PRO PAKATAN RAKYAT!! SAYA X SUKA SISTEM KRONI2 MERKA T!! TP MEREKA BERJUANG UNTUK KEBENARAN!! SAYA BUKAN PR!! DAN UMNO PAKATAN ISRAEL ITU MALU AKU TGK NAMA MU.. ORG ISLAM TP BESEKONGKOL DGN ISRAEL.. LAKNATULLAH!! JGN CAKAP X UMNO X KWN DGN ISRAEL!! KALAU TU PUN KAMU X TAU KAMU X LAYAK BINCANG ISU SABAH!!

PU3: Ckp ja. Ingt zalim apa. Kana balasah, ko punya. Keluarga kana bunuh. Huhuhuhu baie malu ja bunyi kana zalim

Starringofborneo Khilafah BAGUS LAGI DIBUNUH DI SEMBELIH DARI DI TIPU HIDUP2 DAN BERPOLITIK X MENGIKUT JALAN ALLAH SWT!! YA ALLAH SEMOGA xxxxxxxxxxxxxxxx (NAMA TUTUP) KEMBALI KE JALAN MU YA ALLAH.. SEPERTI NAMANYA YG SUNGGUH SEDAP ITU.. xxxxx  KESIAN AQ TGK KAMU HIDUP DLM KEKUFURAN.. KEMBALILAH KE JALAN ALLAH.

PU3: Byk2 beristigfar saudara. Saya tgok senang ja saudara. Bolh lg berfb2 ni. Bererti saudara msh dlm keadaan selesa lagi. Ndakpun terkapar2 seksa

Starringofborneo Khilafah HATI DAH SEKSA KETIKA PEMERGIAN KHILAFAH TERAKHIR ISLAM!! SKRG ISLAM DIMANA SAUDARI?? FB NE TERPAKSA DI GUNAKAN UNTUK MENYEDARKAN MANUSIA SEPERTI KAMU YG HANYA TAHU MENJAGA INDIVIDU BKN RAKYAT LAIN.. SAYA LEBIH RELA MATI DARIPADA HIDUP DI JALAN IBLIS! ASSHADUALLAHILAHAILLALLAH WASHHADUANNAMUHAMMADARASUL​ULLAH ITU YG SAYA PEGANG SAUDARI.. BUKAN RAKYAT DIDAULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.. DAN BUKAN REFORMASI SPT PR.. SAUDARI INSYAALLAH MOGA PINTU HATI KAMU DIBUKA ALLAH.. AMIN..

PU3: Teruskan perjuangan itu. Saya tahu sejarah bagaimana musnahnya zaman khalifah ar-rashiddin. Usah risau, wlu saya bukan dilahirkan zaman kegemilangan islam dahulu di tanah Arab. Saya seorg islam yg tahu di mana yg perlu saya pilih. Saudara terlalu beremosi, ikuti contoh2 para sahabat rasul yg seblum islam beremosi tetapi memegang teguh syariah Islam berubah. Berjuang bukan kerana nafsunya saudara

Starringofborneo Khilafah INSYAALAH YG SAYA JEJAKI DAN IKUTI SAIYYIDINA UMAR AL KHATTAB.. YG TEGAS DAN BEREMOSI.. DAN NAFSU ITU MUSUH UTAMA KAMI!! APAPUN KHILAFAH YG TERAKHIR BG DUNIA X AKAN LAHIR DARI NEGARA ARAB.. DIA LA AL MAHDI YG KAMI TUNGGU.. KAMI X MENGUTAMAKAN NAFSU JIKA KAMI MENGIKUTI NAFSU KAMI AKAN SEPERTI KAMU BERPIHAK KEPADA WANG BUKAN AGAMA.. APA PUN CARA RASULULLAH SAW BAGINDA BERPEGANG KEPADA ALLAH.. BUKAN DUNIAWI..

PU3: Alhamdulillah. Tahniah utk saudara. Berusahalah. Kerana saya msh katakan apa yg saudsra lakukan sgt jauh bezanya dgn khalifah Ar-rashiddin itu.

Starringofborneo Khilafah ALLAHHUAKHABAR.. PERGILAJ KEPADA PEMUDA2 UMNO ATAUPUN NAJIB PERGILA KAMU RASA ITU YG DEKAT DGN KHALIFAH AR-RASHIDDIN?? BERSAMA2 YAHUDI IZRAEL ZIONIST LAKNATULLAH.. MAAF SAUDARI SELALU LA KE MASJID NKN PUSAT2 KECANTIKAN.. ASSALAMUALAIKUM..

PU3: Hehehehehehe saudara sudh berbicara penuh emosi. Itu bicara lemah semanagt. Syaitan ketawa kerna ada manusia tdk mampu mengawal nafsunya. Saya tk meletk pm atau pemuda umpama khalifah ar rashiddin. Itu kata2 saudara. Krn sauadara sejak mula sehingga nama digunakan dh menggambarkan saudara jenis hamba Allah yg bagaimana. Saya tk blh meramal, tp tingkah bicara saudara sdh tunjukkan keperibadian saudara bagaimana . Waalaikumsalam. Berbahagialah saudara.

Raya Kali Jaga kenapa mengalah XXXXXXXXXX ,,bukan kah SK ini anatara serpihan yang terlalu kecewa...Apa yg tak kena dgn BN,bukan BN ini yg telah mencelikan mata dia dan mengenal huruf kerana BN..Kami di Sabah ini bersyukur dgn apa yg dibawa oleh BN,kerana BN lah rakyat Malaysia dapat menikmati banayak kemewahan..Kami tdk sanggup menjadi penyokong PR yg menjadi kuda tunggangan DAP..Lihat sahaja org melayu di Pulau Pinang,bagaimana keadaan mereka disana?Bagaimana di Selangor Menteri Besarnya hidup bagai dalam keranda,dek kerana tekanan pemimpin DAP..tahukah saudara hasrat dan motif yg tersirat dalam kepimpinan PR..Tahukah saudara dulu PAS adalah parti yg berkonsepkan Islam,dan sekarang Dato Hadi Awang parti kebajikan..Apa sudah jadi ni kawan?Kerajaan BN sudah lama mengamalkan konsep kebajikan dan mengutamakan kebajikan rakyatnya dengan bermacam kebajikan..dan baru sekarang pakatan rakyat baru melaung-laungkan kebajikan..sudah terlambat kawan SK,ketinggalan Bas sudah..
DAN...cuba lihat sdr baru2 ini demontrasi BERSIH,Dato Hadi Awang berada dibelakang pemimpin cina DAP..dimana imej seorang pemimpin yang bertaraf ulama,terlibat dengan kerja2kotor ini,menjadi kuda tunggangan seorang perempuan yang cuba mengkocar kacirkan negara yang kita anggap negara berdaulat ini..Apakah Ambiga yg berlakon menyerahkan memo kepada SPR berlaku???semua itu adalah tipu hela dan sanggup mengingkari arahan Sultan..Kalau Ambiga kita chop dia sebagai penderhaka kepad Sultan dan apakah pemimpin juga yg terlibat sama dlm perhimpunan bukan penderhaka namanya..sedarlah wahai sdr SK..mintalah petunjuk dan sembahyang istikharalah mana tahu Allah akan memberikan kau jalan kebenaran.

PU3: SAYA TAK AKAN MENGALAH HANYA UCAPAN SEDEMIKIAN. SAYA HANYA MEMBERI RUANG UNTUK DIA BERISTIGFAR DAN REDAHKAN EMOSINYA YANG BERGELODAK SAHAJA.. TERIMA KASIH SAUDARA RAYA. PR Tak akan saya biarkan senang kuasai Sabah dengan perjuangan sebegini. Insyallah Allah bersama pe4rjuangan yang benar.

Dialog dalam FB sengaja Pu3 kongsikan. lazimnya inilah rentetan yang Pu3 selalu lalui. Alhamdulillah, walaupun yg dihadapi adalah lelaki, tak bermakna pu3 sebagai perempuan perlu mengalah, slagi pu3 masih mampu mengawal penggunaan bahasa pu3 , jangan menggunakan bahasa yang kesat.

BERAPA RAMAI RAKAN MEMBACA BLOG SAHABAT?

PEWARIS ANAK BANGSA

Saja nak buat gempak. kali ini tulisan pu3 lari seketika konsep perjuangan. sekadar renungan. Dalam tempoh 4 bulan terakhir ini, dalam sehari paling tiga 2 atau 1 pu3 akan post link blog ke fb, twitter dan juga kt BBM. Pu3 perhatikan respond rakan2 pu3. nampaknya ia seperti tiada apa2 maklum balas pun dr mereka. berbeza jika pu3 post pula gambar2 aktiviti. wow... laju pula respond mereka. Persoalan pu3 : adakah mereka tahu tujuan post link tersebut ataupun langsung tidak tahu untuk menjejaknya. ( lebih kurang buta nk open link) pu3 belum lagi bertanya secara personal kepada mereka.

Banyak hal nak gak pu3 tegur, mereka berapi2 depan bos tetapi sebenarnya more kepada menonjolkan diri mereka semata. tak per.. agaknya sudah begitu tujuan mereka kot. pu3 akan jalankan tugas pu3 sebagai penulis ringan, walau luaran mungkin pu3 tak serius n keanakan, tak matang kata orang. Tak menonjolkan diri, mayb lebih jelas kononnya tak buat kerjalah. Tapi pu3 yakin, ramai sahabat lain tahu yang pu3 bekerja bukan melalui suara melainkan melalui taipan dan pandangan pu3 tidak kira dalam blog ini, mahupun di FB... (plas siapa yang pakai nama pu3 kt luar berborakpun mengaku dia adalah pu3.. heheheheh teruskanlah selagi tak kantoi ya. Allah maha Mengetahui, walu pu3 di seberang lautan China Selatan. info tak ada sekatan tau. cepat atau tidak, maklumat tetap pu3 terima..

Teringat pu3 dengan ulasan seorang kakak... tak payah pu3 isukan namanya. dia kata "awak dik buat blog seorang sahaja. " pu3 tanya balik, ada jengukkah blog tu. blog yang mana akak jenguk ru?" dia diam sahaja selepas itu dia kata. " kakak baca blog pembangkang sahaja sebab adik tulis seorang sahaja blog itu. adik kena ramaikan sikit" Pu3 tanya lagi " akak ada jenguk ker blog saya atau kakak hanya jenguk blog NEWS pu3 itu sahaja. Kalau mcm tu, jawapannya kakak sememangnya tak pernah jengukpun blog saya dan kakak tak tau apa2, so plase jgn ulas tulisan saya kalau tidak pernah membacanya, Takat baca blog info aktiviti sahaja itu. tak menggambarkan tulisan cyber. sekali sekala, belajar baca blog pro kerajaan. jangan asyik baca blog pembangkang. sbb kakak tak tahu apa2 setakat tahu sebelah pihak semata" akak tu senyap dan pu3 terus tinggalkan dia. dia ajak borak, mayb nak defand dirinya. pu3 jawab." tak payah kakak nk kritik kalau tak pernah membaca. tak bermakna kakak lebih tua dari saya, akak lebih baik dari saya. belajar menghargai orang lain kalau ingin diri dihargai"- laser sikit mulut pu3 masa tu, sekurang2nya akak tu tahu adik dia yg dianggap budak2 ini, bukan buta minda.. heheheh- cerita sahaja ya.

pu3 tak kisah. pu3 buat kerja ini di bawah tanggungan diri sendiri pu3, so, pu3 bebas melakukan apa sahaja yang pu3 yakin pu3 masih berada atas landasan perjuangan Parti. Walaupun selalunya arahan tugas kekadang umpamakan diri makan gaji pula. (yeker?... hmmm pu3 sedang mengingati kalau2 pu3 ada terima apa2.. opppsss jawapannya NULL.) xder.. hahahah

okler pu3 just catat je petang ini. artikel kali ini mcm diary buat pu3 untuk hari ini. selamat menikmatinya- PRB

KENAPA PAS MENOLAK SERTA UMNO - SUMBER RAKAN

PEWARIS ANAK BANGSA
SUMBER DARI RAKAN fb PERLU DIKONGSIKAN. Pu3 mahu rakan baca dan mesti baca tau:

Maklumat yang harus dibaca dan diketahui oleh Cytroo UMNO mengenai kenapa PAS menolak Perpaduan dgn UMNO

Contoh terbaik ialah apabila PAS diterajang keluar dari Barisan Nasional pada 1977. PAS tidak menyalahkan perbuatan mereka serta sikap serakah yang meruntuhkan imej Islam yang mereka sendiri perjuangkan, sebaliknya menyalahkan sepenuhnya kepada UMNO. Walhal kemelut di Kelantan pada waktu itu adalah akibat sengketa dua kumpulan terbesar di dalam PAS iaitu antara kumpulan penyokong Datuk Asri, Presiden PAS dengan kumpulan yang menyokong Datuk Mohamad Nasir, Menteri Besar Kelantan pada waktu itu. Punca perebutan itu ialah, serakah kuasa!

Kekecohan yang timbul serta keadaan kucar-kacir akibat 20,000 orang Kelantan keluar berarak di jalan raya, memaksa kerajaan pusat terpaksa meletakkan Kelantan dalam keadaan darurat dan pentadbiran Kelantan diambilalih oleh MAGERAN, sekaligus menyebabkan PAS dan kumpulan serpihan PAS yang dikenali sebagai BERJASA hilang kuasa.

PAS menerusi Datuk Asri menentang Akta Darurat yang mengakibatkan PAS dikeluarkan dari Barisan Nasional pada Disember 1977.

Sebelum kejadian tersebut, PAS turut menimbulkan beberapa masalah lain, termasuklah menggunakan FELDA dan para peneroka FELDA sebagai tempat mereka untuk menambah pengaruh.

PAS menerusi Nik Abdul Aziz tidak pernah menceritakan tentang kekacauan yang dicetuskan oleh para pemimpin dan pengikut PAS sendiri yang menyebabkan PAS kehilangan tempat di dalam Barisan Nasional dan kehilangan Kelantan akhirnya kepada UMNO. Yang PAS akan selalu ceritakan ialah bagaimana UMNO menikam mereka dari belakang.

Semangat para pengikut PAS pasti akan naik apabila cerita tentang UMNO semakin kalah diceritakan. Sebarang cubaan untuk merapatkan PAS dengan UMNO pasti akan menunjukkan PAS sudah mati akal untuk terus hidup dalam survival politik negara.

Maka selagi Nik Abdul Aziz masih hidup, bermaksud, selagi itulah PAS tidak akan bersenggama dengan UMNO walaupun secara makrifat. Sebabnya, Nik Abdul Aziz akan malu besar jikalau PAS kembali ke dalam Barisan Nasional setelah dia sendiri terlibat dalam kekacauan di Kota Bharu dan perebutan jawatan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1977. [oleh berani berubah group]

Membaca penulisan ini, menjawab sedikit sebanyak lagi persoalan pu3 kenapa PAS alahan sangat dengan UMNO. kalau setakat sejarah tak bersefahaman dahulu, sangat kecil penerimaan pu3, untuk menguatkan pandangan kenapa PAS bencikan UMNO. yang ini sememangnya boleh diterima akal pu3 yang tak seberapa ini.. selamat membaca

SENARAI PEMBOHONGAN PAS DI TERENGGANU- SUMBER RAKAN

PEWARIS ANAK BANGSA
Seperti posting Projek BERSIH sebelum possting ini. Ianya sumber dari rakan juga yang pu3 rasa sangat nak berkongsi untuk bacaan rakan lain.  Pu3 harap info ini dibaca dan diperkongsikan kepada rakan lain. Pu3 tak naklah rakan2 asyik jadi TIPAH TERTIPU sepanjang masa.

1. PECAT DAN TUKAR PEGAWAI: Menteri Besar Haji Hadi Awang sebaik dilantik menjadi Menteri Besar pada 1 Disember 1999 berjanji tidak akan balas dendam kepada penyokong Umno, tetapi beberapa hari selepas itu pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang menyokong Umno ditukar dan dipecat.
2. TUDUH BERLORI-LORI FAIL PENYELEWENGAN TANPA BUKTI: Haji Hadi membuat ketika berucap di perhimpunan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah selepas menang berkata, terdapat berlori-lori fail penyelewengan Kerajaan BN Terengganu yang lalu, tetapi sampai sekarang satu pun tidak dapat dibuktikan.

3. JANJI NAK BUAT KHARAJ: Pada 4 Disember Haji Hadi umum di Masjid Pulau Rusa bahawa akan mengadakan Kharaj (cukai untuk bukan Islam) tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.

4. BERBOHONG JUMPA MINYAK DI DARATAN: Pada 25 Oktober 1999 Haji Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mengumumkan bahawa telaga minyak ditemui di daratan Terengganu (Warta DarulIman 13-22 Disember 2000) dan akan jalankan carigali sendiri, tetapi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Haji Hadi berkata pada Disember 2000 berkata “Cuma ada tanda awal yang mungkin ada.”

5. WANG EHSAN HARAM: Haji Hadi berkata di Gemuroh pada 20 Januari 2001 wang ehsan adalah haram, tetapi selepas itu berkata halal pula setelah Kerajaan Pas Terengganu turut mendapat wang berkenaan. Pada 4 Februari 2002 Haji Hadi meminta semua agensi negeri yang menerima wang ehsan agar mengambilnya.

6. BENAR TERNAK KHINZIR: Pada 15 Disember 1999 Haji Hadi menarik balik larangan menternak babi oleh Kerajaan BN sebelum ini dengan motif mendapat sokongan bukan Islam, sedangkan sebelum ini beliau menentang sebarang bentuk tolak-ansur dan pakatan dengan bukan Islam/Melayu.

7. LULUS 8 LESEN ARAK: Dulu tuduh Kerajaan BN tidak Islam kerana benarkan jual arak, tiba-tiba bila memerintah Kerajaan pada tahun 2000 Pas Terengganu meluluskan 8 lesen penjualan arak di Terengganu dengan alasan Islam tidak menghalang berbuat demikian.

8. HADI BERPELUK-CIUM DENGAN LIM KIT SIANG:Dulu pemimpin Pas kata tidak boleh berpakat dengan bukan Islam kerana jadi kafir jika berbuat demikian, tiba-tiba Pas bukan sahaja berpakat dengan DAP tetapi Haji Hadi berpeluk-cium dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

9. BUKA DAN TUTUP LOMBONG EMAS LUBUK MANDI:Dulu tuduh kerajaan BN zalim kepada rakyat kerana tutup lombong emas di Lubuk Mandi lalu dibuka semula kononnya untuk bela rakyat, tetapi sekarang ini ditutup kembali kerana tiada sambutan dan tidak menguntungkan.

10. TARIK BALIK PERUNTUKAN ADUN BN: Dulu pada tahun 2000 peruntukan RM100,000 diberikan kepada empat wakil rakyat BN kononnya Kerajaan Pas adil, tetapi mulai 2001 dihentikan.

11. GUNA KERETA MEWAH: Dulu tuduh pemimpin Kerajaan Umno guna kereta mewah tetapi pada 5 Februari 2001 Haji Hadi ketika beucap di Kompleks Seri Iman mempertahankan Exco Kerajaan Pas menggunakan kereta mewah (Mercedes) dengan alasan untuk lebih laju, selesa, elak kerosakan dan cepat sampai.

12. TIPU SULTAN MENGENAI PENERBANGAN Haji Hadi sewaktu berucap di hadapan Tuanku Al-Sultan berbohong dengan mengatakan kekerapan kapalterbang di Terengganu ialah 11 penerbangan sehari sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

13. TAK BACA FATIHAH: Exco Pas Abu Bakar Chik tidak baca al-Fatihah semasa mengimamkan solat Jumaat dipertahankan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib dengan mengatakan baca perlahan, tetapi mengapa pula Abu Bakar sujud sahwi?

14. WARTAWAN DITUDUH KERA: Pada Februari 2002 sewaktu berucap di Dungun, Haji Hadi melebelkan wartawan sebagai golongan yang lebih hina dari kera atau tupai dan apabila Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) membuat bantahan Haji Hadi berdalih bahawa dia tidak tuduh wartawan di Kuala Terengganu tapi Ketua-ketua Pengarang di Kuala Lumpur. Pada Ogos 2002 Haji Hadi berjumpa dan memuji pula Ketua-Ketua Pengarang di Kuala Lumpur.

15. DAPAT MASUK KUSZA TANPA SPM: Dapat masuk Kusza tanpa memiliki sijil SPM, terdiri dari pelajar sekolah Pas di Kubang Lembik, milik Dato’ Harun Taib dan Rusila milik Haji Hadi sendiri; sedangkan syarat yang ditetapkan oleh KUSZA, pelajar mestilah lulus SPM.

16. BAHASA INGGERIS DITENTANG: Haji Hadi berkata Pas menentang pengajaran matematik dan sains Bahasa Inggeris tetapi peliknya ikut serta melaksanakan pengajaran itu di peringkat sekolah agama negeri Terengganu.

17. SAR DIBELA TAPI HANTAR ANAK KE SEKOLAH KERAJAAN: Mengecam sekolah kebangsaan dan menghasut rakyat berkaitan isu penarikan bantuan kepada SAR tetapi anak pemimpin Pas belajar di Sekolah Kebangsaan dan institusi pendidikan milik Kerajaan.

18. PUSAT HIBURAN DAN UNISEX SALON: Unisex saloon dan pusat hiburan dikatakan sudah dihapuskan di Terengganu tetapi sebaliknya berada di mana-mana di Bandar Kuala Terengganu

19. HADI TAK DAPAT MASUK KE CHINA:Haji Hadi tidak dapat masuk ke negara China, Warta Darul Iman melaporkan Haji Hadi selamat tiba mengetuai rombongan pelaburan ke China.

20. HISBAH TAK BERFUNGSI: Suruhanjaya Hisbah yang diwujudkan oleh Kerajaan Pas Terengganu tidak menjalankan peranannya membanteras penyelewengan, sedangkan skim gaji Pesuruhjaya sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.

21. EXCO AMBIL ELAUN DALAM SYARIKAT KERAJAAN: Haji Hadi berkata, Exco yang menduduki anak syarikat Kerajaan tidak ambil elaun dan buat sementara sahaja, tetapi bohong, tahun 2001 Wan Mutalib dibayar elaun RM42,408 dalam Epic (syarikat milik Kerajaan Negeri).

22. ANAK EXCO PUN DAPAT WANG ZAKAT: Wang Zakat dipergunakan sesuka hati oleh Pas termasuk dibelanjakan untuk bayar elaun kader Pas antara RM600 dan RM800 sebulan dan wang zakati itu juga diberikan bantuan kepada sekolah-sekolah milik parti Pas.

23. SYARIKAT KERAJAAN TERUS RUGI: Syarikat Kerajaan Negeri didakwa untung di bawah pentadbiran Pas tetapi sebaliknya banyak yang rugi, Pelangi Air rugi RM208 juta, Ladang Rakyat, Syarikat Percetakan Yayasan Islam dan lain-lain, bahkan ada yang dijual oleh Kerajaan Pas.

24. KRONI PAS CETAK WARTA DARUL IMAN: Akhbar rasmi Kerajaan Pas Warta Darul Iman dicetak oleh kroni Pas, Angkatan Edaran di Shah Alam, tetapi dicatatkan di akhbar berkenaan kononnya dicetak oleh Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

25. MAKSIAT BERLELUASA, POLIS DITUDUH: Terbaru awal Mei 2003 Haji Hadi membuat kenyatan bahawa Polis membawa masuk maksiat ke Terengganu. Tetapi apabila dicabar supaya membuktikan, beliau gagal membuktikannya dan membuat alasan hendak menyatakan hanya kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sendiri. [oleh berani berubah group]

tulisan mereah sengaja pu3 lakukan, sebab mmezakan bahawa untuk kali kedua ini, ianya bukan lahir dari fikiran pu3, pu3 meletakkannya sebagai sumber pu3 ingin kongsi sama