KATA TAK MAU BACA HARAM
SELAMAT ULANG TAHUN YAB DATUK SERI
pejuangan untuk membangunkan negeri sabah telah dilaksanakan, sedang melaksanakan. segalanya untuk negeri tercinta. Kami amat berbangga apa juga pembangunan yang telah berjalan. SELAMAT ULANG TAHUN DSP MUSA AMAN. SEMOGA DILIMPAHI KEKUATAN DALAM PERJUANGAN DAN RAHMAT-NYA. SALAM KASIH KAMI
SIAPA KETUA CABANG NAN 7 ITU?
Kasihan juga kak Wan ni, masalah kes si suami tak sudah-sudah. Sekrang kena lagi berhadapan kehancuran PKR di sabah. Satu persatu Pengerusi perhubungan PKR Sabah lepaskan jawatan mereka, tidak tahan dengan kegelojohan rakan-rakan yang asyik menolak perlantikan mereka. Berkesudahan kini , kak wan pula jadi pengerusi perhubungan PKR Sabah. Menurut maklumat yang pu3 terima.. sebenarnya bukan suatu rahsiapun sudah. Mungkin rakan di semenanjung je yang rasanya belum pasti sudah terima ataupun tidak. 7 orang ketua cabang PKR Sabah menanti saat untuk umumkan mereka keluar dari PKR. Wahhh!!!.... Kita nantikan pengumuman seterusnya
KERUSI NAN DIREBUT DALAM PKR SABAH
Pu3 membaca komen seorang rakan facebook Pu3 dengan megah mengatakan pada statusnya PKR di sabah telah membuka mata dan minda pengundi Sabah untuk memenangkan PR pada PRU ke-13 nanti. Catatan 10 perkara sdalam tempoh 100 hari selepas PR memerintah Sabah sebagai asset memenangkan hati rakyat Sabah kononya. WOOOOW! Baru-baru ini, Pu3 berbual dengan kawan pu3 yang kebetulan mempunyai keluarga turut serta PKR ini. Bukanlah pengikut taksub tetapi berpeluang juga menghadiri ke Konvensyen PKR yang berlangsung di Papar baru-baru ini. Apa yang digambarkan melalui status rakan Facebook itu sangat berbeza! Sepanjang perjalanan konvensyen tersebut, keadaan dewan di mana konvensyen berlangsung umpama pergaduhan antara peserta dengan panel. Sangat kasar. Malahan dalam sesi soalan yang dibuat, peserta memiliki kecenderungan untuk mengkritik dan mengaibkan ahli PKR yang sama kawasan kerna berebut peluang untuk dijadikan calon PKR PRU akan datang. FUHYOOOOO! Siapa Ramli dan siapa Taufiq? Keduanya dinyatakan antara calon PKR yang bakal diletak di kawasan DUN Klias. Semasa sesi tersebut , keduanya antara yang berapi-api menghentam antara satu sama lain. Persoalannya, jika sepanjang konvensyen itu berlangsung berlaku pergaduhan hanya kedudukan untuk menjadi calon PRU akan datang. Bila masa mereka memutuskan resolusi 100 hari selepas PR memerintah Sabah? Jawapan jelas.. perkara 10 tersebut bukanlah ditentukan oleh peserta atau diputuskan oleh mereka, tetapi ia adalah telah dibuat, hanya disytiharkan sahaja. Master mindnya tak perlulah Pu3 katakan, rakan-rakan pasti tau siapa... Pu3 akan dapatkan lagi maklumat ini. ZASSSSSSS!!!! Bongkar!
SELAMAT KEMBALI YB DATUK JAPLIN

Majlis tertinggi UMNO telah menerima rayuan pelepasan hukuman bekas ketua pemuda UMNO Sabah, YB Datuk Japlin Akim dan dilepaskan daripada hukuman penggantungan , kembali hak sepenuhnya sebagai ahli UMNO.
Selamat kembali berjuang bersama YB Datuk.
UMNO SUDAH UMUM TIDAK TERLIBAT KES VIDEO SEKS

Tengah malam Pu3 duduk menonton tv. Pu3 tahu, malam ini ahli majlis tertinggi UMNO bermesyuarat. Tengok status ketua pu3. Heheheh.. yang itu Pu3 memang menunggu. Sepanjang hari selepas Datuk T tampil menunjukkan diri mereka, keluar cerita dan pertuduhan bahawa dalang menyebarkan dan merakam aksi tersebut adalah UMNO yang punya konspirasi menjatuhkan anwar yang entah berapa lai memang sudah jatuhpun. TYinggal muka melekat terus kat bumi sahaja belum dengan pelbagai suasana dengan pelbagai variasi semakin terserlah. Peliknya penyokong tegar tetap setia nak sehidup dan semati dengan perjuangan tokoh idaman mereka ini.
Pu3 buat status pu3 di facebook berkenaan pengumuman tersebut. Adalah rakan FB pu3 buat komen dengan menyuruh heret sahaja si pelaku dan kuncu2 dalang video seks king of drama . Gaya bahasa menandakan dia masih menganggap UMNO punya kerja hanya kerana penglibatan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Pu3 senang je jawab, dah anwar buat laporan. Tunggu sahajalah apa tindakan Polis berkeaan kes tersebut.
PEMIMPIN PAS KATA ANWAR SYUBHAH
Islam menjelaskan Islam melarang umatnya berada dalam kedudukan tersebut. – Bekas AJK Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Ghazali Hj AhmadApa itu syubhah?
Petikan drpd hadith:
Daripada Abu Abdullah an-Nu’man bin Basyir r.a katanya:”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram(itupun) jelas dan di antara kedua-duanya (terdapat)perkara-perkara yang syubhat, ramai di kalangan manusia tidak mengetahuinya .Sesiapa yang menjaga dirinya daripada perkara syubhat ,(maka) dia telah membersihkan agama dan kehormatannya .Dan sesiapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara yang syubhat , dia akan jatuh kepada perkara yang haram..."
BERHENTI!!!!!!!!

Jeng jeng jeng
PEMILIK KONDO KES LIWAT ADA DI KONDO SEMASA KEJADIAN?????

Soalan Pu3.. kenapa pemilik kondo sekelurga tidak sahaja DSAI dan karpal bawa sebagai saksi perbicaraan. Kenapa Khalid Samad pula beriya-iya membuat kenyataan di twitter berkenaan tersebut. Betulkah kata Khalid samad? Atau sekadar lepas ragu di twitter dengan harapan ada pengikut twitternya membaca dan menyokongnya.
Ada sesapa yang bleh komen kedudukan ini. tolong tinggalkan komen.. atau ada jawapanny sila hantar ke email pu3 di lamansembang@gmail.com
SAYA MALU DENGA ISU SKANDAL TERAKHIR???????? : ANWAR

“ RT @ Judeyusri Dinner with COO and Head HR from HKong. They asked abtlatest scandal. I said its ridiculous &they agree..I’m just ashamed #fb”
Malu tapi masih menunjukkan kerelaxnyer dia. Semakin naluri pu3 mengatakan latest skandal dia adalah perancangannya sendiri untuk mengalihkan perhatian dari isu perbicaraannya dan desakan kepimpinan PAS yang memerintahkannya serahkan sahaja DNA dalam tempoh seminggu seandainay mereka masih mahu duduk sebumbung dalam PR.
Sebarang pandangan, kongsikan kepada pu3 melalui email pu3 : lamansembang@gmail.com atau pada komen dibawah ini ya.
APA SEBENARNYA SEBALIK CERITA ?
Pu3 seperti terhidu sesuatu yang janggal dalam kes ini. Sangat janggal dengan perbezaan respond yang ditayangkan oleh 'king of drama'. Dia lebih bersikap silent berbanding pertuduhan sebelumnya dengan lantang membantah. Dengan tenang sangatttttttt tenang. Umpama air sungainyang tenang... Pu3 seolah olah merasakan Ada muslihat. Ada buaya di bawah ketenangan itu.
DNA !!!! Adakah ini muslihat mengalihkan perhatian masyarakat dari hal penyerahan DNA? Esok adalah penentuan arahan mahkamah . Kenapa 2 hari sebelum keputusan debut. Dengan rela king of drama ini membuat laporan ke balai polis. Dengan mudah memberi kerjasama kepada Polis. Kebiasaannya dia bukanlah jenis mudah menerima, searing kale menunjukkan kebijaksanaannya mempertikaikan segala arahan. Malahan di mahkamah sering kali berhujah bukan menjawab soalan dari peguam.. Kenapa kali ini dia jadi 'anak yang manis'?
Masih ingatkah semasa kes 1998? Untuk mengalihkan perhatian, 'anak manis' ini telah mengalihkan perhatian dengan penyakit tulang belakangnya. Sangat kronik konon perlu dapatkan rawatan luar negara. Tetapi maklumat diperolehi, sebaik sahaja berada di luar negara, alat penyokong ntah dishpan di mana. Kembali ke Malaysia, Alat penyokong munch semula.
Pu3 tak kata dia menipu tetapi kejanggalan yang pu3 perlu kongsikan pada rakan semua. Jangan alihkan perhatian kita tentang DNA ini.
DILEMAH SEORANG ISTERI

Semalam, memerhati impresi wajah wan azizah .. ternyata ada penderitaan pada sinar matanya. Bukan kerana berkongsi sama penderitaan yang dialami si suami konon difitnah. Tetapi penderitaan dengan perbuatan si suami yang ada sahaja songsangnya. Tatkala perbuatannya terdedah, dirinya jadi perisai pengukuh, sewaktu melakukan perbuatan songsang itu, sedikitpun si suami tidak mengenang kesetiaan si isteri ini.
PSSSSTTTT… KAMI AKAN BONGKAR

Risik-risik… Pu3 dapat malumat yang masih dalam siasatan perisik pu3.. ada pensyarah di Institusi pengajian Tinggi Awam menjadi dalang mempengaruhi pelajarnya untuk membenci kerajaan Malaysia. Hmmmmm…. Lokasi sudah diperolehi, orangnya sudah dikenal pasti.. … setakat ini menjadi rahsia yang akan pu3 bersama rakan seperjuangan kumpulan Cili Padi Blogger akan bongkar maklumat ini. Kami menjaga kesahihan dan benar-benar tepat.. segalanya akan dibongkar.
NAFI LAGI DENGAN TIDAK YAKIN

Hmmm biar betul !!! dalam kes sebegini alibi menggunakan ahli keluarga biasanya akan ditolak oleh mahkamah kerana ia ada hubungan yang mengukuhkan saksi alibi itu berusaha menyelamatkan tertuduh. Kalau betul, buktikan orang lain selain ahli keluarga. Siapa-siapapun boleh gunakan ahli keluarag, sanak saudara sebagai alibi. Pu3 melihatnya sebagai alibi sangat lemah
"Cuma perut orang itu jauh lebih buncit daripada perut saya," katanya. Anwar turut berdiri untuk membolehkan jurufoto mengambil gambar perutnya. Bercakap dalam sidang media petang ini, beliau menyifatkan dakwaan dakwaan tersebut sebagai "fitnah jahat terbaru dalam bentuk video."
Menahan amarah sungguh Anwar semasa melakukan sidang akhbar. Cara percakapannya tidak melihatkan itu ucapan lacar seperti biasa. Sedikit gugup dan resah. Korang rasa tak apa yang Pu3 fikirkan... ada udang di sebalik mee basahhhhhh!”
Ada saksi video seks di Carcosa Seri Negara memberitahu bahawa gambar tersebut sangat JELAS DAN SANGAT YAKIN BUKAN 100% TETAPI 200% menunjukkan siapakah lelaki dalam rakaman tersebut. Kali ini apa pula penafian Anwar?
KARPAL MELATAH ORDER!!!!!!

SUDAH LUPA YA JAWAPANNYA DSAI?

Pu3 nak sentuh perkara kedua iaitu Membawa usul ke Dewan Undangan Negeri untuk menuntut hak ke atas Block L dan M yang dirampas tanpa persetujuan rakyat Sabah. Termasuk mengambil tindakan mahkamah sivil dan jenayah pihak yang bertanggungjawab menyerahkan Blok L fan BLOK M tanpa keizinan dari rakyat Sabah-
Pada 21 Disember 1979, Malaysia telah menerbitkan satu peta yang menunjukkan sempadan perairan (territorial waters) dan pelantar benua Malaysia. Peta tersebut diterbitkan di dalam 2 Sheet, iaitu Sheet 1 untuk Semenanjung Malaysia, dan Sheet 2 untuk Sabah dan Sarawak. Peta Malaysia 1979 ini disediakan berasaskan kepada peruntukan konvensyen-konvensyen antarabangsa yang berkaitan, prinsip dan peruntukan customary law dan juga persetujuan-persetujuan yang telah dicapai dengan negara-negara jiran yang dizahirkan melalui perjanjian-perjanjian pembatasan sempadan maritim termasuklah Agreement between the Government of Malaysia and the Government of the Republic of Indonesia relating to the Delimitation of the Continental Shelves between the Two Countries, bertarikh 27 Oktober 1969 dan sebagainya. Bagi kawasan-kawasan yang tidak diliputi oleh perjanjian pembatasan sempadan maritim, Peta Malaysia 1979 merupakan manifestasi tuntutan unilateral Malaysia terhadap perairan wilayah dan kawasan pelantar benua. Sehubungan dengan itu, negara-negara jiran yang belum mempunyai perjanjian sempadan maritim dengan Malaysia adalah tidak terikat untuk mengiktiraf tuntutan unilateral ini.
3. Peta Malaysia 1979 telah dibantah negara-negara jiran Malaysia termasuklah Brunei Darussalam. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa dalam menerbitkan Peta Malaysia 1979, Malaysia telah menjelaskan kesediaannya untuk menyelesaikan apa-apa isu maritim yang timbul secara rundingan dua hala.
Tuan Yang Di-Pertua,
4. Pada tahun 1988, Brunei Darussalam telah menerbitkan peta-peta yang menunjukkan kawasan pelantar benua dan zon perikanannya. Pada tahun 1993, Brunei Darussalam mengisytiharkan kawasan zon ekonomi eksklusif bagi negara tersebut. Berdasarkan kepada peta-peta dan pengisytiharan tersebut, had sempadan pelantar benua dan zon ekonomi eksklusif Brunei Darussalam adalah sejauh 200 batu nautika daripada pesisir pantai Brunei Darussalam. Dalam masa yang sama, peta-peta tersebut menunjukkan bahawa kawasan maritim yang dituntut oleh Brunei Darussalam bertindih dengan kawasan yang dituntut oleh Malaysia berdasarkan Peta Malaysia 1979.
5. Sehubungan dengan itu, Brunei Darussalam mencadangkan agar kedua-dua negara mengadakan rundingan dua hala bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu tuntutan bertindih kawasan maritim tersebut. Rundingan dua hala bagi menyelesaikan isu persempadanan maritim telah diadakan mulai daripada pertengahan tahun 1980-an, termasuklah perbincangan di antara Peguam Negara Malaysia dan Peguam Negara Brunei Darussalam pada tahun 1990 dan perbincangan semasa Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia – Brunei Darussalam pada tahun 1994.
Tuan Yang Di-Pertua,
6. Pada tahun 1997, dua mesyuarat di peringkat pegawai kanan diadakan bagi membincangkan isu persempadanan maritim dan darat di antara kedua-dua negara. Perbincangan yang diadakan tidak mencapai sebarang keputusan dan adalah jelas bahawa kedua-dua pihak tidak berganjak daripada pendirian masing-masing dan ini mewujudkan kebuntuan di dalam perundingan.
7. Pada awal tahun 2002, Malaysia mendapat maklumat bahawa Brunei Darussalam telah memberikan konsesi cari gali minyak dan gas di Blok J dan K (yang merupakan blok-blok yang ditandakan sebagai Blok L dan M oleh Malaysia) kepada satu konsortium yang terdiri daripada Total Fina Elf SA, BHP Billiton dan Amerada Hess. Sebagai tindak balas, Kerajaan Malaysia telah mengarahkan agar PETRONAS turut memberikan konsesi cari gali minyak di Blok L dan M. Susulan daripada itu, PETRONAS telah memberikan konsesi cari gali minyak dan gas di Blok L dan M kepada Petronas Cari Gali Sdn. Bhd dan Murphy Oil. Pemberian konsesi cari gali minyak dan gas oleh kedua-dua pihak ini telah menyebabkan wujud situasi tegang di kawasan tersebut di mana pasukan tentera laut kedua-dua negara telah menghalang kontraktor-kontraktor yang berkaitan daripada menjalankan operasi masing-masing.
8. Pada 23 Mei 2003, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia dan bertemu dengan YABhg Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu. Di dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin bersetuju agar pegawai-pegawai kanan daripada Kementerian Luar Negeri masing-masing bertemu untuk membincangkan penyelesaian kepada isu pembatasan sempadan maritim dan darat di antara kedua-dua negara. Kedua-dua pemimpin juga bersetuju agar aktiviti-aktiviti berkaitan dengan cari gali minyak dan gas di Blok L dan M (J dan K bagi Brunei Darussalam) dihentikan. Ini bermaksud satu moratorium ke atas aktiviti eksplorasi dan eksploitasi minyak dan gas telah diwujudkan di kawasan tersebut.
Tuan Yang Di-Pertua,
9. Pegawai-pegawai kanan kedua-dua pihak telah bertemu dan berbincang bagi menyelesaikan isu ini mulai bulan Mei 2003. Sebanyak 29 mesyuarat telah diadakan di antara bulan Mei 2003 sehingga bulan Julai 2008. Beberapa cadangan dan cadangan balas dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Rundingan yang diadakan pada 19 Ogos 2007 telah berjaya merapatkan jurang perbezaan dan kedua-dua pihak bersetuju bahawa penyelesaian menyeluruh meliputi kawasan maritim dan darat di antara kedua-dua negara adalah merupakan pilihan terbaik. Rundingan-rundingan selanjutnya telah membolehkan kedua-dua pihak memperincikan cadangan penyelesaian tersebut dari segi substantif dan modaliti pelaksanaannya. Penyelesaian ini telah dipersetujui secara prinsipnya oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam semasa Perundingan Tahunan yang diadakan di Pulai, Johor pada 26 Ogos 2008.
Tuan Yang Di-Pertua,
10. Penyelesaian yang dipersetujui tersebut telah dibincang dan diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada Mesyuarat bertarikh 11 Februari 2009. Penyelesaian tersebut telah dimeterai melalui Pertukaran Surat, dengan izin, Exchange of Letters (EOL), yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, dengan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada 16 Mac 2009.
Tuan Yang Di-Pertua,
13. Elemen-elemen penyelesaian yang terkandung di dalam Pertukaran Surat adalah seperti berikut; Pertama, persempadanan maritim di antara Malaysia dan Brunei Darussalam; Kedua, Aturan Komersial, dengan izin, Commercial Arrangement; Ketiga, persempadanan darat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam; dan keempat, akses maritim , dengan izin, maritime access.
14. Izinkan saya untuk menjelaskan satu persatu, keempat-empat elemen yang telah saya nyatakan tadi. Yang pertamanya, berkaitan dengan persempadanan maritim di antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Di bawah Pertukaran Surat tersebut, sempadan laut wilayah (territorial waters), pelantar benua (continental shelf) dan zon ekonomi eksklusif (exclusive economic zone) di antara kedua-dua negara telah ditentukan. Penentuan sempadan maritim ini dicapai berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan berkaitan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut 1982 (United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 – UNCLOS 1982). Di bawah UNCLOS 1982, setiap negara berpantai adalah berhak (entitled) kepada laut wilayah (territorial waters), pelantar benua (continental shelf) dan zon ekonomi eksklusif (exclusive economic zone). Malaysia dan Brunei Darussalam merupakan negara ahli kepada UNCLOS 1982 dan mempunyai obligasi dan tanggungjawab untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan UNCLOS 1982. Pembatasan sempadan maritim yang telah dipersetujui ini adalah bersifat kekal (final). Dengan adanya sempadan maritim ini, tuntutan bertindih kawasan maritim di antara kedua-dua negara telah diselesaikan.
15. Keduanya, berkaitan dengan Aturan Komersial atau, dengan izin, Commercial Arrangement. Di bawah Pertukaran Surat, bagi maksud Aturan Komersial ini, Malaysia dan Brunei Darussalam bersetuju bahawa dua blok, iaitu Blok CA1 dan CA2 diwujudkan. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Blok CA1 diasaskan kepada Blok L Malaysia (Blok J Brunei Darussalam) dan Blok CA2 diasaskan kepada Blok M Malaysia (Blok K Brunei Darussalam). Dari segi lokasinya, kedua-dua blok ini adalah terletak di dalam kawasan maritim Brunei Darussalam, di mana Brunei Darussalam mempunyai hak-hak kedaulatan (sovereign rights) terhadap sumber-sumber hidupan dan bukan hidupan (living and non-living resources). Walau bagaimanapun, Aturan Komersial yang diwujudkan akan membolehkan perkongsian hasil (revenue sharing) daripada eksploitasi minyak dan gas dilaksanakan. Ini bermaksud, walaupun Brunei Darussalam mempunyai hak-hak kedaulatan (sovereign rights) terhadap sumber-sumber di dalam kawasan maritim tersebut, melalui Aturan Komersial, Brunei Darussalam akan berkongsi hasil tersebut dengan Malaysia. Modaliti kewangan dan operasi bagi melaksanakan Aturan Komersial ini serta penyelesaian isu-isu berkaitan termasuklah isu lapangan rentas sempadan (straddling fields) akan dibincangkan oleh pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara, termasuklah pegawai-pegawai PETRONAS. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara telah bertemu beberapa kali bagi memperincikan modaliti kewangan dan operasi ini.
Tuan Yang Di-Pertua,
16. Elemen ketiga adalah persempadanan darat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam. Di bawah Pertukaran Surat ini, kedua-dua pihak bersetuju bahawa pembatasan sempadan darat di antara kedua-dua negara akan diselesaikan berdasarkan kepada dua modaliti iaitu:
i) Penandaan (demarcation) sempadan berdasarkan kepada lima (5) perjanjian darat sedia ada yang telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Kerajaan Brunei Darussalam iaitu perjanjian bertarikh 4 Februari 1920, perjanjian bertarikh 25 Ogos 1931, perjanjian bertarikh 31 Oktober 1931, perjanjian bertarikh 24 Februari 1933 dan perjanjian bertarikh 4 November 1939. dari tahun 1920 hingga 1939; dan
ii) Penggunaan prinsip watershed bagi kawasan-kawasan yang mana tiada sebarang perjanjian.
17. Penyelesaian sempadan darat ini adalah bersifat kekal dan mengikat (final and binding). Sehubungan dengan itu, sukacita saya maklumkan bahawa apabila kerja-kerja menandakan (demarcate) sempadan kedua-dua negara berdasarkan modaliti yang telah ditentukan ini selesai dilaksanakan, tidak akan wujud lagi isu tuntutan terhadap Limbang oleh Brunei Darussalam.
18. Elemen keempat yang terkandung di dalam Pertukaran Surat adalah Laluan Maritim (Maritime access). Di bawah pertukaran surat tersebut, rakyat dan penduduk Malaysia diberi hak laluan melalui zon maritim Brunei Darussalam dalam perjalanan pergi dan balik dari Sarawak dan hak laluan maritim ini tidak boleh digantung (unsuspendable) oleh Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, undang-undang dan peraturan negara tersebut perlulah dipatuhi di dalam menggunakan hak laluan maritim ini.
Tuan Yang Di-Pertua,
19. Kedua-dua negara yakin bahawa peningkatan hubungan dan kerjasama di antara kedua-dua negara di dalam pelbagai bidang khususnya di dalam sektor perdagangan dan pelaburan akan dapat dipertingkatkan. Dalam hal ini, sukacita saya ingin maklumkan bahawa Kerajaan Brunei Darussalam telah menyatakan komitmen untuk terlibat secara aktif di dalam bidang ekonomi dan pelaburan di Malaysia khususnya di Sabah, Sarawak dan Iskandar Malaysia. Kedua-dua negara juga berbincang mengenai peluang-peluang pelaburan secara bersama di negara ketiga.
Tuan Yang Di-Pertua,
20. Pada masa ini, kedua-dua pihak sedang di dalam proses melaksanakan elemen-elemen penyelesaian seperti yang terkandung di dalam Pertukaran Surat. Pegawai-pegawai kanan kedua-dua negara sedang memperincikan modaliti pelaksanaan tersebut. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa beberapa buah Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan di antara kedua-dua negara bagi memastikan pelaksanaan yang teratur dan lancar bagi setiap elemen seperti yang terkandung di dalam Pertukaran Surat.
Tuan Yang Di-Pertua,
21. Izinkan saya untuk menjelaskan bahawa elemen-elemen yang terkandung di dalam Pertukaran Surat ini, terutamanya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat di antara kedua-dua negara adalah sah dan tidak bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Artikel 2, Perlembagaan Persekutuan menyatakan:
“2. Parlimen boleh dengan undang-undang –
(a) memasukkan Negeri-negeri lain dalam Persekutuan;
(b) mengubah sempadan mana-mana Negeri;
tetapi undang-undang yang mengubah sempadan sesuatu Negeri tidak boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Negeri itu (yang dinyatakan dengan undang-undang yang dibuat oleh Perundangan Negeri itu) dan Majlis Raja-Raja.”
22. Dalam hal ini, sukacita saya maklumkan bahawa elemen-elemen yang terkandung di dalam Pertukaran Surat khususnya yang melibatkan persempadanan maritim dan darat tidak mengubah sempadan mana-mana Negeri yang berkaitan, malahan mengesahkan sempadan yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei Darussalam.
23. Berhubung dengan penyelesaian persempadanan maritim, Artikel 2, Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai kepada kawasan maritim. Ini adalah kerana semua perundangan Malaysia menyatakan dengan jelas bahawa bidang kuasa di kawasan maritim adalah terletak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan-Kerajaan Negeri. Seksyen 3, Akta Pelantar Benua 1966 misalnya menyatakan bahawa, dengan izin, “all rights with respect to the exploration of the continental shelf and the exploitation of its natural resources are hereby vested in Malaysia and shall be exercisable by the Federal Government.”
24. Selain daripada itu, sempadan maritim yang wujud di antara Sabah dan Sarawak dengan Brunei Darussalam apabila kedua-dua Negeri ini menyertai Malaysia adalah The Sarawak (Definition of Boundaries) Order in Council No. 1518 (bertarikh 11 September 1958) dan The North Borneo (Definition of Boundaries) Order in Council No. 1517 (bertarikh 11 September 1958). Kedua-dua Order in Council ini membataskan sempadan kawasan maritim sehingga ke kedalaman, dengan izin, 100 fathom isobaths. Bagi kawasan selepas kedalaman 100 fathom isobaths, tidak wujud sebarang sempadan di antara kedua-dua Negeri dengan Brunei Darussalam. Kedua-dua Order in Council ini tidak berubah di bawah Pertukaran Surat dan sehubungan dengan itu, tidak wujud sebarang pengubahan sempadan negeri seperti yang dinyatakan oleh sesetengah pihak.
25. Modaliti pembatasan sempadan darat di antara Malaysia dan Brunei Darussalam seperti yang terkandung di dalam Pertukaran Surat juga tidak bercanggah dengan Artikel 2, Perlembagaan Persekutuan. Ini kerana Pertukaran Surat mengesahkan sempadan sedia ada di antara Sarawak dan Brunei Darussalam seperti yang terkandung di dalam lima (5) perjanjian sedia ada.
Tuan Yang Di-Pertua,
26. Seperti yang telah saya maklumkan di dalam Dewan yang mulia ini sebelum ini, Malaysia berpendirian bahawa isu-isu tuntutan bertindih kawasan maritim atau tuntutan bertindih ke atas ciri-ciri geografi seperti pulau, terumbu dan sebagainya, wajar diselesaikan melalui rundingan dua hala. Hanya apabila rundingan dua hala gagal dan tidak dapat diselesaikan walaupun melalui pertimbangan politik, barulah isu tersebut dirujuk kepada pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ataupun tribunal timbang
.
ZAPPPPPP!!!! WAKE UP !

Berat tanggungjawab sesiapa yang bersangkutan tugasannya dalam IT terutama dalam Cyber ni jika tiada sokongan dari rakan pu3 yang lebih gemar menjadi pemerhati . Berapa kali pu3 menyedari sahabat cyber mempostkan link / rangkaian blog yang member maklumat isu yang berlaku dalam politik. Tetapi ia berlalu dgn respond yang sangat minima. Lazimnya, pu3 akan tahu siapa yang sangat aktif member maklum balas . Tiada dalam senarai rakan pu3 terpapar di dalamnya. Kebanyakannya ada rakan cyber pu3 yang sememangnya perjuangan mereka dalam bidang itu sahaja. Cukup pu3 katakan. Mereka itu dari kalangan yang 90% adalah kumpulan lelaki. Pu3 bukan nak kekwn buid up blog atau create isu. Cukuplah ikut serta member pandangan mengukuhkan isu tersebut .
Pu3 prihatin dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Bekerja keras untuk menunjukkan potensi Puteri di mata masyarakat. TOLONGLAh RAKAN PUTERI. 1 tenaga tak serupa dengan TENAGA yang ramai. Kalau sayangkan PUTERI UMNO, jangan mendesak hanya seorang sahaja kena lakukannya sedangkan yang lain berpeluk tubuh.
WAKE UP RAKAN PUTERI. ini bukan masa layanan diri. KITA PERLU BERSATU
OH 1st LADY.



AWAT TAK DOA TURUN BALO KT NAMAWEE?

Gerbang Tempur Puteri UMNO (Malaysia): Babewee ini sudah mula hina Melayu - Hina Azan Pul...
Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi
SIAPA NAJWA TIDAK MENJADI SOAL

KENAPA KALUT SANGAT? BAGI JE

pada tok wan cucu sape2 ler... insaflah kalau sayang an-war banyak sangat. jom pakat kekwn lain pujuk an-war serah je DNA dia. senang kerja nk tamatkan perbicaraan ini. Sendiri mau ingatlah.. hari-hari mau ingat... orang kalau asyik mengelak.. sah adalah sebabnya.. orang sabah kata.. TAPUK. BATAPUK. apa sebab? mesti ada sebabnyer.
USAH DIGANGGU KEPIMPINAN PUTERI KAMI
Jika mengaku sebagai pejuang, pandanglah pada yang perlu ditentang. Usah mengganggu kepimpinan Puteri UMNO yang tidak pernah mengenal erti duduk diam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Soal kepimpinan ini, usahlah dibandingkan dengan yang lepas. Masing-masing ada pendekatan dan ada kaedah yang sesuai diaplikasikan dalam pentadbiran etika itu. Meraka semua terbaik Kini, beri peluang kpada kepimpinan sekarang laksanakan tanggungjawab merka. Sokong mereka bukan memperlekehkan mereka. Bukan dijadikan kepimpinan Puteri UMNO sebagai sasaran untuk dikirim segala peluru.