Followers

WAHABI

Sila baca artikel dibawah untuk kenali Wahabi dan perjuangan Wahabi.. Pu3 inginkan rakan lain memahami sebenarnya apa kah itu WAHABI.

GERAKAN Wahabi diasaskan Imam Muhamad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703-1791). Beliau muncul ketika pengaruh mazhab Hambali sedang merosot dan umat Islam ketika itu melakukan pencemaran akidah seperti khurafat dan bidaah.

Perkembangan fahaman berkenaan di Malaysia kebanyakan dibawa pelajar yang pernah menuntut ilmu agama di negara Arab yang terpengaruh dengan ajaran itu.

Kehadiran golongan itu di sini dapat dirasakan berikutan ada pengikutnya berani mencerca ulama ahlu Sunnah Wal-Jamaah termasuk amalan sunat yang terdapat dalam ajaran Islam seperti doa qunut dan berzikir selepas solat.

Aliran Wahabi ibarat api dalam sekam dan boleh mengancam negara dan menyebabkan umat Islam bergaduh sesama sendiri jika tidak dibendung pihak berkuasa agama di Malaysia.

Mereka juga seperti musuh dalam selimut kerana sukar untuk mengenal pasti golongan ini apatah lagi mereka turut hadir dalam majlis agama, bersolat di masjid atau surau dan tidak mengaku diri mereka pengikut ajaran Wahabi.

Bagaimanapun, secara halus mereka menyusup dalam kelompok masyarakat Islam di negara ini dengan menghina mazhab Ahlu Sunnah Wal-Jamaah yang menjadi rujukan umat Islam dengan membawa Islam mudah sehingga masyarakat keliru.

Mazhab Ahlu-Sunnah dalam syariat beragama sangat penting bukan saja kepada umat Islam sendiri, malah seluruh masyarakat.

Fahaman Wahabi turut menolak ijmak dan qias. Ijmak ialah persepakatan dalam hukum syarak di kalangan umat Islam dari satu zaman ke satu zaman selepas Nabi Muhamad s.a.w wafat.

Ini jelas dibuktikan dengan firman Allah s.a.w yang bermaksud: "Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran petunjuk (yang dibawanya) dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman. Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali." (Surah an-Nisaa', ayat 115).

Jadi, wajib kita mengikut apa yang diputuskan ijmak kerana ia senarai yang ketiga terpenting daripada sumber perundangan Islam.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pemantauan Akidah dan Pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Ustaz Mahfuz Mohamad, fahaman Wahabi bertapak di negara ini sejak awal tahun 1900 apabila Sheikh Abdul Hadi membuka sekolah agama di Melaka.

"Bagaimanapun, sekolah itu tidak mendapat sambutan dan beliau berpindah ke Pulau Pinang. Melalui sekolah itu lahir tokoh fahaman Wahabi iaitu Sheikh Abu Bakar al-Ashaari.

"Selepas menamatkan pengajian di sekolah terbabit pada tahun 1925 beliau menyambung pengajiannya di Mesir dan pulang ke negara ini pada tahun 1932.

"Beliau menyebar fahaman Wahabi di Pulau Pinang, tetapi mendapat tentangan hebat ramai tokoh ulama ahlu Sunnah, antaranya Sheikh Abdullah Fahim.

"Beliau lari ke Kedah dan kemudian menetap di Perlis bagi menyebarkan fahaman Wahabi," katanya.

Mahfuz berkata, ketika itu ia dinamakan fahaman muda atau mudah kerana mereka selalu bermudah-mudahan.

Ini dicatatkan di dalam Kitab Senjata Syariat yang diterbitkan pada tahun 1953 khas bagi menjawab gerakan Wahabi oleh tiga tokoh ulama besar ketika itu: Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Tun Hussein Pokok Sena dan Sheikh Abdul Rahman Abdullah Merbok.

Abu Bakar as-Ashaari pernah menerbitkan buku bertajuk Ibadah Rasulullah s.a.w yang menimbulkan keraguan kerana 'menjelmakan' petua menghalalkan memakan biawak, ular, labi-labi dan penyu.

"Di dalam buku itu, Abu Bakar as-Ashaari mencaci amalan bermazhab yang dikatakan haram dan bidaah dalal.

"Ulama ketika itu sudah memberi amaran bahawa gerakan Wahabi sudah menyusup dalam masyarakat dan perlu membendung segera," katanya.

Hasil ketegasan ulama sebelum ini, fahaman Wahabi kian menyepi, tetapi kini muncul kembali berikutan banyak kelonggaran yang diberikan kepada sesiapa sahaja atas 'tiket' menyebarkan Islam.

"Golongan Wahabi tidak berpegang kepada mana-mana mazhab kononnya hanya berpegang kepada al-Quran dan hadis.

"Tetapi, sejarah membuktikan ramai tokoh tersohor Islam seperti Imam Nawawi, Imam al-Ghazali, Termidzi, Bukhari dan Muslim berpegang kepada mazhab yang empat itu," katanya.

Katanya, tuduhan Wahabi terhadap beberapa amalan yang sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia seperti doa qunut, membaca al-Quran di atas kubur dan wirid selepas solat membuatkan umat keliru.

Merujuk kepada buku Makna Sebenar Bid'ah : Satu Penjelasan Rapi yang dikarang oleh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari yang turut disemak oleh Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Murtadza Ahmad, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya serta Yang di Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Saleh Ahmad menyebutkan ulama bersepakat mengenai pembahagian bid'ah antara yang terpuji dan tercela. Orang pertama yang mengatakan demikian ialah Umar r.a.

Ulama juga bersepakat bahawa sabda Rasulullah s.a.w yang menyebutkan: "Setiap yang bid'ah itu sesat" adalah hadis umum yang perlu dikhususkan.

Imam al-Syafie berkata: "Setiap yang mempunyai sandarannya dari sudut syarak, bukannya bid'ah sekalipun tidak diamalkan oleh generasi salaf. Mereka meninggalkan perkara itu mungkin kerana keuzuran."

Al-Imam Ibn Lub dalam menyangkal pendapat golongan yang tidak menyenangi amalan berdoa selepas sembahyang mengatakan perkara berkenaan tidak diamalkan generasi salaf.

Namun, tidak mungkin mengatakan hukumnya haram atau makruh kerana perkara yang dilakukan itu mempunyai asas dalam syarak.

Mengenai amalan membaca wirid beramai-ramai selepas sembahyang. Memang ia tidak pernah berlaku pada zaman Nabi s.a.w, tetapi tidak haram. Sesiapa yang mendakwa amalan ini diharamkan bererti dia melakukan pembohongan atas nama Allah s.w.t.

Pengharaman amalan itu tidak disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah sambil membaca al-Quran dan mengulangkaji antara sesama mereka melainkan turunlah kepada mereka ketenangan, dan mereka diliputi oleh rahmat dan dinaungi oleh malaikat, dan Allah menyebut perihal mereka kepada makhluk yang di sisiNya."

Hadis ini memberikan kefahaman bahawa membaca al-Quran secara beramai-ramai di dalam masjid adalah disyariatkan.

Dalam Sahih Muslim terdapat juga hadis yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asya'ari daripada nabi s.a.w yang bersabda yang maksudnya: "Selalulah membaca al-Quran, demi Dia Yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, al-Quran itu lebih mudah terlepas (hilang) daripada unta yang diikat." (Muslim. Kitab Salah al-Musafirin (231/791).

Kesimpulannya, dari segi tauhid, fahaman Wahabi bukan ajaran baru atau termasuk antara 73 cabang ajaran sesat, cuma ia boleh menimbulkan suasana tegang dalam masyarakat Islam kerana pendekatan yang diambil terlalu mudah tetapi bahaya.

INFO

Amalan dalam fahaman Wahabi antaranya:

* Dalam mempelajari ilmu Usuludin hendaklah berpegang kepada fahaman yang diasaskan Ibnu Taimiyyah

* Di dalam amalan fiqh pula tidak berpegang kepada mana-mana mazhab, malah boleh berpegang antara satu sama lain (Talfiq)

* Berpegang kepada sumber al-Quran dan hadis sahih sahaja tanpa berpegang kepada Ijmak dan Qias

* Melarang keras umat Islam berdoa melalui tawassul (perantaraan)

* Melarang ziarah kubur walaupun makam Rasulullah s.a.w

* Menghancurkan tugu peringatan kerana semua itu menjadikan umat Islam syirik

* Melarang membaca qasidah dan berzanji yang memuji Rasulullah s.a.w. tahlil dan seumpamanya

* Melarang umat Islam mengadakan sambutan hari kebesaran Islam seperti Maulid Nabi, Israk Mikraj dan lain-lain

* Melarang umat Islam belajar sifat 20 dan seumpamanya

* Fahaman Asa'ari iaitu fahaman Ahlu Sunnah Wal-Jamaah dibuang jauh-jauh

* Imam dilarang membaca Bismillah pada permulaan Fatihah

* Tidak boleh membaca wirid-wirid yang memuji Rasulullah s.a.w

* Tidak boleh melagu-lagukan lafaz al-Quran dan laungan azan, tetapi boleh baca dengan lurus sahaja

* Mengadakan majlis zikir secara berjemaah dilarang

* Amalan tariqah dilarang sama sekali

* Amalan berwirid selepas solat berjemaah dilarang keras


Apa pandangan korang ..?? Ada tak persamaan antara perjuangan PAS dengan ayat yang bertanda merah diatas..?? Untuk pengetahun korang, Ulama' pondok di Kelantan dah lama tolak kepimpinan Nik Aziz kerana mereka tahu Nik Aziz bukan ahlu Sunnah Wal-Jamaah [Sini]. Jika benar, kita wajib tolak PAS. Wallahu a’lam..

ANTARA SEBAB RAKYAT TENANG MENOLAK PAS


Ada hembuasan sampai ke telinga Pu3 antara sebab mengapa Rakyat Tenang menolak PAS pimpinan Wahabi. Wahabi yang ingin menjatuhkan Sunnah wal Jamaah yang didokong UMNO. Nik Aziz adalah “Laurent of Arabia” - yang tugasnya untuk meruntuhkan kerajaan Islam. Patutler asyik dok canang UMNO ini Kafir!!!!

Nik Aziz dan Hadi Awang adalah wahabi yang ditolak oleh tok-tok guru pondok Kelantan setelah belang Wahabi terdedah. Bukan Pu3 nak buat cerita, rakan-rakan carilah siapakah laurent of Arabia yang terkenal dengan pernyataannya "In the Arab world, violence is not a continuation of politics by other means -- violence is politics, politics is violence" Laurent telah melakukan perancangan "Grand strategy for the Middle East" as "Iraq is the tactical pivot, Saudi Arabia the strategic pivot, Egypt the prize". Nak tau sape laurent ni? Dia juga merupakan Penasihat ahli politik Perancis dan bekas menteri Jean-Pierre Chevenement. Syukurlah orang ni mati 9 okt 2009. Tapi di Malaysia masih ada lagi Laurent of Arabia versi Melayu ! eh dia Melayukah... ??? Alamak!

TAHNIAH JENTERA BN



Alhamdulillah. Apabila Pengerusi SPR mengumumkan keputusan pengiraan undian daripada 33 peti undi di DUN 05 Tenang. Lega, Lapang dan bersyukur kerana perjuangan, tanggungjawab serta tugas yang dilaksanakan berjaya. Angka 6699, mijoriti 3707 sangat cantik sekali.

Tetapi sebenarnya apa yang dilakukan oleh Jentera BN bukanlah penyebab sepenuhnya kemenangan ini, tetapi kebijaksanaan Pengundi DUN Tenang seramai 6699 itu memilih calon BN TOK AI dan yakin terhadap kemampuannya sebagai wakil rakyat. Semoga kewibawaan TOK AI kelak meyakinkan lagi 2772 pengundi yang mengundi calon PAS pula kelak.

SALAM TAHNIAH DARI KAMI DAN SALAM SAYANG KEPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO JOHOR YANG BEKERJA KERAS.

JANGAN ULANGI KESILAPAN SAMA




6699 , 3707.. angka yang cantik kan? Sesiapa yang hendak memilih plat kenderaan, nombor ini sangat cantik dan sebenarnya membawa kenangan buat sesiapapun yang terlibat. Angka kemenangan calon Barisan nasional di DUN 05 Tenang, Johor. 30hb. Januari 2011. Tarikh yang mengubah sejarah seorang pemimpin yang dikenali sebagai TOK AI. Sejarah mencatatkan bencana Banjir yang dikatakan juga lebih teruk dari banjir 2006. Rahmat agaknya tu, sebab penanda bahawa kawasan tersebut memerlukan seorang pemimpin mewakili mereka, yang boleh memimpin , membantu dan bukan dibantu.



Kemenangan dan kemenangan.. Alhamdulillah. Kepimpinan memberi ulasan bahawa rakyat semakin kembali yakin terhadap BN selepas PRU ke-12, Alhamdulillah. Itulah harapn dan impian Pu3. BN kembali menyinar dan semakin bangkit untuk menghadapi PRU ke-13 kelak.


Cuma seperkara yang pu3 ingin katakan sebagai peringatan terhadap diri Pu3 sendiri dan barisan kepimpinan untuk semua peringkat. Kemenangan PRK kebelakangan ini, jangan sehingga membuatkan diri LUPA terhadap peristiwa PRU ke-12. Jangan sehingga kepimpinan terLEKA sehingga LALAI kenapa terjadi PRU-12 dahulu. Jangan jadi BONGKAK dan TINGGI DIRI atas peningkatan ini. Jangan biarkan diri hanyut dalam KEANGKUHAN dan KESOMBONGAN. Maaf, Pu3 walaupun baru dalam dunia politik ini, apa yang Pu3 sedari dan perhatikan, apa penyebab berlakunya sejarah terhasil untuk PRU-12 kerana semua itu. Rakyat menyampah, rakyat bukan berhasratpun hendak jatuhkan kerajaan BN, mereka sebenarnya sekadar untuk mengurangkan mijoritinya sebagai peringatan semata.

HARAPAN Pu3, JANGAN ULANGI KESILAPAN SAMA UNTUK PRU 13

DASAR KETAM


Teringat Pu3 penyokong PR yang membuat pertuduhan bahawa UMNO telah memeras kanak-kanak sekolah dalam Politik. Kalau sekadar merasuah beg sekolah murahan apa gunanya.
Ini Pu3 nk ucapan terima kasih kepada Azmy Awang kelanaJaya yang telah merakamkan gambar siapa yang mendera siapa sebenarnya. Mana tanggugjawab PAS mengheret anak-anak ini untuk turut berkempen? Sebab upah ikut kiraan kepala? Ala,mak mana sudah ucapan Perjuangan demi PARTI ALLAH itu? SESAT AKIDAH sungguh! Sejak bila Allah ada parti ni!???


Bagi pandangan Pu3.. memberi beg sekolah ini lebih banyak manfaatnya kepada keluarga yang kurang berkemampuan, sebagai penggalakan kepada mereka untuk bersekolah. Dari mereka yang mengajar pelajar untuk PONTENG SEKOLAH dan MENIPU

PRK HILANG 1 KERUSI MP LAGI


Setelah asyik suarakan ketidakpuasannya, berdebat melalui twitternya, minta balasan n respond dr kepimpinan PRK.. akhirnya PRK telah kehilangan 1 Kerusi lagi apabila MP Padang Serai N. Gobalakrishnan umum keluar pagi pagi ini . – 29.01.2011

Bekas Naib Presiden PKR ini juga mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam PRK...

TOING TIONG.... Benang kering xdpt tegak.. apa lagi nak menegakkan benang basah. Apa komen PKR selepas ni.. still menegakkan lgker?

PRK DUN MERLIMAU COMING!

Punya menanti Pu3 pengumuman SPR bila DUN Merlimau akan laksanakan PRK, lewat 10 lebih malam baru dapat mesej PRK akan bermula 26 Februari 2011- Penamaan Calon dan 6hb Mac 2011 Pengundian jika ada pertandingan.

SEDIA GEMPUR!

heheheh kosal konon.. apa nk di kosalkan.. kalau kebenaran menampar depa.. kesal konon.. x beretika konon apa2 jeler.

MC PANJANG.. DAHSYAT KRITIKAL SANGAT? TP......

Semalam bertemua dengan YB Datuk Rosnah.. yang sama-sama hadir ke Majlis Perasmian Perdana Park at Hone Place, Tanjung Aru, Kota Kinabalu yang dirasmikan oleh YAN Perdana menteri DS Mohd Najib. Pu3 bertanya berkenaan dengan MC yang telah mendapat tempat rangking TERHEBAT . Dtk KPU3 Malaysia dia dah soal kepada panel kesihatan kenapa boleh berlaku.. mereka kata : 21 Hari MC atas sebab alasan yang banyak faktor kesihatan yang sangat HEBAT.Pu3 malas nak buat andaian apa2 atas kenapa boleh diluluskan pula, sebab Pu3 bukan bidang meluluskan CUTI SAKIT ini. Sebab Pu3 demam teruk pun paling lama 2 -3 hari je diberi cuti.. yang biasa sehari je Please komen kat Pu3 kalau ini bukanlah suatu yang lazim berlaku atau sememangnya lazim berlaku.

Cuti sakit Panjang 21 hari? Tetapi bukan sakitpun, cuti kerana hendak teman Sang Isteri tercinta yang bertanding. Ini namanya pejuang Islam.. sekali lagi Pu3 katakan... kumpulan PAS ini sememangnya PEREKA FATWA YANG TERHEBAT, suka hati boleh menukar fatwa mengikut keperluan mereka. MengHALALkan perkara HARAM, dan mengHARAM perkara yang HALAL jika bercanggah dengan keperluan mereka.

Pu3 secara pribadi setuju dengan pernyataan KP Ahmad maslan berkenaan CALON PAS PATUT NASIHAT SUAMINYA SUPAYA TIDAK MENIPU MC TAPI PATUT AMBIL CUTI TANPA GAJI... BAGAIMANA NAK JADI WAKIL RAKYAT JIKA BERSUBAHAT DENGAN SUAMI AIBKAN PROFESION PERGURUAN. Sebab itu juga yang berada dalam pemikiran Pu3 semalam. Ada sesiapa boleh explain kat Pu3 utk menafikan bahawa mereka memang layak dihormati dan dipilih.

Apa-apapun Pu3 wlu kali ini xterlibat secara langsung PRK DUN Tenang, mengharapkan pengundi di DUN Tenang bijak menilai. Jangan kerana mereka dinilai sebagai PEJUANG ISLAM ada yang terleka. Pu3 benci manusia mempergunakan agama ISLAM untuk kepentingan perjuangan menipu!

MAKASI TUN MAHAREZZA II


Pembangkang dok tanya awat UMNO tak mahu menerima hukum Hudud sehingga canangkan UMNO itu KAFIR. Pagi ini, Pu3 lega sangat membaca komen seorang rakan Pu3 yang merungkai persoalan tersebut. Hanya menunggu komen puak PAS pula selepas ini

“Knp UMNO x dpt laksanakan hudud di Malaysia?
1. Kita tahu memang benar kerajaan BN dapat 2/3 daripada kuasa dewan rakyat selama 12 kali penggal PRU... dan kita juga tahu yang... malah lebih daripada itu.. sehingga 95% kerusi dalam dewan rakyat pun pernah...
2. Pun begitu, yang mendapat kemengan begitu adalah Barisan Nasional dan bukannya UMNO.. dan kita juga tahu yang kesemua kerusi BN yang dimenangi itupun bukan semua kerusi BN yang dimenangi itupun bukan semuanya daripada UMNO....
3. Daripada kesemua kerusi yang BN menang.. tidak pernah UMNO menguasai 2/3 daripada kerusi BN, kerana kerusi selainnya dimenangi oleh komponen BN yang lain termasuklah
daripada Sabah dan Sarawak....
4. Dan kita juga tahu bahawa untuk meminda Perlembagaan Negara, kita perlukan 2/3 sokongan dewan... tetpi dalam kes untuk mengubah Perlembagaan Negara untuk menjadikan negara Malaysia daulah Islamiah ataupun negara Islam. Kerusi UMNO xmencukupi untuk melakukannya...
5. Kerana atas dasar, UMNO xpernah menguasai 2/3 daripada kerusi BN, dan ahli komponen BN yang terdiri daripada kaum dan agama lain tidak bersetuju dengan tindakan pindaan untuk menjadikan Malaysia sebuah daulah Islamiah ataupun negara Islam...
6. Dan pada PRU 99 iaitu PRU ke 11, PAS memenangi hampir 20 kerusi dan ketika itu jika PAS jujur untuk menjadikan Malaysia negara Islam, mereka sudah pasti boleh lakukan jika mereka bersepakat dengan UMNO, namun ianya xberlaku...
7. Dan kini, jikapun PAS mahu mencadangkan negara Islam dengan persetujuan daripada UMNO... ianya mungkin boleh dilakukan jika kerusi Islam Melayu PKR menyokong... namun...
PAS dan ahli parlimen PKR tidak pula mahu mencadangkannya dan terus sahaja menyalahkan pihak UMNO.
8. Kita harus ingat dan tahu bahawa, isu pindaan Perlembagaan berkaitan hak Melayu dan agama Islam perlukan persetujuan Majlis Raja-Raja... tetapi .. diwaktukala PAS mempunyai kerusi yang cukup, mereka PAS tidak pula mahu mencadangkannya...
9. Malah dalam konvensyen PR tahun lepas, soal negara Islam telah tidak dibenarkan untuk dibahas di konvensyen tersebut, kerana DAP dan PKR Anwar xbersetuju... tetapi PAS xmelawannya dan tidak pun memperjuangkannya.. malah PAS.. senada dengan DAP dengan kata bahawa “prinsip komponen dalam PR wajar dihormati”
10. Jadi.. minta puak PAS dan semua penyokong sedar akan hal perkara ini, jangan asyik dok hujah debat kosong tanpa ada pembuktian ataupun asas yang kukuh apabila menuduh UMNO dengan pelbagai macam fitnah...

TERBUKTI, PAS SENDIRI PUB SEMEMANGNYA TIDAK MAHU MELAKSANAKAN DASAR NEGARA ISLAM ATAUPUN DAULAH ISLAMIAH!! “


sehingga sekarang jam 11.06 pagi , statement ini tidak diulas, dihentam, dikomen... Pu3 menanti juga ayat apa lagi yang bakal dikeluarkan oleh Pro pembangkang. :)

TERIMA KASIH RAKANKU TERHARUNYA...... 


Terharu Pu3 apabila melawat wall seorang rakan Pu3, bukan kebiasaan Pu3 pergi wall FB rakan. Tetapi kali ini, kebetulan kerana Pu3 hendak mengambil gambar rakan Pu3 untuk dijadikan perisian di blog yang sedang di bawah jagaan pu3. Walllllaaaa... heheheh Pict 10 perkara yang perlu dielak dilakukan di FB telah tertera di dalam album gambarnya dan ditandakan kepada rakan FB nya yang lain. Alhamdulillah sebab Pu3 masih ingat, gambar tersebut Pu3 paparkan di dalam GROUP PUTERI .COM untuk rakan di dalamnya. Gambar itu adalah gambar yang Pu3 buat.

Terima kasih sahabat kerana dengan mengambil dan menandakannya kepada rakan FB lain, adalah satu penghargaan buat usaha Pu3 sebenarnya. Pu3 berharap sangat rakan lain mengikuti tindakannya , sebab itulah harapan pu3 agar rakan wanita lain tidak menjadi mangsa.

SASAU!!!!


Pu3 terpanggil untuk memberi jawapan apa yang dikatakan oleh seorang ahli dalam kumpulan FB yang mengatakan berkenaan orang kahwin kt siam kerana tidak yakin dengan keupayaan mahkamah Syariah. BN dok buat apa? Hmmm... memang meroyan sungguh . Apa punya kenyataan dia ni. Dari pagi hingga petang, penuh email pu3 sekali buka.. nama dia ni dalam 200 lebih notification kt email 90% sah nama dia keluar. Sehingga sekrang.. jam 11.43 malam, masih non stop komen dalam group. Apa kerja dia ni, agaknya inilah nama petugas cyber yang ditugaskan memberi komen, memporak perandakan dan memeriahkan group FB ni

Hal orang kahwin kat siam ker kt mana2 luar negara ini, tiada kaitan dengan kerajaan. Itu urusan mereka. Mereka merasakan mereka layak, tetapi inginkan urusan yang segera dan express. Selain itu pelbagai sebab mereka berbuat demikian. Kenapa harus dikaitkan kegagalan BN pula. Sah meroyan. Syarat-syarat perkahwinan di Malaysia ini, pada pandangan Pu3 semuanya adalah kebaikan untuk sebelah menyebelah pihak, ada sebab mengapa ada permohonan terpaksa ditolak. Cuma masalah nafsu nak kahwin ni melebihi dari kelayakan yang lain. Itulah mereka bernekad untuk menamatkannya. Ada alasan lebih baik dari berzina. Hmm.... betul.. tetapi pengikhtirafan? Kesannya akan datang? Ada yang bahagia tetapi ada yang terkontang kanting terutama seperti lazimnya perempuan juga sengsara.

HORMATILAH KETIKA BERDOA


Apabila pu3 melihat gambar yang ditandakan kepada Pu3 di FB. "Apa yang boleh dilihat" pelbagai komen Pu3 baca dari rakan berkaitan, Calon ini makan sedangkan jemaah lain sedang mengaminkan doa. Tetapi Pu3 tidak berhenti untuk memnilai sekali lagi, memandang cara Calon PAS ini. Eh..bukan makan tetapi sedang sibuk menyediakan hidangan untuk jemaah yang hadir.!!!!


Pu3 teragak-agak, apakah hukumnya apabila orang sedang membaca doa, diri tidak menyertai yang lain mengaminkan doa tersebut. Seorang sahabat, tak perlulah pu3 nyatakan namanya, tetapi dia seorang ustazah yang mengajar di sekolah agama. Katanya sunat mengaminkan bererti tidaklah menjadi kesalahan jika tidak mengaminkan doa tersebut kerana sedang melakukan pekerjaan. tetapi secara konsep kemasyarakatan, tindakan tidak mengaminkan sedangkan berada dalam kumpulan sedang mengaminkan itu kelihatan tidak sopan atau tidak menghormati sekeliling. Apa lagi kemungkinan jemaah hadir dan berdoa itu adalah untuk dirinya.
The moral of story. Kalau hendak dihormati, hendaklah kita menghormati orang lain. Jika hendak diteladani, perlulah melakukan sesuatu yang elok untuk diteladani.

DIA SANGGUP BERKORBAN? PLEZZZZZ!!


Apa punya pandangan mengenai pengorbanan seorang calon PAS di DUN Tenang, sanggup meletak jawatan, berkorban kerana perjuangannya. Hmmmm.... bloggers Sejarahmelayu.. pleazzzzzzz... sememangnya jawatan guru itu sebagai jawatan mulia. Janganlah dikatakan calon PAS tersebut berkorban kerana kemuliaan hatinya kepada masyarakat. Pada hemat Pu3.. kerana hasratnya ingin menjadi lebih tinggi kedudukannya itulah dia sanggup meletak jawatan yang menjadi rebutan bakal pendidik yang lain. Kalau dia jenis yang sangat sayangkan masyarakat, pengorbanan sebagai pendidik sangat dipandang mulia, mendidik generasi yang mungkin antaranya menjadi kepimpinan akan datang.
Pu3 pernah menemui warga pendidik yang menunjukkkan keupayaan mereka sebagai kepimpinan. Mereka memilih untuk terus menjadi seorang pendidik . Memang sayang kerana kewibawaan mereka sangat diperlukan dalam politik, walau bagaimanapun, pilihan mereka perlu dihargai. Walaupun mereka tidak memegang sebarang jawatan dalam politik, tetapi mereka antara penasihat dan memberi pandangan yang membina. So what? Tolonglah jangan dilambung tinggi sangat Calon PAS tersebut, terlalu tinggi nanti jatuh dia terlalu sakit.

PROGRAM JUARA RAKAT 2011 AKAN BERMULA


Hujung tahun lepas setelah selesai program Juara Rakyat sesi penutup Malam ambang akhir tahun, terdetik persoalan Pu3, program ini adakah tahun 2011 akan dibuat sekali lagi? Malam ini, terjawab persoalan Pu3 apabila Ketua penerangan UMNO Malaysia yang telah mengumumkan bahawa Program Juara Rakyat akan dibuat sekali lagi untuk tahun 2011 dengan memfokus lebih ramai pendekatan kepada masyarakat.

Harapan Pu3 kali ini, biarlah pendekatan yang dihasratkan oleh Ketua Penerangan itu dilaksanakan oleh setiap bahagian dengan sedekat-dekatnya, bukan sekadar pelaksanaannya semata, tetapi benar-benar dekat di hati rakyat. Khuatir sangat Pu3 program Juara Rakyat yang begini baik, akan dijadikan isu pembangkang sebagai suatu pembaziran kerana ianya umpama program Syok sendiri @ syiok saja bah. Bukan Pu3 berfikiran negatif tetapi pembangkang yang licik ni, anything can happend sebab otak dan minda mereka penuh dengan cara untuk mencari lubang-lubang kelemahan .

SEMAKIN KEJAM

Apa sudah jadi ni, Beredarnya masa , semakin ramai yang mengalami masalah mental. Malam ini, Pu3 menonton buletin Utama, terpena dengan laporan, bayi yang baru lahir ditikam 5 kali sehingga mati. Setelah itu,dimasukkan dalam plastik dan disimpan di dalam baldi. Ibu bayi tersebut berbangsa Myanmar berusia 23 tahun di batu 41/2 , kampung Jawa Klang. Sadisnya tindakan ini. Keluarga tersebut tidak mengetahui bahawa ibu bayi itu mengandung. Tinggal bersama adiknya setelah ditinggalkan oleh suaminya.


Keadaan ini perlu diambil perhatian oleh masyarakat sekeliling . perubahan masa tidak bermakna hilangnya keperihatinan masyarakat yang tinggal bersama. Malam ini, Pu3 sengaja lari sebentar untuk menyentuh hal-hal politik, kembali kepada melihat isu masyarakat pula, kerana sudah ramai sahabat Pu3 yang fokus kepada isu politik terutama perkembangan di DUN Tenang.

Kasihanilah Bayi yang tidak berdosa.. jika enggan menerima kehadirannya di dunia ini, serahkanlah bayi ini kepada yang inginkan kehadirannya dalam keluarga lain.

IPOH MALAY: Penduduk Tenang Tutup Pintu Saat Didatangi Perayu ...

IPOH MALAY: Penduduk Tenang Tutup Pintu Saat Didatangi Perayu ...: "PAS seharusnya sedar diri dan berhenti bermain politik serangan peribadi, fitnah dan mereka-reka cerita dalam kempen mereka di Tenang. Lebih..."

Apabila Pu3 baca je blog ini. terfikir semula Pu3.. hmmm ini mungkin ada kebenarannya... tetapi teringat lupa statement pengikut PAS n PR kt Group.. hmmm boleh tak Pu3 tergelak.. sahlah hari ini Pu3 nak berehat nak memberi komen, jadi pemerhati sahaja. Watch n learn.. timba ilmu pengetahuan yang tidak terdapat dalam mana2 buku. Hendak berhenti sekejab dari berikat dengan teori-teori yang sudah pu3 pelajari sebelum ini

TOLONGLAH!!!!

hal inipun dipolitikkan. takkan hanya seorang punya tindakan hendak disamakan yang lain. tetapi Pu3 terfikir juga, hal sebegini sudah menjadi isu kenapa tiada tindakan untuk memastikan ianya tidak berlaku. alahai, memang sedihlah. Janganlah ikut rentak sendiri , hormatilah pandangan orang lain, kalau inginkan nama keluarga sendiri naikpun, beringatlah setiap tindakan yang dilakukan. peluk, cium pipi ke pipi antara lelaki bukan muhrim. dah jadi isu. Pu3 tak tahu apa cara mahu cover n balas balik kata pembangkang apabil mengeluarkan isu ini.

semalam semasa Pu3 melihat buletin, penyampaian kejuaraan sekali lagi, hati Pu3 berdebar-debar, tolonglah jangan berlaku insiden yang boleh dijadikan isu untuk kali ini. Pu3 sangat sayangkan UMNO dalam masa yang sama pu3 punya batasan kemampuan untuk kaunter balik serangan kepada kepimpinan jika isu itu sememangnya disaksikan oleh ramai. kalaupun ia gidak disengajakan, tetapi gak salahkan untuk berusaha cara bagaimana ia gidak berulang. Kasihanlah pada si suami yang pu3 menilainya sebagai pemimpin yang sangat berwibawa, berkelibar.

MALAYSIAN UNITED: AZNIL HJ NAWAWI TEGUR DOA NIK AZIZ!!

MALAYSIAN UNITED: AZNIL HJ NAWAWI TEGUR DOA NIK AZIZ!!: "Nampaknya isu panas yang melanda politik diantara Tuan Guru Nik Aziz yang menadah tangan bermunajad mendoakan diturunkan bala buat PM

persoalan Pu3, mana mazhab yg pok nik ni pakai, mendoakan sesuatu yang negatif kepada saudara SeIslamnya. Pu3 tanya juga kawan Pu3 seorang ustaz, bolehkah kita mendoakankan aesuatu yang jahat seperti bala petaka, kebinasaan kepada orang lain. kawan pu3 kata. masyallah. mana boleh berdoa seperti itu!

Nujum Pak Belalang: PAS melibatkan kanak2 di dalam survival politik me...

Nujum Pak Belalang: PAS melibatkan kanak2 di dalam survival politik me...: "sebentar tadi nujum ke raumah awam labis bersama dengan seorang rakan pemilik akaun ISU POLITIK SEMASA. untuk meninjau ceramah yang di an..."

Terima kasih pak belalang. info ini memberi maklumat ,kepada pu3 bahawa PAS memang putar belit cerita. Dalam group FB depa mengutuk UMNO mengginakan anak-anak sekolah dalam politik. selama pu3 terlibat mana-mana PRK memang pu3 sendiri melihat dengan mata Pu3 mereka ini membawa anak-anak kecil semasa berkempen, meraih undi. cuma tangan Pu3 tk dpt memotretkan gambar-gambar mereka kerana pada masa itu, seperti lazimnya pu3 menjadi pemandu rakan pu3 yang lain.

Bahan murahan dan palsu dr blog bulat dusun dan milosuam.

Buletin "Hairan" OnLine: Puteri Umno bg Rasuah RM20 _ Lawak sungguh

Hahahahahah... lucunya Pu3.. seorang blogger yang mengakui apa yng benar datangnya dari Allah dan yang lemah itu datangnya dari diri sendiri. Youtube yang dipamerkan dalam blog Bulat dusun dan milo suam .kata Puteri UMNO beri rasuah RM20 tu punyalah ketinggalan sungguh. Dahler ini bahan bukan 1st hand ada hati nak tunjukkan kebenaran konon. Hang tauker sape dalam pict tu? mata buta atau buta hati? ini isu dikelaurakan semasa PRK Batu Sapi yang dikaitkan dengan Wanita. kalau nak keluarkan bahan tu hang.. tgok2lah dulu kebenarannya. jangan dok kejar bahan tp xtau basi ker tak bahan tu. alahai kasihannya awak

Kalau hendak belajar jadi blogger pun, belajarlah jd bloggers yg jelas buktinya, jangan main tangkap muat , ingt. jari mengetuk keybord komputer, kekadang salah tekan, patah kuku, mata buta. Salah taip, meletuk balik ke muka sendiri.

Peringtan dari Pu3.. usah nak menjolok sarang tebuan kalau tak ada peralatan yang sebenar, tebuan ini tak mengganggu tapi kalau diganggu.. sendiri mahu ingatlah

10 Perkara elak dalam FB



1. Status mengatakan kamu seorang diri di rumah ataui lebih masa di pejabat. Bukan itu sahaja, malah kamu siap beritahu berapa lama kamu berserorangan. Bahaya betul.

2. gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun. Bukan sahaja kamu bakal dituduh "suka menunjuk" tanpa sedar kamu juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepetutnya diketahui orang lain.

3. Upload gambar "terlampau" walaupun hanya orang tertentu sahaja yang boleh melihantnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut!

4. Meriungut perihal kerja walhal majikan kamu ada dalam senarai temanmu di FB. Ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjayamu.

5. Syok sendiri. Kamu suka "Like" dan komen pada gambar atau status kamu sendiri

6. Beri pandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensetiviti teman FB kamu yang berlainan bangsa dan agama

7. Katakan sesuatu yang belum pasti seperti, "saya dapat kereta mewah bulan depan!" malangnya bank tak luluskan pinjamanmu

8. Status marahmu. walau sedang "panas" elak luahkannya di FB. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula terasa, Kamu juga akan dilihat sebagai "minah baran"

9. Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Kamu memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tidak baik.

10. Jawapan telus. Apa saja yg ditanya, kamu pasti akan jawab, termasuklah angka gaji. Kamu mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial.

ALAHAI


Apakah makna mengaku pejuang Islam ni? Seorang Dara yang mengaku sangat mengagungkan Pok Nik.. Sangat BENCIKAN UMNO yang Pu3 tak tau kenapa sangat si dara ini bencikan sangat. Tengok gambar, muda bebenor Dara ni.. asal Kelantan, mengaku sememangnya banayak berada di luar negara, baru balik. tateapi peliknya perjalanan jaugh tak membuka mentalitinya. Cakapnya sebiji macam orang yang tak berpendidikan Akhlak.

Peliknya, mengaku penyokong PAS.. tapi tak menutup aurat. post pict .. memang pose seksiler bagi pandangan mata Pu3.. walau x menampak bahagian bawah .. sekadar paras perut, kesalahan besarnya.. tak bertudung.. ni MUslimah ala Baru kot. Rakannya yang muda tu serupa juga.


Kasihannya pengikut PAS ni, asyik isu, PUTERI UMNO berpakaian seksi, tak menutup aurat, isu inilah selalu digunakan setiap kali PRK, kecoh habis, setiap kali Pu3 menghadiri mesyuarat dalam PRK, itulah isu yang menjadi topik perbahasan dan teguran. Tetapi kali ini.. kenapa PAS tak mampu mengawal pengikut MUSLIMAHnya untuk memakai tudung atau menutup aurat.
Lain kali.. Pu3 nak snap komen Dara @ sesiapapun dalam group tu, post dalam catatan Pu3... untuk peringatan pu3 jugakan agar lebih berhati2 hehehehehe...
Selamat berjuang


CAKAP TAK SERUPA BIKIN


tergelak rasa mahu juga, tapi kasihanpun ada. Hari ini, Pu3 mengambil kesempatan melawatlah group FB yang sebelum ini Pu3 tk masuk walaupun telah dimasukkan oleh salah seorang rakan FB Pu3. Memang group ni panazzzzzzz sepanazzzz panazzzznya. Dahlah group yang bukan terdiri dari pro-BN sahaja tetapi melibatkan Pro PR sekali. Sebelum ini, Pu3 hanya didedahkan kumpulan Pro-BN , yang ada menyokong dan ada masa main balun juga. Tetapi hari ini pengalaman Pu3 sangat mengasyikkan.
Seorang "Dara" biarlah Pu3 menggelarkannya dengan panggilan sopan ini. Pu3 tak mahu mengaibkan nama si "dara" ini sebagai santapan rakan-rakan pula kan. Pu3pun catitkan ini sebagai catitan , sebagai penambah pengalaman Pu3 sebagai orang yang baru. Mengamuk sakan apabila gambar2nya dipostkan di dalam Group itu. Sebagai pejuang Islam tetapi dikaitkan sebagai Lucah.. lebih kurang seperti itulah. Mula2 Pu3 tgok gambar2 itu, Pu3 tak faham sangat. Sebelum terjumpa Post si "Dara" yang mengamuk sakan dalam group tu.
Apa yang Pu3 fikirkan 1st impresi melihat gambar itu. Ini gambar muslimah PAS yg tanggalkan tudungkah apa. Kalau sekodeng, tak patut sebab possing dalam gambar tu memang gaya si Dara yang ready di SNAP.
Sekali baca komen2 si Dara.. alahai, dahlah tak bertudung, komen.. sah mmg mulut mencarut, merepek yang lazim dikaitkan dengan manusia yang EMO sungguh. Siap kata Baru "aku tulis dah keluarkan gambar aku kaitakan hal lucah.... mengacau hak privasi aku... beginikah Najib ajar.." malaslah Pu3 nak ulang apa yang dikatakan si Dara ini. Pu3 senang je, seperti biasa balun je Dara ni, .. tak pula si Dara ni balun balik komen Pu3, tetapi komen2 kawan lain.. semua dia jawab. Agaknya ayat Pu3 tu tk mampu nk dia balas kot.. (Ish.. bangganya diri mcm masuk bakul angkut sendiri... Astagfirullah)
Nasihat Pu3 kat si Dara.. kalau dah rasa suka hati nak tulis apa2.. terimalah risiko yang akan menerima komen suka hati oleh pembaca. Kalau rasa nak gambar privasi.. tak payahlah upload gambar2 yang dirasakan privasi tu. simpan je .. takler jadi bahan nak membalun dan bahan sakatan rakan yang nakal ini. Alahai, kasihannya
Untuk kesekian kalinya, pelik bebenor mamat2 pembangkang ni, lps komen Pu3 keluar, sah depa request nk jd rakan FB.. lawak bebenor.. ingat Pu3 nk terpesongkah nk terima2 request ni. Semoga apa yang Pu3 lalui hari ini, tidak Pu3 lupakan dan jadi pengalaman untuk diri Pu3


SEALAMAT BERJUANG di DUN TENANG


22hb Jan 2011. Tarikh yang akan diabadikan oleh semua pengundi Parlimen Labis, DUN Tenang, Johor. Tarikh bermulanya kempen pilihanraya kecil untuk memilih siapakan pemimpin yang akan dinobatkan menjadi wakil DUN Tenang kelak.


Kali ini, Pu3 terpaksa akur, Pu3 tidak dapat hadir bersama rakan lain, berjuang di sana secara realitinya, Pu3 hanya akan melakukan tugasan Pu3 di alam Maya pula. Lazimnya setiap PRK sejak 2009, Pu3 sememangnya terlibat sepenuhnya dalam tempoh kempen sehingga berakhir hari pengundian. Pu3 bukan enggan membantu, cuma kali ini perkhidmatan yang Pu3 lakukan selalui bidang yang sememangnya menjadi KPI Pu3.
Kepada rakan-rakan Pu3 yang berada di sana. Selamat berjuang, pastikan BN menang, bergeraklah dengan rentak minda usah dilayan tindak amarah.

TANZIAH KEPADA KELUARGA YB ADUN MERLIMAU

Berita terkini, telah menerima berita bahawa YB ADUN Merlimau menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Setelah setengah hari desas desus, maklumat pemergian allahyarham. Maklumat kini sudah pasti.

Al-Fatihah

YB ADUN MERLIMAU STABIL


Alhamdulillah, sahabat Pu3 di Melaka khabarkan kepada Pu3 berita bahawa YB ADUN Merlimau kini berada dalam keadaan stabil. Sahabat Pu3 kini bersama kepimpinan Melaka lain telah berkampung di Hospital Pakar Putra dan menyampaikan maklumat ini dalam group Pu3 .


Semoga YB ADUN Merlimau terus beransur pulih.

1st HAND IT GOOD INFORMATION


Setengah hari ini, fokus kerja betul2 terganggu apabiula menerima maklumat yang mengelirukan oleh kawan-kawan berkenaan kematian seorang pemimpin. Terlalu spam maklumat ini sememangnya mengelirukan . Yang keliru adalah pembaca, tidak tahu mana satu yang tepat.
Apa yang pernah Pu3 belajar dulu, maklumat yang terbaik adalah maklumat 1st hand. Kalau sekadar menggunakan maklumat dari sumber , pastikan sumber itu adalah sumber tepat ataupun sumber 1st hand. Maklumat yang tidak tepat menyebabkan kita juga terlibat dalam menyebarkan maklumat yang salah.
Akan Pu3 gunakan sebaik mungkin pengalaman yang Pu3 perolehi hari ini, apa yang Pu3 pelajari dulu sekadar teori tetapi yang lebih berkesan adalah praktikalnya.

EXCO KERAJAAN MELAK MASIH HIDUP


KECOH!!!! Baca kt blog mengatakan kekosongan kerusi di DUN Merlimau .


Menurut rakan Pu3 di Melaka , YB Datuk Mohamad Hidhir Abu Hssan masih hidup lagi walaupun berada dalam keadaan kritikal . Beliau menerima rawatandi Hopspital Pakar Putra. Setakat ini hanya yang dibenarkan bersama YB ini hanyalah keluarga sahaja. Dimaklumkan sememangnya ramai wartawan menunggu di luar.
Ya Allah, Kau selamatkanlah dia, berilah kekuatan untuk melawan dugaan-Mu. Jika ajalnya telah tiba, Semoga dipemudahkan da menghadap malaikat Maut.

berhati-hati semasa menjawab

Hari ini , Pu3 teringat peristiwa yang berlaku dalam minggu ini juga. Pu3 malas nak katakan di mana kejadian ini berlaku. Cuma ayat ini sudah sekian kali Pu3 dengar dikeluarkan oleh seorang dua kepimpinan semasa mengulas atau menjawab soalan yang dikemukakan kepimpinan akar umbi. Kasihan Pu3 melihat reaksi wajah yang menyoal apabila menerima jawapan tersebut. Walhal soalan itu dikemukakan berdasar persoalan atau soalan yang bakal dikemukakan oleh kepimpinan di bawah kelak.

"KALAU TIDAK BERKEMAMPUAN JANGAN JADI PEMIMPIN"

Pu3 hendak tanya, berani tak pemimpin tersebut bercakap di hadapan ketua-ketua cawangan yang memilih dia? mereka memegang jawatan tersebut tanpa sebarang elaun mahupun gaji, mereka mempunyai semangat perjuangan untuk membantu kepimpinan kawsan. Mereka juga membantu kepimpinan dalm mentadbir, secara sukarela. Pu3 berkata tentang kepimpinan akar umbi yang matlamatnya untuk perjuangan masyarakat setempat. hal-hal yang selain dari itu, di luar kelayakan Pu3 memperkatakannya.

Pemimpin tidak akan muncul di atas tanpa sokongan akar umbi. sewajarnyalah pmimpn mengharga sokongan akar umbi tersebut. Jangan mengharap penghormatan tersebut datang bergolek jatuh dari langit "TING" terus adi pemimpin tanpa sokongan kepimpnan akar umbi. Pu3 tahu Pu3 ni budak baru belajar tetap tidak salah bukan budak kecil mengatakan sesuau agar ia menjadi leih baik?

ini salah satu peristiwa terbaru yang Pu3 pandang dan dengar sendiri. Pu3 berharap sangat, kalau boleh soalan yang dikemukakan berkaitan komitment ini, atau apa sahaja yang memerlukan kepimpinan berkorban. Sebagai pemimpin, berilah jawapan yang terbaik, walupun jawapan tersebut akan mengecewakan sang penyoal, sekurang-kurangnya sekadar kecewa tetapi tidak tersinggung ataupun sakit hati atau rasa dipermalukan.
Salam perjuangan

House PK: CILI KASI TARUK! AKHIRNYA ANWAR KECUT TELURNYA!


House PK: CILI KASI TARUK! AKHIRNYA ANWAR KECUT TELURNYA!: "Anwar kata, dia tidak pernah mencabar Najib Abdul Razak untuk berdebat sebaliknya sekadar untuk berbincang!!!! Dia sudah tukar laaaaaa... ..."

BERINGATLAH DENGAN APA YANG TELAHA DISAMPAIKAN SEBELUMNYA. JANGAN SEHINGGA APA YANG DISAMPAIKAN AKAN MENIMPA KEMBALI KEPADA DIRI KITA. RASANYA PU3 PUN BACA ULANG2 KAT BLOG, TWITTER YANG DSAI INI MENCABAR PM BUKANNYA AJAK BERBINCANG.

IPOH MALAY: Anwar Bermewah Di Luar Negara Dengan Wang Korupsi ...

IPOH MALAY: Anwar Bermewah Di Luar Negara Dengan Wang Korupsi ...: "Memang Anwar telah lama diketahui mempunyai hubungan dengan pelobi Yahudi di Amerika Syarikat. Selain itu, dia juga dikhabarkan pernah terba..."

SEBAGAI MAKLUMAT UNTUK MEMBIJAKKAN KITA DARI TERUS DIPERBODOHKAN

TEGURAN PENGERUSI SPR

ooooooppppppssssss..... dah kena tegur ... Pengerusi SPR Tan Sri Aziz Yusof telah menegur tindakan speaker Selangor mengishtiharkan sendiri kekosongan kerusi DUN Pelahihan Klang. Pengerusi SPR itu berkata, seharusnya Speaker perlu memberitahu terlebih dahulu kepada SPR hal demikian dan tindakan mengumumkan kekosongan kerusi ditentukan oleh SPR.

nampaknya tak sabar-sabar PR hendak menambah kuasa di Selangor sehingga terlupa bidang kuasa siapa. Alahai.

PILIHANRAYA KECIL LAGI

Lagi pilihanraya kecil akan diadakan ! Kali ini di DUN Pelabuhan Klang pula. Baru sahaja Pu3 menerima maklumat dari media bahawa speaker DUN Selangor telah mengumumkan kekosongan kerusi kawasan tersebut akibat kegagalan ADUN Bebas, Badrul Hisham yang tidak hadir sidang DUN 6 bukan.

Kita nantikan pengumuman SPR , bilakah tarikh penamaan calon dan pembuangan undi.
Pu3 tak faham dengan rentak kawan nan seorang ini. melenting tak tentu pasal. rasanya menegur dalam bahasa kiasan ini adalah terbaik. bererti masih menggunakan bahasa yang berhemah berbanding menghentam. Pu3 harap sangat kawan ini bersabar dan jangan mudah melatah dengan usikan kawam-kawan yang lain. Semakin kita sensertif, semakin suka kawan menyakat.

Kasihan juga Pu3. Tapi Pu3 pun tidak mampu buat apa- kecuali mendoakan semoga kawan ini kuat dan tabah menghadapi usikan demi usikan yang memudahkannya melenting ni. kekadang, Pu3 datang nakal, pun menyakat dia ni, kLau dia ajak berdebat. lazimnya kawan pu3 mesti kata, kenapa asyik nak menang sahaja. Bukan Pu3 tidak mahu beri peluang, tetapi point Pu3. terus kena. Umpama tembakan sedasnterus menepati sasaran.

Pu3 akui, Pu3 bukan sempurna, punya kelemahan dan kekurangan, berusaha untuk memperbaiki kelemahan dan berkongsi pengalaman xengan menggunakan kiasan ataupun mutiara kata berbentuk motivasi buat Pu3 sendiri dan berikannya pada kawan lain. Sekurang-kurangnya, Pu3 berikan sesuatu yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh kawan-kawan lain untuk kebaikan bersama.

BERILAH SALAM


Terkejut Pu3 apabila menerima sapaan "OIT" oleh seorang kenalan baru dalam BBM selepas Pu3 menerima permintaannya. Sebelum menjawab sapaan itu, kPu3 terus memeriksa group yang Pu3 sertai , jika group yang Pu3 bangunkan, sudah pasti Pu3 tahu siap yang jadi ahli kumpulan. Cari punya jejak.. Walllaaaa.. group 1 perjuangan rupanya! hehehehehe
Sebagai menegur, sindiran , sapaan itu Pu3 jawab dengan ucapan "Waalaikumsalam" tergelak rakan baru itu , mungkin menyedari kesilapannya. Alhamdulillah.
Pengajaran yang perlu Pu3 ambil dan kongsikan kepada rakan-rakan. Sebagai orang beragama Islam, sebagai apa jua permulaan dalam berkomunikasi, tidak salah beri penghormatan dengan memberi salam. Kalau bukan sesama agama berilah sapaan yang sopan, salam sejahterakah, Hello, atau ucapan ringkas. Hai
Biarlah membina hubungan persahabatan dengan permulaan yang baik agar memberi kesan penilaian yang baik... hehehehe.. bujan hendak memalukan sahabat ini, tetapi sebagai tanda ingatan pada diri Pu3 agar tidak melakukan perkara sama.
Selamat Berjuang

alahai

mendengar keluhan seorang sahabat berkenaan jawatan mereka di KAFA, mereka merupakan guru sukarelawan, Bairul Mal. berdassarkan mesyuarat tadi Kawasan Lumadan. apa lagi peninglah sahabat kerana maklumat dari kawasan lain tidak serupa dengan apa yang disampaikan oleh pengurusan kawasan. Penyelia ni kenapa mahu buat keputusan tanpa merujuk dengan pengurusan atasan yang masih berbincang tentang kedudukan guru-guru yang mempunyai jawatan lain selain dari guru KAFA. Kecoh guru-guru apabila mereka konon diminta untuk meletak jawatan dalam masa 24 jam dan diminta untuk menolak sebarang elaun tambahan untuk guru sukarelawan. sedangkan telah diputuskan peringkat atas, pembayaran elaun baru akan bermula April. Setakat ini, pembayRan elaun dari jan sehingga mac masih seperti asal.

peliknya, kenapa penyelia seorang ini kalut mengkecohkan dan membuat huru hara ini. tidakkah tindakannya akan memalukan dirinya sendiri. jika tujuan hendak mengampu, salah tempat dan masa tu, guru KAFA ni bukan budak yang tidak berotak untuk merujuk hal ini kepada atasan. Mengikut keluhan guru KAFA ini, penyelia mereka yang seorang ini memang sangat lemah dari segi pengurusan. Alahai. kasihannya mereka

Pu3 berharap masalah ini segera diatasi. Perundingan antara JHEAINS dengan JAKIM juga msh dalam perundingan dan belum diputuskan sebarang keputusan. berharap sanagat hamba Allah seorang ini, bertindaklah dengan bijak. Jangan sehinagga staf meluat dengan gindakan diri yang tidak munasabah

YANG BERKOKOK DARI DALAM



Pagi ini bangun je, alahai memang otak tidak berhenti dari berikir. Tetapi seeloknya juga kot, ia membuatkan Pu3 berfikir apa yang berlaku sepanjang masa dan mata minda sentiasa berusaha merumuskannya.




Tersentuh peristiwa yang berlaku. pernahkah rakan terikir kenapa ada di antara orang di luar sana kononnya menolak kita, ataupun ada yang bercakap konon itu dan konon ini? Pu3 kaitkan tentang sebuah rumah yang besar yang dipenghunikan oleh sebuah keluarga yang sangat besar. Ada semuanya dari neneknya sehingga anak dan cucu. Mereka tinggal dalam kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang pelbagai. Selama ini, pendenduduk mahupun keluarga tersebut tidak mempunyai masalah langsung dari segi hubungan. Tiba-tiba ada di kalangan penduduk heboh kononnya keluarga tersebut sangat tidak sesuai tinggal di kawasan tersebut. Bergendang, berkompang pelbagai bunyi dikeluarkan, menyedapkan bunyi yang dicanangkan. Secara kebetulan adalah pula ahli keluarga membawa diri keluar dari keluarga tersebut. Si ahli itu mulai berkaraoeke ke sana kemari mencari bakal ahli keluarga barunya. itu satu hal. Mungkin saat itu penduduk akan katakan ahli keluarga yang merajuk itu mempunyai masalah atau memiliki sikap yang tidak serupa dengan keluarga lain, sebab itu dia keluar.
Malangnya, ada pula ahli keluar dalam rumah tersebut dok mencanang kt luar menegur ahli keluarga dalam rumah tetapi melalui penduduk luar keluarga. Rasanya apa pendapat orang luar. Mesti ada terdetik, kenapa ahli kelaurga yang tinggal bersama menyuarakan teguran di luar rumah sedangkan dia tinggal bersama dalam keluarga tersebut. pasti keluarga ini ada masalah yang tidak diketahui, semestinya keluarga ini adalah kalangan orang yang tidak baik. Pelbagai andaian negatif akan timbul dalam pandangan mereka.
Berbalik konon cerita parti kita UMNO. Pu3 menyatakan di sini kerana atas dasar cinta Pu3 kepada parti ini. kenapa kepimpinan dan ahli parti ini ada yang tidak sedar masalah yang dialami sekrang berpunca dari sikap mereka sendiri. Marah canang kan di luar, berselisihan gunakan media menguar-uarkan masalah. Konon mahukan tranperant. Orang yang tidak tahu apa-apa tentang hal ini menjadi tahu, mereka ini bukanlah tunggul kayu yang diletak atas tanah akan terus berada di tempat sana. Mereka ini bukan catitan dairy yang hanya menerima coretan. mereka ini manusia yang mempunyai otak untuk berikir dan mengandaikan suatu perkara berdasarkan suatu perkara.
Teguran Pu3, kalau inginkan kebaikan. Kenapa tidak bertegur dan saling bernasihat dalam parti secara dalaman. Jangan salahkan media. mereka hanya menyampaikan apa yang disampaikan kepada mereka. Itu tugas mereka. Mereka cari makan melalui maklumat yang mereka ketahui untuk diketahui orang lain. Yang hendak disakhkan adalah orang yang memberi maklumat.
Ayam berkokok dalam reban, biawak di luar sudah tahu ada ayam dalam reban. Siapa yang mendedahkan kehadiran ayam tersebut? jawapannya si ayam yang berkokok tulah.
Pu3 menyatakan dalam coretan ini berdasarkan peristiwa-peristiwa yangberlaku sepanjang penglibatan pu3 dalam keluarga UMNO ini. sedihnya apabila yang tua menegur konon atas dasar kekeluargaan tetapi kenapa gunakan media .. kenapa tidak kumpul ahli keluarga yang bermasalah itu dan ditegur secara keluarga. Itu untuk kebaikan atau sebenarnya mencari populariti. Jangan mengharap yang tua harus dihormati tetapi dalam masa sama yang tua tidak menghargai atau menghormati yang muda. Tidak perlulah tunduk sembah, tetapi menyayangi dan menghargai kewujudan mereka, kalau sayangkan anak, adakah ibubapa hebohkan kelemahan anak mereka kepada orang luar.
Renung-renungkan.

KEMAMPUAN??????


Kasihannya mendengar soalan-soalan yang dikemukakan petang tadi. Hendak diulas, itulah hakikatnya. 1 soalan yang menyentug rasa, apabila jawapan diberi mengguris hati. " jika tidak berkemampuan, jangan menjadi pemimpin" adui.. kenapa jawapan itu diberikan? Begitukah jawapan yang sangat relevan dikemukakan oleh seorang yang punya pengalaman? atau sememangnya punya pengalaman tetapi pengalaman kerana dia mampu berada di atas sana kerana memiliki kelebihan rezeki. Tak nk komen hal2 sebegini kerana bukan ini, matlamat pu3 hendak coretkan catitan kali ini.


Tema kali ini. KEMAMPUAN. Banyak jawapan boleh diberi jika soalan ini dikemukakan, punya duit yang banyak, boleh buat kerja, boleh memimpin, segalanya boleh. Tetapi dalam penilaian kali ini, dikaitkan cerita di awal coretan ini. apa yang dirasakan oleh rakan-rakan? Fikirkanlah. rasanya Pu3 faham maksud pemimpin itu dan sangat kurang beresetuju dengan ulasan yang diberi. kenapa tidak beri jawapan yang lebih elok dan tidak mengguris rasa. terlupakah apa yang dilakukan oleh mereka ini atas dasar kesukarelaan. Tiada gaji yang dibayar... hmmmm


salam kesedaran


ADA UDANG DI SEBALIK MEE??


Semalam, telah ditetapkan bahawa PAS mewakili Pr meletakkan calon dari kumpulan Muslimat PAS sebagai calon di DUN Tenang. Normala Sudirman. Seorang yang pernah menjadi warga pendidik tetapi sebelum ini telah dikhabarkan meletakkan jawatan. Tindakan calon ini sudah menunjukkan bahawa sememangnya dialah yg akan dinobatkan. Ada AKU KISAH?


Ceritanya sekarang, kenapa PAS meletakkan seorang berstatus HAWA sebagai calon untuk DUN Tenang? Ada beberapa andaian terfikir dalam kepala otak pagi ini. Calon lelaki tak ada. @ PAS tahu bahawa kawsan tersebut mereka bakal kecundang @ mereka ingin menarik perhatian pengundi perempuan yang sememangnya lebih ramai. Menangpun mereka sebagai hiasan semata... eeehhhh wahhhh.. tambahan boneka bunga dalam barisan pemimpin! Fikir2kanlah.
Yakin kebijaksanaan pengundi kawasan tersebut bahawa mereka mampu menilai pemimpin yang akan mewakili mereka.
Selamat berjuang rakan-rakan Pu3

KOMUNIKASI LISAN YANG BERKESAN


Jom hari ini Puteri ingin kongsikan cara komunikasi lisan yang berkesan. Bacalah sehingga habis walaupun mungkin rakan akan merasa bosan.


1. Gunakan Pandangan mata atau eye contact

Bercakap dengan memandang terus ke mata penonton. Tetapi bukan terus menatap mereka sepanajng masa bercakap. Rakan-rakan boleh tentukan anggaran 50% masa bercakap rakan adalah dengan menatap mata mereka. Pastikan bukan seorang atau dua sahaja penonton menjadi perhatian rakan. jika boleh mata rakan harus memandang hampir keseluruhan penonton yang ada. Ia sebenarnya untuk melihat riaksi muka atau bahasa badan penonton. Selain itu, dengan keberanian rakan menatap mereka, menunjukkan bahawa rakan-rakan jujur, yakin, menghormati mereka serta menghargai perasaan mereka. Selain itu, tindakan rakan berani melihat mereka, akan menanamkan keyakinan kepada mereka bahawa rakan-rakan memberikan maklumat yang tepat dan berkelayakan.
2. Gunakan suara percakapan yang baik
Kenapa rakan-rakan suka terhadap penyanyi kesukaan rakan-rakan? Jawapannya kerana sura mereka bukan? Walaupun rakan-rakan bukan seorang penyanyi, dalam memberikan ucapan, rakan-rakan boleh menggunakan nada dan intonasi sebagai penarikan. Yakinlah, penonton akan suka terhadap ucapan rakan-rakan jika rakan-rakan menyampaikan ucapan dengan suara jelas, tetapi bukan menjerit, selesa didengar dan mereka boleh mendengar dengan selesa apa sahaja yang rakan-rakan perkatakan. Pelbagaikan gaya lenggokan nada suara dan kelajuan bercakap. Selain itu, pastikan rakan-rakan berucap dengan kesungguhan, bersemangat dan menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan.
3. Bahasa dan bahasa badan yang sesuai
lenggok badan, gerakan tangan memainkan peranan semasa rakan-rakan berucap. Perlu ada sedikit pergerakan tetapi dalam kuantiti yang minima, jika terlalu banyak bergerak , rakan-rakan akan kelihatan seperti menari ataupun menyampaikan puisi. Kalau tidakpun, kelihatan seumpaman rakan-rakan umpama seorang yang menggigil , bergerak kerana mengurangkan getaran badan. Jangan sekali-kali rakan-rakan juga berdiri kaku, menunjukkan bahawa rakan-rakan tidak yakin.
Selain lenggok bahasa badan digunakan, sesuaikan bahasa yang disampai. Nilai siapa penonton rakan-rakan. Jangan gunakan bahasa yang tidak mampu difahami oleh penonton. Sebagai contoh, rakan-rakan berucap dalam sebuah kampung , tidak perlulah menggunakan bahasa saintifik ataupun bahasa asing yang memungfkinkan mereka tidak faham.
Selain dari dua perkara di atas, pakaian rakan-rakan juga sangat penting dititik beratkan. Pastikan rakan-rakan memakai pakaian yang sesuai dengan majlis ataupun adat resam kawasan yang rakan-rakan pergi temui penonton.
4. Gunakan buka nota kecil
Percayalah, tidak semua mempunyai kebolehan bercakap secara spontan atau bercakap berdasarkan fakta tanpa bantuan nota kecil untuk mengingatkan rakan-rakan fakta apa yang hendak disampaikan. Ada juga sememangnya bergantung sepenuhnya skrip ucapan yang telah disediakan. kebergantungan terhadap skrip ucapan menyebabkan rakan-rakan gagal memandang penonton.
5. Elak syok sendiri
Penyakit ini sangat perlu dielak dari dilakukan oleh rakan-rakan ketika memberikan ucapan. Jika melihat penonton sudah menunjukkan tanda-tanda mereka bosan dan mulai berborak antara satu sama lain, paling teruk apabila penonton mulai bersorak boooo atau memberi tepukan yang berbeza. berhentilah , tamatkan ucapan rakan-rakan. Bukan berhenti begitu sahaja. Berilah penutup ucapan dengan segera.
editor: selalu memerhati individu yang memberi ucapan di khalayak ramai. ada yang berucap secara spontan dengan membawa nota kecil hasil catitan maklumat yang disesuaikan dengan data yang diperolehi. tetapi sebilangan besar membawa senaskah skrip ucapan yang dibaca dari A-Z . Jangan menyangka pemimpin semua mempunyai kemampuan berucap dengan baik. Semasa menyertai Konvensyen BN Disember 2010 lepas. Berdasarkan beberapa kepimpinan yang berucap mewakili parti hanya 4 orang pemimpin yang mampu menarik perhatian editor kerana mereka berucap dengan cara menarik perhatian peserta/ perwakilan konvensyen. Ketua pemuda UMNO Khairy , YAB Ketua menteri Sarawak, Dtk Seri Mohd Taib. Timbalan Perdana menteri, YAB Tan Sri Muhiddin dan Perdana menteri Malaysia YAB Datuk Seri Najib. ( Ketua Puteri bukan tidak layak, tetapi kerana konvensyen tersebut adalah konvensyen BN, setakat ini belum berjaya wujudkan Puteri BN walaupun sedang giat diusahakan oleh Pergerakan Puteri UMNO lebih setahun) Kerana mereka mampu memberi ucapan hanya berpandu nota kecil dan menggunakan keseluruhan kaedah Komunikasi lisan yang berkesan yang telah dijelaskan di atas.
Selamat mencuba

Jika kita hendak membina sebuah hubungan. Apa yang kita inginkan terhadap orang yang kita ingin jalinkan hubungan itu? tidak kiralah hubungan itu sebagai sahabat, kawan semata atau jauh lebih itu. Ataupun mempunyai jaringan rakan yang sudah pasti selain sahabat juga musuh, atau lawan yang sengaja hendak memiliki jaringan hubungan untuk menyelidik rakan yang disasarkan.

Pagi ini, semasa membuka mesej pada rangkaian sosial. Hendak tergelakpun ada apabila membaca mesej dari seorang pengguna laman sosial, belum menjadi rakan sudah menampakkan bahawa dia seorang hamba Allah yang suka menyerang individu lain dengan pertuduhan yang sangat melucukan. MOHD NASRI MUARAT (Jumaat, 14hb Jan 2011. jam 11.00 malam) - " Apa jawatan anti dalam puteri UMNO dan kerajaan... pegi hj ikut menteri ke?" dalam masa yang sama telah membuat permintaan untuk menjadi rakan . Kalau iapun mempunyai misi mencari isu untuk melakukan pertuduhan. Tak boleh bersabarkah? kenapa terdesak sehingga menghantar mesej sedemikian. Orang yang paling bengal, bodoh, lembab sahaja tidak menyedari matlamat hamba Allah ini dengan kemukakan soalan sedemikian. Menunjukkan dia bukanlah seorang manusia yang layak menjadi apapun hubungan sama ada sahabat, rakan mahupun kawan.
Memaki, mencaci, menghina. merepek, mencarut.. dalam membuat komen juga melambangkan individu itu jenis yang bagaimana, tidak perlulah dijelaskan, rakan puteri pasti tahu jelas maksunya.

Editor : Amaran buat diri .. setiap kali membantu rakan Puteri pada laman sosial, tidak akan menerima sebagai permintaan menjadi rakan selagi tidak mengenali rakan yang membuat permintaan. selain penama yang tertera di atas, MUHAMAD MALIKI juga antara senarai nama yang tidak boleh diterima sebagai rakan. biarlah bertemu di dinding / wall rakan peuteri, untuk menerima dia sebagai rakan jauh sekali.

Selamat Berjuang rakan Puteri

jiwa kita

hari ini ujian kesabaran juga apabila apa yang dituliskan seblum sempat disimpan tiba-tiba IPAD buat hal... agaknya tersentuh mana2 atanpa disedari. dua perkara yang sedang dipelajari. menulis artikel dan belajar menggunakan gajet baru ini. jika menggunakan notebook, bolehlah masukkan sekali avatar media sriakndi sipitang, tetapi menggunakan IPAD sah penulisan ini tidak disertakan dengan sebarang gambar di dalamnya

Apa yang ingin dikongsikan petang ini berkenaan tindakan kita dalam melakukan provokasi terhadap isu yang ingin diketengahkan. dalam melemparkan maklumat, sudah pasti kita mempunyai misi agar audien terpengaruh dengan maklumat yang hendak kita sampaikan. ada tindak balas, sama ada mengikutinya ataupun menolaknya. seperkara yang paling penting, selain kita alert dengan isu semasa (thanks kepada kwan yang sudi kongsi maklumat) kita harus siapsiaga untuk mendapat respond atas penulisan kita. baik atau teruk.

# maklumat harus tepat.
# mental harus kuat
# kreatif dan minda krisis

kita melakukan tindakan memprovokasikan lawan kita atau sasaran kita dan mengharap audien terikut xengan matlamat kita. risikonya, jika kita sudah mulakan api, kita akan berhadapan demgan api juga. biasanya lawan atau audien akan memberi respond yng mungkin diluar jangkaan kita. ada kemungkinan akan memprovok kita pula. jika kita mahukan lawan kita melatah dan terkena tembakan tepat kita, mereka juga mempunayai matlamat yang sama untuk lancarkan segala peluru kepada kita. yang dahsyatnya ada audien yang bukan sebelah kita mahupun lawan kita, tetapi jenis pemikiran krisis akan menguji mental kita. berhati-hatilah, kala itu mereka sebenarnya menguji dan memberi penilaian terhadap kita. sama ada kita kuat dari mental. adakah kita bertindak dengan akal atau bertindak dikawal nafsu. jika kita berjaya menguasai audien sebegini, percayalah, mereka akan sentiasa mengikuti kita dan akan menyokong kita, tetapi jika saat kita diuji kita melatah.... sah mereka akan mentertawakan kita.

jika kita sudah menetapkan untuk melakukan pilihan dalam dunia penulisan krisis.. kit perlu persiapkan mental kita juga. akal kita sentiasa bergerak mencari jawapan, perlu peka dan cepat bertindak.

editor: masih dalam pembelajaran menjadi penulis krisis yang baik. perlu menangani kawalan emosi agar tidak tersalah tulis dan tindakan.

selMT berjuang untuk kawan-kawan dan diri sendiri

JOM BELAJAR GAYA KOMUNIKASI



Dalam pengucapan mahupun penuliasan, kita harus mengetahui perkara penting bahagaimana berkomunikasi dengan pembaca dan pendengar. lerana ianya adalah perkara yang membawa kepads kejayaan proses berkomunikasi.

Tak perlulah kita bincang tujuan kita mahukan berkomunikasi, setiap penulis dan yang berucapa sudah pasti mempunyai matlamat mengapa berlakunya komunikasi. mesej yang hendak disampaikan berjaya diterima dengan jelas dan tepat oleh pembaca ataupun pendengar.
Hakikatnya hanya ada 2 faktor menentukan gaya komunikasi sahaja yang dinyatakan melalui pembelajaran yang saya terima. Ini fakta. Tidak berani saya hendak buat fakta menjadi auta. Kedua faktor ini bertujuan untuk penulis mahupun percakapan menentukan sejauh mana kemampuan mengawal maklumat yang perlu diterima oleh audien, serta mengawal penglibatan audien.
Gaya memberitahu dan memujuk
penentu berjaya atau tidak adalah penulis atau speaker. Paling penting dan utama, komunikasi itu mampu mempengaruhi audien dengan persembahan yang menyakinkan mereka. Ia akan berfungsi untuk penyampai mesej menerangkan matlamat atau apa sahaja perkongsian . ianya hanya akan menunjukkan keberhasilan apabila audien melaksanakan tindakan seperti mana yang dikehendaki.
Gaya Konsultasi dan penyertaan
Gaya ini biasanya memerlukan sedikit maklumat atau hanya sebahagian maklumat untuk disampaikan. penyampai tidak mempunyai semua penyelesaian atau jawapan kepada isu yang ingin disampaikan. gaya ini meminta penyampai untuk berinteraksi dengan audien. Gaya penyampai memerlukan dia mewujudkan satu usaha sama dengan menggalakkan penyertaan audien untuk bersama-sama mencari jalan penyelesaian.
Berdasarkan 2 faktor ini, kita sebagai penulis dan juga kemungkin yang akan bercakap dengan audien. Dua faktor ini sangat penting. Kita mahukan penglibatan menerima bukan menolak mesej kita dan lebih malang menolak kewujudan kita. Ia juga membentuk agar kita tidak menjadi penyampai yang SYOK SENDIRI
editor: belajar dari apa yang berlaku. belajar dari pengalaman yang diperolehi akhir-akhir ini. mahukan menjadi seorang penyampai yang mampu mengajak audien terlibat serta dalam mencapai matlamat.

SALAM TAHNIAH

Walaupun agak terlewat sehari selepas menerima berita ini. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang mengucapkan Salam Tahniah kepada Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said , merupakan Timbalan Pengerusi perhubungan UMNO Sabah dan juga Ketua UMNO Bahagian yang dilantik menjawat jawatan Speaker DUN Sabah menggantikan Datuk Seri Juhar Mahirudin yang dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Sabah.

Tahziah "YANG GAMBI"


menerima berita pemergian seorang 'bloggers' yang banyak mencoretkan pandangan terhadap isu semasa yang berasal dari Pahang ini "Yang Gambi" terasa hilangnya seorang yang boleh dijadikan sumber rujukan dalam penulisannya. Diri yang baru berjinak dalam penulisan ini terasa kehilangannya. hasrat untuk lebih jauh mempelajari bentuk penulisan allahyarham tidak kesampaian
Ucapan, pernyataan kesedihan ditulis oleh rakan seperjuangan atas pemergiannya. Cuma 1 penulisan yang sungguh dikategorikan sebagai penulisan ucapan sangat biadap oleh BICARA ABU NAWAS pagi ini sangat tidak beretika. Cara penulisan yang tidak layak diletakkan sebagai KURANG AJAR sebab sudah banyak belajar. Kalau tidak belajar tidak mampu menjadi penuliskan.?! Dosa terhadap manusia tidak akan terhapus selagi tidak diampunkan oleh empunya diri. Kalau biadap terhadap orang yang sudah meninggal dunia, tunggulah hari akhirat jawabnya.
Apapun, UNIT IT Media Serikandi Pu3 Sipitang mendoakan semoga roh Allahyarham YANG GAMBI diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman. Tidak akan melupai perjuangan beliau untuk kesedaran anak bangsa Malaysia. pemergiannya tiada pengganti, walaupun semakin ramai kelahiran bloggers baru. Ianya tidak akan sama, hanya warisannya sahaja akan dipegang.

DEBAT

pagi ini 11.1.2011 ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar. Ibrahim, dalam PC telah mmenyatakan keketapannya untukertahan PROGRAM 100 hari PR. dengan dakwaannya program itu boleh dipakai. Malahan akan dijadikan sebagai salah satu isu utama PRK DUN Tenang.

selain itu Ketua pembangkang itu telah mencabar YAB Datuk Seri Najib, Perdana Menteri untuk lakukan debat terbuka berkenaan pengendalian ekonomi.. Beberapa respond diperolehi seperti Senator Ezam Mohd Nor menyatakan agar cabaran itu tidak perlu dilayan. Manakala Exco Pemuda Hisahamuddin Yahaya mengatakan banyak sangat bohong. dan menyatakan " mana ada kelas - Agendanews.

ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaludin hati ini menawarkan diri untuk berdebat secara terbuka dengan Ketua Pembangkang sebagai jawapan balas terhadap cabaran yang mengajak Perdana Menteri berdebat. dalam twitter kepada ketua pembangkang " Is that all you've got, sir? Retweeting someone else's words. You and me. Dayo Seri. On the economy. Let's debate" Malangnya Ketua Pembangkang itu melalui Twitter mempertahankan bahawa beliau berkeras untuk meneruskan cabaran berdebat dengan Perdana Menteri bukan dengan Ketua Pemuda UMNO tersebut.

Dalam masa yang sama! Ketua Penerangan Pemuda Datuk Seri Rezal Merican mencabar agar Ketua Pembangkang menerima sahaja cabaran Ketua Pemuda untuk berdebat.

Melalui twitter, Ahli Parleimen Hulu Selangor PKamalanathan menyatakan tidak perlu PM mahupun KJ tawar diri untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang tersebut. beliau menyatakan bahawa PM menjana ekonomi sedangan DS Anwar putar- putar.

nampaknya selain menguar-uarkan Program 100 hari PR, ketua Pembangkang ini mulai fokus ekonomi. Mungkin tercabar dan khuatiri popularitinya semakin terhakis dengan pengumuman PM 19 lagi Projek Petmulaan (EPP) bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang jana pelaburan RM67 bilion dan 35,000 peluang pekerjaan baru.

berfikir bijak untuk memberi penilaian. sebagai renunagn bersama

percayalah

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

secara pemerhatian, bererti pandangan peribadi sahaja bukan berdasarkan fakta. 1 persoalan yang timbul. persoalan ini sebenarnya sudah bertahun menjadi persoalan dalam minda. sikap prajudis perempuan terhadap perempuan. adakah sikap ini kerana ianya adalah terkandung dalam 99 nafsu perempuan itu?

ambil satu kes: seorang wanita mendapati pasangannya (lelaki) tertarik terhadap seorang wanita yang lain.

wanita itu secara spontan akan benyatakan bahawa wanita yang menarik perhatian pasangannya sebagai wanaita dot dot dot... itu pertuduhan yang berlaku secara spontan. selepas itu, wanita ini akan menceritakan masalahnya kepada rakan wanaita yang lain. Apa yang berlaku, anggaran 10 orang rakan wanita akan memberi jawapan bahawa kesalahan adalah wanita yang menarik perhatian pasangan sebanyak 9 orang. mungkin hanya seorang sahaja memberikan jawapan sebaliknya. 9. rakan tersebut akan membawa cerita kepada rakan-rakan mereka pula sehinggalah mungkin lebih 100. orang akan menerima cerita itu tanpa jelas bahawa hebahan itu hanya berpandukan maklumat dari seorang wanita yang mempunyai pasangan tertarik kepada wanita lain. lebih malang jika hebahan itu, ada perisa tambahan untuk menyedapkan rasa. semuanya akan menunding wanita yang menarik perhatian itu sebagai pesalah. persoalannya, berapa berapa peratus kemungkinan di antara 100 orang wanita menghebohkan cerita itu mengenali wanita yang dipersalahkan? berapa peratus dari 100 orang itu kembali merujuk hal berkenaan kepada wanita yang dipersalhkan?

Sebenarnya kes seperti ini bukan hanya sekadar bercerita, tetapi hakikat yang berlaku. kenapa awal penerangan tadi, dinyatakan dari 10 orang wanita itu, 9 daripadanya mempersalahkan wanita tersebut. Hanya seorang tidak. 1 itu mewakili individu yang meminta agar kes ini diteliti semula. betulkah wanita dituduh mengganggu si lelaki? atau kenapa lelaki tersebut boleh tertarik kepada wanita lain, apa kelebihan wanita itu yang tiada, atau usdah tidak dimiliki oleh wanita yang pasangannya memandang wanita lain. atau sememangnya lelaki itu jenis suka memandang wanita lain sebelum memiliki pasangannya. banyak perkara yang perlu dinilai sebelum melakukan keputusan. malangnya, 1 suara itu tidak mampu mengubah persepsi 9 orang yang lain.

cerita di atas hanya sekadar contoh kehidupan sosial yang berlaku. sebenarnya mesej yang ingin disampaikan dalam penulisan ini. apa sahaja bahagian, mahupun kategori, wanita berkemungkinan besar lebih prajudis kepada sejantinannya. kurang yakin, kurang percaya kemampuan rakan sejantinanya. atas dasar itu juga lelaki lebih kemungkinan besar akan dipilih sekiranya berlaku pemilihan antara lelaki atau wanita dalam sesuatu jawatan. malahan jika wanita tersebut dipilih, lelaki sebahagiannya mungkin akur dan sebahagian nya akan membantah kerana mungkin EGO . berbeza dengan kumpulan wanita. ( kawan2 jangan marah dengan pernayataan ini. kerana ia adalah berdasarkan pemerhatian) mungkin pengalaman orang lain adalah berbeza

kenapa dinayatakn wanita lebih prajudis kepada wanita lain.
1. hiburan realiti, berapa peratus wanita cenderung memilih artis wanita berbanding artis lelaki?
2. jawatan memilih, contoh PIBG sebagai contoh, berapa ramai YDP nya adalah dari kalangan wanita, sedangkan yang hadir lebih lebih ramai dari kalangan si ibu

salam merenung kembali. dan saya pun akan memikirkan kembali adakah apa yang saya nyatakan ini masih sama setelah melakukan tinjauan seterusnya

PENDIDIKAN SEKS DARI AWAL

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

CARA TERBAIK MEMBERIKAN PENDIDIKAN SEKS KEPADA ANAK-ANAK

* USIA 1-5 TAHUN

Dalam usia ini anak-anak boleh diperkenalkan organ sek miliknya secara ringkas. Misalnya , ketika memandikannya, boleh memberitahu pelbagai organ tubuh mereka seperti rambut, kepala, tangan, kaki, perut dan juga alat kelamin mereka. Jangan lupa dijelaskan perbezaan alat kelamin mengikut jantina. perlu ditegaskan bahawa alat kelamin adalah organ yang tidak boleh dipertontonkan secara sebarangan dan tidak boleh dibenarkan sebarangan persentuhan atau dipegang. Sekiranya berlaku , ajarlah anak untuk menjerit dengan kuat memberitahu kepada ibu bapanya. Dengan demikian, anak-anak ayang terlindung daripada serangan atau gangguan seksual.

*USIA 6-10 TAHUN

Usia ini lazimnya anak-anak semakin aktif bertanya berkenaan seks. Misalnya , anak akan bertanya dari mana dia berasal, ataupun pertanyaan secara umum seperti bagaimana asal-usul bayi. Jawapan-jawapan yang ringkas, padar dan terus biasanya efektif. Sebagai contoh: Jika soalan "dari mana bayi datang?" kita boleh memberi jawapan seperti dari dalam perut ibu. atau hanya menunjukkan simbol atau isyarat ibu sedang hamil.

* USIA 11 - 12TAHUN (MENJELANG REMAJA)

Usia ini merupakan fasa anak-anak meningkat remaja, sudah saatnya diberi penerangan mengenai haid kepada anak gadis. ataupun mimpi basah kepada anak teruna serta perubahan-perubahan fizikal yang berlaku kepada mereka. Kita boleh menerangkan bahawa si puteri kecil akan mengalami perubahan bentuk payudara, ataupun diterangkan adanya tumbuh bulu-bulu di kawasan alat kelaminnya.

* USIA REMAJA 13 - 17 TAHUN

Remaja akan mengalami banyak perubahan secara seksual. Perlu lebih intensif menanamkan nilai moral yang baik kepada mereka. Berikan penjelasan mengenai kerugian seks bebas seperti penyakit yang berpunca dari tindakan itu secara emosi.

Secara penelitian, pendidikan seks sejak peringkat awal akan menghindari kehamilan di luar nikah saat anak-anak berubah menjadi remaja. Tidak perlu merasa takut untuk membicarakan seks dalam keluarga kerana anak-anak berhak untuk diberikan maklumat yang tepat. Biasanya kegagalan mendapat maklumat dari ibu bapa dengan tepat, anak remaja ini akan mencari jawapan dari luar seperti rakan sebaya ataupun mendaptkan informasi dari dunia maya (internet) yang lebih menakutkan jika maklumat yang diperolehi adalah salah.

Seandainya anak remaja ini bertanya. "Mengapa bayi boleh ada dalam perut ibu?" jawapan yang boleh diberi dengan menyatakan bahawa bayi berada dalam perut kerana ada benih yang diberikan oleh ayah kepada ibu. Perlu diterangkan kaedah itu berlaku iaitu dengan berlakunya hubungan seks yang dilakukan antara lelaki dan wanita yang telah berkahwin.

****** penerangan yang tepat berkenaan hubungan seks ini akan memberikan gambaran tepat keapada remaja tentang bahayakan melakukan hubungan seks sebelum perkahwinan. ditegaskan juga pertentangan perbuatan tersebut dalam bidang agama itu sendiri, mengharamkan perhubungan sks sebelum berlakunya perkahwinan mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan ********

PESANAN UNTUK SAHABAT

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

twitter vs facebook

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

setahun kebelakangan ini, facebook dan twitter sudah menjadi alatan komunikasi yang bukan sahaja digunakan di kalangan remaja atau belia sahaja, malahan pemimpin-pemimpin dalam semua kumpulan sudah menjadikannya sebagai saluran menceritakan aktiviti, medamn perdebatan, perbincangan serta pemberitahuan apa-apa sahaja berkaitan pribadi, kumpulan mahupun kehidupan sosial mereka.

para belia ataupun remaja suatu masa awalnya kewujudan saluran ini , mereka sering dikaitkan sebagai sebahagian aktiviti yang hanya merosakkan pemikiran. malahan di kalangan kepimpinan juga, ada di kalangan mereka menganaggap pemimpin yang suka mengagunakan laman sosial ini sebagai kumpulan yang tidak matang, sekadar permainan yang tidak mendatangkan manaafaat.

Namun, kemenangan Obama, Presiden USA sekarang telah membuka satu era baru, membuka mata mereka yang sebelum ini melihatnya sebagai suatu aktiviti sosial untuk anak-anak menjadi suatu saluran komunikasi yang sangat berguna, sebagai alatan interaksi mendekatkan diri mereka dengan masyarakat sekaligus mempopularkan aktiviti mereka.

walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, jika sebelum ini, sms atau panggilan telefon diguna pakai untuk melakukan perbincangan atau menyalurkan rasa tidak puas hati mereka kepada orang berkenaan. tetapi kini, Twitter telah digaunakan oleh kalangan pemimpin untuk berinteraksi, menyoal rakan twitter mereka, malahan perdebatan personal, hentam menghentam berlaku secar terbuka dan boleh dikongsi lihat oleh rakan twitter lain. Tak percaya? cubalah aktifkan twitter anda, add lah seberapa ramai kepimpinan tidak kira pro kerajaan mahupun pembangkang. malahan sesama kumpulan mereka jika berlaku ketidakpuasan juga mengguanakan alatan ini sebagai perbincgan, boleh diketahui sama ada komunikasi ini dua hala atau hanya menjadi komunikSi sehala.

apapun, selamat membuka minda pada rakan semua, menjadilah individu yang bijak menilai, menolak nafsu dalam melakukan keputusan.

SELAMAT KEMBALI SESI PERSEKOLAHAN

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

Penggal sesi persekolahan 2011 telah bermula hari ini. Sudah pasti ramai anak-anak bersemangat memulakan sesi pembelajaran di sekolah masing-masing pada hari ini. Jelas bahawa anak-anak ini bersemangat bertemu semula rakan-rakan yang sudah lama terpisah sepanjang cuti hujung tahun, ataupun anak-anak yang baru melangkah masuk ke alam persekolahan yang baru berkenalan dengan rakan-rakan baru mereka.
Mereka inilah generasi yang akan mewarisi apa yang sedang kita kecapi dan membentuk persepsi mereka masa hadapan. Jika kita gagal mempertahankan keamanan, keselesaan serta menghalang arus pembangunan ini dari terus ke hadapan, suatu saat, generasi inilah akan mempersalahkan kita kerana kecuaian kita, sehingga kehidupan mereka sangat sukar.
Salam sayang anak-anak , belajarlah rajin-rajin untuk menuntut ilmu setinggi yang mungkin. Biarlah minda anak-anak dipenuhi ilmu yang berguna, amalkan kehidupan yang bermoral serta menjadi insan yang intelek, bijak dalam menilai permata ataupun kaca agar tidak diperbodohkan oleh pengkhianat bangsa Malaysia.

Tahun 2011

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

pergerakan puteri umno bahagian merakamkan selamat menyambut tahun baru. pihak kami berharap agar tahun baru ini pelaksanaan bagi setiap individu lebih kepada rasa tanggungjawab mencintai negara tercinta malaysia

jangan mudah terhasut dgn dakwaan pihak yang hanya berjuang kepentingan peribadi. gunakan kebijaksanaan dalam menilai. teruskan perjuangan untuk pembangunan kualiti diri dan hasilny untk masyarakat.

cintainya negara kita malaysia, cintai masyrakat malaysia, cintai kbudayaan kita. 1 matlamat, 1 destinasi, 1 perjuangan, 1 arah. 1 malaysia