Followers

SENARAI PENGERUSI & TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

Setiausaha Agong Datuk Seri Tengku Adnan umum perlantikan semula Pengerusi Perhubungan Dan Timbalan Pengerusi UMNO Negeri-negeri yang melibatkan 13 buah negeri, yang berkuatkuasa 1hb Jan 2011.

1. Perlis : Pengerusi : YAB Dato' Seri Dr Mohd Isa Bin Sabu . Timb Pengerusi : YB Dato' Seri Shahidan Kassim

2. Kedah : Pengerusi : YB Bato' Paduka Ahmad Basha Md Hanipah. Timb Pengerusi : YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir

3. Kelantan : Pengerusi : YB Dato' Sri Mustapa Mohamed. Timb. Pengerusi: YB Sen. Dato' Dr Awang Adek Hussin

4. Terengganu : Pengerusi : YAB Dato' Seri Ahmad Said. Timb. Pengerusi : YB Yahya Khatib Mohamad

5. Pulau Pinang : Pengerusi : YBhg. Dato' Hj. Zainal Abidin Osman. Timb. Pengerusi : YB Sen. Datuk Hj Musa Hj Sheikh Fadzir.

6. Perak: Pengerusi : YAB Dato' Seri Dr Zambry Abd kadir. Timb Pengerusi : YB Dato' Seri Hj Ahmad Husni Hanadzlah

7. Pahang: Pengerusi: YAB Dato' Sri Adnan Yaakob. Timb. Pengerusi: YB Dato' Hj Mohd Sharkar Shamsudin

8. Selangor : Pengerusi: YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Hj. Abdul Razak. Timb Pengerusi: YB Dato' Seri Noh Omar

9. W. Persekutuan : YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Mohd Yassin. Timb Pengerusi: YB Sen. Datuk Raja Nong Chik Dato' Raja Zainal Abidin

10. Negeri Sembilan : YAB Dato' Seri Utama Mohamad Hassan., Timb. Pengerusi : YB Dato' Shaziman Hj Abu Mansor

11. Melaka : Pengerusi: YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam . Timb. pengerusi ; YB Datuk Wira Abu Seman Yusop

12. Johor : Pengerusi : YAB Dato' Hj Abdul Ghani Othman. Timb. Pengerusi: YB Datuk Dr. Hj Abd Latif Hj Ahmad

13. Sabah : Pengerusi ; YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman. Timb. Pengerusi : YBhg Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said

PENINGKATAN PRESTASI PMR SABAH MEMBERANGSANGKAN

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi
23hb Disember 2010 merupakan saat yang mendebarkan bagi setiap calon PMR 2010. Masing-masing telah bersedia menerima kemungkinan dengan keputusan. Tidak hairan juga, sejak awal telah merancang untuk keputusan pembelajaran mereka selepas pengumuman keputusan PMR dikeluarkan. Pergerakan Puteri UMNO Bahagian menilai bahawa keputusan sama ada cemerlang mahupun sebaliknya merupakan suatu pembuka jalan untuk setiap calon PMR menilai, di mana kehidupan mereka masa depan kelak. Mungkin cemerlang dalam akademik, mungkin ada yang lebih kepada keilmuan berbentuk kemahiran. Yang penting, mereka adalah antara pelapis kepimpinan masyarakat kelak sesuai dengan bidang yang bakal mereka ceburi.


PMR menunjukkan peningkatan untuk 4 matapelajaran teras yang mana 96.6% lulus dalam Bahasa Melayu dengan peningkatan sebanyak 0.51%, 67.2% untuk Bahasa Inggeris dengan peningkatan 3.88%, 89.9% lulus untuk Matematik dengan peningkatan 3.44% dan 94.7% Sains dengan peningkatan 0.07%. Menurut pengumuman Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Datuk Haji Muhiddin Yasin pencapaian dengan peningkatan sebanyak 0.75% berbanding keputusan PMR 2009.

SM Sains Lahad Datu mencatat pelajar yang paling ramai memperolehi 8A dengan 67 orang pelajar diikuti SM Sains Kota Kinabalu seramai 49 orang. Kedua sekolah ini merekodkan lulus 100% . 6 buah sekolah memperolehi sekolah terbaik Gred Putara Sekolah (GPS) SM Sains Lahad Datu 1.08, SM Sains Kota Kinabalu 1.15, SM Agama Kota Kinabalu 1.57, SMK Agama Inanam 1.7, SMK Tawau 1.95 dan SM St Micheal Penampang 1.95.




Ilmu yang dipelajai adalah sebagai teori semata, manakala yang praktikal itu adalah lebih bernilai. Jaya atau gagalnya dalam ujian, itu bukan suatu titik noktah kehidupan. Yakinlah pada kemampuan diri, bahawa SAYA BOLEH” Kata Ketua Puteri Bahagian, dia menyatakan rasa bangga dan gembira kerana 2 daripada nama sekolah yang tersenarai itu merupakan tempatnya belajar semasa sekolah dahulu iaitu SM Agama Inanam dan SM Agama Kota Kinabalu.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sipitang Mengucapkan TAHNIAH kepada seluruh calon PMR yang lulus pada tahun ini. Salam perjuangan kepada keseluruhan mereka, yakinlah adik-adik, perjalanan kalian masih panjang. Kami berharap ia berkahir dengan pemilihan anda adalah sebahagian individu yang bernilai tinggi walau apapun bidang dijeburi selagi ianya adalah berlandaskan yang positif.


SALAM PERJUANGAN

KURSUS MASAKAN ALA THAI & SATEY

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

Bertempat di bangunan KEMAS Kg Weston, kawasan DUN Lumadan. Pergerakan Puteri Bahagian, dengan kerjasama JPPSM telah menganjurkan kursus Masakan Ala Thai dan Sate selama 5 hari diikuti kursus keusahawanan selama 2 hari.






Pada Penutupan kursus itu, Pengarah JPSSM Sabah sendiri telah hadir dan merasmikan penutupannya. Sekali lagi Penyertaan melibatkan kawasan Parlimen Sipitang telah merekodkan sekali lagi dengan penyertaan lebih seperti kursus sebelumnya.





Antara masakan yang telah dipelajari dan dipamerkan semasa majlis penutupan tersebut







Inyallah program kemahiran seperti ini akan menjadi keutamaan oleh pergerakan Puteri UMNO Bahagian untuk perkongsian ilmu kepada masyarakat.

RENUNGAN

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi