Followers

Mencari alasan

Puteri UMNO Sipitang Puteri Seri Kandi

Pemikiran kami tidak sekritikal pemikiran beberapa bloggers yang aktif memaparkan pandangan merak berkenaan isu-isu yang ada kalanya membentuk 1 kontroversi atau topik perbualan setiap individu yang membacanya. Pemikiran kami mungkin hanya setakat pemikiran biasa-biasa sahaja. Tetapi ada perkara yang menjadi kemusykilan kami. Berkenaan mengapa ada manusia yang suka menimbulkan alasan untuk dia memberi alasan menerima dan menolak sesuatu perkara. Dijadikan alasan untuk mengatakan, kalau tidak beri alasan, dia akan buat perkara begitu begini itu ini dan sebagainya. Konon berminat tetapi memberi alasan yang minat itu terhalang kerana apa yang dinilainya konon “kabur” atau “samar-samar”


Kebiasaanya, mengikut pengalaman, individu sebegini menyertai sesuatu perkara kerana berkehendak sesuatu yang memenuhi keperluan dirinya. Lajimnya dia akan menilai dan meletakkan dirinya sangat pintar dan bijak. Berbangga apabila dipuji dan akan mengamuk apabila dikritik, kerana dia bukan jenis yang boleh menerima ada orang yang lebih tahu dari dirinya, enggan menerima pandangan orang lain. Meletakkan dirinya sebagai seorang yang sentiasa benar, dan akan meletakkan individu lain salah.

Pemikiran kami sangat ringkas. Data dan maklumat telah diberi, dari media alternatif sehinggalah media massa , maklumat disajikan. Dari yang buruk sehingga yang baik. Kenapa tidak difahami sahaja maklumat itu? Mengapa mesti menunggu untuk dirayu untuk turut? Jika tidak dipujuk, dirayu mulalah merajuk konon kalau begini baik ikut kumpulan lain. Bererti, ada sikap EGO yang menguasai diri individu tersebut, ada sikap takbur dalam dirinya, ada hasrat dan angan-angan berkehendak jika dirinya menyertai kumpulan itu, tempatnya bukan sekadar serta tetapi mesti berada dalam tempat teratas. Dia tidak akan menyumbang tetapi minta disumbang dan mengarahkan.


Pelbagai aktiviti dan program telah diadakan. Hampir kesemuanya berbentuk perjuangan kebajikan serta kesedaran menyintai negara. Yang pelik, yang remeh itu juga dipandang. Betulkah Puteri itu glamour? Betulkan perjuangan puteri itu sama-samar? Betulkah perjuangan Puteri itu perjuangan glamour? Alahai.. kalau mengejar glamour, baik jadi selebriti atau artis. Tidak perlulah meredah hujan, bertahan panas bekerja tanpa bayaran. Tidaklah perlu memeningkan kepala dengan memikirkan , bagaimana hendak membantu individu lain yang susah. Tidak perlulah bertegang leher kerana mempertahankan hak orang melayu dan bumiputera.


Ada aktiviti yang untuk kebaikan individu lain, tetapi peliknya, diselongkar juga mencari bahan untuk diburukkan aktiviti itu. Serba salah dibuatnya, buat begini, kata tidak sesuai, buat yang itu, diulas sebagai ‘glamour’. Pelbagai alasan untuk menolak.


Sekarang muktamadnya, jika mahu ikut, tidak mahu jangan beri pelbagai alasan untuk dirayu.
Kesedaran bukan datang dari orang lain tetapi dsari diri sendiri. Orang lain hanya mampu memujuk dan menerangkan, yang mengubahnya adalah diri sendiri. Tepuk dada tanya diri, .


SALAM PERJUANGAN

fikir- fikirlah sendiri

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

Mengapa mudah sangat sesetengah dan segelintir individu dengan kata-kata yang mungkin mereka akan ditipu. Mengapa ada segelintir manusia yang sentiasa membiarkan diri mereka dikuasai nafsu dan menenggelamkan kewarasan akal fikiran mreka. Mengapa ada manusia yang sanggup merosakkan manusia lain , hanya kerana inginkan dirinya berada di kemuncak kedudukan. Mengapa ada manusia merelakan dirinya diperbodohkan hanya kerana terlalu taksub dengan seseorang indiviu tersebut. Mengapa mereka tdak pandai sedar bahawa mereka ini memeilki akal fikiran untuk digunakan berfikir membezakan yang mana inta dan mana kaca, madu atapun racun. Mengapa ada manusia yang diberi kebaikan kepada dirinya tetapi sebagai balasannya berubah habuan memusnahkan individu yang memberikan kebaikan kepadanya. Alangkah malangnya jika mereka-mereka ini sebahagian individu yang terlibat dalam kehidupan diri kita.

Tertarik dengan kata-kata saudara Bro Dani Daniel dalam Facebook beberapa hari lepas.” Bertanam madu dibibir, bertanam halia di hati” biasa mendengar ayat yang pertama tetapi ayat yang kedua itu, inilah kali pertama membacanya. Apabila soalan dikemukakan oleh beberapa rakan, beliau telah menjelaskan maksudnya. Menabur janji manis tetapi mempunyai niat sebaliknya. Bukankah maksud itu hampir mengenai kepada individu yang suka menabur dan menguar-uarkan janji-janji kononnya mereka akan melakukan kejutan yang konon itu dan ini? Setiap kali masa janji itu sepatutnya terlaksanana, ianya menyepi. Untuk menutup janji sebelumnya, janji lain pula mengambil alih. Persoalannya , mengapa ada juga individu sudi diperbodohkan diri mereka berulang-ulang? Tetap menerima dan telan janji itu. Sekali dua itu, mungkin kerana khilaf, tetapi saban kali janji tutup janji, tidakkah terfikir ini merupakan satu penipuan besar? Alahai kasihannya mereka.

Memori bergambar rumah terbuka UMNO Bahagian 2010

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

MAJLIS RUMAH TERBUKA

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi





Majlis Rumah Terbuka UMNO Bahagian Sipitang telah dilaksanakan sebanyak 2 kali pada tahun ini dengan 2 lokasi serta tarikh yang berbeza. Berlangsung Majlis Rumah terbuka yang pertama pada Hari Raya kedua (11hb September 2010) di Dewan Serbaguna Sipitang. Kehadiran masyarakat kawasan Parlimen Sipitang sungguh memberangsangkan. Walaupun jemputan diumumkan majlis akan bermula jam 10.00 pagi, namun ada yang bersemangat hadir awal dari yang telah dinyatakan, serta mereka setia menunggu sehingga majlis itu selesai. Seperti tahun-tahun sebelumnya, selain jamuan makan berbentuk pondok-pondok yang menyediakan pelbagai juadah makanan , majlis ini diserikan juga dengan persembahan muzik tradisional kumpulan Gambus dan Kulintangan, selain itu juga kehadiran artis tempatan dan artis Akedemi Fantasia iaitu Ebi Kornalis, Felix dan Ain AF8 menyerikan majlis tersebut. Tema kali ini ‘UNGU”


Kejutan? Mestilah ada. Patung @ poster berupa diri Ketua UMNO Bahagian menanti di muka pintu dewan. Beberapa orang jawatankuasa UMNO bahagian tekena guraan tersebut apabila mereka menyangka bahawa poster itu adalah yang sebenar. Manakala Ketua Puteri UMNO Bahagian yang hadir awal juga terkejut melihat poster terkejut. Menurutnya, semasa dalam perjalanan ke dewan, beliau masih melihat kenderaan ketua Bahagian , mengagak ketua bahagian belum sampai lagi di dewan. Apa lagi, peluang sebegini telah dijadikan peluang oleh orang ramai mengabadikan kenangan mereka dengan poster ketua Bahagian. Kata mereka, bukan kerana susah hendak bergambar dengan Ketua Bahagian, tetapi takut tidak berpeluang lagi melihat poster tersebut tahun hadapan.

Majlis Rumah Terbuka kedua UMNO Bahagian Sipitang pula berlngsung pada hari raya ke-6 (15hb September 2010), bertempat Dewan Sekolah Menengah Vokasional, Beaufort. Pelaksanaannya hampir sama dengan majlis pertama, iaitu juadah pelbagai pilihan, tetapi kali ini, para pengunjung disajikan persembahan artis jemputan iaitu Juara Raja Lawak 2010 iaitu kumpulan KECIK dan cabutan pengunjung bertuah. Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga berbeza dari sebelumnya iaitu berbentuk basikal, barang-barang elektrik dan telefon bimbit yang semuanya sumbangan sebahagian jawatankuasa UMNO bahagian Spitang. Selain itu, Jawatankuasa pelaksana telah memberi kejutan istimewa kepada Ketua UMNO Bahagian (YB Datuk Sapawi Ahmad) serta Timbalan ketua Bahagian (YB Kamarlin Ombi) dengan menghadiahkan Kad Ucapan Selamat Hari Raya yang direka khas oleh jawatankuasa UMNO Bahagian. Istimewanya majlis kali ini, walaupun tiada pakatan untuk membuat tema pakaian jawatankuasa, secara kebetulan hampir keseluruhan jawatankuasa memakai pakaian tema jingga, kuning.

Pergerakan Puteri UMNO Merakamkan ribuan terima kasih kepada penyumbang Hadiah Pengunjung bertuah kali ini. Walaupun permohonan secara tidak formal dilakukan olehg Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian kepada mereka, namun atas dasar kekeluargaan, para penyumbang sudi menyumbangkan hadiah tersebut mengikut yang telahdi persetujui sebelum ini. Harapan kami, pada tahun hadapan, sekiranya sekali lagi kami dimandatkan melaksanakan aktiviti pengunjung bertuah ini, semoga lebih ramai lagi sudi menyumbangkan hadiah-hadiah tersebut. SALAM RIBUAN TERIMA KASIH.

SALAM 1 MALAYSIA, SALAM AIDIL FITRI

SALAM HARI MALAYSIA

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ucapan ini seharusnya dinyatakan beberapa hari yang lepas, malangnya baru malam ini berpeluang melafazkannya. Hari ini juga merupakan sambutan HARI MALAYSIA, untuk julung kalinya disambut untuk seluruh negara setelah terbentuknya negara Malaysia setelah 47 tahun Sabah dan Sarawak bergabung.

Sebelum ini, setiap kali tarikh 16hb September, rakyat Sabah meraihkan hari ini sebagai Hari Jadi TYT, hanya negeri Sabah sahaja menikmati perayaan ini sebelumnya. Sama seperti sambutan 31hb Ogos, aktiviti perarakan, perbarisandi Padang Merdeka Kota Kinabalu serta penganugerahan darjah pingat kebesaran dilaksanakan di Istana. Soalan yang akan ditanyakan oleh individu yang berhasrat menerima penganugerahan : “ Siapa yang dapat gelaran Datuk tahun ini?”, atau siapa pula dapat pingat lagi tahun ini? Seperti tarikh ini hanya dikenang sebagai hari sambutan beramai-ramai dan penerima kebanggaan anugerahan kebesaran sahaja.

Tetapi bermula tahun ini, tarikh ini telah berubah wajah, seluruh masyarakat Malaysia dan seluruh masyarakat dunia akan mengetahui inilah harinya terbentuk Negara Malaysia. Berbangga kerana sebagai mukadimah sambutan HARI MALAYSIA kali ini, negeri Sabah diberi pengikhtirafan sebagai tuan rumah menyambutnya.

SALAM 1 MALAYSIA

BERANI YANG BAGAIMANA

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi

Terlalu lama menyepikan diri, senyap 3 bulan dari melakukan catatan sememangnya perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Tetapi ia terpaksa diakui, ruang masa terlalu padat sehingga kembali ke rumah, tenaga kudrat tidak mampu untuk melakukan aktiviti berkongsi cerita.

Pertama Salam Kemerdekaan ke-53. 1 Malaysia Menjaga Transformasi. Baru sehari berlalu sambutan ini berlangsung dengan penuh kesederhanaan. 15 hari lagi Negara kita menyambut Hari Malaysia. Hari terbentuknya negara Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak.



Siapa Namewee, gempar 1 negara menceritakan individu yang langsung tidak menghargai negaranya sendiri, memperolokkan dan mempersendakan negaranya sendiri. Menghina kehormatan negaranya sendiri melalui video klipnya berbaut perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman, mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar pada 12 ogos yang lalu. Tindakannya ini yang benar-benar menunjukkan betapa dia TIDAK LAYAK menikmati apa-apa kehidupan di negara ini. Ini bukan tindakannya yang pertama, tahun 2006 manusia ini juga pernah melakukan perkara sama dengan menghina lagu kebangsaan dan mempersendakan kerajaan melalui video klipnya. Dulu boleh dikatakan dia belum matang.. takkan ini juga masih belum matang atau memang tidak akan sedar-sedar kecuali dikenakan hukuman .