Followers

Kongsi apa yg diketahui tentang komunikasi & undang2 berkait (tugasan)

Puteri UMNO Sabah Puteri Seri Kandi
Berpandukan maklumat berkaitan dengan Isu Karikatur Menghina Nabi Muhammad S.A.W. , jawab persoalan dan tunjukkan,

• Bagaimana media massa dapat mengehadkan tindakannya menyiar atau memaparkan bahan berita yang bersifat menghina , menghasut yang boleh menggugat ketenteraman awam ?


Sesebuah organisasi media massa khususnya seharusnya peka dengan situasi serta faham dengan jelas peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam undang-undang yang termaktub dalam akta-akta yang telah wujud dalam negara ini , sebelum bertindak untuk mengeluarkan bahan-bahan yang melanggari peraturan tersebut . Kekhilafan pentadbir organisasi dalam media itu dalam memastikan perjalanan penerbitan berita-berita ataupun artikel-artikel yang selamat . Dengan ertikata lain ‘Selamat’ mengikut tafsiran akta-akta yang berkaitan dengan bidang yang mereka jalankan .

Bukan sahaja peka pada perkembangan isu luar negara yang dibawa masuk dalam media massa negara , bahkan mengaplikasikan pengetahuan dalam undang-undang yang telah ditetapkan , sama ada dalam akta-akta ataupun dalam perlembagaan persekutuan yang menjadi nadi perjalanan di bawah pentadbiran kerajaan Malaysia.
Demikian juga dalam isu sensetif yang berkaitan dengan penyiaran 12 karikatur yang menghina junjungan Nabi Muhammad s.a.w. yang bukan sahaja kesalahan etika kewartawanan , malah juga membabitkan kehormatan suatu agama yang telah menjadi sebahagian hak asasi manusia dalam berpegang kepada kepercayaan beragama . Individu lain harus menghormati pilihan tersebut . Tiada sesiapapun berhak untuk menghina suatu-suatu agama .

Pentadbiran negara yang dikawal oleh undang-undang termasuklah ketetapan dalam akta dan perlembagaan telah menetapkan seluruh organisasi dan setiap individu wajib berpegang pada ketetapan tersebut . Tiada pengecualian walaupun Yang Di-Pertuan Agong itu sendiri berada di bawah peraturan undang-undang .

Melalui Akta Hasutan (1948) yang mentafsirkan kesalahan-kesalahan yang boleh disabitkan melalui akta ini iaitu :

Seksyen 4 Kesalahan-kesalahan.
(1)Sesiapa yang –
(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau bermuafakat dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, atu, jika dilakukan, tetap mempunyai kecenderungan menghasut;
(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut;
(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluar ulang apa-apa penerbitan menghasut; atau
(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut,

Adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoj tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-dunya dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun; dan apa-apa penerbitan menghasut yang didapati dalam milik orang itu atau yang digunakan sebagai keterangan dalam pembicaraannya hendaklah dirampas dan boleh dimusnahkan atau dilepaskan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaimana diarah oleh mahkamah

(2) Seseorang yang ada dalam miliknya dengan tiada apa-apa sebab yang sah apa-apa penerbitan menghasut adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh bagi kesalahan kali pertama dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lapan belas bulan atau kedua-duanya, dan, bagi kesalahan yang kemudian, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun, dan penerbitan itu hendaklah dirampas dan boleh dimusnahkan atau dilepaskan dengan apa-apa cara lain mengikut sebagaimana diarah oleh mahkamah.

Seksyen 9 Menggantung akhbar yang mengandungi perkara menghasut.

(1) Apabila seseorang itu disabitkan kerana menerbitkan dalam mana-mana akhbar mana-mana perkara yang mempunyai kecenderungan menghasut, mahkamah boleh, jika difikirkan patut, sama ada sebagai ganti atau sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman lain, membuat perintah mengenai semua atau mana-mana daripada perkara yang berikut:
(a) melarang penerbitan selanjutnya akhbar itu, sama ada dengan mutlak atau mengikut syarat-syarat yang akan dinyatakan dalam perintah itu, selama sesuatu tempoh tidak lebih dariipada satu tahun dari tarikh perintah itu;
(b) melarang penerbit, tuanpunya, atau penyunting akhbar itu, sama ada dengan mutlak atau mengikut syarat-syarat yang akan dinyatakan dalam perintah itu, selama tempoh yang tersebut di atas, daripada menerbitkan, menyunnting atau menulis bagi mana-mana akhbar, atau daripada membantu, sama ada dengan wang atau dengan apa-apa yang bernilai wang, dengan bahan, perkhidmatan sendiri, atau dengan apa-apa cara lain dalam penerbitan, penyuntingan ataupengeluaran mana-mana akhbar; dan
(c) bahawa selama tempoh yang tersebut di atas apa-apa alatan percetakan yang digunakan untuk mengeluarkan akhbar itu hendaklah digunakan hanya mengikut syarat-syarat yang akan dinyatakan dalam perintah itu, atau bahawa alatan percetakan itu hendaklah diambil oleh polis dan ditahan oleh mereka selama tempoh yang tersebut di atas.

(2) Sesiapa yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak lebih daripada daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.

(3) Tiada apa-apa dalam Akta ini boleh menyentuh kuasa mahkamah untuk menghukum man-mana orang yang melanggar seauatu perintah yang dibuatdi bawah seksyen ini kerana penghinaan terhadap mahkamah:

Dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun boleh dihukum dua kali bagi sesuatu kesalahan..

Malah dalam Kanun Keseksaan (Akta 574) telah jelas menunjukkan bahawa sekiranya berlaku suatu tindakan berunsurkan fitnah telah ada garis panduan . individu yang terlibat dengan pelanggaran tersebut akan dikenakan hukuman berdasarkan kesalahan yang disabit dan terbukti bersalah . Kesalahan begini akan dikenakan hukuman iaitu :
Seksyen 499 Fitnah
“ Barang siapa, sama ada dengan perkataan yang dituturkan atau dimaksudkan untuk dibaca atau dengan isyarat, atau dengan pernyataan zahir, membuat atau menyiarkan apa-apa tomahan mengenai seseorang, dengan maksud hendak merosakkan, atau dengan mengetahui atau dengan ada sebab mempercayai bahawa tomahan itu akan merosakkan nama-baik orang itu, adalah dikatakan, kecuali dalam hal-hal yang dikecualikan kemudian daripada ini, menfitnahkan orang itu”

Seksyen 500 Seksaan bagi Fitnah
“ Barang siapa menfitnah seseorang hendakla diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”

Seksyen 501 Mencetak atau mengukir perkara yang diketahui sebagai fitnah
“Barang siapa mencetak atau mengukir apa-apa perkara, dengan mengetahui atau dengan ada sebab yang cukup bagi mempercayai bahawa perkara itu adalah menfitnah seseorang, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”

Seksyen 502 Menjual benda yang bercetak atau yang beukir yang mengandungi perkara fitnah
“ Barang siapa menjual atau menawar untuk jualan apa-apa benda yang bercetak atau yang berukir, yang mengandungi perkara fitnah, dengan mengetahui bahawa benda itu mengandungi perkara itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.”

Hak agama Islam itu sendiri telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menerangkan bahawa agama Islam adalah agama rasmi persekutuan melalui Perkara 3(1) yang menjelaskan bahawa:
“Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”


Sekiranya penyebaran ini dilakukan sehingga menimbulkan keadaan huru-hara sehingga mengancam keselamatan harta awam dan nyawa orang awam . Perkara ini pula merujuk Akta Keselamatan dalam Negeri (1960) yang jelas disentuh dalam Bahagian III yang berkaitan dengan Kuasa-kuasa Khas Berhubungan dengan Penerbitan Subversif, dsb. Antaranya yang termaktub dalam akta tersebut ialah :

Seksyen 22(1) Jika hemat Menteri yang bertanggungjawab mengenai mesin cetak dan penerbitan bahawa apa-apa dokumen atau penerbitan –
(1) Mengandungi apa-apa pengapian kepada keganasan;
(2) Mengesyorkan keingkaran kepada undang-undang atau kepada apa-apa perintah yang sah;
(3) Adalah dimaksudkan untuk atau mungkin menyebabkan pecah keamanan, atau mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan; atau
(4) Adalah mendatangkan mudarat kepada kepentingan negara, ketenteraman awam atau keselamatan Malaysia.

Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta melarang sama ada dengan mutlaknya atau tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana ditetapkannya, percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau pemilikan dokumen atau penerbitan tersebut .

(2) Suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh, jika perintah itu memperuntukkannya, diperluaskan supaya –

(a) dalam hal penerbitan berkala, melarang penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran, pemilikan atau pengimportan apa-apa keluaran yang telah lalu atau yang akan datang; dan
(b) dalam hal penerbitan yang telah atau didapati atau berupa sebagai telah dikeluarkan daripada sesuatu gedung penerbitan, agensi atau punca lain yang dinyatakan, melarang penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran atau pengimportan apa-apa penerbitan yang lain yang mungkin pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas tarikh perinah itu telah dikeluarkan daripada gedung penerbitan, agensi atau punca lain yang dinyatakan itu .

Seksyen 24 Mana-mana orang mencetak, menerbit, menjual, mengeluar, mengedar atau mengulang cetak sesuatu dokumen atau penerbitanyang menjadi subjek suatu perintah di bawah seksyen 22, atau apa-apa cabutan daripadanya adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya :

Dengan syarat bahawa tiada seseorang pun boleh disabitkan ke tas suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia membuktikan dengan memuaskan hati mahkamah, bahawa dokumen atau penerbitan yang berkenaan dengannya dia dituduh telah dicetak, diterbit, dijual, dikelaurkan, diedarkan atau diulang cetak, mengikut mana yang berkenaan, tanpa kebenaran, persetujuan dan pengetahuannya, dan ytanpa kecermatan atau penghematan yang sepatutnya bagi pihaknya, dan bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab untuk mengesyaki jenis dokumen atau penerbitan itu.

25(1) Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah ada dalam miliknya apa-apa dokumen atau penerbitan, yang pemilikannya dilarang oleh suatu perintah di bawah seksyen 22, atau apa-apa cabutan daripadanya, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan bagi kesalahan pertama denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun .

(2) Dalam apa-apa prosiding terhadapmana-mana orang mengenai suatu kesalahan terhadap seksyen ini, orang itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai mengetahui kandungan dan jenis kandungan apa-apa dokumen atau penerbitan selepas sahaja dokumen atau penerbitan itu berada di dalam miliknya.

Seksyen 26 Mana-mana orang yang mengimport atau cuba mengimport atau bersubahat dalam pengimpartan apa-apa dokumen atau penerbitan atau tanpa alasan yang sah ada dalam miliknya apa-apa dokumen atau penerbitan yang dimport berlanggaran dengan suatu perintah di bawah seksyen 22 adalah melakukan suatu keslahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan bagi keslahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan bagi keslahanan pertama denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga tahun.

Seksyen 28 Mana-mana orang yang melalui percakapan atau tulisan atau dalam apa-apa suratkhabar, majalah, berkala, buku, surat pekeliling atau penerbitan betrcetak yang lain atau melalui apa-apa cara lain menyebar laporan-laporan palsu atau membuat pernyataan-pernyataan palsu yang mungkin menyebabkan kecemasan awam adalah melakukan suatu kesalahan.


Tindakan keengganan sesebuah syarikat media massa dalam memwatuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan akan berhadapan dengan hukuman , yang mana telahpun berlaku ke atas akhbar “Sarawak Tribune” yang dikenakan tindakan pergantungan seterusnya apabila enggan menyertai syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan , syarikat tersebut kini dalam proses pengambilalihan di bawah kelolaan pentadbiran lain dan tidak lagi beroperasi atas nama syarikat pertama tadi .

Penguasaan serta kepekaan brdasarkan pengetahuan pearturan serta undang-undang yang telah termaktub dalam negara Malaysia sudah cukup mengehadkan media massa dalam melakukan penerbitan .


• Kesan langsung akibat mengabaikan etika dalam pelaporan berita yang berunsur sentimen agama .

Berlandaskan rentetan kejadian penyiaran karikatur penghinaan junjungan Nabi Muhammad s.a.w. pelbagai keadaan yang berlaku antaranya melibatkan ekonomi, sosial . Antaranya adalah:

Kronologi
30 September 2005 - Akhbar utama Denmark, Jyllands-Posten (baca Juland Post) menyiarkan 12 karikatur memaparkan wajah Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya menggambarkan Rasulullah s.a.w. memakai serban berbentuk bom. Ia dipercayai atas perasaan benci terhadap pendatang asing terutamanya orang Islam yang kini mencecah 200,000 orang membentuk lebih tiga peratus daripada keseluruhan 5.2 juta rakyat Denmark.

20 Oktober 2005 – Sebelas duta negara-negara Islam termasuk Mesir, Palestin, Iran, Turki, Pakistan, Bosnia-Herzegovina dan Indonesia menyerahkan surat bantahan kepada Perdana Menteri (PM) Denmark, Anders Fogh Rasmussen melahirkan kekesalan di atas penyiaran karikatur itu dan menuntut akhbar tersebut meminta maaf.

12 Disember 2005 – Universiti Al-Azhar mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran karikatur, menyeru umat Islam membantah dan akan menyerahkan bantahan rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa mengenai perkara itu.

10 Januari 2006 – Majalah Norway, Magazinet menyiarkan kembali beberapa kartun terpilih sebagai mempertahankan kebebasan akhbar.


26 Januari 2006 – Arab Saudi memanggil pulang dutanya di Denmark. Pasar raya negara itu juga mula mengalihkan barangan Denmark dari rak dan menggesa pelanggan memulaukan barangan tersebut.

Tabloid Jordan, Al-Mehwar menerbitkan semula kartun itu bersama artikel mengenai kutukan yang meluas terhadap lakaran berkenaan.

28 Januari 2006 – Kuwait memanggil pulang dutanya di Denmark. Libya turut menutup kedutaannya di Copenhagen.

Dua pertubuhan Islam tersebar iaitu Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab menuntut supaya PBB mengeluarkan resolusi melarang serangan ke atas kepercayaan agama.

Sebuah pasar raya Carrefour di Kaherah tidak lagi menawarkan barangan keluaran Denmark sebagai ‘tanda perpaduan dengan umat Islam dan rakyat Mesir’.

30 Januari 2006 – Briged Al-Aqsa di Palestin mengedarkan risalah menggesa warga Denmark meninggalkan wilayah itu dalam masa 72 jam.

31 Januari 2006 – Ketua Pengarang Jyllands-Posten, Carsten Juste memohon maaf menerusi sepucuk surat kepada agensi berita Petra di Jordan.

Majalah Dagbladet di Norway menyiarkan semula karikatur menghina Nabi s.a.w.

Pejuang Palestin bersenjata merempuh masuk ke pejabat Kesatuan Eropah (EU) dalam satu tunjuk perasaan di Bandaraya Gaza.

1 Februari 2006 – Akhbar-akhbar lain, iaitu France-Soir (Perancis), Die Welt dan Berliner Zeitung (Jerman). Pemilik France-Soir, Raymond Lakah memecat Jacques Lefranc sebagai Pengarang Urusan akhbarnya kerana mencetak semula lakaran terbabit.

El Periodico, El Pais dan El Mundo (Sepanyol), Libero, La Padania dan La Stampa (Itali) menyiarkan kartun itu atas semangat setiakawan dan mempertahanan kebebasan akhbar.

2 Februari 2006 – Suara pertama dari Malaysia. Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengutuk tindakan akhbar Denmark menyiarkan karikatur menghina Nabi s.a.w. dan menyifatkannya sebagai sikap tidak sensitif media Barat terhadap Islam.

3 Februari 2006 – Akhbar Guang Ming Daily yang diterbitkan di Pulau Pinang menyiarkan gambar seorang pembaca menatap akhbar asing yang mengandungi karikatur berkenaan.


Dua akhbar di New Zealand menyiarkan semula kartun berkenaan sekalipun dikecam oleh kerajaan. Beberapa akhbar di Belgium turut memarakkan lagi kontroversi itu.

Seorang anggota wanita parti berunsur perkauman Denmark mengedarkan mesej menggesa salinan al-Quran dibakar dalam perhimpunan yang dirancang golongan pelampau sebagai membantah kemarahan umat Islam berhubung kartun itu.

4 Februari – Akhbar Malaysia, SarawakTribune turut menyiarkan karikatur itu.

Jordan menahan dua pengarang tabloid yang menyiarkan semula karikatur menghina Nabi s.a.w. Mereka ialah Ketua Pengarang Al-Mehwar, Hashem al-Khalidi dan Ketua Pengarang akhbar gosip mingguan, al-Shinane, Jihad Momani atas arahan pendakwaraya.

Pemimpin politik Hamas, Mahmoud Zahar menyatakan mereka yang menyiarkan kartun menghina Nabi s.a.w. wajar dikenakan hukuman mati.

Amerika Syarikat (AS) menyokong umat Islam dalam konfrontasi dengan akhbar-akhbar Eropah yang menyiarkan kartun menghina Nabi s.a.w. “Kartun berkenaan sememangnya penghinaan terhadap kepercayaan umat Islam. Mencetuskan kebencian agama atau etnik dengan cara begini tidaklah wajar”, kata jurucakap Jabatan Negara, Kurtis Cooper.

5 Febuari – Bangunan konsulat Denmark di Beirut, Lebanon dibakar umat Islam yang marah terhadap penyiaran kartun menghina Nabi s.a.w. Turut dibakar ialah bangunan kedutaan Denmark dan Norway di Damsyik, Syria.

Iran memanggil pulang duta negaranya ke Denmark dan membatalkan kontrak kepada firma Denmark. Ia juga memperluaskan senarai negara-negara yang dibatalkan sebarang perjanjian dengan memasukkan New Zealand dan Poland. Sebelum ini senarai itu sudah termasuk Denmark, Perancis, Belanda, Jerman, Norway dan Sepanyol.

Pengarang Berita Sarawak Tribune, Lester Melanyi, yang bertanggungjawab menyiarkan karikatur di akhbarnya, meletak jawatan.

7 Februari – Para pegawai Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan perdebatan antara pihaknya dengan ketua-ketua media berhubung kemarahan umat Islam ekoran penyiaran karikatur itu, bagi mengimbangi antara kebebasan bersuara dan mengawal kemarahan umat Islam.


Sebuah akhbar terkemuka di Iran, Hamshahri, bercadang menganjurkan pertandingan kartun mengenai Holocaust untuk menguji sama ada Barat akan menggunakan prinsip kebebasan bersuara yang sama terhadap peristiwa pembunuhan Yahudi di tangan Nazi itu.

8 Februari – Kabinet Malaysia mengambil keputusan menggantung permit akhbar Sarawak Tribune berkuatkuasa serta-merta untuk tempoh yang tidak dinyatakan.

9 Februari – Badan pemantau penggodam, Zone-H, mendedahkan kira-kira 1,000 laman web Denmark dirosakkan oleh penggodam dari beberapa negara Islam, menggantikannya dengan mesej memuji Islam. Penggodam dipercayai dari Turki, Arab Saudi, Oman dan Indonesia bertindak secara berkumpulan menunjukkan ‘perpaduan’ bagi mempertahankan agama mereka.

Pegawai badminton Indonesia membatalkan perlawanan persahabatan menentang Denmark dengan alasan tidak dapat memastikan keselamatan para pemain. Perlawanan yang dijadualkan pada 14 Mac itu adalah sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas.

Pasukan editor New York Press meletak jawatan tanda protes setelah akhbar berkenaan memutuskan tidak menyiarkan kartun menghina nabi itu.

Seorang profesor wanita rakyat AS, Claudia Kiburz, di Universiti Sheikh Zayed, Emiriah Arab Bersatu dipecat kerana tindakan biadab mengedar salinan karikatur itu.

Akhbar Sarawak Tribune digantung penerbitannya oleh kerajaan Malaysia berkuatkuasa serta-merta. Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan dan melanggar perenggan 6 syarat permit di bawah subseksyen 6 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Lembaga pengarahnya kemudian memutuskan untuk menutup akhbar berusia 61 tahun itu.

10 Februari – Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman al-Seedes di dalam khutbah Jumaatnya berkata permohonan maaf akhbar-akhbar Eropah yang menyiarkan karikatur menghina Nabi s.a.w. sudah terlambat. Mereka yang bertanggungjawab terhadap karikatur berkenaan perlu dibicara dan dihukum. Isu ini mestilah disebut dan dipanjangkan selama-lamanya.


The Daily Illini di AS menyiarkan semula enam daripada 12 kartun yang disiarkan Jyllands-Posten.

Laman web sebuah parti di Sweden yang menyiarkan kartun Nabi s.a.w. itu ditutup syarikat internet selepas mendapat tekanan polis dan kementerian luar negara kerana bimbang menimbulkan kemarahan umat Islam.

13 Februari – Kira-kira 25 kubur di kawasan perkuburan Islam Esbjerg, barat Denmark menjadi mangsa vandalisme dengan batu nisannya diterbalik atau dipecahkan.

Sebuah majalah Kristian, Gloria yang berpejabat di Surabaya, Indonesia mengeluarkan kenyataan memecat Ketua Pengarangnya, David da Silva, kerana menyiarkan karikatur mempersendakan Nabi s.a.w.

14 Februari – Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Malaysia menggantung penerbitan Guang Ming Daily selama dua minggu bermula 16 Februari hingga 1 Mac 2006.

17 Februari – Seorang ulama Pakistan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM95,000 dan sebuah kereta kepada sesiapa yang dapat membunuh pelukis karikatur yang mempersendakan Nabi Muhammad s.a.w. Mohammed Youssaf Qureshi adalah imam Masjid Mohabat Khan di Peshawar dan pemimpin Madrasah Jamia Ashrafia. Hadiah berkenaan adalah tajaan kedua-dua institusi yang dipimpinnya itu.

Kesan-kesan lain:

a. Terbunuh: Sepuluh di Afghanistan; sepuluh di Libya, seorang di Somalia dan Lubnan; lima di Nigeria.

b. Seorang menteri di Lubnan meletak jawatan ekoran serangan ke atas kedutaan asing oleh rakyatnya.

c. Barangan buatan Denmark diboikot beberapa Negara Islam (sebuah syarikat, Arla Foods mengeksport barang tenusu berjumlah AS$480 juta (RM1.77 bilion) setahun ke Asia Barat mengaku kerugian dan memaksanya memberhentikan 170 pekerjanya. Iran, antara pengimport terbesar barangan Denmark (AS$280 juta setahun) mengharamkan pengimportan barang dari negara itu.

d. Tunjuk perasaan bantahan umat Islam: Bangunan kedutaan dan konsulat Denmark dan Norway di Damsyik & Beirut dibakar; bendera Denmark di bakar di tempat lain seperti Jakarta, New Delhi, Pakistan, Teheran, London.

e. Ekoran protes berterus umat Islam seluruh dunia, ia menjadi bahan berita utama dan mendorong akhbar di beberapa negara seperti AS, Bulgaria, Switzerland, Hungary, Ukraine, Australia, Poland dan Romania turut menyiarkan paparan itu. Alasan mereka, ia sudah menjadi bahan berita utama dan pembaca perlu diberi peluang membuat penilaian sendiri terhadap kartun itu. Mereka menafikan tidak menghormati kehendak umat dan agama Islam.

f. Masing-masing dua penerbitan di tiga negara Islam turut menyiarkan semula karikatur itu. Mereka ialah Guang Ming Daily dan Sarawak Tribune di Malaysia, Al-Mehwar dan al-Shihane (Jordan), Peta dan Gloria (Indonesia).

g. Forum Ekonomi Jeddah (JEF) 2006 yang berlangsung pada 11-13 Februari tidak menjemput delegasi Denmark ke acara tahunan itu. Forum menghimpunkan hamper 2,500 tokoh antarabangsa dalam bidang perniagaan, politik, media dan akademik menarik penyertaan tokoh berlkaliber dari AS, Eroipah dan Asia.

h. Tindakan terhadap akhbar-akhbar: Pengarah urusan France Soir, Jacques Lefranc, dipecat pada 1 Februari. Maghribi mengharamkan penjualannya di negara itu; Guang Mind Daily digantung pemerbitan selama dua minggu (16 Februari – 1 Mac 2006); Sarawak Tribune digantung permit tanpa tempoh (akhirnya ambil keputusan menutup terus).

BERKHATAN

Berkhatan merupakan satu kewajiban bagi setiap umat Islam samada lelaki mahupun perempuan. Walau Bagaimanapun, lazimnya berkhatan untuk perempuan dilakukan seawal mungkin selepas dia dilahirkan, dalam usia bayi lagi. Kebiasaannya dilakukan antara tempoh 40 hari selepas kelahirannya. Berbeza dengan lelaki pula, berkhatan ini dilakukan setelah anak lelaki itu meningkat dewasa. Biasanya ia akan dilakukan antara usia 10 hingga 12 tahun.

Upacara berkhatan ini dilaksanakan bergantung kepada kemampuan keluarga anak lelaki tersebut. Secara tradisinya upacara ini dilakukan bermula dari tradisi bertepung tawar anak tersebut, diikuti perarakan ke sungai untuk direndamkan seketika dan setelah itulah barulah dirinya dikhatankan. Seiringan dengan perubahan teknologi, majlis berkhatan ini masih lagi diteruskan namun dalam suasana yang lebih moden. Dahulu, upacara berkhatan ini dilakukan oleh Tok Mudin tetapi kini anggota perubatan dari kementerian kesihatan, kalau tidakpun doctor sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta. Jika dulu, berkhatan ini dilakukan hanya di kalangn lelaki islam sahaja, namun kesedaran betapa pentingnya kebersihn serta kesihatan. Berkhatan ini turut dilakukan juga oleh lelaki yang bukan Islam.








Baru-baru ini, pada 25hb November 2009, YB Kamarlin Hj Umbi bersama kepimpinan kawasan P.178 Sipitang yang turut disertai oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian sipitang, telah meraihkan anak-anak masyarakat kawasan dengan mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran krew RTM yang merakamkan detik bersejarah anak-anak ini untuk slot program ‘Lambaian’ yang bakal disiarkan pada 1hb Disember 2009 bersamaan hari selasa . siaran ini dijangka akan ditayangkan antara jam 3:00 petang hingga 4:00 petang.





Berkhatan merupakan satu kewajiban bagi setiap umat Islam samada lelaki mahupun
Disini beberapa gambar diabadikan untuk tatapan rakan semua. Semoga ada peluang yang boleh kita kongsikan bersama kelak. Salam 1 Malaysia.

Wacana Ilmu

Program yang sederhana dilaksanakan menggabungkan ketiga sayap Parti UMNO Sabah meninggalkan satu ilmu pengetahuan yang tak mampu dijual beli. Tahniah diucapkan untuk ketiga sayap pergerakan ini.




Kesukaralawan jiwa malaysia dalam memori











Pertahan penyatuan ummah

SECARA literalnya, perkataan “agama” membawa maksud “tidak kacau dan selamat.” Sifat itu memungkinkan kita memahami bahawa agamalah yang berperanan mengatur kehidupan aman dan damai.

Setiap pengikutnya adalah diminta atau diwajibkan hidup dalam keadaan damai. Tidak melakukan kekacauan atau huru-hara terhadap orang lain. Dari situlah lahirnya tatacara kehidupan bermasyarakat yang harmoni, tersusun kemas dengan segala nilai dan norma kehidupan bersama.

Demikian disyurga Al-Quran menggambarkan kaum beriman akan menperolehi buah-buahan dan menperolehi apa yang mereka minta. Kepada orang-orang beriman itu dikatakan: “Damai, damai”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha penyayang (Al-Quran Surah Yasin ayat 57-58). Bahkan disana, mereka orang-orang beriman tidak mendengar ucapan yang tidak bermanfaat dan tidak pula hujatan tuduhan berdosa, melainkan tegur sapa,’ damai, damai’, selamat, selamat’ (Al-Quran Surah Al-Waqiah ayat 25-26).

Agama mengajar manusia menjauhi sifat-sifat tercela dan mengkhianati orang. Setiap orang wajib menghormati hak orang lain dan menjauhkan diri daripada sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan permusuhan dan kekacauan. Menghasut dan menyebarkan permusuhan atau mencipta kekacauan adalah perbuatan yang sangat dibenci oleh agama. (Maksud al-Quran, Surah Al-Raa‘d, ayat 25)

Tidak hairanlah apabila sesuatu kekecohan berlaku dalam masyarakat, perbezaaan pendapat atau tindakan akan dituntut diadakan satu usaha damai. Usaha mendamaikan mereka yang bermusuh, berbeza pendapat dan berkonflik akan mengembalikan kehidupan bermasyarakat yang harmoni. Walau bagaimanapun, keresahan dan kekalutan pendirian disebabkan oleh kegagalan kita mengawal rasa hati dan keserakahan batin.

Ingatlah bahawa apabila kita ingin memperkasakan kedudukan bangsa, kita haruslah bermula dengan usaha membangunkan pola hidup masyarakat. Kita perlu menyemai benih-benih budaya dan nilai kehidupan yang harmoni, ianya tetap bermula dengan niat. Niat bermula daripada kesanggupan hati dan iltizam kita. Secara berlawanan, jika hati resah atau kacau bilau, maka akan lumpuh dan hancurlah masyarakat.

Bukankah Erich Fromm pernah mengatakan bahawa apabila hendak menbangun bangsa, maka bangunlah masyarakatnya; bila hendak membangun masyarakat, bangunlah ‘hati’ nya. Bila hati kacau, masyarakat lumpuh, bangsa dan negara akan hancur. Apabila masyarakat hancur, bangsa dan negara porak peranda. Jika hati masing-masing sejuk dan tenang, maka dengan sendirinya ia telah mencipta masyarakat yang damai. Demikian juga bangsa dan negara akan memperolehi kesejahteraan dan keadilan. Rakyat telah memperjuangkan ketenangan dan dari ketenangan itulah melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Dalam hal ini, Allah swt berfirman dalam surah Al-Anfal ayat 24 hingga 27 yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman sahut dan sambutlah (seruan) Allah (dan seruan) Rasul-Nya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna (maju dan kuat) dan ketahuilah bahawa Allah (berkuasa) mengubah atau menyekat antara seorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya pada-Nya kamu akan dihimpunkan kembali dan jagalah diri kamu dari berlakunya dosa (yang menbawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim dari kalangan kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu semua secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah amat hebat azab seksa-Nya. Dan ingatlah ketika kamu sedikit bilangannya (lemah) serta tertindas di bumi sendiri kamu takut orang-orang (musuh-musuh) menangkap dan menculik kamu, maka Allah memberi tempat untuk kamu bermastaitin dan diperkuatkan kamu dengan pertolongan-Nya serta dikuniakan kamu daripada rezeki yang baik-baik supaya kamu bersyukur. Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengkianati (amanah) Allah dan Rasulnya dan (jangalah) kamu mengkianati amanat kamu sedangkan kamu mengetahui salah dan bahayanya.”

Renungan

Peringatan daripada Allah itu amatlah wajar dijadikan renungan setiap umat Islam, termasuk dalam kalangan yang berkepentingan dan berasa angkuh dengan kekuatan sendiri. Ini kerana, kehidupan kita di Malaysia adalah kehidupan yang diasaskan secara bermasyarakat. Ini bermakna, tidak ada satu kumpulan pun yang boleh mendabik dada mengaku secara sombongnya bahawa kekuatan diri dan kumpulannya sahajalah yang mampu bertahan, tanpa memerlukan bantuan orang lain.

Peringatan itu memberikan kita teladan untuk mengenali dan menyedari kedudukan dan kekuatan kita sebenarnya. Masa inilah kita harus berusaha untuk memperbetulkan kesilapan, kerana mereka yang kenal dirinya akan berusaha menerima seruan Allah dan Rasul-Nya demi kemajuan dan kerukunan hidup.

Amat malang sekali kerana perbezaan fahaman politik peluang kemasan yang terbuka untuk mengukuhkan perpaduan dan kekuatan ummah ditolak begitu sahaja.

Kerana sikap kita sendiri yang tidak berharmoni bertimbang rasa ,malah dipenuhi dendam kesumat yang tak kunjung padam .Ini sangatlah bertentangan dengan ajaran Islam dan sifat (rahmat) dan rahim, rahman Allah dan RasulNya sebagai mana firmanNya bermaksud “Tuhan kamu telah mewajibkan atasNya rahmat” (Al-Quran Surah Al-An‘aam ayat 12) dan dalam satu firman-Nya yang lain yang bermaksud “dan tiada Aku utuskan kamu (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk alam semasta (Al-Quran surah Al-Anbia ayat 107). Jangan akhirnya rahmat Tuhan pun akan kian menjauh dari haribaan kita.

Dalam masa yang sama, kita sentiasa berdoa dan memohon Allah memberikan kita kebaikan kemajuan. Kita amat menginginkan kesejahteraan dan kekuatan, tetapi apabila Allah membuka peluang, tanpa kita sedar, kita sendiri telah menolaknya.

Inilah yang dimaksudkan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bahawa Allah akan memalingkan hati seseorang dan memisahkannya daripada dirinya sendiri.”

Di sinilah terbukti akan kebesaran Allah swt yang dapat melakukan segala kehendak-Nya seperti firmannya dalam surah Al-Anfal ayat 53 yang bermaksud: “Yang demikian sebenarnya Allah tidak mengubah sebarang nikmat yang dilimpahkan atas sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri yang merubahnya dengan pilihan sendiri.”

Oleh hal yang demikian, tidak ada sebab untuk kita cuba menolak seruan dan peluang yang terbuka luas demi merintis jalan ke jalan perpaduan. Dengan merintis jalan itu, ruang jaminan hidup sejahtera akan terlaksana. Lupakanlah alasan peribadi, takutkan pisang berbuah dua kali, atau hakisan kuasa politik, kerana itu adalah dugaan kita dalam mempersiapkan sebuah kehidupan bermasyarakat.

Rasulullah saw dalam sebuah hadis baginda, pernah menggambarkan fitnah itu adalah seperti raksasa yang sedang tidur. Allah akan mengutuk mereka yang mengejutkannya, kerana apabila terbangun daripada tidur, raksasa itu akan melahap apa yang ada di depannya. Kerana itulah, apabila adanya fitnah, kita bukan sahaja wajib menghalangnya, kerana ia akan menyebabkan kebinasaan dan kehancuran (kiamat).

Agar kita insaf dan berlapang dada, Allah sentiasa mengingatkan hamba-Nya supaya selalu mengenang kembali kelemahan dan kekurangan masing-masing. Nasib malang yang menimpa mereka yang sentiasa dalam ketakutan dan terancam oleh musuh, akan segera mempersiapkan diri dan mental agar bersedia untuk memperbaiki nasib malang yang menimpa, mudah-mudahan Allah memperbaiki nasib malang itu dengan melimpahkan rezeki dan memberikan kekuatan sebagai nikmat-Nya.

Ikutilah jejak langkah orang tua-tua kita yang telah berjaya meletakkan batu asas perpaduan, bukan saja antara satu bangsa dan agama, malah antara semua kaum di negara ini.

Demi menyahut seruan suci keamanan dan perpaduan, kita pelu berpegang kepada firman Allah swt yang bermaksud: Sekiranya mereka (musuh bukan Islam) cenderung untuk perdamaian, maka hendaklah kamu juga bersedia menerimanya dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (al-Anfal: 61)

Bertawakal dan berserahlah kepada Allah dalam melaksanakan arahan-Nya dengan menerima cadangan dan seruan secara tenang dan lapang dada. Menyerahkan diri kepada Allah swt untuk menentukannya, kerana Dialah yang akan menentukan keputusannya. Inilah apa yang diakukan oleh pihak Saidina Ali kw semasa menghadapi tentangan daripada Muawiyah. Suasana sebegini juga turut dialami oleh banyak pemimpin dan pejuang Islam terdahulu. Berkat kesabaran dan tawakal mereka, Islam memacu kecemerlangan dan kejayaan yang besar dalam sejarah peradaban manusia.

Di dalam ayat seterusnya, Allah berfirman yang bermaksud: Dan sekiranya mereka bermaksud mengkhianatimu, maka Allah akan mencukupimu. Dia sahaja yang dapat menolongmu dengan pertolongan-Nya dan orang mukmin sekalian (yang berada di belakangmu). (al- Anfal: 62)

Hakikat ini merupakan amanat Allah dan Rasul-Nya kepada kita untuk dipraktikkan sepanjang kehidupan bermasyarakat. Kita juga ditegah daripada mengabaikan kesungguhan dalam memperjuangkan langkah mempertahankan agama, tanah air dan negara. Sekiranya amanat suci ini dikesampingkan, maka ia akan menggugat dan meruntuhkan apa yang sedang kita nikmati sekarang. Ia akan menjadi sejarah duka yang penuh dengan penyesalan dan kekecewaan.

Menerusi ayat tersebut juga Allah menyebut pengkhianatan terhadap amanat itu adalah sebagai fitnah atau musibah. Malapetaka akan menimpa semua pihak yang ingkar dan tidak mengambil peluang memperbetulkan kesilapan.

Oleh hal demikian itu, sama-samalah kita renung dan fikir sedalam-dalamnya, semoga Allah selamatkan kita dan memberikan rahmat sepanjang kehidupan ini.- Oleh Mohd Shauki Abd Majid

Sukarelawan

Baru-baru ni kira sehari yg lepas, saya bersama rakan terlibat serta dalam satu kursus kesukarelawan Jiwa Malaysia di Hotel Mariott Putrajaya. Melibatkan lebih kurang 100 peserta dari seluruh negara. kumpulan kami ini diletakkan sebagai kumpulan perintis bagi program ini. Sangat baik dan sangat diperlukan bagi keperluan kemasyarakatan. Kandungan program sepanjang kursus itupun, memanglah baik teryutama sekali setelah ia berjaya direalisasikan hasil rolusi pembentangan dari setiap kumpulan kelak.

Sebut-sebut tentang kesuralawan ini. Semua mesti faham maksudnya. Melakukan sebarang aktiviti atau program yang memberi manfaat kepada yang memerlukan dengan keikhlasan serta kerelaan tanpa mengharapkan imbalan, balasan yang apa sahaja bentuk. Biasanya aktivitipun dilakukan dalam bentuk untuk kebajikan.

Memikirkan perkataan 'kesukarelawan ini. terdetik dalam hati bahawa dalam kehidupan ini banyak pula tindakan-tindakan yang dilakukan ada kaitan dengan kesukarelawan ini. Bukan sahaja berunsurkan kebajikan malahan banyak perkara di luar unsur itu juga. Segalanya ada kaitan dengan perkataan'Rela' Rasanya apabila membaca perkataan ini, mesti ramai juga akan terfikir apa yang saya fikirkan sekarang.

Jika dimbas apa yang puteri lakukan sekarang juga merupkan sebahagian besar tindakan berkait dengan kerelaan juga. Tetapi sejauhmana segelintir individu masyarakat mengetahuinya. UMNO itu sendiri, sebuah pertubuhan berasaskan politik juga selama ini melakukan aktiviti yang mempunyai kaitan kesukarelaan, saya tak akan kata kesukarelawan kerana itu ada;lah perkataan ditujukan kepada individu atau kumpulan yang melakukan aktiviti berkait dengan kerelaan. Parti UMNO memang telah melakukan semua ini. Berjuang untuk kepentingan masyarakat Malaysia. Memperjuangkan keagungan agama Islam. Mempertahankan kesatupaduan masyarakat majmuk Malaysia. Beruasaha untuk mempertahankan kedaulatan negara dari dicerobohi. Ada yang menyedari tetapi masih ada yang masih mempertikaikannya. Mengapa?

1. Individu ini mempertikainya keranaa mereka melihat perjuangan ini bukanlah perjuangan kumpulan mereka. Mereka meletakkan bahawa asas perjuangan kumpulan mereka lebih benar. A[atah lagi sikap ketaksuban mereka terhadap kepimpinan kumpulan mereka. Nalangnya, mereka kenalkan matlamat perjuangan asal kepimpinan mereka ini? Ataupun mereka-mereka ini menjadi kuda tunggangan untuk cepat sampai kematlamat kepimpinan mereka.

2. Individu yang membuangkan diri mereka dai UMNO atau komponen kerana merasakan diri mereka tidak diperlukan ataupun apa yang telah mereka lakukan tidak diberi imbalan. (Kedudukan, dsb- tak perlu saya nyatakan apakah imbalan ini. Fikir2kanlah sendiri) merajuka membawa hati yang luka dan terus menyertai kumpulan yang mereka rasa boleh berjuang bersama mereka

3. Individu2 yang tidak mengetahui apa2pun perjuangan, memiliki pembawaan yang sangat berani, bertindak terburu-buru tanpa memikirkan apakah tindakan mereka itu benar atau salah, sehingga hasutan-hasutan mengelabui pemikiran mereka

4. Individu yang tak tau apa2 tetapi terlibat dengan kumpulan ini kerana imbuhan yang diberikan atau janji2 yang diberikan.

Maaflah kalau apa yang dinyatakan di atas ini terasa oleh sesiapa yang membacanya. Itu pandangan peribadi saya bukan dipengaruhi oleh sesiapapun Jadi renung-renungkanlah. Fikir sebelum bertindak , analisis risiko yang bakal diterima jika ia dilakukan.


Menyintai UMNO kerana perjuangannya bukan kerana kepimpinannya. Walau apa yang berlaku itu adalah suasana dalam keluarga kerana saya yakin ahlinya bukanlah kumpulan yang boleh dikotak-katikkan terutama kepimpinan muda sekarang.

salam 1 Malaysia