Followers

Pengurusan Dalam Islam

Terlalu banyak yang perlu kita tempuhi untuk mencapai sesuatu yang kita impikan. Smakin jauh perjalanan yang bakl kita lalui, semakin banyak simpang dan seliku yang akan kita temui. Persaoalannya, adakah perjalanan yang sedang kita tempuhi sekarang , mampu mendukung hasrat kita sampai ke destinasi yang kita impikan?

Kata kunci dalam menjawab persoalan itu adalah PENGURUSAN

Pengurusan bukanlah merupakan suatu sistem yang baru dalam sejarah ketamadunan dan peradaban Islam. Walaupun disiplin ilmu pengurusan itu secara sistematiknya telah dipolopori penyusunannya oleh orang Barat, tetapi dalam sistem Islam aspek pengurusan juga memainkan peran yang tinggi dalam setiap bidang kehidupan manusia.

Ciri-ciri pengurusan dalam Islam:

1. Wujud ikatan yang erat di antara pihak pengurusan dan masyarakat. Ikatan itu berlandaskan ikatan akhlak, nilai masyarakat dan perubahan masyarakat yang diterima oleh akhlak.

2. Memperakui hakikat kewujudan unsur kemanusiaan dan kebendaan dalam setiap peringkat pengurusan.

3. Mempunyai penentuan tugas dan tanggungjawab yang nyata mengikut setiap lapisan.

4. Pengurusan itu sendiri dilihat sebagai satu sistem masyarakat dan tidak boleh lari dari aspek kemasyarakatan.

5. Kemestian menyempurnakan aspek fisiologi manusia.

6. Berlandaskan atas konsep kerjasama dan keadilan

7. Mengutamakan kebenaran yang hakiki walaupun menghadapi tentangan.