Followers

MENGAPA IA BERLAKU?

KUALA LUMPUR 10 Jun — Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Datuk Dr Aminah Ayob hari ini melahirkan kebimbangan mengenai kekurangan bakal guru di kalangan bukan Melayu dan lelaki di universiti itu.


Katanya daripada 4,800 pelajar di universiti itu, hanya 20 peratus daripada mereka terdiri daripada pelajar bukan Melayu dan 23 peratus pelajar lelaki. “Kami sendiri gagal mengenal pasti kenapa perkara ini berlaku. Tetapi mungkin disebabkan perbezaan kecenderungan dan minat antara kaum itu sendiri.


“Malah di universiti kami, pelajar-pelajar bukan Melayu kebanyakannya mengambil program tertentu seperti perniagaan dan ekonomi serta sains dan teknologi,” katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media, di sini, hari ini. - Bernama

SEBENARNYA JIKA DILIHAT BUKAN SAHAJA UNTUK BIDANG PENDIDIKAN MALAHAN BIDANG LAIN SELAGI BERKAITAN BERKHIDMAT DI BAWAH KERAJAAN... SITUASI SAMA DIALAMI.

Minggu ini dalam kenangan




Perlukah persoalan ini dicari jawapannya atau biarkan masa yang menentukan jawapan akan muncul jua? Namaun tanggapan ini semakin kukuh mengatakan punca mengapa ia berlaku berdasarkan apa yang berlaku sekarang.

MERAJUK
TIDAK PUAS HATI
MEMBERONTAK
MENYAMPAH


semua ini ada kaitannya

MERAJUK
tiada tempat di dalamnya. Tiada peluang untuk meluahkan apa yang hendak dikata. Merajuk kerana kemampuan diri diperkecilkan. Tidak dialu-alukan kehadiran. Asyik salah adalah diri, mereka sentiasa benar. Asyik diri juga dikecam,. Tiada ruang dan peluang menonjolkan diri, asyik muka itu sahaja yang muncul.

TIDAK PUAS HATI
Muka itu lagi. Asyik2 dia sahaja! Kenapa masalah mesti kena lagi! Pandai sangatkah mereka sehingga melayakkan diri mereka mengata hal orang lain dan menunding kesalahan kepada orang lain. Peluang itu tidak diberi

MEMBERONTAK
hati siapa yang tidak panas, jawatan yang diamanahkan dimonopoli oleh orang yang sama. Pandainya tak lebih dari sendiri! Kenapa aku juga disalahkan, korang tidak salahkah?!

MENYAMPAH
Hal kecilpun dibersarkan. Asyik bertelagah sesama sendiri, masing-0masing hendak menunjukkan diri adalah terbaik yang lain adalah salah . Ini salah, itu salah tapi sendiri buat, boleh pula!

semuanya adalah kenyataan mengapa 4 perkataan ini dikaitkan. Punca inilah juga mengapa pengundi semakin menyendiri dan melarikan diri.

Renung2kanlah... cari ikhtibar apa yang berlaku kini, fikirkan segera yang mungkin kerana setiap detik yang berlaku tanpa ada tindakan, kita akan kehilang seorang demi seorang yang menyokong.