Followers

Gelombang ancaman virus H1N1

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
rencana@utusan.com.my

ANGGOTA polis memakai penutup hidung ketika penumpang dari Los Angeles melalui Taipei tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.
________________________________________

BELUM pun bebas sepenuhnya daripada virus selesema burung, rantau Asia kini berdepan pula dengan risiko ancaman virus selesema babi. Ketika ini, virus yang dikesan pertama kali di Mexico itu sudah merebak dengan pantas ke beberapa buah negara bersempadan termasuk di Amerika Syarikat, Kanada malah sehingga ke New Zealand.
Sehingga laporan ini ditulis, 103 rakyat Mexico sudah menjadi korban dalam tempoh beberapa hari ia mula dikesan. Jumlah itu dijangka meningkat melihat kepada betapa pantasnya ia tersebar.
Secara ringkasnya selesema babi ini merupakan penyakit influenza yang disebabkan virus influenza A subjenis H1N1.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seperti yang dipetik daripada laporan Reuters, beberapa kawasan di Mexico dikesan dijangkiti strain baru virus H1N1 yang belum pernah ditemukan sebelum ini.
Secara genetiknya, virus selesema babi ini berbeza dengan virus influenza manusia H1N1 yang dikesan sebelum ini. Kerana itu juga meskipun virus ini dikenali sebagai virus selesema babi, namun strain baru ini tidak pernah ditemukan pada haiwan ternakan babi.
Ia mengandungi DNA yang menyerupai virus avian, virus babi termasuk elemen daripada virus babi Eropah dan Asia serta virus manusia.
Agensi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) pula menyebut, virus ini mampu menjangkiti daripada manusia ke manusia. Ia merebak sama ada menerusi bersin, batuk atau dipindahkan daripada tangan mereka yang tidak dicuci dengan bersih.
Sejak Disember 2005 hingga Februari tahun ini, 12 laporan mengenai jangkitan virus itu dicatatkan dengan hanya seorang yang mempunyai hubungan langsung dengan haiwan babi. Ketika itu, belum dibuktikan virus ini menular daripada manusia ke manusia.
Wabak virus selesema babi ini difahamkan pernah dikesan pada 1941 dan membunuh jutaan nyawa di Eropah. Namun sejauh mana kesahihan laporan yang berlegar di beberapa laman sesawang tidak dapat disahkan.
Apa pun, ia secara tidak langsung menggambarkan betapa wabak ini mampu mencetuskan gelombang ancaman yang ganas dan tidak boleh dipandang mudah. Hakikat itu turut diakui oleh pakar virologi dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Siti Suri Arshad yang menyifatkan virus itu boleh membawa ancaman yang dahsyat.
Lebih dahsyat berbanding wabak selesema burung dan sindrom pernafasan akut teruk (SARS). Ini kerana katanya, virus itu merupakan kombinasi tiga virus dalam satu iaitu yang biasa ditemui di dalam badan manusia, burung dan babi.
Virus H1N1 sememangnya diketahui wujud dalam badan manusia dan babi. Namun, bagaimana virus itu dapat bercampur dengan virus daripada burung masih lagi menjadi misteri. Sehingga kini menurut Siti Suri, saintis belum dapat memastikan jujukan genom virus tersebut.
"Kerana itu juga virus ini belum ditemukan vaksinnya. Sementelah saintis antarabangsa sebelum ini memberi tumpuan kepada pencarian vaksin bagi virus selesema burung," katanya.
Siti Suri menambah, penyebarannya yang boleh berlaku daripada manusia ke manusia juga menyebabkan virus itu mampu merebak dengan pantas.
Justeru katanya, kaedah pencegahan terbaik yang boleh diambil oleh kerajaan ialah melarang rakyat negara ini berkunjung ke negara yang dilaporkan dijangkiti wabak itu.
"Langkah kuarantin juga perlu diperketatkan terutamanya di kalangan pelancong atau rakyat negara ini yang baru balik dari negara tersebut," tambah beliau.
Meskipun wabak itu hanya dikesan di Eropah ketika ini, namun rantau Asia berhak berasa cemas meskipun diingatkan WHO supaya tidak panik.
Pengalaman berdepan dengan wabak hampir serupa iaitu selesema burung sejak 1997 masih menjadi misteri sehingga kini. Virus H5N1 yang pertama kali dikesan di Hong Kong itu membunuh tidak kurang daripada 247 orang di seluruh dunia.
Indonesia mencatat kematian tertinggi akibat jangkitan virus tersebut iaitu kira-kira 107 orang. Sebelumnya, rantau Asia juga diancam wabak penyakit misteri yang menyamai penyakit radang paru-paru tetapi tidak diketahui puncanya (atypical pneumonia).
Penyakit yang dikenali sebagai SARS itu merebak dengan pantas selepas pertama kali dikesan di Asia Timur. Antara negara Asia yang terbabit dengan dengan SARS ialah Thailand, Singapura, Taiwan, Filipina, Indonesia, Singapura, China dan Hong Kong.
Malaysia sendiri walaupun berjaya mengekang penularan wabak pandemik selesema burung dan SARS itu, bagaimanapun tidak terlepas daripada wabak endemik.
Pada 1998, virus maut Japanese Encephalitis (JE) yang dibawa oleh babi menggemparkan negara apabila membunuh kira-kira 84 nyawa. Virus yang seakan-akan virus Hendra dari Australia itu diberi nama virus Nipah kerana pertama kali ditemui di Kg. Sungai Nipah, Lukut, Negeri Sembilan.
Kehadiran virus baru seperti selesema babi ini sebenarnya sudah diingatkan oleh saintis antarabangsa dalam Persidangan Global WHO Mengenai SARS yang diadakan di ibu negara, kira-kira enam tahun lalu.
Persidangan yang menemukan lebih 1,000 orang saintis dan pakar penyakit berjangkit antarabangsa itu memberi penekanan bahawa virus yang disebarkan oleh haiwan akan bermutasi dengan cepat dan merebak dengan pantas.
Dalam kebanyakan wabak, haiwan seperti ayam, babi atau lembu berperanan mencipta virus selesema jenis baru yang tidak mampu dilawan oleh sistem pertahanan badan manusia.
Bagaimanapun dalam kes selesema burung misalnya, virus itu tidak tersebar kerana sifatnya yang tidak mampu bergerak dari manusia ke manusia yang lain.
Kerana itu juga penularannya berjaya dikekang menerusi langkah membunuh haiwan ternakan itu meskipun ia menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada sektor penternakan.
Namun terdapat beberapa kes jangkitan selesema burung yang berpindah kepada manusia terutamanya di kalangan mereka yang mempunyai hubungan secara langsung dengan haiwan ternakan.
Ia terdiri daripada subjenis virus influenza A yang dikenali dengan kod nama H5N1 dan H9N2. Seperti jenis-jenis influenza yang lain, gejala H1N1 di kalangan pesakit juga tidak banyak bezanya. Ia termasuk demam, sakit tekak, batuk, sakit otot dan dedar.
Simptom lain ialah kurang selera makan, sesak nafas dan boleh merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk. Sekiranya simptom-simptom ini dikesan dalam kalangan masyarakat, ia perlu segera dirujuk kepada hospital meskipun wabak itu belum dilaporkan di negara ini.
Pengalaman berdepan dengan ancaman wabak SARS dan virus selesema burung meletakkan negara di Asia termasuk Malaysia dalam keadaan penuh bersiap sedia untuk berdepan ancaman virus terbaru itu.
Langkah berjaga-jaga dan tegas yang diambil kerajaan termasuk sekatan serta kuarantin berjaya membendung penyebaran wabak SARS dan selesema burung di negara ini.
Begitu juga dengan nasihat perjalanan dan kawalan di pintu sempadan negara yang diperketatkan bagi mengelakkan kebarangkalian 'kes import' yang dibawa dari luar negara.
Dalam kedua-dua kes wabak pandemik itu, negara terselamat kerana tiada kes jangkitan dalaman yang boleh menjadi pencetus seterusnya merebak ke seluruh negara. Adalah diharapkan, langkah-langkah itu yang semestinya kian dipertingkatkan.

GELOMBANG POPULARITI?

Gerakan lihat ada motif PKR di Penanti
16/04/2009 6:19pm

PULAU PINANG 16 April — Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata pilihan raya kecil yang bakal diadakan di Penanti sengaja dirancang oleh Parti Keadilan Rakyat dengan tujuan mewujudkan gelombang sokongan kepada parti itu.
“Dia sengaja mencipta ’ombak’ ini supaya PKR sentiasa di hati rakyat kerana berjaya memenangi kawasan yang ditandingi,” katanya kepada Bernama ketika mengulas peletakan jawatan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti Mohammad Fairus Khairuddin hari ini.
Mohammad Fairus, 33, daripada PKR yang dilaporkan sedang disiasat berhubung kes rasuah, sebelum ini meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I.
“Pada pandangan Gerakan, pilihan raya kecil seperti ini dirancang dan dicipta dengan motif tertentu iaitu untuk meraih populariti dan sokongan rakyat. Tidak mustahil ia akan berlanjutan sehingga pilihan raya umum ke-13 sebagai usaha memusnahkan Barisan Nasional,” kata Teng.
Beliau berkata bahawa daripada “drama” yang dimainkan oleh pembangkang sekarang, rakyat perlu menilai sejauh mana kesungguhan wakil rakyat mereka dalam usaha membangunkan negara serta menjaga kepentingan rakyat. - Bernama



Nak Kata pening tak juga, nak kata marah tak juga, tapi ada rasa simpati pula. Dulu, saya melihat dunia politik ini adalah dunia penuh serius dan bekerja bersungguh2. itu pandangan semasa usia kecil lagi. Menakutkan , penuh ketegasan yang buat saya rasa elok jauh melihat sahaja. tetapi kini, Gelombang Politik sudah jauh berbeza. Macam aura Akademik Fantasi.. macam berada dalam dunia hiburan. sentiasa menghiburkan dan menarik perhatian ! cuma tak semestinya jika jadi penghibur orang akan merasa terhibur. Tengok bagaimana persembahan yang diaplikasikan. Orang akan suka atau orang akan naik menyampah!


Sekarang lebih baik serahkan sahaja pada pertimbangan orang2 yang bijaksana untuk menentukan kebijaksanaan mereka bagi membuat keputusan. Timun di tangan kiri dan pisau di tangan kanan. pandai2lah mengukir. Tidak berhati2 tangan akan luka. Sendiri yang tanggung. Tiada istilah 'try', test' lagi, terus hitam putihnya.

SERBA SALAH : CAKAP @ TAK CAKAP

Inilah ragam manusia.. ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja yang dijadikan tundingan menerima nasib untuk dipersalahkan. sipolan bersalah dan si polan diperslahakan, si polan tidak merasa bersalah kerana si polan buat kesalahan.

Semua terjadi bermula dari BERCAKAP . Dalam apa2 perkara, situasi, ada kalanya menyebabkan kita rasa hendak menyuarakan tetapi ada kalanya seperti jadi trauma untuk kita menyuarakannya. Khuatir dengan penerimaan pendapat atau pandangan yang kita nyatakan. Salah2 kita pula ditunding dengan pelbagai tuduhan, 'pengampu', 'macam sendiri saja yang tahu', 'penyibuk ! bukan urusan kau!', Niat baik kita, alih2 jd seperti batu besar menghempap badan kita pula. Masa menyerang kita, punyalah bersatu bagai nak rak. Kita juga kena tembak dengan pelbagai alatan senjata, bukan lagi M16, klu ada nuklear, dengan itu sekali kita terima. Tidak menerima apa yang kita nyatakan. Apa yang kita suarakan dianggap kritikn yang titolak sepenuhnya! Biasalah manusia ni, mana ada yang mudah menerima kritikan yang bertentangan dengan kehendak diri. Bergantunglah tempoh yang diperlukan samada akan menerima atau dilupuskan terus kritikan tersebut. Kritkan panel Akademi Fantasia sendiripun dah boleh dibuat bantahan tau oleh tenaga pengajar !

Tapi , jika kita tidak suarakan pula. sekiranya terjadilah suatu kejadian, sama keputusannya seperti yang kita rasakan akan berlaku. Kebiasaannya akan timbul rasa kekesalan."kenapalah aku tidak suarakan. Kalau disuarakan, perkara ini tidak akan berlaku" itu bisikan suara hati kita. Berbeza pula tindak balas orang lain yang terlibat. Kebiasaanya, sekali lagi akan menjadi siapa yang menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan. Dan kebiasaannya, siapa yang kelihatan 'lemah' dalam lingkungan mereka, atau dirasakan 'terkuat' akan dijadikan objek untuk ditunding! menerima nasib untuk dikorbankan!

BERCAKAP ini, ada masanya terus kepada kepada maksud dan diterima sepenuhnya kefahaman maksud mesej yang disampaikan 100% tetapi risiko untuk mesej yang disampaikan untuk tidak difahami olah penerima juga besar. Bergantung, bagaiman cara kita sampaikan mesej tersebut, bergantung kepada siapa kita hendak berikan mesej tersebut, bergantung pengolahan bahasa yang kita gunakan sebagai alatan berkomunikasi. bergantung keadaan semasa kita sampaikan mesej. Tindak balas juga bergantung sama ada kita dapat positif atau negatif!

BERSUARA BIARLAH ELOK, BERTINDAK BIARLAH BIJAK. MANUSIA INI, WALAU SERUPA TETAPI TIDAK SAMA. SEDALAM-DALAM DASAR LAUTAN, MASIH BOLEH KITA SELAM, TETAPI SECETEK-CETAK DASAR HATI DAN FIKIRAN MANUSIA, HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGETAHUINYA.

Renung-renungkan..

salam perjuangan.

AMAN

Dalam seminggu ni, kita disajikan pelbagai konflik cerita yang tidak menggambarkan bahawa kita menikmati keamanan yang boleh memberi ketenangan fikiran dan jiwa.Tertanya2 kenapa situasi seperti ini menjadi suatu tindakan yang menjadi ikutan 'ramai'. saja saya letak 'ramai' kerana bukan untuk semua, hanya kepada yang terlibat semata!

Ada masanya , terasa juga hendak menjaga kepentingan peribadi, lantaklah dorang apa nak buat, asalkan mereka puas hati dengan apa tindakan mereka. Mungkin dalam rasa mereka, keganasan, memberontak, rusuhan adalah langkah 'bijaksana' dan 'terbaik' untuk memulihkan keadaan. Tetapi naluri saya membantah, itu tidak adil kepada individu yang tidak terlibat! bukan sahaja merugikan harta, malah menyuasahkan kaum keluarga jika terjadi kejadian buruk ahli keluarga. Kalau yang menjadi mangsa itu antara yang melakukannya, terima sajalah, tetapi bagaimana pula yang menjadi mangsa itu adalah individu yang langsung tidak terlibat? Siapa yang boleh dipertanggungjawabkan ?

Apa yang berlaku dengan negara jiran kita, saya tidak rasa bahawa seluruh warganya menyukai keadaan seperti berlaku dalam sekeliling kehidupan mereka. Ada sahaja berlaku rusuhan, bantahanlah, bergaduhlah dengan harapan pemimpin 'idola' merka mendapat tempat semula. Bolehlah saya katakan, betapa pentingkan diri mereka ini sehingga bertindak melampaui batas. Mereka suka nama negara mereka tercemar dan menjadi sebutan satu dunia dengan menggagalkan persidangan yang telah ditetapkan.

Cerita jiran kita tu, biarkan dulu, perkara yang ingin saya kongsikan di sini masih berkaitan dengan suasana jiran kita juga. Melihat tindakan segelintir ;ramai' warga jiran kita, seperti memberi gambaran dan bayangan kepada saya, adakah situasi seperti ini juga akan dilakukan oleh segelintir ' ramai' warga di negara kita jika mereka tidak berpuas hati. Terbayang bagaimana tegangnya suasana 1998, betapa ruginya individu lain, betapa hodohnya tindakan itu sehingga saya merasakan yang terlibat itu sudah hilang kewarasan fikirannya. Segala perlakuan mereka ketika itu kerana dikuasai emosi, nafsu dan perasaan. Akal fikiran Anugerah Allah telah dibuang. Walhal itulah kelebihan kita sebagai Hamba Allah untuk membezakan diri kita dengan makhluk allah yang bernama kerabat Haiwan.

Moralnya di sini, pendidikan yang tinggi jika tiada kawalan akal fikiran juga tidak akan menonjolkan individu yang berkredibiliti sebagai manusia yang sebenar. pendidikan akademik dan kemahiran perlu diiringi keimanan dari ilmu keagamaan yang kukuh dalam setiap individu. Tidak kisahlah apapun pegangan dan kepercayaan agama yang dianuti. Setiap agama di dunia ini inginkan keharmonian, ketenangan, kesejahteraan serta kejujuran dalam perhubungan.

Ingatlah nasihat orang2 tua kita. " ikut rasa binasa, ikut hati mati"
A= Akal
M= Manusia
A= adalah
N= Nikmat

T= Tenang
A= adalah
B= Bahtera
A= Agung
H=Hamba-Nya Allah

Renung-renungkan. Fikirkan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

Salam Perjuangan

SALAM TERIMA KASIH


Hampir 3 minggu tidak menjengah laman ini. Selama 3 minggu inilah pelbagai peristiwa tercatat dalam kehidupan sendiri dan sekeliling. Tanggal 25hb Mac 2009, bukan sahaja tarikh sambutan PDRM. Tarikh istimewa , mama dilahirkan pada tarikh tersebut pada 49 tahun lalu. Pada tahun ini, diri ini telah diberi kepercayaan oleh rakan-rakan Puteri seluruh Malaysia yang mewakilkan rakan-rakan Puteri seramai 789 orang , lebih kurang hanya 1.97% sahaja dari jumlah anggota kerabat Puteri yang l3bih 30 ribu orang.

Pertama sekali saya ingin ucapan Ribuan TERIMA KASIH atas kepercayaan yang diberikan terutama kepada rakan-rakan perwakilan seramai 453 orang yang telah mengundi saya. Undian tersebut telah meletakkan saya pada kedudukan barisan Jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia. TERIMA KASIH.

Saat nama saya diumumkan oleh Pengerusi tetap pada malam itu, rasa kesyukuran terbit dalam hati namun yang jelas , bayangan besar yang menuntut kepada saya bahawa ini bukanlah satu kebanggaan pada diri saya . Tetapi suatu AMANAH dan KEPERCAYAAN yang diberikan kepada saya untuk perjuangan anggota Puteri seluruh Malaysia. Bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai PERMAINAN kerana ini adalah TANGGUNGJAWAB yang perlu dilaksanakan. Bayangakan keseksaan yang bakal saya terima di akhirat kelak jika tanggungjawab ini tidak dilaksanakan sepertimana yang diharapkan oleh seluruh ahli Puteri.

Apa yang ingin saya harapkan, saya inginkan perkongsian pandangan serta cadangan dari rakan-rakan Puteri. Apa sahaja, selagi pandangan serta cadangan ini adalah untuk pengukuhan serta kecemerlangan Pergerakan Puteri. Menyedari, tanpa bantuan rakan-rakan Puteri memilih saya, saya tidak akan berada dalam barisan Kepimpinan Puteri sesi ini, menyedari bahawa saya adalah wakil dari akar umbi Puteri. Bererti, perjuangan saya sekarang adalah untuk Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Pada rakan-rakanku, JAMBATAN ini adalah alatan penghubung rakan-rakan . Diri ini menjadi TALI yang mengikat untuk menguatkan lagi perjuangan kita.

SALAM TERIMA KASIH DARI SAYA
DG. MAIMUNAH SIDEK