Followers

KEMATANGAN PEMIMPIN

banyak cerita kita dengar apabila kita bertemu rakan2. Ada yang menggembirakn, ada menyeronokkn, ada menyukakan , manis telinga kita mendengar. Tetapi umapama pelangi yang indah warnanya tetapi keindahan itu juga sementara waktu. Muncul pada waktu dan hilang pada waktunya, sama juga dalam kehidupan. Kesenangan akan juga dselangi kesusahan. Ada hikmah tu! Agar kita tidak lupa diri.

Ada mengatakan bahawa seseorang itu tk layak dipilih menjadi pemimpin kerana tak 'matual' atau tak matang. Cuma persoalan yang menjengah dalam fikiran saya, matang yang bagaimana utk menentukan bahawa individu tersebut belum matang?

Pada sawa, matang adalah istilah yang subjektif bukan objektif. Kita boleh menilainya mengikut variasi yang pelbagai untuk menentukan individu itu matang. Kita tidak boleh bersikap sterotype pada individu tak matang hanya kerana wajahnya keanakan, atau cara penfkatan bergaul. Setiap individu itu memiliki personalitinya. Sebagai manusia, kita tdk berhak melebal individu itu matang atau tak matang hanya kerama penampilan luaranoya semata.

Matang individu itu pada saya perlu dinilai pada kewarasan menggunakan akal fikirannya. Akal kitalah yang membezakan antara manusia dengan makhluk Allah yang lain. Tidak matang individu itu jika tindakannya hanya memburuk individu lain untuk menaikkn nama diri. Dalam Islam menyuruh umatnya lebih baik berdiam diri dari bnyk bercakap. Menegah dari mengumpat dan yang dahsyatnya menjadi fitnah.

Renumgan rakan2, biar kita memilih pemimpin yang matang, bukan nampk penampilan mereka xang kelihatan dewasa pada luaran tetapi umpama kanak2 kecil pada akal fikirannya.

Salam perjuangan utk rakan2 dari saya calon exco pu3 no 19

KEPIMPINAN

Demam pemilihan semakin hangat bahangnya. Hanya tinggal dlm 2 minggu lagi. Tarikh perubahan 25hb mac 2009 adalah hari dalam lipatan sejarah UMNO yang akan menentukan jatuh bangun bangkit hancur parti keramat ini ,melalui pemilihan yang akan dlaksankan utk barisan kepimpinan baru.

Inilah masa yang menentukan tindakan utk menyelamatkn parti tercinta ini. Proses masa yang dilalui yang sudah pasti rekod dalam sejarah parti, panjangnya, memberi peluang untuk kita menilai siapa kepimpinan yang menawar diri menjadi orang kuat mewakili pu3 dr akar umbi.

Sekarang hidup mati parti keramat ini, di tangan perwakilan. Ada rakan saya menyatakan pandangan beliau, selama menuntut perhatian perwakilan utk diundi. Jumlah 786 perwakilan jadi perhatian, tetapi terlupa pula bahawa perwakilan ini adalah wakil ahli pu3 yg jumlhnya melebihi 4 ratus ribu yang nasib parti tercinta dtangan perwakilan.

Wahai sahabat perwakilan. Amanah pu3 berada dtangan saudari. Harapn saya, peluang mewakili anggota pu3 adalah besar. Jangan kerana menjaga kepentingan peribadi, sanggup memusnahkn anggota pu3 lain dengan salah memilih pemimpinan. Nilai kebendaan yang disebarkan, tak bermakna itu adalah kelayakan yang terpenting.. Kita khuatiri ia umpama hadiah hanya memancing undi. Dpt kedudukan, kebajikan, perjuangan, misi dan misi sudah tolak ketepi. Pu3 pula yang gigit jari.

Renung2kn. Salam dr saya calon exco pu3 msia no 19

salam perjuangn

orang akan bertanya, kenapa asyik tajuk kita salam perjuangan. Tak habis2 salam itu sahaja. Macam tak b idea hendak buka bicara.

Bukan apa, memang perjuangan kita tak pernah selesai. Selagi kita hidup, selagi itulah kita akan terus berjuang. Tk kisahlah apa perjuangan dalam kehidupan ini.. Kita tak boleh berhenti utk terus berjuang. Sehingga di alam kuburpun kita masih perlu berjuang menjawab soalan malaikat berbekal amalan semasa kita hidup..

Dalam perjuangan, kita umpamakan kita sedang berada dalam pertandingan. Pasti ada menang dan ada kalah. Ada kaedah dan strateginya. Serta pendekatan. Yang penting, biarlah btanding itu dengan peraturan yang sepenuhnya bersih dan kita menang atas landasan memang kita berkelayakan. Bukan keranja kebendaan. Kata abah saya, harta boleh dcari selagi kita berusaha, tapi, tersalah ilmu, habis rosak dunia.

Macam situasi kita sekarang, parti kita nazak dan terseksa. Perlu dapatkn rawatan yang paling berkesan dengan memastikan doktornya adalah yang mampu mengesan kaedah rawatan. Maksud saya, kita sekarang dlam musim pemilihan. Dr sekarang hanya dalam 11 hari sahja lagi utk kita menilai barisan kepimpiman yang blh mengangkat semula parti kita. Nilailah dgn bijaksana, pilih permata, jgn kaca, walaupun ada masa kaca itu kilauannya lagi terang dari permata. Silauan kaca hanya mampu terang seketika, tp permata kekal dgn keaslian cahayanya.

Jumpa lagi. Salam perjuangn dari saya clon exco pu3 no 19. Buka mind buka hati.