Followers

SALAM 2009

Usia bertambah setahun lagi, tetapi perjuangan masih belum selesai. Masih memerhati dan memantau untuk tindakan seterusnya. Jika dikatakan hendak mengatur strategik, ini bukan lagi masanya, tetapi tidak salah untuk memulakannya sebelum terlewat.

Sepanjang tahun 2008, pelbagai peristiwa kita lalui, demikian juga pengalaman yang kita perolehi, ianya sesuatu yang paling berharga yang tidak blh ditukar ganti.

Impian dan hasrat ingin menyatupadukan semula kita bangsa melayu umumnya adalah matlamat pada tahun ni serta membawa suara gen4erasi muda ke peringkat tertinggi. Menyedari, walaupun ruangan perkumpulan generasi muda telah dibuka, namun ruang untuk menyatakan perjuangan masih kelihatan agar samar-samar. malahan peratusan mempertikaikan kredibiliti masih terlalu tinggi. Tahun ini merupakan tahun yang akan berlaku perubahan demensi yang besar dalam perjuangan, mengukuhkan semula BN dan menyatupadukan semula suara serta memurnikan perjuangan yang sebenar.

SATU SUARA, SATU PERJUANGAN UNTUK BANGSA MALAYSIA.