Followers

Ketuanan Melayu menjadi isu semula

konsep ketuanan Melayu tidak ada kena mengena dengan hubungan tuan dengan hamba tetapi merujuk kepada asal usul negara ini dan kaum pribuminya daripada keturunan Melayu.

''Apa pun dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memihak kepada orang Melayu asalnya daripada sejarah itu dan bukan kerana ketuanan Melayu.

''Oleh kerana asal usul rakyat negara ini adalah orang Melayu dan mereka juga merupakan kaum majoriti maka tentulah dasar-dasar kerajaan memberi kelebihan kepada orang Melayu,''

Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi seterusnya mengingatkan pelbagai pihak supaya jangan mencabar ketuanan Melayu hanya kerana melihat orang Melayu seolah-olah berpecah.

''Jangan kerana orang Melayu nampak berpecah disebabkan politik ada pihak sengaja hendak menyerang konsep ketuanan Melayu dan Melayu sebagai kaum induk.

''Jangan salah tafsir dan salah perkiraan dalam perkara ini. Kelemahan dalam parti sendiri hendak dihalakan pula kepada parti orang Melayu,''

- Datuk Seri Khaled Nordin (Utusan 29hb Nov 2008)

Jangan ingat orang Melayu senyap selama ini bermakna tidak berperasaan. Kita tidak mahu berpeluk tubuh lagi dan kini mahu bangkit menegakkan hak yang tidak perlu dipertikaikan sesiapa. ''Orang Melayu perlu sedar selama ini kita telah banyak tercabar. Kita tidak pernah mempertikaikan mereka dan malah menghormati hak antara kaum yang termaktub di dalam Perlembagaan,"
orang Melayu sendiri sudah lama bersabar namun sikap itu bukan bermaksud kaum terbesar di negara ini boleh diperlekehkan dengan sesuka hati.

Beliau turut melahirkan rasa hairan mengapa masih ada pertikaian terhadap orang Melayu yang jelas masih di belakang dari pelbagai sudut berbanding kaum lain.

''Kita tidak tahu mengapa isu ketuanan Melayu masih ditimbulkan sedangkan mereka tahu pencapaian orang Melayu masih lagi di belakang.

''Selama ini kita juga telah bersetuju dengan hak kaum yang telah termaktub. Jangan membanding atau menyamakan hak antara kaum yang telah sedia ada selama ini,"
- Datuk Seri Syed Hamid Albar

Sengaja atau disengajakan? Pelik tapi benar, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan disokong oleh Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun mengeluarkan kenyataan bahawa ketuan melayu tidak lagi relevan. Pada hemat saya, kedua pemimpin tidak memahami benar apakah konsep ketuan melayu ini. Mengapa ia perlu dibangkitkan semula, semua ini lebih kepada kenyataan individu? mengapa? kerana kecewa? Kenyataan yang terlanjur terlepas bicara, kini terpaksa dipertahankan walaupun hati menyatakan bahawa kesal dengan ketidak kawalan bibir semasa menuturkannya. Tiada isu lagi yang hendak diuar-uarkan untuk menonjolkan diri, peluang tidak diberikan. untuk menjadi tokoh semula perlu mengeluarkan isu untuk jadi 'berita'; buruan?

Saya tak akan mengulas kenapa dia lakukan situasi seperti ini kerana jawapan ada padanya. Hanya beliau sendiri yang boleh memberi huraian teliti dan lengkap mengapa mengeluarkan kenyataan ini. Secara peribadi, saya lebih bimbangkan kepada kepimpinan kita masa sekarang. Pilihan mana yang harus kita pilih, cabaran yang dijual, adakah kita membeli semula cabaran ini? Inilah situasi umpama menarik rambut di dalam tepung, rambut yang ditarik tidak putus . tepung tidak berselerak? bolehkah? atau perlu melakukan pengorbanan untuk menyelesaikan situasi ini.

Sedihnya, selepas PRU-12, ramai juga menjadi PELATAH? Yag membangkang semakin kuat sahamnya, tetapi yang memegang saham besar pula buat hal menyusutkan nilai saham yang masih besar ini.

Wahai rakan-rakan , jangan mudah melatah kerana kita dihadiahkan keistimewaan akal fikiran. Kita dibekalkan otak untuk mendapatkan fakta. Kali ini, apa juga yang bakal kita nyatakan haruslah dalam bentuk kewarasan aras tinggi bersama ketepuan fakta pengukuh agar tidak mampu dipertikaikan. Renung-renungkanlah.

salam perjuangan

Siapa menjangka perjuangan dalam pelbagai bentuk yang sukar untuk kita jelaskan hanya memerlukan apa yang kita aplikasikan. manakala orang lain pula, melihat serta memberi tindak balas samada menolak atau menerima apa yang sedang kita laksanakan. Apapun juga perjuangan itu, segalanya bergantung dengan niat, matlamat, visi dan misi dalam merangka konsep perjuangan kita itu.

Demikian juga dalam menjalankan misi menarik perhatian orang lain, saya mengajak rakan-rakan untuk mengenali apakah perjuangan yang sedang ingin saya katakan sebentar lagi. Saya ingin rakan-rakan menilai semula apakah perjuangan orang lain sama aliran dengan apa yang kita perjuangkan. Mungkin perjuangan yang sama tetapi berbeza rentaknya? ataupun sama perjuangan tetapi laluan jalan yang diambil adalah berbeza? Segalanya hanya mampu dijawab oleh setiap individu yang ingin melangkah misi perjuangan mereka. Bosankah? Tapi itulah hakikatnya.

Baru-baru ini, kita disajikan satu kenyataan bahawa perjuangan haruslah berlandaskan keikhlasan kita terhadap apa yang hendak kita perjuangkan. Keikhlasan yang bagaimana ya? sejauhmana keihklasan kita terhadap apa yang sedang kita perjuangkan. Sejauhmana kita mengenali konsep perjuangan kita? Perjuangan kita dalam bentuk yang bagaimana? semuanya juga bergantung kepada apa yang kita impikan.

apabila menyentuh memburu impian, saya ingin menjelaskan apakah impian saya dalam misi perjuangan saya ini. Saya dampakan perjuangan untuk membangunkan bangsa saya, saya inginkan semua saling menghormati antara satu sama lain. saya inginkan perjuangan hanya dalam satu perkara, memperkasakan perjuangan parti kita. perjuangan untuk memastikan kemerdekaan negara kita agar tidak berlaku kemusnahan, kerosakan, seperti mana yang sedang kita lihat di dunia luar sana. Mungkin ini impian yang semua kanak-kanak lihat pada imaginasinya, hanya seperti impian seorang kanak-kanak perempuan yang melihat sang putera datang menyelamatkan dirinya dengan menunggang seekor kuda putih. tetapi pada saya, tidak salah kita meletakkan harapan pada impian yang sederhana ini kepada perjuangan impian yang hakikat dan realiti. pada saya hakikat ini adalah perjuangan yang suci.

saya tidak mampu menjanjikan perjuangan berbentuk kebendaan ataupun meterial kerana saya adalah individu yang berada dalam lingkungan golongan sederhana. saya bukanlah seorang yang memiliki pemikiran yang maha bijaksana tetapi saya masih mampu membuahkan pemikiran secara waras dan logiknya dalam membuat keputusan sendiri. saya memiliki mata yang berfungsi untuk melihat, disalurkan kepada otak untuk mempertimbangkan semasaknya untuk tindakan anggota badan. Semua ini tidak memerlukan individu lain menggerakkan anggota badan saya untuk melakukan tindakan. Apa yang ingin saya perjuangkan adalah mengangkat martabat kita golongan wanita muda untuk dipandang , sehargai serta direstui oleh semua lapisan. Biar kita sama seiring, sama rata ketinggian ketika duduk atau berdiri. Biar kita senada dalam melagukan nada semangat bangsa. itu lah perjuangan saya.

Aambil masa dan renungkan apa yang telah saya katakan ini.

Salam perjuangan kepada rakan-rakanku.