Followers

demi kebaikan ?


semakin teruja dengan perkembangan isu kini, sanggup mengeluarkan cadangan untuk menaikkan populariti di mata masyarakat. Ataupun cadangan 'glamour' ini akan menjatuhkan 'saham diri dan orang lain'.. Berita pelawaan DEBAT TERBUKA. Umpama sebuah cadangan yang membuatkan semakin besar kebocoran dalam keluarga.


Masih mengingati antara ucapan dalam konvensyen penerangan UMNO Sabah dan Konvensyen Puteri UMNO 2002 berkenaan sebuah rumah yang dimiliki oleh sebuah keluarga. Apapun yang berlaku dalam rumah itu, tidak akan diketahui oleh orang luar jika pintu ataupun tingkap-tingkapnya dibuka dengan luas. Jika berlaku pertelingkahan dalam rumah itu, seandainya ia berlangsung dengan rasa kecintaan serta keihlasan kekeluargaan, sudah pasti setiap ahli keluarga akan berusaha merendahkan nada, agar pertengkaran hanya ahli keluarga sahaja yang mengetahuinya. Jika ada perselisihan pendapat, perbincangan dilakukan atas dasar kasih sayang untuk mengatasinya. sedikitpun tiada hasrat untuk merosakkan hubungan adik-beradik demi pertahankan pendirian peribadi.
Apa yang dilihat situasi sekarang, perasaan kasih sayang kekeluargaan seperti mana yang sering disebut-sebutkan apabila berlaku pertandingan ataupun pemilihan adalah berlaku sebaliknya. Ada yang sanggup mengaibkan anggota keluarga lain untuk kepentingan diri. Malahan seperti yang berlaku semalam, keinginan untuk menaikkan populariti diri, sanggup membuat cadangan yang seharusnya dipertimbangkan berulang kali sebelum meluahkannya. Mungkin idea ini tercetus dengan melihat ap yang dilakukan oleh USA yang menggunakan platform media untuk meningkatkan populariti dengan mengadakan debat terbuka antara pemimpin. Tapi harus diingat, perdebatan itu berlaku di kalangan pemimpin yang berbeza parti, bukan sama parti. Setiap anggota parti saling meningkatkan kualiti pengetahuan atau saham anggota parti sendiri. Bukan membuka pekung yang ada dalam diri anggota.
renung2lh... perlukah hal adik-beradik dibawa keluar untuk mencari penyelesaian sehingga mendedahkan kelemahan dalam rumahtanggan sendiri. Berfikirlah secara matang dan waras. jangan mengikut rasa dan emosi.
Belajar menghargai diri sendiri dengan menghargai orang lain. Penghormatan tidak akan kita perolehi tanpa kita memberi penghormatan kepada orang lain terlebih dahulu

pemimpin yang dicari


"PEMIMPIN HANYA DAPAT MEMPENGARUHI MEREKA YANG DIPIMPIN SUPAYA BERUBAH SIKAP, PEMIKIRAN DAN TINGKAH LAKUNYA APABILA MEREKA MENYUKAI SI PEMIMPIN"



Jadi faktor penentu sebagai ciri-ciri pemimpin yang mudah diterima yang bagaimana?


Ada di kalangan pakar psikologi dan komunikasi berpendapat antara ciri pemimpin itu adalah:- sentiasa memberi kerjasama tanpa diminta, bersikap baik hati, sabar mendengar, murah dengan penghargaan, gunakan bahasa positif, berminat pada orang lain, bersikap positif dan bersikap afirmatif.


Kebanyakan pakar yang mengkaji kepimpinan bersetuju bahawa kepimpinan ialah proses seseorang individu itu mempengaruhi anggota-anggota lain dalam kumpulannya ke arah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dengan erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh, di mana seseorang pemimpin itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. - itu kata penulis 'buku Teori dan teknik kepimpinan' oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. realitinya bagaimana?


tahun 2008 ini merupakan tahun penuh pemilihan. bermula pilihanraya Umum.. diikuti parti2 komponan dan yang terkini UMNO msh dalam proses , kini peringkat Bahagian. jika MCA diakhiri peralihan kepimpinan baru, wajah lama ada juga, malah pemimpin berjawatan Menteri serta Timbalan Menteri terlibat dalam misi, namun kecundang. Adakah ini juga gambaran yang boleh nilai sebagai peralihankuasa seperti yang diminta oleh akar umbi?


setiap individu yang hendak menjadi pemimpin perlu menyimpan keinginan bagi menjadi pemimpin besar atau Super-Leadership (Charles Manz & Henry Sims) Mereka mengatakan seseorang pemimpin mestilah mengajar individu-individu yang dipimpinnya cara-cara berfikir yang produktif dan kontruktif. Dengan cara itu, barulah mereka yag dipimpin dapat mengawal tingkah laku mereka sendiri. malahan yeori iniu mengatakan para pemimpin memang dilahirkan dengan mempunyai ciri-ciri ataupun aura yang membezakan mereka daripada individu-individu biasa


Persoalannya, dalam situasi kini, tak kiralah bidang politik khas ataupun luar politik, kecenderungan pemilihan bukan berdasarkan faktor ciri-ciri kepimpinan yang ada pada individu, terdapat faktor lain juga sebagai pencetus. Persoalan kedua, berapa ramai individu dalam arena politik ini memenag secara fitranya memang terbentuk melalui acuan kepimpinan? Persoalan ketiga, berapa ramai yang terlibat dalam politik ini tahu, apakah dia POLITIK? Persoalan keempat, jika dia tahu apa itu politik, bagaimana perjuangannya dlm politik ini, perjuangan berkumulan ataupun perjuangan untuk peribadi? - tak perlulah beri jawapan, tany diri sendiri, jawablah sendiri kerana jawapan hanya boleh diperolehi oleh diri sendiri berdasarkan apa tujuannya menyertai politik ini.

hakikatnya, untuk menjadi pemimpin ini, tidak seindah yang dilihat, walaupun mungkin dinilai mata kasar bagi yang tidak tahu, betapa hebat, popularnya indiviu yang sering berada di hadapan. mereka yang tidak melalui proses ini tidak jelas situasi yang dialami oleh pemimpin itu sendiri. setiap yang ditampil di hadapan, ada pengorbanan peribadi mereka yang berlaku, satu persatu sehingga jika tidak tahan dengan cabaran dan perubahan itu, indiviu yang terbabit akan kehilangan identiti diri.
masa kini, akar umbi yang memilih kepimpinan harus menilai dengan bijak. memilih kepimpinan yang benar-benar dekat pada diri. jngan memilih pemimpin yang mcm biskut, masa perlu muncul, dh dpt hilang bwa misi sendiri.. hanya nk popular semata,tanggungjawb dilepaskan begitu sahaja.

sebagai yang berhak memilih,pilih dengan bijak, jangan tersalah memilih. jangan memilih pemimpin yang memulakan kempennya dengan cara tak beretika serta memburuk-burukkan hal peribadi pesaing. tak slaah semasa menawarkan diri, ceritakan kelebihan serta misi serta visi pejuangan jika dipilih dan menang. Biar yang memilih menilai dalam aspek positif. jangan biarkan yang memilih menilai diri positif berlandaskan apa yang telah dihidangkan kepada mereka aspek2 negatif pihak pesaing!!!!!
Salam perjuangan