Followers



kelas komunikasi telah menyambut makan raya tengok makan dan menikmatinya. Sengaja kelas kami menyambutnya dengan membuat kejutan buat pensyarah kami yang selama 4 semester bersama-sama kami. hanya 1 semester sahaja kami tidak di bawah bimbingan beliau.
kita bincang part ini, fikir-fikirkanlah:
Politik
Bahas usul mesti ada data – Adnan
MARANG 27 Okt. – Semua perwakilan yang akan membahaskan usul pada Perhimpunan Agung UMNO ke-58 pada 5 hingga 9 November ini diminta mengemukakan data berhubung isu yang dibangkitkan bagi mengukuhkan hujah masing- masing.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaacob berkata, perwakilan terlibat perlu membuat kajian berhubung isu yang ingin dibangkitkan dan mendapatkan data-data daripada kementerian terlibat bagi mengelakkan mereka bercakap ‘atas angin’ sahaja.
“Kalau mahu bercakap isu pekerja asing, dapatkan butiran daripada Kementerian Sumber Manusia, begitu juga kalau ingin bercakap mengenai isu pendidikan, dapatkan data daripada kementerian berkenaan.
“Dengan itu bila bercakap nanti, ada hujah-hujah untuk mengukuhkan alasan mengapa isu itu dibangkitkan,” katanya semasa menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Abdul Rahman Bakar di sini hari ini.
Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti berkata, dengan adanya data ia boleh menyokong isu yang dibangkitkan walaupun ia seperti berbaur perkauman.
Ini kerana jelasnya, walaupun isu berkenaan nampak seperti berbaur perkauman, tetapi jika ia merupakan hakikat yang sedang berlaku sekarang maka butiran serta data yang diperoleh daripada kementerian terlibat dapat membuktikan serta mengukuhkan hujah perwakilan.
Adnan mengakui kira-kira 50 hingga 60 peratus perwakilan yang berbahas pada Perhimpunan Agung UMNO sebelum ini bercakap berdasarkan fakta, namun selebihnya hanya bercakap ‘atas angin’ sahaja.
Menurutnya, perbahasan yang disertai fakta boleh membantu pucuk pimpinan parti dan kerajaan untuk memikirkan dasar yang lebih baik selain mengukuhkan dasar sedia ada.
“Walaupun kita ada ahli MT tetapi bukan semua perkara kita boleh fikir, sebaliknya kita juga memerlukan maklum balas dari akar umbi iaitu melalui perbahasan-perbahasan sebegini,” ujarnya.- utusan online 27hb Okt 2007

Salam Lebaran



Sedar tak sedar , Ramadhan telah berlalu seperti Ramadahan yang sudah-sudah. menjadi rutin, Bulan Syawal pula menjelang. Ramailah yang menyambut Raya lebih besar dan bersemanagt berbandingkan menyambut bulan Ramadhan. Hilang rasa sakit gastrik, hilang perut masuk angin, hilang surat sakit doktor, segala sakit dan penyakit bulan Ramadhan lenyap apabila suara takbir berkumandang.
Rumah yang kusam, menjadi gemerlapan. Susunan hidangan juadah mengalahkan pameran jualan di pusat membeli belah. Perabot dan hiasan rumah... masih kuat bau kedai! Yang lama masuk stor ataupun jadi habuan api pembakar lemang!Pendek cerita segalanya serba baru. harap-harap lepas raya tak adalah yang dok duka dan terharu, merenung nasib gaji habis sebelum masanya, mana lagi rambut ditata cantik berserabuk memikirkan mana nak tutup lubang hutang semasa persiapan raya.
Renung-renungkanlah, beringat sebelum menyesal. Jangan ikut hati tetapi minda kerana setiap tahun Lebaran sentiasa tiba , yang penting 'amalan' kita mendapat berkat serta dilimpahi ganjaran pahala. Salam Lebaran. Maaf zahir dan batin

ragam manusia 2



Apabila kita melihat pada kepulan awam, seolah-olah melihat sesuatu yang biasa kita nampak. semua itu adalah daya imaginasi kita. Apabila kita melihat wajah seseorang individu, adakah apa yang kita pandang pada wajah itu sama seperti apa yang ada dalam fikirannya ?

Adakalanya kita seperti mengenalinya tetapi ada masanya kita langsung tidak mengenalinya . Perubahan ini berpunca apa yang terkandung dalam fikirannya . Suatu lokasi yang terlalu dalam untuk diterokai. Apa yang diimpikannya, keinginannya, matlamatnya, kegemarannya, kebenciannya segalanya hanya diketahui oleh dirinya sendiri dan sudah pasti Allah S.W.T

Memenuhi kehendaknya ? perlukah ? atau kita hanya dapat menyempurnakannya mengikuti kemampuan kita sahaja ? Kalau kita berusaha juga untuk melangkaui batasnya, semua itu membentuk ke arah di luar peribadi kita sendiri . Paling menakutkan kalau kita tidak lagi mengenali siapa kita yang sebenar !

Jelasnya, kita mesti mengenali diri kita kerana itulah identiti kita. perubahan hanya untuk ke arah yang positif .Renungkan